4.0 PENYATAAN DASAR-DASAR DAN CADANGAN UMUM RSNPP 2020

4.1 PENGENALAN

Dasar–dasar RSNPP dibentuk secara bersepadu mencakupi aspek–aspek seperti kemapanan fizikal, sosio ekonomi dan alam sekitar Negeri Pulau Pinang. Dasar–dasar RSNPP ini adalah untuk mencapai objektif–objektif pembangunan terutamanya pembangunan fizikal yang telah ditetapkan. Dasar–dasar RSNPP selain itu telah mengambilkira pandangan–pandangan dan bantahan–bantahan awam yang telah dikemukakan semasa proses publisiti yang telah diadakan dari 28 Oktober, 2006 hingga 30 September, 2006. Lanjutan dari publisiti, beberapa sesi pendengaran awam telah diadakan pada 11, 12, 15, 21 dan 22 Disember, 2006. Pandangan–pandangan dan bantahan–bantahan awam yang diambilkira sebagai sebahagian daripada dasar–dasar RSNPP ini adalah perkara–perkara yang telah dipertimbangkan dan dipersetujui serta disyorkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri di dalam mesyuaratnya pada 12, 13 dan 27 Februari, 2007. RSN juga mengambilkira dan mematuhi semua pandangan dan nasihat Majlis Perancang Fizikal Negara di dalam mesyuaratnya pada 31 Mei, 2007.

Dasar–dasar RSNPP diperincikan melalui langkah–langkah perlaksanaan yang dicadangkan.

4.2 STRUKTUR PENYATAAN DASAR RSNPP

Secara keseluruhannya RSNPP telah mengariskan 79 dasar yang dibahagikan kepada 3 kategori dasar iaitu Dasar Spatial Utama (13 dasar), Dasar Sektoral (61 dasar) dan Dasar Spatial Khusus (5 dasar).

Dasar Spatial Utama adalah untuk menerangkan kerangka serta hala tuju pembangunan Negeri secara keseluruhannya. Penyataan Dasar Spatial Utama akan disokong dan diperjelaskan oleh Gambar Rajah Utama RSNPP. Secara amnya, dasar spatial utama yang dicadangkan oleh RSNPP adalah berkaitan dengan aspek–aspek seperti:-

Dasar Sektoral adalah dasar–dasar yang memperincikan cadangan–cadangan bagi setiap sektor kajian yang terlibat untuk memperkukuhkan dasar–dasar spatial utama. Sektor–sektor yang terlibat adalah:-

Dasar Khusus pula dirangka khusus bagi sesebuah kawasan atau tempat yang berkepentingan dan memberi kesan dari segi ekonomi, alam sekitar dan pembangunan fizikal. Pembentukan dasar khusus ini juga adalah sebagai dasar tambahan kepada dasar spatial utama serta dasar sektoral RSNPP, melibatkan:-

4.3 DASAR SPATIAL UTAMA (DSU)

Dasar–dasar spatial utama dibahagikan kepada 6 komponen perancangan utama seperti berikut:-

4.3.1 Rangka Strategik Spatial Negeri Pulau Pinang

Rangka perancangan strategik spatial Negeri diterjemahkan di dalam dasar-dasar yang digariskan dan disokong dengan Gambar Rajah Utama yang akan dijadikan asas rujukan kepada perlaksanaan pembangunan fizikal Negeri Pulau Pinang yang mapan sehingga tahun 2020. Pembangunan fizikal yang hendak dijalankan perlu diselaraskan dengan agihan guna tanah Negeri mengikut koridor yang telah dikenalpasti. Ini adalah penting di dalam memastikan sumber Negeri yang terhad dapat dioptimumkan. Dasar spatial utama yang telah dirangka adalah:-

DSU1 GAMBAR RAJAH UTAMA AKAN MENJADI RANGKA STRATEGIK RANCANGAN PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN TANAH YANG EFISIEN.

DSU1 L1

Menerima pakai Gambar Rajah Utama sebagai sumber rangka spatial dan rujukan kepada agensi-agensi perancangan dan pembangunan dalam penyediaan Rancangan Pembangunan di peringkat Negeri.

DSU1 L2

Menterjemahkan dan menyelaraskan rangka spatial Negeri di dalam penyediaan Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK).

DSU1 L3

Memastikan pembangunan guna tanah mematuhi dan menepati klasifikasi dan agihan guna tanah yang ditetapkan.

DSU1 L4

Memastikan pembangunan kawasan petempatan dan agihan penduduk adalah selaras dengan koridor pembangunan yang telah dikenalpasti.

Agensi Pelaksana:- UPEN, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Jabatan Teknikal.

Rajah 3.1 Gambar Rajah Utama (tekan gambar untuk saiz sepenuh - JPG - 1.3 MB)

4.3.2 Kawasan Keutamaan dan Koridor Pembangunan

  1. Konurbasi Geogetown Sebagai Pusat Wilayah Utara Semenanjung

    Rancangan Fizikal Negara (RFN) telah mengenal pasti Konurbasi George Town yang meliputi seluruh Negeri Pulau Pinang, Selatan Kedah dan Utara Perak sebagai Konurbasi Wilayah Utara. Konurbasi ini juga telah dikenalpasti dalam Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK-9) sebagai penggerak utama bagi Wilayah Utara Semenanjung yang meliputi Negeri Perlis, Kedah, Perak Utara dan Seberang Perai.

    Rujuk Rajah 4.1 Konurbasi George Town

    DSU2 KONURBASI GEORGE TOWN AKAN DIBANGUNKAN SEBAGAI KAWASAN TUMPUAN PEMBANGUNAN BAGI MENYOKONG PERTUMBUHAN EKONOMI DAN PERBANDARAN WILAYAH UTARA SEMENANJUNG.

    DSU2 L1

    Menetapkan sempadan konurbasi George Town meliputi seluruh Negeri Pulau Pinang, Gurun, Sungai Petani dan Kulim di Kedah serta Selama dan Parit Buntar di Perak.

    DSU2 L2

    Meningkatkan lagi peranan yang dimainkan oleh Konurbasi George Town sebagai pusat pembangunan ekonomi dan perbandaran bagi Wilayah Utara Semenanjung.

    DSU2 L3

    Menggalakkan limpahan pembangunan khususnya di dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan pembuatan, perdagangan dan perkhidmatan, perhubungan dan pengangkutan serta perumahan.

    DSU2 L4

    Meningkatkan kerjasama di dalam membangunkan bandar-bandar sempadan seperti di bahagian Selatan Kedah dan Utara Perak.

    DSU2 L5

    Menggalakkan dan menarik lebih banyak pembangunan mega di Wilayah Utara Semenanjung seperti pembinaan Jambatan Kedua, PCC, pembinaan double tracking rail, high speed rail dan Trans-Asian Transportation Network bagi meningkatkan potensi pembangunan Wilayah Utara Semenanjung.

    DSU2 L6

    Menjadikan Konurbasi George Town sebagai Hub Pelancongan dan gateway bagi pelancongan di Negeri-Negeri Wilayah Utara Semenanjung.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Jabatan Teknikal.

  2. Kawasan Pembangunan Utama Berasaskan Koridor Pembangunan Negeri

    Dua koridor pembangunan dibentuk iaitu Koridor Pembangunan Utama dan Koridor Pembangunan Sekunder. Pembentukan Koridor Pembangunan Utama dan Koridor Pembangunan Sekunder bertujuan mengoptimumkan pembangunan guna tanah perbandaran di koridor–koridor pembangunan yang telah dikenalpasti serta bagi mengelakkan daripada berlakunya pembangunan di luar kawasan koridor pembangunan yang ditetapkan. Koridor Pembangunan Utama dan Koridor Pembangunan Sekunder yang dicadangkan juga adalah bertujuan menggelakkan berlakunya pencerobohan terhadap kawasan sensitif alam sekitar serta kawasan–kawasan pertanian yang berpotensi. Koridor pembangunan yang dikenalpasti adalah seperti berikut:-

    Rujuk Rajah 4.2 Koridor Pembangunan Negeri Pulau Pinang

    1. Koridor Pembangunan Utama

      Pembangunan yang dibenarkan di koridor–koridor pembangunan utama adalah pembangunan sedia ada yang diluluskan pihak berkuasa dan pembangunan perbandaran seperti perumahan, perdagangan, perindustrian, kemudahan masyarakat dan institusi. Pembangunan yang dibenarkan di dalamkoridor ini adalah tertakluk kepada kriteria guna tanah serta garis panduan pembangunan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Koridor-koridor Pembangunan Utama yang telah dikenalpasti adalah seperti:-

      Bahagian Pulau

      1. Koridor George Town – Bayan Baru – Bayan Lepas

      2. Koridor George Town – Air Hitam – Paya Terubong

      3. Koridor George Town – Tanjung Tokong

      Seberang Perai

      1. Koridor Kepala Batas – Bertam

      2. Koridor Butterworth – Bagan Ajam– Telok Air Tawar (Termasuk Sungai Dua)

      3. Koridor Butterworth – Seberang Jaya – Bukit Mertajam

      4. Koridor Juru – Bukit Minyak – Tasik Mutiara

      5. Koridor Batu Kawan – Valdor

      6. Koridor Sungai Bakap – Jawi – Nibong Tebal – Sri Ampangan

    2. Koridor Pembangunan Sekunder

      Pembangunan yang dibenarkan di koridor pembangunan sekunder meliputi pembangunan sedia ada yang diluluskan pihak berkuasa, pembangunan terkawal, berskala dan berketumpatan rendah-sederhana; untuk tujuan perumahan, pelancongan terhad, pertanian dan industri asas tani, perdagangan tempatan dan pembangunan desa lainnya. Pembangunan yang dijalankan di koridor sekunder ini adalah tertakluk kepada pematuhan kriteria serta garis panduan perancangan yang ditetapkan, mempunyai ciri-ciri istimewa dan kekuatan ekonomi setempat. Koridor pembangunan sekunder yang dikenalpasti adalah :-

      Bahagian Pulau

      1. Koridor Air Putih – Balik Pulau – Genting

      2. Koridor Batu Maung – Telok Kumbar

      3. Koridor Tanjong Bungah – Telok Bahang

      Seberang Perai

      1. Koridor Penaga – Kuala Muda

      2. Koridor Tasik Gelugor – Kubang Menerong

      3. Koridor Bukit Mertajam – Penanti

    DSU3 KAWASAN KEUTAMAAN PEMBANGUNAN NEGERI PULAU PINANG SEHINGGA TAHUN 2020 AKAN DIBANGUNKAN SECARA SEIMBANG DI KORIDOR-KORIDOR PEMBANGUNAN YANG TELAH DIKENALPASTI.

    DSU3 L1

    Mengenal pasti koridor pembangunan Negerimengikut kepentingan ekonomi serta ciri tempatan yang telah dikenalpasti seperti Koridor Pembangunan Utama dan Koridor Pembangunan Sekunder.

    DSU3 L2

    Membenarkan pembangunan perbandaran seperti pembangunan perumahan, perdagangan peringkat tinggi, perindustrian, kemudahan masyarakat dan institusi di Koridor Pembangunan Utama dan pembangunan lebih terkawal, berskala dan berketumpatan rendah - sederhana; untuk tujuan perumahan, pelancongan terhad, pertanian dan industri asas tani, perdagangan tempatan dan pembangunan desa lainnya di Koridor Pembangunan Sekunder.

    DSU3 L3

    Menggalakkan pembangunan bandar di dalam lingkungan koridor yang telah ditetapkan bagi memastikan penggunaan tanah secara optimum dapat dijalankan.

    DSU3 L4

    Membangunkan koridor pembangunan mengikut kriteria guna tanah yang dikenalpasti dan menyediakan keperluan sokongan yang mencukupi yang dapat menjana dan menyokong pembangunan ekonomi di dalam lingkungan koridor pembangunan yang telah ditetapkan.

    DSU3 L5

    Memastikan perincian pembangunan guna tanah di koridor pembangunan dikenalpasti di peringkat RT dan RKK.

    DSU3 L6

    Mempertimbangkan pembangunan di kawasan pertanian yang tidak produktif di dalam koridor pembangunan baru yang dikenalpasti.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah.

    DSU4 KORIDOR PEMBANGUNAN UTAMA AKAN MEMBERI TUMPUAN KEPADA PEMBANGUNAN PERBANDARAN.

