5.0 PENGURUSAN, PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN RSN PULAU PINANG

RSNPP disediakan untuk melengkapkan sistem perancangan fizikal berkaitan dengan pemajuan dan penggunaan tanah. Di samping menterjemahkan dasar–dasar Rancangan Fizikal Negara, RSNPP juga menyelaras dasar–dasar Nasional (antaranya Rancangan–rancangan Lima Tahun Negara dan dasar–dasar Kementerian berkaitan dengan perancangan dan pembangunan tanah), Rancangan Misi Negeri Pulau Pinang, Rancangan–rancangan Tempatan (Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas) dan dasar – dasar lain PBT.

Sebagai satu dokumen, intipati utama RSNPP adalah rangka perancangan strategik berkaitan dengan pemajuan dan penggunaan tanah yang diterjemahkan kepada dasar–dasar bertulis yang diikuti dengan langkah–langkah tindakan dan pelaksanaan. Di bawah Bahagian III, seksyen 4,5,6, Akta 172 dinyatakan RSN merupakan suatu pernyataan bertulis yangmenerangkan :-

  1. Dasar dan cadangan-cadangan strategik Negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah dalamkawasan bandar dan desa, termasuklah langkah - langkah untuk :-

  2. Pertalian cadangan-cadangan dengan cadangan-cadangan am bagi pemajuan dan penggunaan tanah di negeri-negeri yang bersempadan dengannya yang dijangkamungkinmenyentuh negeri itu; dan

  3. Lain-lain perkara yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dan Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) dalam sesuatu kes yang tertentu.

RSNPP mengandungi gambar rajah, gambaran – gambaran dan lakaran – lakaran yang sesuai untuk menjelaskan dasar – dasar atau cadangan – cadangan yang dikemukakan. Perkara – perkara ini hendaklah disifatkan sebagai menjadi sebahagian daripada RSNPP.

Kejayaan RSNPP terletak kepada keberkesanan terjemahan, penggunaan dan pelaksanaannya. Walaupun Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri bertanggungjawab menyediakan RSN (Seksyen 8, Akta 172) tetapi proses penyediaannya melibatkan semua jabatan dan agensi sama ada Negeri mahu pun persekutuan.

Setiap jabatan dan agensi yang terlibat dengan pembangunan Negeri adalah terlibat sama secara aktif di dalam penyediaan RSNPP dan memastikan kesemua dasar , program, projek dan cadangan yang diterima oleh RSNPP diterjemahkan kepada pelan tindakan dan rancangan–rancangan pembangunan lain seperti Rancangan– rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas dan dijadikan sebagai input untuk bajet tahunan, Rancangan Lima Tahun dan lain–lain Rancangan Pembangunan.

Di peringkat persekutuan, badan utama yang bertanggungjawab kepada perancangan spatial adalah MPFN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Tugas utama di antaranya adalah untuk menggalakkan perancangan bandar dan desa sebagai suatu alat yang berkesan dan efisien bagi memperelokkan persekitaran dari segi fizikal dan ke arah pencapaian suatu pemajuan yang mapan di dalam negara (Seksyen 2A Akta 172).

Di peringkat Negeri pula, Jawatankuasa Perancang Negeri yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri antara lainnya bertanggungjawab untuk menasihat dan menggalakkan dalam negeri, dalam bidang dasar negara, pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam Negeri, (Seksyen 4, Akta 172).

JPBD Negeri merupakan jabatan utama yang dipertanggungjawabkan di bawah Akta 172 untuk mengurus perancangan spatial Negeri bersama–sama dengan pihak berkuasa perancangan tempatan (PBT). Di samping itu, terdapat pelbagai jabatan dan agensi di peringkat Negeri yang juga turut terlibat dengan perancangan spatial. Dengan RSNPP dan dengan kuasa – kuasa yang ada pada JPBD mengikut Akta 172, JPBD akan mengetuai kerja – kerja menyelaras rancangan spatial Negeri dan memastikan Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan, semua jabatan, agensi dan badan-badan pelaksana lainnya merancang dan melaksanakan pembangunan Negeri mengikuti dan selaras dengan RSNPP .

