Bab 1 ­ Pendahuluan

Bab ini merupakan pengenalan mengenai laporan yang menjelaskantentang tujuan penyediaan, proses yang terlibat dan kandungan di dalamlaporan. Ia juga menjelaskan tentang profil Negeri Pulau Pinang.

Bab 2 ­ Arah Tuju RSNPP

Bab ini menerangkan tentang hubungan penyediaan RSNPP denganRMK ­ 9, RFN dan rancangan ­ rancangan pemajuan lain yang berkenaan.Di samping itu, pencapaian dan arah tuju RSNPP turut diperjelaskan.

Bab 3 ­ Pelan Strategik Guna Tanah (Gambar Rajah Utama)

Bab ini mengandungi matlamat dan asas strategik guna tanah yang telahdirangka untuk menghasilkan Gambar Rajah Utama. Pelan ini menggariskanpemajuan dan penggunaan tanah Negeri Pulau Pinang pada tahun 2020.

Bab 4 ­ Penyataan Dasar-Dasar dan Cadangan Umum RSNPP

Bab ini mengandungi penyataan bertulis berkenaan dasar ­ dasar pemajuanguna tanah bagi semua sektor pembangunan yang terlibat dan langkah ­langkah perlaksanaan yang perlu diambil tindakan oleh agensi ­ agensi yangberkaitan.

Bab 5 ­ Pengurusan dan Perlaksanaan

Bab ini menjelaskan berkenaan proses pemantauan dan perlaksanaanRSNPP untuk memastikan matlamat pembangunan yang digariskan dapatdicapai. DRSNPP ini akan dikemukakan kepada Jawatankuasa PerancangNegeri (JPN) bagi mendapat persetujuan untuknya diserantakan kepada orang awam.


Senarai Singkatan