    DSU4 L1

    Menetapkan pembangunan di Koridor Pembangunan Utama seperti berikut:-

    Bahagian Pulau

    Koridor George Town – Bayan Baru – Bayan Lepas merupakan koridor pembangunan sedia ada. Aktiviti pembangunan utama adalah perdagangan, perindustrian dan perumahan. Pembangunan secara infill adalah digalakan untuk mengoptimumkan kemudahan infrastruktur sedia ada. Pembinaan Jambatan Kedua dan aktiviti perhubungan udara memberi prospek yang besar kepada koridor ini untuk berkembang sebagai hub udara dan memperkukuhkan Bayan Lepas sebagai 'Lembah Silikon Timur'.

    Pembangunan Koridor George Town – Ayer Itam – Paya Terubong merupakan koridor pembangunan sedia ada. Pembangunan secara infill adalah digalakkan di koridor ini. Pembangunan padat yang berlaku di kawasan kaki bukit akan dikawal. Aktiviti pembangunan utama adalah perdagangan dan kediaman.

    Pembangunan di Koridor George Town – Tanjung Tokong akan memberi tumpuan kepada pembangunan pelancongan berasaskan pantai dan eko. Pembangunan yang dibenarkan di dalam koridor ini melibatkan pembangunan hotel, resort dan pangsapuri perkhidmatan, kediaman serta perniagaan yang menyokong pembangunan pelancongan, di samping menggalakkan pembangunan secara infill.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, JPBD Negeri, MPPP, Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut. Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya.

    Seberang Perai

    Koridor Kepala Batas – Bertam merupakan koridor pembangunan sedia ada. Aktiviti utama yang dibenarkan di Koridor ini adalah perumahan, perdagangan dan institusi. Selaras dengan penaikkan taraf kawasan Bertam sebagai sebuah pusat petempatan utama dan peranan yang dimainkan oleh Kepala Batas sebagai Pusat Separa Wilayah iaitu sebagai pusat Pentadbiran Daerah SPU. Koridor ini juga akan membangun dengan pesat dengan pengiktirafan Bertam sebagai salah sebuah Penang Cyber City yang akan dibangunkan dalam fasa ke 2 iaitu selepas tahun 2008.

    Koridor Butterworth – Bagan Ajam – Telok Air Tawar (Termasuk Sungai Dua) merupakan gabungan koridor pembangunan sedia ada dan koridor baru. Kesan daripada cadangan Jalan Pesisir Pantai Teluk Air Tawar – Kuala Muda dijangka akan memberi kesan kepada pembangunan koridor ini. Keupayaan kemudahan pelabuhan serta kemudahan jaringan pengangkutan yang baik meningkatkan lagi potensi Butterworth sebagai bandar pelabuhan dengan salah sebuah pelabuhan utama negara. Aktiviti Barter Trade akan memainkan peranan yang lebih luas di dalam menjana peluang ekonomi di peringkat Negeri dan serantau. Tumpuan utama aktiviti pembangunan adalah perumahan dan perdagangan dengan mengambil kira pengekalan kawasan Jelapang Padi serta kawasan pertanian kelas 1 dan kelas 2 yang terdapat di sepanjang koridor ini.

    Koridor Butterworth – Seberang Jaya – Bukit Mertajam merupakan koridor sedia ada dengan tumpuan aktiviti yang tertumpu kepada perindustrian, perdagangan dan kediaman seiring dengan peranan Butterworth sebagai Pusat Pertumbuhan Wilayah (di Seberang Perai). Pembangunan secara adalah digalakkan dan limpahan pembangunan koridor ini telah mula mengarah ke Kubang Semang di Utara.

    Koridor Juru – Bukit Minyak – Tasek Mutiara merupakan koridor pembangunan sedia ada dengan tumpuan aktiviti utama perindustrian dan disokong oleh pembangunan perumahan di kawasan Tasek Mutiara. Pembangunan Koridor telah mula mengarah ke Kulim kesan daripada pembangunan Kulim Hi Tech.

    Koridor Batu Kawan – Valdor pembinaan Jambatan Kedua akan menjadi pemangkin kepada pembangunan Batu Kawan Kesan limpahan pembangunan ini dijangka akan melimpah ke Valdor sehingga ke Sungai Bakap. Batu Kawan dikenalpasti sebagai teknopolis baru Negeri Pulau Pinang, di mana Batu Kawan akan dijadikan bandar sains yang mengkhususkan kepada aktiviti R&D, pemerosesan, pembuatan barang–barang elektrik dan elektronik selaras dengan potensi Batu Kawan sebagai Penang Cyber City 3. Manakala Valdor dan Sungai Bakap akan tertumpu kepada pembangunan industri IKS, perumahan dan juga perdagangan.

    Koridor Sungai Bakap – Jawi – Nibong Tebal – Sri Ampangan (Transkrian). Kesan pembinaan Jambatan Kedua akan memberi impak yang besar kepada Daerah SPS. Penyusunan guna tanah di koridor pembangunan yang telah dikenalpasti adalah perlu bagi memastikan potensi pembangunan ini dioptimumkan sepenuhnya. Jawi akan menjadi pusat pentadbiran Daerah dan disokong oleh pembangunan perindustrian di Nibong Tebal serta pembangunan institusi pendidikan serta perumahan di Sri Ampangan. Sri Ampangan juga telah dikenalpasti sebagai Penang Cyber City 4 Negeri.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, JPBD Negeri, MPSP, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Utara. Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah.

    DSU5 KORIDOR PEMBANGUNAN SEKUNDER AKAN MEMBERI TUMPUAN KEPADA PENAIKTARAFAN DAN PEMBANGUNAN TERKAWAL, BERSKALA DAN BERKETUMPATAN RENDAH – SEDERHANA; UNTUK TUJUAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN, PELANCONGAN TERHAD / PELANCONGAN EKO, PERDAGANGAN TERHAD, INDUSTRI ASAS TANI, INDUSTRI KRAFTANGAN DAN PEMBANGUNAN DESA LAINNYA YANG BERIMPAK RENDAH.

    DSU5 L1

    Menetapkan pembangunan di Koridor Pembangunan Sekunder seperti berikut:-

    Bahagian Pulau

    Koridor Balik Pulau – Genting – Air Putih merupakan gabungan koridor sedia ada dan koridor baru. Tumpuan utama aktiviti adalah perumahan dan perdagangan. Bagaimanapun, untuk mengawal pertumbuhan agar seimbang dengan kepentingan pemeliharaan kawasan Jelapang Padi, pertanian dan kawasan pemeliharaan alam semula jadi, strategi pembangunan untuk Balik Pulau akan ditumpukan kepada penaiktarafan dan pembangunan berimpak rendah untuk perumahan berketumpatan rendah berparas rendah (low rise low density area), pelancongan terhad/pelancongan eko, perdagangan terhad, industri asas tani dan industri kraftangan.

    Koridor Batu Maung – Telok Kumbar merupakan koridor sediada dengan guna tanah utamanya pembangunan perumahan berketumpatan rendah berparas rendah (low rise low density) dan perdagangan tempatan (local shops). Pembangunan baru untuk pelancongan terhad akan dibenarkan di koridor ini dengan tumpuan kepada aset semula jadi seperti pantai, bukit bukau dan makanan.

    Koridor Tanjong Bungah – Telok Bahang merupakan koridor sedia ada pelancongan yang telah dibangunkan pesat dengan perhotelan bertaraf lima bintang. Pembangunan infill yang berketumpatan rendah – sederhana akan dibenarkan bagi zon yang dikenalpasti untuk perumahan am (15 unit seekar), perumahan ketumpatan rendah (6 unit seekar), pelancongan am/terhad dan perniagaan (nisbah plot 1:1). Keindahan semula jadi seperti pantai peranginan, bukit bukau dan hutan akan terus dikekalkan sebagai aset utama pembangunan di koridor ini. Bagi Telok Bahang, pembangunan desa dan eko lancong akan diberi tumpuan dengan Taman Negara Pulau Pinang sebagai titik fokal utama. Pembangunan perdagangan tempatan yang akan digalakkan merupakan aktiviti sokongan kepada pembangunan pelancongan di koridor ini.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, JPBD Negeri, MPPP, Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut. Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya.

    DSU5 L2

    Seberang Perai

    Koridor Penaga – Kuala Muda merupakan koridor baru. Kesan daripada cadangan Jalan Pesisir Pantai Teluk Air Tawar – Kuala Muda dijangka memberi kesan kepada pembangunan koridor ini. Aktiviti pembangunan secara terkawal akan di tekankan dengan mengambil kira pengekalan kawasan Jelapang Padi serta kawasan pertanian berpotensi yang mempunyai kemudahan infrastruktur pengairan.

    Koridor Tasik Gelugor – Ara Kuda mempunyai pertalian dengan Koridor Kepala Batas – Bertam dan dijangka mewujudkan rangkaian sehingga ke sekitar Ara Kuda dan Penanti. Pembangunan koridor ini secara tidak langsung akan menerima kesan daripada kawasan bersempadanan iaitu di Kulim.

    Koridor Bukit Mertajam – Penanti merupakan koridor pembangunan baru. Pembangunan koridor ini adalah kesan daripada Lebuh Raya Butterworth – Kulim Expressway (BKE). Pembangunan koridor ini perlu dikawal dan mengambil kira kawasan pengekalan Jelapang Padi serta kawasan Pertanian Kelas 1 dan Kelas 2 yang terdapat di sepanjang koridor tersebut.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, JPBD Negeri, MPSP, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Utara, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan.

    DSU6 PEMBANGUNAN DI LUAR KAWASAN KEUTAMAAN AKAN DIHADKAN KEPADA PETEMPATAN DESA DAN AKTIVITI PERTANIAN, INDUSTRI ASAS TANI, PELANCONGAN EKO/TERHAD, PERDAGANGAN TEMPATAN DAN KEMUDAHAN MASYARAKAT.

    DSU6 L1

    Membenarkan pembinaan rumah dengan ketumpatan:-

    • 1 unit/per ekar bagi tanah bukan FirstGrade zoning pertanian; dan

    • Maksimum 6 unit/per ekar bagi tanah First Grade zoning pertanian yang mempunyai penempatan perkampungan sedia ada meliputi tidak lebih daripada 1/5 keluasan tanah itu atau maksimum 2 hektar mengikut mana yang kurang.

    DSU6 L2

    Perkampungan sedia ada dikekalkan di mana bersesuaian tertakluk kepada pematuhan kehendak perundangan tanah dan kelulusan perancangan yang diberikan oleh pihak berkuasa.

    DSU6 L3

    Membenarkan pembinaan perumahan awam kos rendah untuk tujuan penempatan semula; mengikut garis panduan yang ditetapkan.

    DSU6 L4

    Membenarkan aktiviti mengeluar atau memproses bahan semula jadi dari mana–mana hasil pertanian tersebut.

    DSU6 L5

    Membenarkan aktiviti–aktiviti industri desa dan IKS yang tidak mencemarkan dan tidak melibatkan penggunaan bekalan air dan elektrik yang banyak, beroperasi secara sambilan oleh penghuni rumah di dalam kampung. Tumpuan adalah kepada industri berasaskan makanan tradisional, pembungkusan dan industri asas tani lainnya tertakluk kepada kehendak–kehendak pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Alam Sekitar.

    DSU6 L6

    Menyediakan kemudahan pendidikan, perubatan, kesihatan dan lain–lain kemudahan masyarakat seperti bangunan keagamaan, pusat masyarakat dan kemudahan sukan.

    DSU6 L7

    Membenarkan aktiviti pelancongan terhad berasaskan eko dan agro serta homestay.

    DSU6 L8

    Membenarkan aktiviti perdagangan tempatan (local shops) di pusat–pusat pertumbuhan kecil yang dikenalpasti sebagai kemudahan sokongan kepada aktiviti pelancongan terhad.

    DSU6 L9

    Kawasan–kawasan di luar kawasan pembangunan yang akan dibenarkan untuk pembangunan yang ditetapkan akan dikenalpasti oleh PBT di dalam RT yang diluluskan oleh Negeri.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Jabatan Teknikal.

  3. Kesediaan Tanah Untuk Pembangunan

    Analisis kesediaan tanah mendapati Negeri Pulau Pinang mempunyai sejumlah 14,600 hektar tanah yang sesuai untuk pembangunan. Bagaimanapun unjuran guna tanah yang dijalankan mendapati Negeri Pulau Pinang hanya memerlukan kira – kira 5,000 hektar tanah sehingga tahun 2020. Daripada jumlah tersebut keutamaan pembangunan akan ditumpukan kepada strategi untuk mengoptimumkan kawasan tepu bina sedia ada sebelum pembukaan kawasan baru digalakkan. Pendekatan pembangunan secara bersepadu seperti pembangunan secara infill, urban renewal dan adaptive reuse akan digalakkan. Ini bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan kemudahan infrastruktur dan utiliti yang tersedia di samping untuk menggelakkan daripada berlakunya pembangunan di luar kawasan keutamaan pembangunan. Oleh demikian RSNPP merumuskan kesediaan tanah untuk pembangunan dikategorikan mengikut kepentingan yang dikenalpasti seperti berikut :-

    Rujuk Rajah 4.3 Kesediaan Tanah Untuk Pembangunan dan Rajah 4.4 Kawasan Tebusguna Tanah Negeri Pulau Pinang.