Di antara jabatan/agensi yangmempunyai peranan yang besar di dalam perancangan spatial termasuklah semua Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN, Pejabat Tanah dan Daerah, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pertanian dan Jabatan Alam Sekitar.

Di bawah pemantauan, JPBD juga bertanggungjawab melapor kepada Kerajaan Negeri sebarang penyimpangan atau ketidakselarasan pembangunan Negeri dan Tempatan dari RSNPP. Pelaksanaan dasar – dasar RSNPP akan berkuatkuasa sebaik sahaja RSN diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan mewartakannya di dalam Warta Negeri.

5.1 MEKANISME PELAKSANAAN RSNPP

Pelaksanaan dasar–dasar RSNPP dan pengurusan aktiviti–aktiviti yang terbit daripadanya adalahmelalui pendekatan pengurusan bersepadu berdasarkan 4 aspek berikut:-

BilAspek PengurusanPerincian
1. Pentadbiran Dan Tanggungjawab
  • JPBD Negeri sebagai penyelaras untuk melaksanakan:-

    • arahan Majlis Perancangan Fizikal Negara;
    • arahan Jawatankuasa Perancang Negeri;
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan dan agensi pelaksana dasar utama dasar – dasar RSNPP. Ini termasuklah penentuan tugas dan kuasa Pihak Berkuasa Perancang Tempatan di dalam kaitannya dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan dasar – dasar RSNPP; dan

  • Mempercepatkan pewartaan tebus guna tanah milik Kerajaan Negeri dan penyerahan kawasan tersebut kepada pentadbiran pihak berkuasa tempatan berkaitan.

2. Perancangan Dan Pelaksanaan
  • Membangunkan pangkalan data perancangan bersepadu Negeri;
  • Menyedia dan menyebarkan dasar – dasar dan garis panduan – garis panduan yang digunapakai Negeri, PBT dan agensi – agensi;
  • Penyediaan Rancangan Tempatan;
  • Penyediaan Rancangan Kawasan Khas;
  • Pengawalan perancangan;
  • Memantapkan peranan dan tanggungjawab serta kelancaran Pusat Sehenti (One Stop centre) sedia ada di setiap PBT;
  • Melaksanakan Sistem Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC) bagi menggantikan Sijil Layak Menduduki (OC);
  • Pengujudan jawatan dan peranan Pesuruhjaya Bangunan (COB) oleh Pihak Berkuasa Negeri;
  • Perintah memelihara pokok; dan
  • Penguatkuasaan Undang-undang.
3. Penyelarasan Dan Perundingan
  • Penyelarasan dengan Majlis Perancangan Fizikal Negara;
  • Penyelarasan Pihak Berkuasa Negeri dan Jawatankuasa Perancang Negeri;
  • Kerjasama dengan Jabatan dan agensi kerajaan; dan
  • Penyelarasan antara Kerajaan Negeri dan PBT.
4. Kesedaran Dan Penyertaan Awam
  • JPBD Negeri melaksanakan penerangan dan taklimat tentang dasar – dasar RSNPP kepada semua stake holder.
  • Penyiaran perangkaan, buletin, monograf serta lain–lain penerbitan terutamanya penerbitan tentang garis panduan – garis panduan dan dasar – dasar yang digunapakai Negeri; dan
  • Penyebaran maklumat – maklumat berkaitan perancangan dan pembangunan bandar dan desa termasuk maklumat kelulusan permohonan – permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, permohonan – permohonan tanah, permohonan – permohonan tukar guna bangunan dan tanah dan pengeluaran sijil penghunian secara lebih telus; dan
  • Mengurus penglibatan orang ramai, badan kerajaan dan bukan kerajaan serta masyarakat profesional secara aktif dan positif melalui publisiti RT, RKK dan lain-lain rancangan Negeri dan PBT.

5.1.1 Penubuhan Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan RSNPP

  1. Struktur JRPPP

    Pihak Berkuasa Negeri akan, di peringkat Negeri, menubuhkan Jawatankuasa Rancangan Pemajuan Negeri Pulau Pinang (JRPPP) untuk menyelaras, memantau pelaksanaan dasar, program, projek dan unjuran yang dicadangkan oleh RSN dan lain – lain rancangan pemajuan.