    DSU7 PEMBANGUNAN GUNA TANAH SEHINGGA TAHUN 2020 AKAN MENGUTAMAKAN KAWASAN PEMBANGUNAN SEDIA ADA DAN KAWASAN PEMBANGUNAN BARU YANG DIKENALPASTI.

    DSU7 L1

    Mengekal dan terus membenarkan pembangunan sedia ada yang bersesuaian dari segi kegunaan tanah (zoning) dan bangunan mengikut garis panduan yang ditetapkan dan diluluskan oleh pihak berkuasa. Ini termasuklah kemudahan masyarakat, perkuburan, rekreasi/kawasan lapang, institusi, perumahan kampung tradisional yang wajar dikekalkan dan aktiviti pertanian yang produktif.

    DSU7 L2

    Menggalakkan pembangunan infill, pembaharuan bandar, pembangunan semula dan adaptive reuse secara bersepadu di kawasan pusat – pusat bandar, kawasan usang, kawasan terbengkalai, kawasan kurang produktif, kawasan terbiar dan kawasan di luar zon warisan tanpa menjejaskan kepentingan penduduk asal kawasan terbabit.

    DSU7 L3

    Menggalakkan pembangunan berketumpatan tinggi di Bahagian Pulau berdasarkan kepada kawasan keutamaan pembangunan di Gambar Rajah Utama bagi guna tanah kediaman, perdagangan dan industri, terutamanya kawasan–kawasan di sepanjang jaringan transit laju (monorel), jalanraya–jalanraya persekutuan dan Negeri yang utama.

    DSU7 L4

    Memberi penekanan dan keutamaan pembangunan kepada kawasan tepu bina sedia ada dan kawasan pembangunan baru secara sequential approach seperti berikut:-

    • Memberi keutamaan pembangunan kepada Kawasan Rank I dengan tumpuan kepada kawasan tepu bina sedia ada yang mempunyai kemudahan pengangkutan dan kemudahan infrastruktur yang tersedia; dan

    • Menggalakkan keutamaan pembangunan di kawasan Rank II yang merupakan kawasan pembangunan baru yang mempunyai kemudahan infrastruktur dan utiliti, berada di dalam lingkungan garis kontor 76 m (250 kaki), merupakan sokongan kepada pembangunan sedia ada berhampiran dan menepati fungsi–fungsi istimewa tertentu yang hendak digalakkan seperti Pusat Pertumbuhan Wilayah.

    DSU7 L5

    Meningkatkan intensiti kawasan perindustrian sedia ada di Bahagian Pulau dan menaiktaraf serta meningkatkan kemudahan kemudahan infrastruktur di kawasan perindustrian sedia ada yang masih kosong di Seberang Perai.

    DSU7 L6

    Menggalakkan pembangunan infill berketumpatan tinggi di sepanjang jaringan utama transit laju seperti di sepanjang jaringan monorel dan jaringan jalan/lebuhraya baru Negeri seperti PORR dan BORR dan lain-lain jaringan lebuhraya dan jalan Negeri/ Persekutuan dimana bersesuaian (TOD).

    DSU7 L7

    Perancangan guna tanah antara lain hendaklah diintegrasikan dengan perancangan lalulintas, perancangan pengangkutan awam dan perancangan sosial.

    DSU7 L8

    Mewujudkan satu Jawatankuasa yang memantau dan mengawal pembangunan guna tanah Negeri dan mewujudkan satu sistem maklumat guna tanah yang dapat membantu di dalam perlaksanaan guna tanah yang mapan.

    DSU7 L9

    Pembangunan tanah–tanah kerajaan akan diberi keutamaan kepada agensi–agensi kerajaan atau syarikat–syarikat berkepentingan kerajaan (GLC).

    Agensi Pelaksana:- UPEN, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Jabatan Teknikal.

    DSU8 TEBUS GUNA TANAH SEBAGAI ALTERNATIF PENYEDIAAN KAWASAN PEMBANGUNAN BARU AKAN DIHADKAN DI KAWASAN YANG TELAH DIKENALPASTI.

    DSU8 L1

    Tebus guna tanah hanya dibenarkan bagi pembangunan projek–projek yang telah dikenalpasti dan dipersetujui Kerajaan Negeri dan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN). Ini termasuklah cadangan tebus guna tanah :-

    • Pesisir Lebuh Raya Bayan Lepas (untuk tujuan pelebaran jalan/rekreasi awam dan pembinaan Jambatan Kedua);

    • Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dan penempatan setinggan yang terbabit; dan

    • Muara Sungai Perai – Kuala Juru (untuk tujuan perindustrian).

    Agensi Pelaksana:- Kerajaan Negeri, MPPP, MPSP, PDC, PERDA, PTG, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah.

    DSU8 L2

    Pembangunan tebus guna tanah perlumematuhi garis panduan ICZM (Intergrated Coastal Zone Management).

    di dalam Dasar Sektoral (DS 60).

    DSU8 L3

    Pembangunan tebus guna tanah perlu mematuhi Pelan Pengurusan Pantai Berintegrasi – ISMP yang disediakan oleh JPS. (Intergrated Shoreline Management Plan). Antara langkah – langkah ISMP adalah :-

    • Pembaikan (Langkah Jangka Pendek)

      • Pembinaan Struktur Kawalan Hakisan Pantai; dan

      • Pembinaan SistemPemulihan Pantai.

    • Pencegahan (Langkah Jangka Panjang)

      • Perancangan dan Pengurusan Pembangunan Bersepadu;

      • Mematuhi garis panduan Bil 1/1997 mengenai pembangunan di kawasan pantai; dan

      • Mematuhi Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Bersepadu (ISMP) dengan mengambil kira:-

        • Ciri dan proses pantai;

        • Aspek ekonomi, ekologi, alam sekitar;

        • Keperluan pengguna pantai lain seperti perikanan, pelancongan, pelabuhan dan lain–lain; dan

        • Kaedah yang sesuai untuk kawalan hakisan pantai.

    Agensi Pelaksana:- JAS, JPS, MPPP, MPSP, dan JPBD Negeri.

    DSU8 L4

    Bentuk kawasan tebusguna sebenar akan ditentukan oleh kajian-kajian terperinci seperti EIA, hidrodinamik, hidrologi dan sebagainya dan perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri.

    DSU8 L5

    Kajian – kajian tebus guna tanah hendaklah merujuk kepada Kajian Kemungkinan Ke Atas Tebus Guna Tanah bagi Negeri Pulau Pinang oleh Pusat Kajian Samudera Pantai (CEMACS, USM) untuk Kerajaan Negeri yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) pada 15 Jun, 2004.

    DSU8 L6

    Segera mewartakan kawasan tebus guna tanah kepada pihak berkuasa tempatan bersempadan untuk tujuan pengurusan dan pemantauan pembangunan.

    Agensi Pelaksana:- JAS, JPS, MPPP, MPSP, dan JPBD Negeri.

    DSU8 L7

    Mengekal atau menggantikan pantai awam di kawasan pesisir pantai yang ditebus guna melalui pengindahan kawasan, penyediaan kawasan lapang rekreasi, riadah, bersiar dan berkelah.

    DSU8 L8

    Mengintegrasikan pembangunan di kawasan tebus guna dengan pembangunan sekitar.

    DSU8 L9

    Memastikan tanah–tanah yang dibenar untuk ditebus guna di bangunkan dahulu sebelum kebenaran merancang diberikan atau pewartaan dilaksanakan.

4.3.3 Pusat-Pusat Petempatan

Perubahan tekanan dan tumpuan pembangunan di beberapa pusat pertumbuhan baru secara langsung telah memberi kesan ke atas hirarki dan fungsi pusat petempatan sedia ada. Pembangunan secara bersepadu di pusat – pusat bandar sedia ada, penyusunan dan pengukuhan koridor pembangunan semasa dan masa hadapan serta pemantapan hirarki dan fungsi perbandaran Negeri selaras dengan peranan Negeri Pulau Pinang sebagai sebahagian konurbasi pembangunan Wilayah Utara. Gabungan bandar Tanjung Tokong – George Town – Bayan Baru dan Butterworth – Seberang Jaya akan kekal sebagai kawasan perbandaran utama selaras dengan hirarki sebagai Pusat Pertumbuhan Wilayah Negara di samping berfungsi sebagai pusat pertumbuhan ekonomi serantau.

Pengukuhan beberapa pusat penempatan seperti Bayan Baru, Kepala Batas dan Bertam, Batu Kawan dan Sri Ampangan sebagai Pusat Separa Wilayah akan meningkatkan lagi potensi beberapa bandar utama akan datang seperti Bertam yang akan dibangunkan sebagai bandar cyber dan pusat industri automobil. Bagi mempastikan pengagihan umpuan pembangunan serta penyediaan kemudahan yang lebih seimbang dasar spatial utama bagi pengukuhan hirarki petempatan serta meningkatkan fungsi George Town sebagai Pusat Pertumbuhan Wilayah Konurbasi Utara dicadangkan seperti berikut:-

Rujuk Rajah 4.5 Hirarki Petempatan Bandar dan Desa, 2020.

DSU9 PEMBANGUNAN PETEMPATAN BANDAR DAN DESA NEGERI PULAU PINANG AKAN DIPERKUKUHKAN MENGIKUT FUNGSI DAN HIRARKI YANG TELAH DIKENALPASTI.

DSU9 L1

Menetapkan hirarki petempatan bandar dan desa Negeri Pulau Pinang untuk tahun perancangan 2020 seperti berikut :-

HIRARKI PUSAT PERTUMBUHANPETEMPATAN 2020
Pusat Pertumbuhan Wilayah / Ibu NegeriGeorge Town – Sungai Nibong – Butterworth – Seberang Jaya
Pusat Separa Wilayah
  • Bayan Baru
  • Bukit Mertajam
  • Bertam/Kepala Batas
  • Batu Kawan
  • Sri Ampangan
Pusat Petempatan Utama
  • Tanjung Tokong
  • Tanjong Bungah
  • Batu Feringghi
  • Telok Bahang
  • Balik Pulau
  • Air Puteh
  • Paya Terubong
  • Gelugor
  • Sg. Dua (PP)
  • Ayer Itam
  • Bayan Lepas
  • Sungai Ara
  • Batu Maung
  • Penaga
  • Telok Ayer Tawar
  • Tasek Gelugor
  • Sungai Dua (SP)
  • Penanti
  • Kubang Semang
  • Bukit Tengah
  • Permatang Pauh
  • Simpang Ampat
  • Sungai Bakap
  • Jawi
  • Nibong Tebal
Pusat Petempatan Kecil
  • Bukit Bendera
  • Kampung Tengah
  • Pantai Acheh
  • Kuala Sungai Pinang
  • Kampung Sungai Rusa
  • Kampung Sungai Burung
  • Genting
  • Pulau Betong
  • Telok Kumbar
  • Gertak Sanggul
  • Kuala Muda
  • Permatang Bendahari
  • Kampung Kota Aur
  • Kampong Pinang Tunggal
  • Kampung Kubang Menerong
  • Lahar Yooi
  • Padang Menora
  • Ara Kuda
  • Machang Bubok
  • Kampung Sungai Acheh
  • Kampong Besar
  • Juru
  • Bukit Minyak
  • Alma
  • Valdor

DSU9 L2

Membangunkan petempatan bandar mengikut hirarki dan fungsi bandar yang dikenalpasti sebagaimana di Lampiran 4.

DSU9 L3

Membangunkan petempatan–petempatan yang mempunyai fungsi dan ciri–ciri khas mengikut potensi dan keistimewaan seperti:-

Fungsi KhasPetempatan
1. Pusat Pelancong
a. Bandar Pesisir Pantai






b. Bandar Tanah Tinggi

c. Bandar Pelancongan Eko



d. Bandar Bersejarah / Warisan

  • Batu Feringghi
  • Tanjong Bungah
  • Telok Bahang
  • Gertak Sanggul
  • Telok Kumbar
  • Bayan Lepas
  • Bukit Bendera
  • Telok Bahang
  • Balik Pulau
  • Kuala Muda
  • Bandaraya dalaman
  • George Town
  • Bandar Ayer Itam
  • Butterworth – Perai
2. Bandar Fungsi Khas (Cyber Cities)
  • PCC Bayan Lepas
  • PCC Bertam
  • PCC Batu Kawan
  • PCC Sri Ampangan
3. Pusat Perindustrian Khas
  • Bayan Lepas
  • Butterworth
  • Bertam
  • Juru
  • Bukit Minyak
  • Valdor
  • Batu Maung
4. Nodus Pengangkutan & Perhubungan Akan Datang
  • George Town
  • Butterworth
  • Bayan Lepas
  • Batu Maung
  • Valdor
5. Bandar Pelabuhan
  • George Town
  • Dermaga Swettenham)
  • Butterworth – Perai
  • Batu Maung

Agensi Pelaksana:- UPEN, Pejabat Pembangunan Negeri, Agensi- Agensi Kemajuan Negeri, JPBD Negeri, MPPP, MPSP dan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah.