    JRPPP ditubuhkan sebagai sebuah jawatankuasa di bawah Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) bagi membolehkannya beroperasi dengan kuasa perundangan yang ada pada JPN.

  2. Keanggotaan JRPPP

    JRPPP dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan keahlian JRPPP terdiri daripada ketua–ketua jabatan yang terlibat dengan RSN termasuk YDP PBT dan Pegawai Daerah. Setiausaha JRPPP adalah Pengarah JPBD Negeri Pulau Pinang.

  3. Fungsi JRPPP

    Fungsi – fungsi JRPPP dicadang :-

    1. Memantau pelaksanaan dasar, program dan projek – projek yang dicadang oleh RSNPP;

    2. Memaklum kepada JPN pembangunan yang menyimpang daripada dasar dan strategi RSNPP;

    3. Memberi panduan dan nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi memastikan perancangan spatial dilulus bersesuaian dengan kehendak Akta;

    4. Menyediakan laporan berkala atau apabila perlu, mengenai pelaksanaan dan pencapaian RSNPP serta isu – isu danmasalah berkaitan kepada Jawatankuasa–Jawatankuasa MMKN dan lain–lain jawatankuasa yang berkaitan;

    5. Menyebar maklumat mengenai RSNPP dan rancangan pemajuan lain kepada agensi kerajaan, NGO dan masyarakat; dan

    6. Memantau dan mengkaji semula semua aspek pelaksanaan RSNPP dan lain – lain rancangan pemajuan.

5.1.2 Penubuhan Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan dan Pemantauan RSNPP Di Peringkat PBT

Di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan Jawatankuasa Pemantauan Rancangan Pemajuan akan ditubuhkan di setiap PBT (JPRP – PBT). Ianya adalah sebahagian daripada JRPPP . JPRP – PBT dipengerusikan oleh YDP PBT dan dianggotai oleh semua ketua jabatan/agensi utama di daerah. Urusetianya adalah Jabatan Perancang di setiap PBT.

Fungsi JPRP-PBT adalah :-

  1. Menyelesaikan isu – isu sektoral dan perancangan yang tertangguh di PBT;
  2. Memberi input kepada kerja – kerja perancangan yang sedang dilaksana;
  3. Menggalakkan pembangunan di kawasan yang berpotensi untuk pembangunan;
  4. Membantu JRPPP menyelesaikan isu – isu wilayah atau lain – lain perkara yang dirujuk oleh PBT/agensi; dan
  5. Melaporkan secara berkala kepada JRPPP pencapaian dan pelaksanaan RSN dan lain – lain rancangan pemajuan.

5.1.3 Penyelarasan Di Antara dan Sesama Jabatan/Agensi

Jabatan/agensi penyelaras dan pelaksana akanmemantau pelaksanaan sesuatu projek atau program pembangunan dan melapornya setiap bulan secara berkala kepada JRPPP . Penyelarasan di antara dan sesama jabatan/agensi di dalam jentera pelaksana akan diperkemaskan oleh kerana sebahagian besar daripada agensi pelaksana ada hubungkait di antara mereka dan pada masa yang sama setiap jabatan/agensi mempunyai autonomi di dalammelaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.

Kerjasama dan sokongan daripada pelbagai jabatan dan institusi yang terlibat dalam perancangan, pelaksanaan dan kawalan pembangunan akan diwujud dan digalakkan. Pemantauan strategi dan program pembangunan akan dilaksanakan di semua peringkat, iaitu Negeri dan tempatan.

5.1.4 Penglibatan Swasta Di Dalam Pelaksanaan RSNPP

Peranan sektor swasta di dalam pelaksanaan RSNPP terutamanya di dalam sektor perumahan dan perdagangan begitu besar sekali. Segala sokongan dan galakan hendaklah diberi oleh PBT, jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan bagi memastikan sektor swasta melabur dan melaksanakan pembangunan mengikut perancangan yang diunjurkan oleh RSNPP . Tindakan – tindakan berikut hendaklah diambil :-

  1. Swasta Sebagai Rakan Dalam Pembangunan

    Sektor swasta diterima oleh PBT dan lain - lain agensi kerajaan sebagai rakan dalam pembangunan dan diberi layanan sebagai rakan di dalam urusan perniagaan.