4.3.4 Pengekalan dan Pemeliharaan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)

Kepentingan pengekalan dan pemeliharaan kawasan–kawasan sensitif alam sekitar dan kawasan sumberjaya ekonomi juga telah diberi perhatian utama bagi mempastikan kemapanan pembangunan Negeri Pulau Pinang. Usaha–usaha pengekalan kawasan hutan, kawasan tadahan air dan kawasan berbukit akan dipertingkatkan bagi mempastikan sasaran kawasan hijau minimum 30% dari keluasan Negeri.

Bagi memelihara keseimbangan pembangunan serta kepentingan jangka panjang penggunaan guna tanah Negeri, kawasan–kawasan sensitif alam sekitar yang telah dikenalpasti telah dizonkan sebagai kawasan pengekalan dan pemeliharaan. Dasar–dasar yang digariskan di dalam memastikan pengekalan dan pemeliharaan kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) adalah seperti berikut :-

Rujuk Rajah 4.6 Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Negeri Pulau Pinang

DSU10 KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) SEPERTI KAWASAN KSAS BERISIKO BENCANA, KSAS BERNILAI WARISAN DAN KSAS SOKONGAN HIDUP AKAN DIPELIHARA DAN DIKEKALKAN.

DSU10 L1

Mewartakan kesemua kawasan KSAS yang telah dikenalpasti sebagai kawasan pengekalan dan pemeliharaan mengikut kategori seperti berikut :-

  • Kawasan KSAS Berisiko Bencana

    Kawasan Berisiko Bencana ditakrifkan sebagai kawasan yang mempunyai risiko nyata terhadap bencana alam atau bermasalah seperti mudah mengalami kemerosotan tanah yang serius apabila terganggu oleh aktiviti pembangunan. Ianya meliputi:-

    • Persisiran Pantai yang menghadapi risiko hakisan;
    • Tanah tinggi melebihi 76m (250 kaki);
    • Bercerun melebihi 25°;
    • Kawasan berisiko banjir; dan
    • Kawasan di sepanjang jalanraya–jalanraya utama yang menghadapi risiko runtuhan tanah.
  • KSAS Bernilai Warisan

    Meliputi kawasan yang mempunyai nilai sejarah, kebudayaan dan nilai saintifik yang tinggi seperti:-

    • Kepelbagaian biologi (Hutan);
    • Khazanah geologi; dan
    • Kawasan warisan sejarah.
  • KSAS Sokongan Hidup

    Merupakan kawasan bernilai tinggi bagi menyokong keperluan asas untuk kesinambungan dan kesejahteraan manusia dan hidupan lain seperti:-

    • Kawasan tadahan air;
    • Jelapang padi;
    • Kawasan jaminan makanan (pertanian); dan
    • Kawasan pertanian komoditi (getah, kelapa sawit, bunga–bungaan).

DSU10 L2

Kawasan KSAS berisiko bencana tidak dibenarkan sebarang bentuk pembangunan.

DSU10 L3

Aktiviti pertanian di kawasan tanah tinggi yang melebihi ketinggian 100 kaki hanya dibenarkan untuk tanaman kekal selaras dengan Akta Pemeliharaan Tanah 1960.

DSU10 L4

Langkah–langkah pemeliharaan dan pengekalan kawasan KSAS hendaklah diperincikan di peringkat RT dan RKK.

DSU10 L5

Mengekalkan guna tanah hutan, belukar, kawasan paya, sungai/tasik dan tanah lapang/kawasan bukit bagi mencapai sasaran 30% daripada keluasan Negeri sebagai kawasan hijau.

DSU10 L6

Mewujudkan zon penampan 30 meter di antara KSAS Berisiko Bencana dan kawasan pembangunan terutamanya kawasan di mana terdapat hutan primer dan zon penampan 15.2 meter (50 kaki) bagi kawasan di mana terdapat hutan sekunder.

DSU10 L7

Mensyaratkan zon penampan:-

  • 200 meter bagi zon pantai berisiko hakisan dan yang mempunyai hutan paya laut; dan
  • 60 meter bagi kawasan pantai lain yang mempunyai aktiviti pelancongan sedia ada seperti di pantai peranginan utara (Tanjong Tokong, Tanjong Bungah, Batu Feringghi dan Telok Bahang).

DSU10 L8

Menyediakan satu garis panduan terperinci tentang penggunaan tanah – tanah rizab zon penampan dan pertimbangan pemberian insentif atau kaedah bagaimana rizab – rizab ini dapat dimanfaatkan.

Agensi Pelaksana:- JAS, Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan, JPS, MPPP, MPSP, JPBD Negeri, Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian, IADP, Jabatan Kesenian & Warisan, Jabatan Laut, Jabatan Mineral & Geosains, JKR dan JBA.

DSU11 AKTIVITI TERPILIH DAN TERKAWAL AKAN HANYA DIBENARKAN DI KSAS BERNILAI WARISAN DAN KSAS SOKONGAN HIDUP.

DSU11 L1

Mengenal pasti aktiviti–aktiviti terpilih dan terkawal yang boleh dipertimbangkan di KSAS warisan dan KSAS sokongan hidup di peringkat RT.

DSU11 L2

Menyediakan dan menguatkuasa perundangan dan garis panduan yang bersesuaian dengan KSAS.

DSU11 L3

Menyediakan Kajian Had Tampungan bagi kawasan KSAS berkepentingan pelancongan untuk memastikan keseimbangan ekologi terpelihara.

Agensi Pelaksana:- Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan, JPS, MPPP, MPSP, dan JPBD Negeri

4.3.5 Rangkaian Perhubungan Dan Pengangkutan

Bagi menyokong pertumbuhan guna tanah dan ekonomi Negeri, infrastruktur, perhubungan dan pengangkutan utama akan dipertingkatkan melalui penyusunan rangkaian jalan yang menyeluruh dan peningkatan keupayaan serta kualiti perkhidmatan. Bagi meningkatkan rangkaian perhubungan Negeri dan wilayah beberapa cadangan jalan baru telah dikenalpasti di samping cadangan menaiktaraf jalan–jalan utama sedia ada. Dasar–dasar yang menyokong pembangunan perhubungan dan pengangkutan Negeri adalah :-

Rujuk Rajah 4.7 Rangkaian Sistem Perhubungan dan Pengangkutan Masa Hadapan Negeri Pulau Pinang

DSU12 MEWUJUDKAN SATU RANGKAIAN PERHUBUNGAN NEGERI DAN WILAYAH YANG LEBIH MENYELURUH BAGI MENINGKATKAN TAHAP KEMUDAHSAMPAIAN.

DSU12 L1

Merangka Pelan Induk Perhubungan dan Pengangkutan Negeri bagi menghasilkan sistem rangkaian perhubungan dan pengangkutan yang bersepadu di peringkat Negeri dan serantau.

DSU12 L2

Menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai melalui pengukuhan peranan lapangan terbang, pelabuhan, perkhidmatan kargo, keretapi, transit laju serta penyediaan terminal–terminal pengangkutan awam bersepadu di lokasi–lokasi bersesuaian di Pulau dan Seberang Perai.

DSU12 L3

Membina jalan–jalan baru dan menaiktaraf jalan–jalan Negeri sedia ada serta lain-lain infrastruktur pengangkutan bagi meningkatkan kemudahsampaian ke seluruh Negeri Pulau Pinang dan melancarkan perhubungan di antara Negeri Pulau Pinang dengan negeri–negeri bersempadan termasuk Negara Thailand dan Sumatera Utara.

DSU12 L4

Mewujudkan sistem aliran transit laju yang menghubungkan pusat–pusat petempatan utama yang dikenalpasti dan di antara Pulau Pinang dan Seberang Perai dan di antara Negeri Pulau Pinang dan negeri–negeri bersempadan.

DSU12 L5

Menaiktaraf sistem pengangkutan awam sebagai mod utama pengangkutan Negeri yang murah, selamat dan reliable.

DSU12 L6

Menyediakan ruang–ruang yang lebih luas bagi pejalan kaki dan lorong basikal/beca di kawasan pusat bandar, pusat–pusat petempatan utama dan pusat–pusat sivik atau tumpuan penduduk; dan menjadikan ruang–ruang pejalan kaki dan basikal/beca ini sebagai sebahagian daripada jaringan sistem pengangkutan Negeri.

Agensi Pelaksana:- JKR, MPPP, MPSP, JPBD Negeri dan UPEN

4.3.6 Penyediaan Kemudahan Infrastruktur Dan Utiliti

Dasar yang dicadangkan bagi mempertingkatkan lagi tahap penyediaan kemudahan infrastruktur dan utiliti adalah:-

Rujuk Rajah 4.7 Rangkaian Sistem Perhubungan dan Pengangkutan Masa Hadapan Negeri Pulau Pinang

DSU13 TAHAP PENYEDIAAN INFRASTRUKTUR DAN UTILITI SERTA KEMUDAHAN ICT AKAN DIPERTINGKATKAN SELARAS DENGAN KEPERLUAN PENDUDUK, PEMBANGUNAN EKONOMI DAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI.

DSU13 L1

Meningkatkan kapasiti bekalan air mentah bagi memenuhi permintaan masa hadapan.

DSU13 L2

Melaksanakan Pelan Induk Tebatan Banjir bagi mengurangkan masalah banjir dan banjir kilat serta meningkatkan sistem saliran dan peparitan.

DSU13 L3

Meningkatkan keupayaan dan sistem pengagihan bekalan elektrik dengan secukupnya untuk memenuhi permintaan masa hadapan.

DSU13 L4

Meningkatkan kualiti dan liputan perkhidmatan telekomunikasi dan ICT bagi membangunkan Pulau Pinang sebagai sejajar dengan perlaksanaan PCC.

DSU13 L5

Mewujudkan satu sistem pembentungan berpusat mengikut zon yang telah dikenalpasti.

DSU13 L6

Mewujudkan satu sistem pengurusan dan perkhidmatan buangan sisa pepejal dan sisa berjadual yang cekap dan berkesan.

DSU13 L7

Menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternatif.

Agensi Pelaksana:- JBA, JPS, MPPP, MPSP, TNB, JPP, Telekom dan Gas Malaysia.

4.4 DASAR SEKTORAL (DS)

Dasar sektoral dirangka bagi memperkukuhkan dasar–dasar umum dan Gambar Rajah Utama yang telah dibentuk. Dasar sektoral akan memperincikan cadangan–cadangan pembangunan sektoral selaras dengan hala tuju pembangunan Negeri. Sehubungan itu, bagi mencapai sasaran setiap dasar, langkah–langkah yang bersesuaian digariskan bagi membantu perlaksanaan dasar tersebut.

4.4.1 Kepentingan Hubungan Wilayah

  1. Pengintegrasian Pembangunan Dengan Negeri-Negeri Bersempadanan

    Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah memperakukan kepentingan Negeri Pulau Pinang sebagai Pusat Pertumbuhan Wilayah yang bertindak menggerakkan pertumbuhan Wilayah Utara Semenanjung meliputi Negeri Kedah, Perlis dan Utara Perak. Matlamat utama dalam mencapai strategi pembangunan wilayah adalah untuk mengurangkan jurang–jurang pembangunan ekonomi wilayah melalui pengagihan pembangunan dan penyaluran kemudahan asas ke wilayah yang mundur. Strategi ini juga mengarahkan kepada pembahagian kegiatan ekonomi yang lebih seimbang di antara Negeri–Negeri bersempadanan. Dasar dan langkah–langkah bagimempertingkatkan kepentingan wilayah ialah :

    DS1 PERANAN NEGERI PULAU PINANG AKAN DIPERTINGKATKAN BAGI MENYOKONG PERTUMBUHAN KORIDOR UTARA SEMENANJUNG.

    DS1 L1

    Memajukan Koridor Pembangunan George Town – Butterworth – Gurun – Sungai Petani, George Town – Butterworth – Kulim, George Town – Butterworth – Selama dan George Town – Butterworth – Jawi – Nibong Tebal –- Parit Buntar sebagai Konurbasi George Town.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, JPBD Pulau Pinang, JPBD Kedah & JPBD Perak

    DS1 L2

    Kawasan Tanjong Tokong – George Town – Sungai Nibong di Pulau dan Butterworth – Seberang Jaya sebagai bagi Konurbasi George Town.

    Agensi Pelaksana:- JPBD Semenanjung Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, JKR dan Perbadanan Kemajuan Negeri.

    DS1 L3

    Memainkan peranan yang efektif dalam Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Wilayah Utara bagi menyelaras pembangunan di Negeri–Negeri bersempadanan.

    DS1 L4

    Menjalinkan kerjasama dengan Negeri–Negeri bersempadanan dalam aspek pembangunan ekonomi, pelancongan, jaringan jalanraya dan sistem perhubungan bagi mengukuhkan pertumbuhan Koridor Utara Semenanjung.

  2. Pengukuhan Kedudukan dan Persaingan Di Peringkat Serantau Dan Global

    Negeri Pulau Pinang berdepan dengan cabaran dan persaingan global di dalam mempertahan dan mempertingkatkan lagi pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam sektor perindustrian, pelancongan, perkhidmatan, perhubungan dan pengangkutan. Kerjasama serantau yang melibatkan kawasan pertumbuhan Segi Tiga Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT – GT) dijangka akan memberi kesan positif di mana pembangunan ekonomi di rantau ini akan dapat dipercepatkan dengan mengeksplotasi potensi sumber jaya, kesalinglengkapan ekonomi dan faedah berbanding antara rantau berkenaan.

    Rujuk Rajah 2.1 Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia - Malaysia - Thailand (IMT-GT)

    DS2 KEDUDUKAN DAN PERANAN NEGERI PULAU PINANG DI DALAM SEKTOR PERINDUSTRIAN, PELANCONGAN, PERDAGANGAN, PERKHIDMATAN DAN PERHUBUNGAN DI PERINGKAT SERANTAU DAN GLOBAL AKAN DIPERTINGKAT DAN DIPERKUKUHKAN LAGI.

    DS2 L1

    Mengekal dan menarik pelaburan baru syarikat multinasional (MNC) di Negeri Pulau Pinang dengan menawarkan insentif–insentif pelaburan baru dengan penubuhan PCC, kemudahan-kemudahan seperti R&D, D&D, BPO dan mengaktifkan aktiviti pengedaran dan pemasaran.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, JPBD Negeri, PDC, MITI, MPPP dan MPSP.

    DS2 L2

    Menjadikan Pulau Pinang sebagai Pusat Wilayah Operasi bagi syarikat–syarikat yang melabur di negara–negara ASEAN

    Agensi Pelaksana:- UPEN, MIDA, SMIDEC dan PDC

    DS2 L3

    Meningkatkan daya saing industri perkhidmatan dengan menarik firma–firma perkhidmatan global ke Negeri Pulau Pinang dan menggalakkan pakatan strategik atau usaha sama di antara firma–firma perkhidmatan tempatan dengan firma–firma antarabangsa.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, JPBD Negeri, PDC, MITI, MPPP dan MPSP.

    DS2 L4

    Meningkatkan lagi keupayaan & keberkesanan kemudahan infrastruktur sebagai pemangkin pembangunan ekonomi yang berdaya saing.

    Agensi Pelaksana:- JKR, MPPP, MPSP, dan JPBD Negeri.

    DS2 L5

    Mempertingkatkan keupayaan kargo udara lapangan terbang bagi meningkatkan peranannya sebagai pusat perhubungan serantau dan antarabangsa.

    Agensi Pelaksana:- MAB, MAS Kargo, IMT-GT dan Jabatan Penerbangan Awam.

    DS2 L6

    Meningkatkan keupayaan dan keadaan fizikal Pelabuhan Swettenham ke arah menjadikannya sebagai pusat pelayaran persiaran dan terminal penumpang bertaraf dunia.

    Agensi Pelaksana:- Jabatan Laut, Jabatan Imigresen dan SPPP.

    DS2 L7

    Meningkatkan keupayaan pengendalian kargo di Pelabuhan Utara (NBCT), Terminal Kargo Butterworth Selatan dan Demaga Kargo Pukal Prai.

    Agensi Pelaksana:- SPPP, PPSB, Jabatan Laut, Jabatan Kastam & Eksais Di-Raja dan Jabatan Imigresen.

    DS2 L8

    Mengenal pasti kawasan–kawasan yang bersesuaian di pesisiran Pantai Perai dan Pulau Pinang untuk aktiviti industri maritim dan perkhidmatan logistik marin.

    DS2 L9

    Membangunkan Negeri Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan kesihatan bertaraf dunia.

    Agensi Pelaksana:- Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan NGO.

    DS2 L10

    Mempromosikan Negeri Pulau Pinang sebagai Pusat pembuatan dan kewangan di Wilayah IMT – GT melalui penyediaan kemudahan infrastruktur ICT dan kemudahan sokongan bagi sektor perdagangan, kewangan dan perkhidmatan.

    UPEN, JPBD Negeri, PDC, MITI, MPPP dan MPSP

    DS2 L11

    Mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan pembangunan produk–produk pelancongan serta penawaran pakej–pakej pelancongan yang bertaraf antarabangsa.

    UPEN, MIDA, SMIDEC dan PDC, MTPN

    DS3 MENJANA SEMULA AKTIVITI 'BARTER TRADE' DAN MENJADIKAN NEGERI PULAU PINANG SEBAGAI 'BARTER TRADING HUB' DI KALANGAN NEGARA-NEGARA IMT-GT.

    DS3 L1

    Memisahkan aktiviti pelabuhan sedia ada dengan pelabuhan untuk aktiviti barter trade dengan mempertingkatkan keupayaan Dermaga Pukal Prai.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, Jabatan Laut, PPSB, MTEN, Jabatan Imigresen, MPSP, Jabatan Kastam dan MITI.

    DS3 L2

    Mempromosi Dermaga Pukal Prai sebagai Pusat Aktiviti Pertukaran Barang (Barter Trade) yang mempunyai kemudahan seperti jeti, mobile cranes, forklift, fowarding and transportation agent, kemudahan gudang dengan tempat penyimpanan dingin beku, pusat kuarantin, kemudahan infrastruktur dan kemudahan penginapan bagi kelasi–kelasi kapal yang berlabuh.

    DS3 L3

    Menyediakan industri maritim/perkhidmatan sokongan seperti Ship repairs; ship–building; tugs & barges building; bunkering; tug & barge transportation services; onshore repairs; onshore or offshore supply base,mini fabrication yard, di kawasan–kawasan tertentu di persisiran pantai Perai dan Pulau Pinang.

    DS3 L4

    Memberi taraf zon bebas cukai kepada pusat Barter Trade yang bertindak sebagai pusat pendaratan barangan, selaras dengan peranan Negeri Pulau Pinang sebagai barter trading hub.

    DS3 L5

    Mewujudkan kerjasama dua hala di antara Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan pihak swasta (bilateral agreements) dengan negara–negara IMT –GT mengenai jenis barangan yang ditawarkan, insentif, percukaian, hal–hal berkaitan kastam dan imigresen dan kadar tarif.

    DS3 L6

    Mengadakan pusat setempat untuk urusan imigresen, polis dan kastam.

4.4.2 Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

  1. Memastikan Pertumbuhan Penduduk Yang Mapan

    Tumpuan utama bagi mencapai Negeri maju adalah untuk mempunyai bilangan penduduk yang mampu menyokong pembangunan Negeri di samping menjana pembangunan ekonomi yang lebih pesat. Di dalam mencapai tahap Negeri maju, Negeri Pulau Pinang mengunjurkan bilangan penduduk Negeri adalah seramai 1.6 juta orang pada tahun 2010 dan 2 juta orang pada tahun 2020. Oleh yang demikian, bagi mengatasi isu pertumbuhan penduduk yang rendah antara daerah, RSNPP mencadangkan agihan penduduk sebanyak 45% di bahagian Pulau dan 55% di Seberang Perai. Melalui agihan penduduk dan pendekatan pembangunan secara mapan dan seimbang, matlamat peningkatan kualiti hidup penduduk akan dapat direalisasikan.

    Rujuk Rajah 4.1 Konurbasi George Town

    DS4 STRATEGI PEMBANGUNAN MAPAN AKAN DILAKSANAKAN BAGI MENCAPAI AGIHAN PENDUDUK YANG SEIMBANG.

    DS4 L1

    Menggalakkan pertumbuhan penduduk Negeri Pulau Pinang bagi mencapai unjuran penduduk seramai 1.6 juta orang pada tahun 2010 dan 2 juta orang pada tahun 2020 melalui:-

    • Agihan 45% di bahagian Pulau dan 55% di Seberang Perai pada tahun 2010 dan 40% di bahagian Pulau serta 60% di Seberang Perai pada tahun 2020; dan

    • Menggalakkan dan meningkatkan pertumbuhan pembangunan di koridor–koridor pembangunan yang telah dikenalpasti.

    Agensi Pelaksana:- MPPP, MPSP, JPBD Negeri dan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah.

    DS4 L2

    Melaksanakan pembangunan yang menyeluruh dan pengkhususan berdasarkan kepada potensi bagi memastikan penyerakan pembangunan yang seimbang dan pembukaan peluang perniagaan dan pekerjaan di kesemua daerah seperti :-

    • DTL adalah berperanan memperkukuhkan fungsi George Town sebagai Pusat Pertumbuhan Wilayah Konurbasi George Town dan sebagai destinasi antarabangsa untuk pelancongan;

    • DBD sebagai hub pengangkutan udara dan berperanan mengukuhkan pembangunan ICT dan pembuatan Negeri di samping penumpuan kepada aktiviti pertanian dan pelancongan eko yang mempunyai nilai ditambah;

    • Daerah SPU akan memberi tumpuan kepada sektor pertanian dan ICT yang berkaitan dengan pengeluaran makanan dengan penggunaan teknologi dan amalan pertanian moden;

    • Daerah SPT akan memberi penumpuan kepada sektor perindustrian, dan perkhidmatan bagi menyokong peranan George Town sebagai Pusat Pertumbuhan Wilayah Konurbasi George Town dan pembangunan Butterworth-Perai sebagai port city; dan

    • Daerah SPS akan memberi fokus kepada pertumbuhan pusat ilmu dan institusi, ICT serta pertanian.

    DS4 L3

    Menyuntik pembangunan mega yang dapat menambah bilangan penduduk dan guna tenaga di daerah kurang maju seperti pembangunan ICT, institusi pendidikan, perindustrian, kemudahan infrastruktur dan utiliti.

    Agensi Pelaksana:- PBT, UPEN, JPBD Negeri, Badan Berkanun dan NGO.

    DS4 L4

    Menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti yang menyeluruh untuk menarik penduduk dan pelabur ke daerah yang kurang maju.

    Agensi Pelaksana:- agensi utiliti yang berkaitan

    DS4 L5

    Memajukan pusat petempatan sedia ada dan kawasan pembangunan baru yang berpotensi.

    Agensi Pelaksana:- PBT, UPEN, JKR dan agensi utiliti yang berkaitan.

    DS5 KERAJAAN NEGERI AKAN MENGGALAKKAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT PENYAYANG, BERBUDAYA DAN BERSATU PADU.

    DS5 L1

    Menggalakkan penyediaan kemudahan–kemudahan bagi memupuk, memelihara dan menghidupkan semula kesenian dan kebudayaan tempatan melalui:-

    • Menyediakan kemudahan–kemudahan bagi golongan warga emas dan kurang upaya dalam menyediakan pusat–pusat latihan kemahiran pembuatan barangan tradisional;

    • Menggalakkan penganjuran program–program pembangunan belia seperti program rakan muda, rakan sukan, rakan masjid dan sebagainya;

    • Menggalakkan penglibatan belia dalam program–program kesenian dan kebudayaan;

    • Menyediakan kemudahan–kemudahan untuk menjalankan aktiviti kesenian dan kebudayaan seperti dewan, balai raya dan sebagainya; dan

    • Menganjurkan program–program pendidikan, penyelidikan dan latihan kemahiran warisan seni dan budaya tempatan kepada semua peringkat masyarakat khususnya generasi pelapis.

    Agensi Pelaksana:- JPBD Negeri, MPPP, MPSP, PDC, PERDA, UDA, Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Pertubuhan Belia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri dan PWPP.