  2. Projek Untuk Diswastakan Dikenalpasti

    Projek - projek yang boleh dilaksanakan secara penswastaan akan dikenal pasti dan keutamaan akan diberikan kepada agensi - agensi kerajaan, GLC atau pemaju swasta yang mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

  3. Kawasan Pembangunan Yang Berpotensi Digalakkan Pembangunannya

    Kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti oleh RSNPP sebagai kawasan yang berpotensi untuk dimajukan akan digalakkan pembangunannya. Sektor swasta akan diberi penerangan dan panduan untuk turut serta di dalam pembangunan tersebut.

  4. Proses Kelulusan Pembangunan Dipermudahkan dan Dipercepatkan

    Proses kelulusan yang berkaitan dengan pembangunan hartanah seperti kelulusan kebenaran merancang, pelan bangunan, tukar syarat tanah dan sebagainya akan dipermudahkan dan dipercepatkan. Beberapa mekanisme baru bagi memperkemaskan layanan dan pemprosesan ke atas permohonan permohonan perancangan dan tanah berikut diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan akan dilaksanakan di Negeri, iaitu:

  5. Sesi Penerangan Berkala

    JPBD akan mengadakan sesi penerangan secara berkala mengenai RSNPP kepada pemaju perumahan dan lain lain pelabur untuk memastikan kelancaran pelaksanaan dan pencapaian dasar - dasar dan sasaran RSNPP.

5.1.5 Menaikkan Taraf PBT

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan, pemantauan dan penguatkuasaan dasar dasar RSNPP , penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap seiring dengan kapasiti sumber manusia dan kos, serta berhampiran dengan penduduk yang disasarkan; adalah disyorkan dinaikkan taraf MPPP kepada taraf Majlis Bandaraya.

5.1.6 Melengkapkan Kakitangan Dengan Pengetahuan Dan Kemahiran Terkini Terutamanya Di Dalam Pengkomputeran

Untuk memastikan pelaksanaan dasar–dasar RSNPP dengan lancar dan berkesan adalah penting untuk memastikan pembangunan modal insan yang berkesan dan memenuhi keperluan perancangan besar Negeri melalui RSNPP ini. Untuk tujuan ini, latihan–latihan akan terus diberikan kepada kakitangan Kerajaan untuk melengkapkan diri mereka dengan perisian–perisian moden dan mekanisasi yang digunapakai di samping melengkapkan jabatan–jabatan dan agensi Kerajaan dengan kelengkapanmoden dan terkini. Penganjuran pertandingan–pertandingan inovasi ke arah meningkatkan keberkesan dan kelancaran perkhidmatan Kerajaan yang seiring dengan pencapaian dasar–dasar RSNPP akan dilaksanakan untuk melahirkan modal insan yang inovatif dan memenuhi keperluan Negeri.

5.1.7 Mempertingkatkan Lagi Imej dan Mengukuhkan Perhubungan Jabatan-Jabatan Kerajaan Dengan Pihak Awam

Untuk memastikan pelaksanaan dasar-dasar RSNPP berjaya, imej jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan akan dipertingkatkan. Ini dapat dilakukan denganmenggalakkan penubuhan persatuan penduduk,menjalinkan perhubungan dengan persatuanmelalui penglibatan bersama dalam projek-projek pembangunan masyarakat, mengadakan perbincangan dengan sektor swasta danmendirikan pusat-pusat perkhidmatan di sekitar Negeri Pulau Pinang untukmemberi perkhidmatan yangmemuaskan kepada penduduk.