    DS5 L2

    Menggalakkan integrasi yang lebih kukuh di kalangan kumpulan etnik ke arah pencapaian perpaduan dan keharmonian dengan:-

    • Menyediakan kemudahan–kemudahan sosial dan keagamaan yang mencukupi dan bersesuaian selaras dengan unjuran dan keperluan sehingga tahun 2020;

    • Membentuk satu pembangunan sosial yang mempunyai persekitaran harmoni, mengurangkan jurang perbezaan kualiti hidup penduduk antara kaumdan bandar – luar bandar;

    • Mengadakan dan meningkatkan perlaksanaan program–program kemasyarakatan yang dapat menarik penyertaan penduduk ke arah memperkukuhkan interaksi sosial masyarakat setempat seperti program kerohanian dan pembangunan akhlak;

    • Menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti kempen gotong royong, aktiviti rukun tetangga dan sambutan hari–hari perayaan;

    • Pihak kerajaan, NGO dan swasta perlu bersama-sama melibatkan diri dalam memberi dorongan, mempertingkatkan dan membantu di dalam membentuk dan menyelenggarakan persatuan–persatuan penduduk di dalam kawasan perumahan dan kawasan kejiranan;

    • Menggalak dan memberi pendidikan ke arah kematangan pemikiran sivik di semua peringkat umur masyarakat terutamanya tentang budaya kebersihan dan penyelenggaraan; dan

    • Penetapan kuota dan penandaan plot-plot hartanah (terutamanya perumahan) yang seimbang dan fleksibel mengikut komposisi kaum di sesuatu kawasan di dalam kebenaran merancang dan pelan bangunan untuk menggalakkan integrasi kaum.

    Agensi Pelaksana:- MPPP, MPSP, JPBD Negeri, PDC, PERDA, UDA, UPEN, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat NGO.

  2. Pembentukan Modal Insan Yang Lebih Berdaya Saing

    Perancangan sumber manusia yang teratur adalah amat penting bagi melahirkan guna tenaga yang berdaya saing. Peralihan ekonomi dari p–ekonomi kepada k–ekonomi menuntut Negeri Pulau Pinang untuk melahirkan sumber tenaga kerja yang mahir dan berpengetahuan. Guna tenaga tempatan yang berkelayakan diperlukan bagi menjayakan anjakan ekonomi yang dirancangkan. Oleh itu, pembangunan sumber manusia adalah penting bagi memacu pembangunan ekonomi yang berdaya saing di peringkat global.

    DS6 PEMBANGUNAN MODAL INSAN YANG BERPENGETAHUAN, BERPENDIDIKAN, BERKEMAHIRAN DAN LEBIH BERDAYA SAING AKAN DIPERTINGKATKAN.

    DS6 L1

    Mensasarkan nisbah pekerjaan / penduduk (e/p ratio) 48.5% pada tahun 2010.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Persatuan Institusi Pengajian Tinggi Swasta, MARA dan PERDA.

    DS6 L2

    Mempertingkatkan program-program latihan kemahiran dan lanjutan dalam bidang:-

    Kejuruteraan ElektronikTool & Die Makers
    Kejuruteraan MekanikalFotonik
    Kejuruteraan IndustriTeknologi Tanpa Wayar
    Kejuruteraan KimiaMedical Devices
    Jurutera QCInstrumentation
    Penganalisis Sistem MaklumatSoftware Applications
    Pengaturcaraan KomputerEquipments Maintenance
    TechnicianProcess Engineering
    Aplikasi BimbitPackage Development
    Pembangunan RekabentukSoftware Engineering
    Teknologi NanoPakar-pakar Teknikal Bidang Makanan

    DS6 L3

    Meningkat serta memastikan kerjasama yang lebih baik di antara institusi–institusi pendidikan tinggi di bawah Majlis Perundingan Pendidikan Pulau Pinang untuk memastikan tidak berlaku pertindihan penawaran kursus dan sebagainya.

    DS6 L4

    Menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan modal insan seperti program latihan sambil belajar, latihan pra pekerjaan, kaunseling, bantuan kewangan dan penajaan biasiswa.

    DS6 L5

    Meningkatkan akses kepada pembiayaan latihan separa profesional dan kakitangan teknikal melalui peruntukan biasiswa terutamanya untuk latihan dalam teknologi tinggi dan teknologi baru.

    DS6 L6

    Menambah keupayaan pengajar latihan melalui pemberian insentif dalam menjalankan penyelidikan, inovasi dan eksperimen bagi mempertingkatkan pengajaran yang kreatif.

    DS6 L7

    Memastikan perlaksanaan dasar–dasar yang efektif dalam melatih pekerja untuk menjadi pekerja berpengetahuan (k–pekerja) yang berdaya tahan, berdaya saing dan beretika dengan perhatian khusus diberikan kepada kelompok-kelompok yang miskin dan lemah.

    DS6 L8

    Mensasarkan sekurang–kurangnya 30% guna tenaga Pulau Pinang memiliki pendidikan tertiari menjelang tahun 2020.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, Kementerian Pengajian Tinggi, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Persatuan Institusi Pengajian Tinggi Swasta, Kementerian Pelancongan, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri.

    DS6 L9

    Menjalankan satu kajian komprehensif dan merumuskan satu pelan strategik untuk industri pendidikan tinggi swasta di Negeri Pulau Pinang.

    DS6 L10

    Mempromosikan Negeri Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan pendidikan tinggi oleh universiti awam dan swasta serta institusi pendidikan tinggi lainnya.

  3. Membasmi Kemiskinan dan Pembentukan Masayarakat Berpengetahuan

    Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam membina sebuahmasyarakat penyayang dan berkongsi², penekanan akan terus diberikan kepada agenda pengagihan dengan matlamat hendak membina sebuah masyarakat yang bersatu–padu dan adil melalui perlaksanaan dasar dan strategi kepada peningkatan kualiti hidup penduduk. Pembasmian kemiskinan akan menjadi agenda utama Negeri. Ini juga selaras dengan matlamat kemiskinan dan setinggan sifar* menjelang tahun 2010. Walaupun Negeri Pulau Pinang mempunyai insiden kemiskinan tegar yang rendah (< 0.05%) berbanding dengan Negeri–Negeri lain, namun kerajaan Negeri bertekad untuk mengatasi masalah ini demi mencapai tahap Negeri Maju.

    ² Pelan Strategik Pembangunan Pulau Pinang, 2001-2010.

    * Setinggan di atas tanah kerajaan.

    DS7 PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN DAN PENINGKATKAN TARAF KEHIDUPAN YANG LEBIH BERKUALITI AKAN DITERUSKAN BAGI MENCAPAI SASARAN KEMISKINAN SIFAR 2008.

    DS7 L1

    Menggalakkan aktiviti yang dapat menjana dan meningkatkan pendapatan penduduk dengan sasaran pendapatan kasar isi rumah melebihi paras kemiskinan (RM 615) sebulan.

    Agensi Pelaksana:- KPLB, KEMAS, Jabatan Kebajikan Masyarakat, PERDA, NGO, MPPP, MPSP PDC dan PBN.

    DS7 L2

    Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Negeri telah menggariskan langkah–langkah seperti berikut untuk mencapai kemiskinan sifar :-

    • Senarai golongan miskin dijadikan senarai terbuka dan tidak exhaustive;

    • Senarai diedarkan kepada semua jabatan yang berkaitan supaya golongan ini diberikan keutamaan dalam sebarang program/projek/ bantuan;

    • Kemiskinan bersifat dinamik dan multidimensi – takrifan dan ukuran akan sentiasa dikaji semula;

    • Pembangunan diri melalui bengkel/kursus–penyelesaian masalah, pengurusan diri/masa, motivasi, perubahan sikap & perancangan masa depan;

    • Perumahan/kemudahan sokongan melalui pemilikan rumah kos rendah, pemulihan rumah dan penempatan semula setinggan dan bantuan penyewaan;

    • Mengintegrasikan perumahan kos rendah/kos sederhana rendah dengan sistem pengangkutan awam secara bersepadu dengan kawasan tumpuan kemudahan masyarakat dan pekerjaan;

    • Pembiayaan kewangan/projek – projek melalui pinjaman jangka pendek dan sederhana, suntikan/bantuan modal seperti dana nelayan, dana usahawan & contract manufacturing, kerjasama/perkongsian bijak dengan badan-badan korporat;

    • Latihan dan kemahiran diri – seperti penjagaan kanak-kanak, tadika, kraftangan/kursus jahitan, gerai/kedai makan, konsep SOHO; dan

    • Keusahawanan/pertanian seperti kursus/latihan keusahawanan, penghasilan produk agro pertanian, kedai runcit dan semaian pokok.

    DS7 L3

    Melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar melalui penubuhan Jawatankuasa Induk Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan di bandar di peringkat KPKT yang bertanggungjawab untuk :-

    • Menyelaras segala perancangan dan perlaksanaan program pembasmian kemiskinan bandar;

    • Mengesyorkan kajian penilaian, keberkesanan program dan perubahan dasar;

    • Memastikan perlaksanaan program–program pembasmian kemiskinan di bandar selaras dengan Rancangan Strategik dan Pelan Tindakan PPKB dan Rancangan Malaysia 5 Tahun;

    • Menilai dan memperakukan strategi serta program yang bersesuaian untuk dilaksanakan bagi membasmi masalah kemiskinan bandar;

    • Memastikan semua pihak yang terlibat melaksanakan program pembasmian kemiskinan di bandar selaras dengan Dasar Pembangunan Negara;

    • Mengenal pasti, mengesan dan menilai isu dan masalah perlaksanaan program pembasmian kemiskinan bandar;

    • Penjanaan pendapatan melalui bantuan penyediaan peluang perniagaan, pekerjaan dan pemilikan amanah saham;

    • Penaikan taraf kualiti hidup melalui penyediaan kemudahan asas/sosial;

    • Mengesan dan menilai perubahan kualiti hidup penduduk miskin di bandar selaras dengan pengukuran Malaysia Quality of Life Index (MQLI);

    • Menilai dan mewujudkan kerjasama dengan pihak swasta dalam perlaksanaan program pembasmian kemiskinan bandar;

    • Menyelaras program dan perlaksanaan projek-projek pembasmian kemiskinan di bandar;

    • Pengurangan beban tanggungan seperti bantuan perbelanjaan ke IPT/Institusi kemahiran, perbelanjaan kos pusat jagaan kanak–kanak, bantuan kos pengangkutan kanak–kanak ke sekolah, bantuan kos pendaftaran & perubatan, pembiayaan cukai pintu, bantuan persiapan persekolahan, bantuan bencana/kecemasan, bantuan kos pengangkutan ke tempat kerja;

    • Bantuan pendidikan melalui latihan dan kemahiran, kelas tuisyen, program motivasi/bina upaya, latihan usahawan;

    • Memastikan pembasmian kemiskinan, peningkatan daya saing/bina upaya dan paras livelihood untuk semua kaum termasuk kaum bumiputera, India dan kaum minoriti lainnya;

    • Memastikan pengagihan yang adil kemudahan–kemudahan dan bantuan–bantuan di kalangan semua kaum mengikut keadaan, isu dan sektor yang berbangkit; dan

    • Selaras dengan hasrat Kerajaan Persekutuan, sebuah Jawatankuasa di peringkat Negeri akan dibentuk untuk meningkatkan tahap ekonomi dan sosial kaum India. Jawatankuasa ini akan memberi cadangan serta mendapatkan peluang di semua peringkat dan sektor untuk mencapai sasaran ekuiti kaum India dan lain–lain kaum minoriti ke tahap 3% menjelang 2020 sejajar dengan Dasar Nasional.

    Agensi Pelaksana:- KPKT, PBT dan NGO.

    DS8 PENYERTAAN BUMIPUTERA SECARA LEBIH AKTIF DALAM SEKTOR EKONOMI NEGERI AKAN DILAKSANAKAN BAGI MENCAPAI SASARAN DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL.