Di samping itu, usaha-usaha seperti berikut akan diberi perhatian :-

  1. Memberi peluang yang mencukupi kepada orang ramai untuk menyuarakan aduan dan pandangan mereka terhadap sistem perancangan dan pentadbiran jabatan selaras dengan pelaksanaan Agenda 21;
  2. Mengurangkan sebarang karenah birokrasi dalam penglibatan dengan orang ramai;
  3. Memastikan bahawa orang ramai diberi maklumat dan didikan dengan secukupnya untuk memahami fungsi dan peranan Negeri dan PBT dalam perkhidmatan perancangan dan penguatkuasaan;
  4. Meningkatkan lagi ketelusan dalam semua perkhidmatan;
  5. Melaksanakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang komprehensif dengan mengumpulkan maklumat daripada jabatan untuk melicinkan pengurusan dan pentadbiran PBT; dan
  6. Mewujudkan pusat perkhidmatan bagi memberi peluang orang awam untuk menyuarakan cadangan, bantahan dan rayuan mereka.

5.1.8 Menggunakan Kaedah Kerajaan Elektronik 'E-Government' Untuk Meningkatkan Lagi Kecekapan Fungsi Jabatan

  1. Keperluan bagi peningkatan penggunaan sistem pengkomputeran telah dikenal pasti seperti berikut :-

  2. Sistem Maklumat Geografi (Geographical Information System (GIS)) disyorkan digunakan di dalam pengumpulan, pemantauan, peningkatan dan analisis data untuk perancangan dan pengurusan;

  3. Adalah disyorkan pihak Negeri mangambil maklum aplikasi yang telah diperkenalkan oleh pihak Persekutuan dan seterusnya mengadaptasikan aplikasi berkaitan menerusi perkongsian pintar untuk dilaksanakan di peringkat Negeri; dan

  4. Projek–projek e–kerajaan akan dimanafaatkan di dalam semua urusan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti–aktiviti yang dijalankan.

5.1.9 Komitmen Semua Pihak Dalam Merealisasikan Dasar-Dasar RSNPP

Untuk memastikan pelaksanaan dan pengurusan, adalah sangat perlu komitmen yang berterusan dari semua pihak (khususnya jabatan jabatan dan agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai) dan juga aspek kewangan diberikan secara berterusan. Peruntukan-peruntukan kewangan perlu disediakan oleh Kerajaan Negeri atau diperolehi dari Kerajaan Pusat. Perkongsian pintar di antara kerajaan dan pihak swasta juga dilihat sebagai alternatif lain untuk menjayakan projek dasar-dasar RSNPP ini. Implikasi kewangan merupakan isu yang matan, tetapi faedah yang akan diperolehi melebihi pelaburan yang dibuat.

5.2 PEMANTAUAN RSNPP

5.2.1 Tujuan Pemantauan

Tujuan pemantauan RSNPP adalah:-

  1. Mengukur pencapaian sasaran yang telah diunjurkan;

  2. Memantau status semasa pelaksanaan dasar – dasar kepada MPFN di peringkat Persekutuan dan Jawatankuasa Perancang Negeri di peringkat Negeri dan mengambil langkah – langkah penambahbaikan (jika perlu);

  3. Mengenapasti sebarang penyimpangan dari dasar-dasar , sasaran dan ujuran RSNPP dengan pembangunan semasa;

  4. Meninjau keberkesanan pemantauan terhadap setiap dasar/langkah/program yang telah digariskan di dalam RSNPP diikuti atau sebaliknya;

  5. Mengetahui trend pembangunan bagi sesebuah negeri misalnya arah pembangunan, bentuk pembangunan dan had pembangunan; dan

  6. Memudahkan penyediaan kajian RS/RT padamasa akan datang.

5.2.2 Struktur Organisasi Pelaksanaan dan Pemantauan

Rajah 5.1 : Struktur Sistem Pemantauan RSNPP

Pemantauan akan menjadi lebih berkesan dengan terlaksananya sistem maklumat RSNPP yang dicadang diwujudkan di peringkat Negeri (JPBD Negeri) dan di peringkat tempatan (setiap PBT). Melalui sistem maklumat yang berasaskan GIS, maka Pihak Berkuasa Negeri, JPBD dan PBT dapat mengesan perubahan kepada guna tanah dan memantau keberkesanan dasar guna tanah.

Untuk pemantauan yang berkesan, penyelarasan di antara dan sesama jabatan/agensi amat penting sekali. Di sampingmemantau pelaksanaan sesuatu projek atau programdi bawah jabatannya, penyelarasan di antara dan sesama jabatan/agensi hendaklah digalakkan dan diperkemaskan.