    DS8 L1

    Memastikan bumiputera melibatkan diri di dalam semua sektor ekonomi secara positif dan efekif dengan penekanan kepada peningkatan bina upaya (capacity building);melalui :-

    • Memantapkan fungsi Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera, di peringkat Negeri dalam memantau serta menyelaras penyertaan bumiputera di dalam semua aktiviti ekonomi Negeri di mana bumiputera mempunyai kepentingan;

    • Memberi galakan kemudahan–kemudahan dari segi skim–skim insentif, latihan, sistem pengurusan dan pengetahuan pasaran, pinjaman modal dan penyediaan ruang–ruang niaga dengan lokasi yang sesuai;

    • Memberi keutamaan dan peluang kepada peniaga bumiputera untuk melibatkan diri dalam aktiviti–aktiviti dalam bidang perniagaan, perindustrian, pertanian dan pelancongan yang berpotensi untuk dimajukan;

    • Meningkatkan penyertaan bumiputera dalam bidang berteknologi tinggi seperti nanoteknologi, wafer fabrication, automotif, bioteknologi dan produk berasaskan pertanian;

    • Menyediakan lebih banyak premis–premis perniagaan yang mampu dibeli atau disewa oleh bumiputera bagi menarik lebih ramai bumiputera berniaga dalam kawasan pusat bandar dan bandar–bandar utama lainnya;

    • Mengenal pasti dan mengadakan lebih banyak tapak dan kemudahan yang sesuai untuk penjaja dan peniaga–peniaga kecil bumiputera;

    • Memperkenal dan menggalakkan pembinaan dan penyediaan ruang–ruang niaga mengikut konsep Pekan Rabu bagi kawasan George Town dan bandar–bandar utama lainnya, iaitu ruang–ruang niaga kecil untuk belian atau sewaan di dalam sebuah kompleks perniagaan;

    • Memperkenalkan penyediaan ruang–ruang niaga pelbagai guna untuk sewaan di dalam bentuk Kompleks Muhibah;

    • Memudah dan mempercepatkan pengeluaran lesen–lesen perniagaan kepada semua permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat;

    • Bangunan perdagangan baru perlu disyaratkan memperuntukan lebih banyak ruang–ruang niaga yang dilengkapi dengan kemudahan yang sesuai dengan kadar sewa yang munasabah untuk peniaga bumiputera beroperasi;

    • Menggalakkan penyertaan Bumiputera melalui bantuan dalam pembangunan produk, pemasaran dan promosi, pembangunan sumber manusia dan peningkatan kemahiran keusahawanan;

    • Mempelbagaikan pasaran perniagaan bumiputera dan mengembangkan niche pasaran baru melalui perwakilan perdagangan, rangkaian dan e–dagang;

    • Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam pendidikan tinggi, memperluaskan Skim Usahawan Siswazah bagi menarik lebih ramai Bumiputera menyertai perniagaan dan menyediakan latihan kepada Bumiputera untuk mempelbagaikan usaha kepada bidang bidang pertumbuhan baru seperti pelancongan, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan;

    • Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian dengan menyediakan bantuan kewangan yang mencukupi dan program latihan bagi usahawan ini supaya meningkatkan operasi perniagaan mereka melalui penerimaan pakai internet dalam operasi perniagaan mereka dan menguasai kemahiran pengurusan, perakaunan dan pemasaran;

    • Mengaktifkan semula vendor bumiputera dengan syarikat–syarikat multinasional dan memastikan berlakunya perpindahan teknologi kepada syarikat–syarikat tempatan; dan

    • Menggembelingkan secara usaha bersepadu dan menyeluruh semua agensi dan usahawan bumiputera supaya sektor perkhidmatan dapat diceburi secara bermakna oleh bumiputera.

    Agensi Pelaksana:- Kementerian Perdagangan Pembangunan dan Keusahawanan, Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera, PSDC, MARA, MPPP, MPSP, UDA dan PERDA.

    DS8 L2

    Menggalakkan penyertaan bumiputera dalam semua sektor ekonomi dengan mengekalkan kuota minimum 30% peruntukan terutamanya dalam sektor perumahan, premis perniagaan, industri (termasuk industri asas tani) dan pelancongan untuk bumiputera melalui:-

    • Menguatkuasakan syarat penyediaan 30% kuota bumiputera bagi semua pembangunan atau pembangunan semula hartanah perumahan, perdagangan (termasuk ruang pejabat), perindustrian terutamanya IKS, pertanian/industri asas tani dan pelancongan di dalam semua permohonan perancangan dan pembangunan;

    • Memperuntukkan sekurang–kurangnya 30% daripada rumah–rumah yang dibina dalam skim–skim baru perumahan dijual kepada kaum bumiputera sebagai syarat dalam memberikan kebenaran merancang;

    • Menetapkan kuota pembahagian rumah kos rendah sekurang–kurangnya 50% dan kuota pembahagian rumah kos sederhana rendah sekurang–kurangnya 30% untuk bumiputera;

    • Menggalakkan penyertaan dan kepentingan bumiputera sebanyak 30%–40% di dalam semua sektor pembangunan termasuk pembangunan di tanah tebus guna dan di PCC;

    • Mengenakan syarat–syarat peruntukan sekurang–kurangnya 30% khusus diberi kepada bumiputera dalam pembangunan ruang–ruang perdagangan yang mampu dimiliki terutamanya dari jenis rumah kedai setingkat dan kedai mini di lokasi–lokasi yang strategik;

    • Memberi fleksibiliti kepada penetapan kuota minimum 30% untuk bumiputera tertakluk kepada komposisi asal penduduk setempat; mengikut garispanduan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perumahan Negeri atau Kerajaan Negeri. Menerus dan memperketatkan syarat–syarat peruntukan untuk bumiputera dalam pembinaan ruang perdagangan sama ada di sektor swasta ataupun agensi–agensi kerajaan;

    • Memberi insentif kepada individu dan pemaju bumiputera bagi permohonan pembangunan oleh pihak–pihak berkuasa perancangan tempatan seperti rebat terhadap caj pembangunan, tambahan ketumpatan pembangunan iaitu 30% ketumpatan dan 10% nisbah plot bagi perniagaan/hotel;

    • Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera akan menguruskan penjualan kuota bumiputera yang tidak dibeli di dalam tempuh 6 bulan mengikut prosidur yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Pelepasan kuota juga bergantung kepada komposisi kaum sesuatu kawasan. Bagi kawasan yang penduduk asalnya ramai bumiputera, kelonggaran masa akan ditambah untuk membolehkan penjualan unit kuota bumiputera dan sebaliknya pelepasan lebih awal kuota bagi kawasan di mana penduduk asalnya adalah bukan bumiputera atau dibuktikan tiada pembeli bumiputera berpotensi untuk mengambil kuota berkenaan.

    • Jika penduduk asal majoritinya adalah bumiputera, maka kuota minimum 30% boleh ditambah kepada sehingga 60% dan sebaliknya dikekalkan kepada minimum 30% jika dibukitkan tiada pembeli bumiputera berpotensi. Fleksibiliti penambahan kuota atau pelepasan kuota hendaklah diberi tertakluk kepada komposisi sebenar penduduk asal dan mengikut garis panduan / dasar Jawatankuasa Perumahan Negeri dan Kerajaan Negeri.

    • Mempastikan kuota ini dikekalkan melalui pengawalan pertukaran hakmilik, sebagai syarat di dalam kebenaran merancang dan penentuan plot–plot bumiputera di dalam pelan bangunan selaras dengan hasrat untuk mengujudkan keseimbangan taburan dan integrasi kaum di dalam sesuatu kawasan pembangunan.

    Agensi Pelaksana:- KPKT, PBT dan NGO.

    DS8 L3

    Mengurangkan ketidakseimbangan di dalam pemilikan hartanah antara kaum dengan Bumiputera melalui :-

    • Pemberian potongan harga dan kemudahan sewa beli;

    • Mengekalkan tanah–tanah milik bumiputera yang berpotensi terutamanya dalam kawasan pekan/bandar;

    • Mengukuhkan bank tanah oleh agensi–agensi amanah atau konsortium bumiputera yang berkaitan;

    • Menggalakkan penglibatan agensi-agensi amanah dalam pembangunan tanah–tanah milik bumiputera dengan lebih sistematik dan bersepadu dengan mempertingkatkan penglibatan di dalam pembangunan/pembelian hartanah perdagangan, perumahan dan perindustrian; dan

    • Penjualan semula hartanah bumiputera dan transaksi hakmilik perlu merujuk Kerajaan Negeri bagi mengekalkan pemilikan harta berdasarkan kuota bumiputera yang ditetapkan.

    Agensi Pelaksana:- PBN, Pemaju Hartanah, MPPP, MPSP, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah dan PERDA.

    DS8 L4

    Merumuskan satu dasar Negeri berhubung penyertaan bumiputera secara positif dan efektif di dalam semua sektor ekonomi dan pembangunan.

4.4.3 Asas Dan Prospek Ekonom

  1. Memperkasa Asas Ekonomi Negeri

    RSNPP telah mengenal pasti keperluan untuk memperkukuh dan mempelbagaikan struktur ekonomi Negeri Pulau Pinang bagi memastikan pembangunan ekonomi yang dinamik dan berdaya saing dapat dijana. Pergantungan kepada sektor pembuatan serta tekanan liberalisasi dan globalisasi menyebabkan Negeri Pulau Pinang perlu melakukan peralihan segera ke arah k-ekonomi untuk memastikan Negeri Pulau Pinang dapat terus bersaing di peringkat antarabangsa.

    DS9 SEKTOR – SEKTOR STRATEGIK EKONOMI NEGERI SEDIA ADA AKAN DIPERKUKUHKAN MANAKALA SEKTOR – SEKTOR BARU AKAN DIPERKENALKAN.

    DS9 L1

    Menjana KDNK Negeri Pulau Pinang RM 31,000 juta (2010) kepada RM 72,000 juta pada tahun 2020 dengan kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 7.0% melalui:-

    • Memberi tumpuan kepada Sektor Ketiga dan Sektor Kedua sebagai penjana ekonomi Negeri;

    • Memberi galakan terhadap aktiviti yang berasaskan k–ekonomi dalam semua sektor utama ekonomi;

    • Menarik masuk pelaburan asing yang berkualiti dan membawa bersama teknologi tinggi, penyelidikan dan pembangunan serta aksesibiliti pasaran dengan menawarkan insentif–insentif seperti pengurangan tarif cukai, penyediaan barangan sewa, tanah dan sebagainya;

    • Menggalakkan pelaburan tempatan dalam aktiviti ekonomi yang berorientasikan tenaga kerja mahir, berintensifkan modal, berpengetahuan dan berteknologi tinggi;

    • Meneroka pasaran baru bagi pengukuhan produk-produk sedia ada dan sektor – sektor lain yang berpotensi seperti bidang-bidang automasi, kejuruteraan tepat dan kejuruteraan proses, mempelbagaikan sektor industri di bidang–bidang yang berasaskan kepada bidang tanpa wayar (wireless), fotonik, peralatan dan perkakasan perubatan, aplikasi perisian, Radio Frequency Identification (RFID), Perkhidmatan Bersama (Shared Services) dan pengagihan sumber kerja (Outsourcing);

    • Menggalak dan menyegerakan pelaburan sektor awam dan swasta dalam pembangunan infrastruktur yang mampu menjana ekonomi Negeri Pulau Pinang seperti pelaburan infrastruktur dalam bentuk perkakasan seperti pelabuhan, lapangan terbang, kemudahan telekomunikasi dan juga dalam bentuk perisian seperti pembangunan sumber manusia, latihan kemahiran dan pembangunan pemodal teroka; dan

    • Meningkatkan peranan metropolitan George Town sebagai Pusat Pertumbuhan Wilayah Konurbasi George Town.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, MIDA, MITI, Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi Kementerian Sumber Manusia, SMIDEC, JPBD Negeri, MPPP dan MPSP.

    DS9 L2

    Menyusun semula struktur dan agihan KDNK Negeri Pulau Pinang untuk mencapai sasaran nisbah 52% sektor ketiga, 45% sektor kedua dan 3% sektor primer menjelang tahun 2010 dan meneruskannya sehingga tahun 2020. Tindakan yang perlu diambil ialah:-

    • Meningkatkan lagi pembangunan pusat – pusat perniagaan dan perdagangan yang lengkap dengan fasiliti ICT bagi pertumbuhan aktiviti perkhidmatan dan perniagaan higher order;

    • Meningkatkan produktiviti tanah pertanian sedia ada dan pengeluaran dengan penggunaan teknologi moden melalui pertanian komersil di kalangan pekebun kecil, pertanian campuran, pemasaran dan R&D serta memperkembangkan potensi ikan hiasan (ornamental fish) dan pemprosesan ikan tuna;

    • Sumber asas bagi daerah – daerah yang kurang maju akan dibangunkan berdasarkan kepada industri berasaskan sumber dan lain – lain aktiviti ekonomi seperti pelancongan dan industri asas tani;

    • Mempelbagaikan struktur sumber ekonomi Negeri Pulau Pinang dengan mengenal pasti prospek dan potensi baru seperti industri wireless, photonics, medical devices, instrumentation dan software applications;

    • Mengekal dan mempertingkatkan status Negeri Pulau Pinang sebagai Hub Pelancongan Pelbagai Yang Bertaraf Dunia dan Destinasi Pilihan Antarabangsa (Top Of Mind Destination) menjelang tahun 2020;

    • Penekanan pelancongan domestik dan mengenal pasti pasaran yang pelbagai melalui strategi pemasaran dan promosi yang agresif, berkesan dan bersepadu;

    • Memperluas dan meningkatkan sektor perkhidmatan melalui galakan pembangunan aktiviti – aktiviti industri teknologi maklumat, P&P, khidmat rundingan, latihan dan sebagainya; dan

    • Memperkembangkan aktiviti – aktiviti sektor perkhidmatan seperti kesihatan, pendidikan, kewangan dan berorientasikan ICT sejajar dengan peranan Bandar George Town sebagai Pusat Pertumbuhan Wilayah dan penubuhan Penang Cyber City.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, Jabatan Pertanian, IADP, Jabatan Perikanan, MIDA, PDC, Kementerian Pelancongan, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri, JPBD Negeri, Pejabat- Pejabat Daerah dan Tanah, MPPP, MPSP, MDEC, MSC dan Penang K-ICT Council.