Memandangkan JRPPP dan JPRP - PBT dianggotai oleh semua jabatan yang terlibat dengan RSNPP, maka melalui laporan bulanan yang disediakan dan mesyuarat yang diadakan mengenai pelaksanaan dan pencapaian RSNPP serta isu - isu dan masalah yang berkaitan dengannya,maka :-

  1. Pelaksanaan dasar , program dan projek - projek yang dirancang dan dilaksana dapat dipantau; dan

  2. Pembangunan yang menyimpang daripada dasar dan strategi RSNPP akan diketengahkan.

5.2.3 Pembangunan Mekanisme Sistem Pemantauan RSNPP Berkala Secara Digital

Satu sistem pemantauan berkala berdigital akan dibangunkan khusus untuk memantau pelaksanaan RSNPP . Di dalam membangunkan sistem pemantauan RSNPP beberapa perkara perlu diambil kira iaitu :-

Sistem Maklumat Menyeluruh Perancangan BandarRancangan Pembangunan, modeling dan analisis spatial, mesyuarat, permohonan dan kiosk maklumat.
Konsep RekabentukMengambil kira keadaan semasa dan unjuran RSNPP.
Prinsip RekabentukMemberi penekanan kepada penilaian hubungan kuantitatif/kualitatif, perbandingan keadaan tahun semak dan unjuran, pengukuran pencapaian dan pematuhan terhadap dasar – dasar/penilaian integrasi spatial dan non – spatial.
Elemen Pemantau
  1. Elemen Spatial (Fizikal): iaitu antaranya tepubina, kawasan pembangunan baru/ perluasan kawasan pembangunan sedia ada, kawasan pertanian utama, pengekalan atau pencerobohan kawasan – kawasan pemeliharaan lain (kawasan Tanah Bukit Yang Diwartakan, Kawasan Tadahan dan Kawasan Pengairan) dan elemen elemen pemeliharaan alam sekitar seperti matriks pematuhan bagi kawasan sensitif alam sekitar dan seumpamanya.

  2. Elemen bukan spatial: antaranya statistik semasa demografi, KDNK, perumahan, perdagangan, perindustrian, industri asas tani, pelancongan berbanding dengan sasaran/ unjuran RSNPP.

Subjek – subjek RSNPPSemua sektor penting seperti guna tanah, petempatan, alam sekitar, perdagangan, pelancongan, perumahan, perindustrian, pertanian / perhutanan / perlombongan, kemudahan masyarakat dan lain – lain.
Asas PemantauanLaporan langkah – langkah, data unjuran, Data GIS Semasa, Data GIS RSNPP digunakan membentuk sistem pemantauan.
Ukuran Penilaian PemantauanPematuhan (kelas guna tanah semasa mengikut kelas guna tanah cadangan yang ditetapkan) pencapaian (kelulusan guna tanah semasa menepati kelas gunatanah untuk tahun yang dianjurkan).
Indikator – indikator PengukuranMesti bersifat kuantitatif (boleh diukur), rendah/tinggi/sederhana dan peratusan serta keluasan. Indikator – indikator ini perlu dibincang dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa.
Kaedah Kemasukan Data PemantauanAuto atau key-in
Elemen Pengukuran Pemantauan
  1. Matriks Pematuhan RSN (contohnya guna tanah spatial), sektor vs KSAS;
  2. Jadual Pencapaian Dasar RSN: Dasar – dasar dapat dicapai dan peratusan prestasi mengikut tahun; dan
  3. Antara Muka Sistem: Interaktif dan user-friendly.

5.2.4 Penentuan Indikator Pemantauan

Cadangan ukuran penilaian pemantauan boleh dipecahkan kepada tiga (3) ukuran iaitu:-

  1. Pematuhan; Kelas guna tanah semasa mengikut kelas guna tanah cadangan yang ditetapkan; dan

  2. Pencapaian; Kelulusan guna tanah semasamenepati keluasan kelas guna tanah mengikut sektor danmengikut tahun yang diunjurkan/disasarkan.

Elemen – elemen yang akan dipertimbangkan untuk tujuan pemantauan secara berkala adalah:-

  1. Elemen Spatial

    ElemenKekerapan PemantauanSumber
    Trend perubahan kawasan tepubina (guna tanah).3 bulan sekaliUnjuran RSNPP, Metadata RSNPP, JPBD Negeri.
    Perubahan trend guna tanah mengikut kelas guna tanah di peringkat RSN (termasuk perhutanan dan badan air) berbanding unjuran RSN dan saling kaitannya dengan hirarki petempatan yang ditetapkan di dalam RSN3 bulan sekaliUnjuran RSNPP, Metadata RSNPP, JPBD Negeri, jabatan–jabatan teknikal berkaitan, PBT.
    Perubahan kawasan pertanian utama (ekar), kawasan warta pengairan dan kawasan tadahan berbanding ketetapan/unjuran RSN.3 bulan sekaliUnjuran RSNPP, Metadata RSNPP, JPBD Negeri, Jab. Pertanian, JBA dan JPS.
    Projek – projek guna tanah komited (penyediaan perumahan, kemudahan masyarakat, perdagangan dan industri) tahun semasa mengikut kategori guna tanah berbanding unjuran RSN. Aspek–aspek yang akan diteliti adalah kelulusan bilangan unit (bagi perumahan) dan ruang lantai (bagi perdagangan dan industri). Serta bilangan kemudahan masyarakat yang disediakan dan keperluan.3 bulan sekaliUnjuran RSNPP, Metadata RSNPP, JPBD Negeri.
    Matriks pematuhan KSAS (bernilai warisan, bernilai sokongan hidup dan bernilai geobencana), termasuk bilangan permohonan dan keluasan tanah yang diberi kelulusan pengeluaran dari Warta Tanah Bukit, Warta–warta Pengairan dan kawasan tadahan.3 bulan sekaliMetadata RSNPP, Peta Tapisan KSAS, JPBD Negeri.
  2. Elemen Bukan Spatial

    ElemenKekerapan PemantauanSumber
    Pendapatan Perkapita penduduk mengikut kaum, daerah dan tahun.1 kali setahunStatistik UPEN dan Jabatan Perangkaan Malaysia
    Keselarasan bilangan penduduk mengikut daerah semasa dengan ujuran RSNPP1 kali setahunStatistik UPEN dan Jabatan Perangkaan Malaysia.
    Peratusan Penduduk negeri Mempunyai Pendidikan Lanjutan (IPT)1 kali setahunStatistik UPEN dan Jabatan Perangkaan Malaysia.
    Pencapaian Kemiskinan Sifar menjelang Tahun 20083 bulan sekaliBanci Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Pembangunan Negeri.
    Pencapaian Setinggan Sifar menjelang tahun 2010Banci Pejabat Pembangunan Negeri dan PBT.

    Pelaksanaan Dasar Penyertaan Bumiputera di dalam pembangunan sosial dan ekonomi Negeri, antaranya termasuklah

    1. peratusan pemilikan hartanah perumahan, perdagangan, perindustrian, pelancongan dan pertanian/industri asas tani oleh Bumiputera;
    2. peratusan penjualan unit-unit perumahan dan hartanah lain bagi kuota Bumiputera di dalam pembangunan semua hartanah;
    3. peratusan penjualan kuota Bumiputera di dalam tempuh yang ditetapkan.
    3 bulan sekaliStatistik Unit Penyelarasan dan penyertaan Bumiputera Jabatan Perdana Menteri.
    Pelaksanaan dan keberkesanan Program Kitar Semula – bilangan ton sisa pepejal yang dapat dikitar semula.3 bulan sekaliStatistik PBT

    Pelaksanaan One stop centre –

    1. Peratus permohonan merancang yang dapat diselesaikan di dalam tempuh ditetapkan.
    2. bilangan dan peratusan permohonan pelan bangunan yang dapat diselesaikan di dalam tempuh Piagam Pelanggan;
    3. bilangan dan peratusan permohanan tukar syarat tanah dapat diselesaikan mengikut Piagam Pelanggan
    3 bulan sekaliStatistik kebenaran merancang dan lain-lain permohonan pembangunan dan tanah.

    Pelancongan:

    1. Bilangan kedatangan pelancong ke Negeri Pulau Pinang melalui udara, laut dan darat.
    2. Bilangan aduan tentang perkhidmatan dan tahap kebersihan kawasan – kawasan utama pelancongan Negeri.
    3. Bilangan penerbangan terus dari Negeri Pulau Pinang ke destinasi utama dunia.
    Statistik Pegis dan MTPNStatistik Pegis dan MTPN

    Perdagangan, termasuklah:

    1. Keluasan ruang lantai perdagangan yang diluluskan di dalam tahun semasa berbanding dengan sasaran/unjuran RSNPP mengikut daerah;
    2. Bilangan dan keluasan tukar guna bangunan perumahan kepada perdagangan di dalam konteks pematuhan/pencapaian sasaran/unjuran keperluan perdagangan bagi daerah, seluruh Negeri dan Wilayah Utama (di dalam konteks peranan George Town sebagai Pusat Pertumbuhan Wilayah konurbasi George Town)
    3 bulan sekaliStatistik kebenaran merancang dan permohonan perancangan lain dari PBT.

    Pertanian, antaranya termasuklah:

    1. Pelaksanaan tanaman padi 5 kali/2 tahun atau pencapaian 10 tan padi setahun;
    3 bulan sekaliStatistik Jabatan Pertanian Negeri/IADP

5.2.5 Pengujudan Sistem Maklumat / Pangkalan Data Bersepadu.

Pengujudan sistem maklumat yang teratur dan kemas akan dapat memastikan penyebaran maklumat yang mencukupi bagi kegunaan jabatan jabatan di dalam penguatkuasaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Penggunaan sistem maklumat pengkomputeran seperti sistem maklumat geografi di (Geographical Information System) dalam pengurusan perlu dimulakan bersama sama lain lain projek e-kerajaan.

Peranan Projek MyGDI akan dipertingkat dan dikembangkan untuk menangani isu-isu dan aspek-aspek berkaitan dengan aktiviti perancangan bandar dan desa Negeri Pulau Pinang, termasuklah pengintegrasian maklumat-maklumat tanah, tekanan pembangunan, data-data fizikal struktur ( bangunan dan strata) dan kawalan foot print kawalan pembangunan lainnya.

5.2.6 Pembangunan Sistem Pemantauan Berkala Berdigital

Satu sistem pemantauan berkala secara digital akan dibangunkan, yang mana antara lain komponen utama sistem ini adalah penentuan aspek - aspek yang hendak dipantau samada fizikal atau bukan fizikal, pembangunan matriks perbandingan dan ukuran pencapaian sasaran / unjuran RSNPP . Sistem ini yang ala MurniNet yang dibangunkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia akan diselaraskan oleh JPBD Negeri Pulau Pinang dengan kemasukan data data oleh PBT berkaitan.

5.2.7 Implikasi Kewangan

Secara umumnya, pembangunan Sistem Pemantauan bagi RSNPP yang dicadangkan melibatkan sejumlah peruntukan kewangan. Ia merangkumi beberapa peringkat seperti yang berikut :-

  1. Pengurusan

    Melibatkan perkara – perkara kos pengurusanmesyuarat, bengkel, seminar , latihan, publisiti dan sebaran;

  2. Aset

    Perolehan perkakasan komputer dan perisian secara one-off serta pembelian atau langganan imej satelit atau digital secara berkala berdasarkan mekanisme/prosedur yang ditetapkan;

  3. Pelaporan dan Penerbitan

    Pelaporan 2 kali setahun tentang pencapaian dasar – dasar RSNPP akan dibuat kepada JPN atau PBN jika perlu dan juga melibatkan percetakan laporan secara berkala–2k a l i setahun akan dibuat. Laporan – laporan ini akan diedar kepada semua ahli JPN dan PBN serta semua agensi – agensi Kerajaan; dan

  4. Pembangunan Sistem Maklumat Pemantauan Berdigital.

    Pembangunan portal sistem pemantauan berdigital RSNPP yang melibatkan penggunaan khidmat profesional seperti juruanalisa sistem yang mahir dan memahami proses perancangan dan aktiviti perancangan bandar dan desa amnya.