    DS9 L3

    Mengenal pasti sektor utama ekonomi untuk dibuat pelaburan (perdagangan membeli belah, pelancongan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pengangkutan) dan mempelbagaikan diversifikasi sektor pembuatan terutama dalam pasaran baru seperti fotonik dan teknologi bio melalui :-

    • Membangunkan kawasan – kawasan strategik utama yang baru untuk pelaburan iaitu Bandar Dalaman George Town, kawasan perindustrian, PCC dan kawasan pelancongan selatan;

    • Menggalakkan pengubahan sistem operasi dari industri berteknologi rendah kepada industri berteknologi tinggi dan lebih automasi dan mekanisasi (mechanization);

    • Menggalakkan penglibatan sektor awam dan swasta dalam bidang perkhidmatan berasaskan pengetahuan. Knowledge Process Outsourcing (KPO) adalah antara bidang yang bakal menawarkan pulangan yang lumayan kepada ekonomi Negeri. Dengan kelebihan kepada industri berasaskan elektronik, IT dan juga tumpuan kepada syarikat MNC, Negeri Pulau Pinang dijangka berpeluang untuk berkembang sebagai destinasi penawaran perkhidmatan outsourcing yang berdaya saing di rantau ini. Antara bidang – bidang yang menjana peluang ekonomi ini adalah seperti:-

      • R&D yang berasaskan kepada inovasi pembangunan produk Legal Outsourcing,

      • Engineering Outsourcingdengan menawarkan perkhidmatan kejuruteraan yang berteknologi dan berkualiti tinggi di dalam bidang seperti Mechanical & Electronic engineering dan lain – lain,

      • Remote Infrastructure Management Service khas bagi pengurusan infrastruktur ICT, IT security & maintenance; dan

      • Lain-lain bidang yang mempunyai peluang untuk diterokai di dalam bidang outsourcing adalah seperti perkhidmatan perakaunan, kewangan, perubatan, pembangunan sumber manusia, latihan, perundangan (legal) dan pendidikan.

    • Menggalakkan pelaburan masuk yang mempunyai nilai tambah yang tinggi;

    • Mempelbagaikan sektor pembuatan melalui peningkatan teknologi dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) amnya dalam industri elektrik dan elektronik serta industri pengangkutan;

    • Potensi Multimedia Super Coridor (MSC) ke Negeri Pulau Pinang dalam menarik syarikat berteknologi tinggi antarabangsa untuk terus kekal melabur di Negeri ini dengan penyediaan utiliti dan infrastruktur yang menyeluruh serta info – struktur untuk syarikat – syarikat antarabangsa ini beroperasi mengikut piawaian yang diperlukan;

    • Pembangunan Penang Cyber City akan menggalakkan syarikat – syarikat untuk menjalankan aktiviti nilai tambah yang berteknologi tinggi melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan Design & Development (D&D);

    • Potensi daripada cadangan pembangunan Jambatan Kedua, Pengisytiharan Bayan Lepas sebagai Cyber City dan Pusat Pendaratan Ikan Tuna Antarabangsa di Batu Maung; dan

    • Bahagian Pulau akan dibangunkan dengan industri berasaskan teknologi tinggi dan Seberang Perai untuk tumpuan am yang melibatkan industri – industri strategik seperti IKS, Industri Klaster Elektronik, Industri Klaster Teknologi Bio dan Industri Teknologi Maklumat serta Pembangunan Perisian.

    Rujuk Rajah 4.8 Kawasan Strategik Pelaburan Negeri Pulau Pinang.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, MIDA, MITI, Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi Kementerian Sumber Manusia, SMIDEC, MARA, MDEC, MSC, PDC, JKR, LLM, Jabatan Laut, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah dan PERDA.

    DS9 L4

    Meningkatkan pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) yangmoden dengan peningkatan sebanyak 2% setahun dengan :-

    • Mengenal pasti kawasan – kawasan berpotensi untuk pembangunan industri IKS di peringkat RT;

    • Merancang dan memajukan kawasan – kawasan industri dengan teratur termasuk menyediakan tapak pengumpulan sisa pepejal, infrastruktur dan kemudahan yang bersesuaian dan lengkap;

    • Melengkapkan kawasan – kawasan industri dengan kemudahan seperti pusat latihan; penyelidikan dan pembangunan, inkubator serta pusat teknologi maklumat;

    • Merancang kawasan khas bagi industri perkhidmatan yang tidak mencemarkan dalam kawasan pembangunan perumahan;

    • Menggalakkan pembinaan pusat latihan oleh agensi kerajaan dan swasta bagi memajukan usahawan tempatan khususnya bumiputera kepada industri berbentuk IKS;

    • Memperkenalkan produk – produk baru terutama dari kluster pembuatan elektronik dan asas tani,

    • Mengukuhkan struktur ekonomi kaum bumiputera dalam sektor industri khususnya IKS dengan penyediaan 30% unit dalam pembangunan taman perindustrian;

    • Mewujudkan Program Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dengan pembiayaian yang melibatkan:-

      • Ekuiti;
      • Pegangan Saham;
      • Pinjaman BBA;
      • PinjamanMurabahah; dan
      • Risk Sharing, Voice & Data Convergence/ Banks.
    • Untuk Sektor PKS antara pakej keusahawanan yang disediakan oleh PUNB adalah :-

      • Kemudahan Kewangan;
      • Pembangunan Korporat dan Pemantauan; dan
      • Pembangunan Usahawan dan Latihan.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, SMIDEC, MIDA, Kementerian Pembangunan Usahawanan dan Koperasi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah dan PERDA.

    DS9 L5

    Mempertingkatkan peranan pelancongan agro sebagai aktiviti nilai tambah kepada sektor pertanian dengan:-

    • Mengintegrasikan sektor pertanian dan industri asas tani serta perikanan dengan aktiviti – aktiviti pelancongan agro;

    • Mengenal pasti kawasan – kawasan yang berpotensi sebagai kawasan pelancongan pertanian di peringkat RT;

    • Memajukan produk pelancongan pertanian bersama jabatan pelancongan dan syarikat pelancongan; dan

    • Mewujudkan Santuari Penyu di Pantai Kerachut, Teluk Kampi dan Teluk Ketapang.

    Agensi Pelaksana:- Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri dan Jabatan Perhilitan

    DS9 L6

    Menggalakkan peningkatan ekonomi desa dengan :-

    • Menggalakkan pembangunan semula pekan –pekan kecil sedia ada seperti Pekan Telok Bahang, Batu Feringghi, Tanjong Bungah, Ayer Itam, Genting, Balik Pulau, Gertak Sanggul, Telok Kumbar, Bayan Lepas, Batu Maung, Sungai Ara dan Relau di bahagian Pulau dan Kuala Muda, Penaga, Telok Air Tawar, Tasik Gelugor, Padang Menora, Macang Bubuk, Simpang Ampat, Jawi dan Nibong Tebal di Seberang Perai;

    • Membenar dan menggalakkan pelaburan di dalam sektor perdagangan di kawasan desa seperti aktiviti peruncitan, pasar mini, pasar tani dan pasar malam;

    • Membenarkan aktiviti perindustrian IKS yang tidak mencemarkan di sekitar kawasan desa dan kawasan pertanian seperti aktiviti pemerosesan dan pembungkusan makanan serta hasil tani, tertakluk kepada pematuhan kehendak – kehendak pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Alam Sekitar;

    • Menggalakkan pembangunan pelancongan bersifat homestay dan membenarkan struktur baru dan tukarguna bangunan kediaman di dalam kawasan pertanian sebagai tempat penginapan/rumah rehat serta kemudahan chalet yang berskala kecil lengkap dengan bangunan pengurusan dan restoran; dan

    • Menaiktaraf dan mempromosi lokasi – lokasi sedia ada yang mengusahakan produk – produk berasaskan warisan seperti pertukangan, menempa besi, makanan tradisional dan kraftangan.

    Agensi Pelaksana:- PERDA

4.4.4 Perindustrian

  1. Pengalihan P-Ekonomi Kepada K-Ekonomi

    Sektor perindustrian Negeri Pulau Pinang menyumbang kepada KDNK Negeri sebanyak 42%. Sub sektor elektrik dan elektronik, tekstil dan pakaian, serta IKS pemprosesan makanan adalah antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Negeri. Walaupun sektor pembuatan memberikan impak yang besar kepada ekonomi Negeri dan merupakan kekuatan tradisional sektor ekonomi Negeri Pulau Pinang, namun ianya banyak dipengaruhi oleh iklim ekonomi global. Perubahan ke atas harga minyak, kesan globalisasi dan liberalisasi memberikan impak kepada sektor pembuatan Negeri.

    Bagi memastikan Negeri Pulau Pinang sentiasa berdaya saing, peralihan ekonomi daripada berasaskan pembuatan dan pengeluaran kepada ekonomi yang berasaskan penghasilan dan penggunaan ilmu pengetahuan perlu diperkasakan. Ianya akan memberi lebih penekanan kepada industri nilai tambah yang menjurus kepada proses–proses pra pengeluaran dan selepas pengeluaran yang berintensifkan ilmu pengetahuan iaitu k–ekonomi.

    Untuk mengekalkan dan menarik lebih ramai pelabur asing, Negeri Pulau Pinang perluberalih kepada penghasilan teknologi tinggi seperti fotonik, elektronik lanjutan, produk berasaskan IT, pengeluaran komponen berteknologi tinggi, bioteknologi dan automotif. Dasar–dasar yang terlibat adalah:-

    DS10 EKONOMI BERASASKAN PEMBUATAN (P-Ekonomi) AKAN DIKEMBANGKAN KEPADA EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN (K –Ekonomi) DENGAN SASARAN PENINGKATAN KDNK TERTUMPU KEPADA SEKTOR KETIGA SEBANYAK 52% DAN KEDUA SEBANYAK 45% PADA TAHUN 2010.

    DS10 L1

    Menggalakkan perkongsian pintar antara syarikat tempatan dan pengusaha asing dengan memberi insentif – insentif seperti pengecualian cukai dan tarif kepada pengusaha – pengusaha industri berteknologi tinggi seperti fotonik, elektronik lanjutan, produk berasaskan IT, nano teknologi dan pengeluaran komponen berteknologi tinggi serta automotif.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, MITI, MIDA, SMIDEC, Jabatan Imigresen, JPBD Negeri, MPPP dan MPSP

    DS10 L2

    Pembangunan kawasan Bayan Lepas dan kawasan tambak laut pada masa hadapan melalui program menarik pelabur industri berteknologi tinggi, penyelidikan dan pembangunan, teknologi maklumat serta Integrated Manufacturing Centres (IMCs) ke tapak – tapak yang belum dimajukan serta program memberi insentif kepada industri – industri induk yang sedia ada bagi meningkatkan taraf teknologi masing–masing.

    DS10 L3

    Mengadakan program inkubator untuk menarik lebih ramai pengusaha berpengetahuan melalui program silver hair bagi melatih pekerja separa mahir.

    DS10 L4

    Mempermudahkan pemberian lesen operasi kepada pengusaha bumiputera, pelabur asing dan pelabur tempatan selaras dengan dasar yang di tetapkan oleh MITI dimana bersesuaian.

    DS10 L5

    Memudahkan penubuhan rangkaian kerja inovasi di antara pihak industri, pelanggan dan institusi penyelidikan melalui pemberian insentif, penyediaan prasarana berkualiti tinggi, peningkatan kemahiran dan penyediaan kemudahan bagi penyelidikan pembangunan.

    DS10 L6

    Menawarkan kemudahan (Knowledge Process Outsourcing) KPO kepada syarikat MNC di dalam bidang –bidang IT seperti Portal, Web Infrastructure, Business, Business Intelligence, Customer Relationship Management, Risk Management, Voice & Data Convergence, bidang farmasutikal, bidang electronic education, biotek, Nanotech, perubatan, hiburan, telekomunikasi dan tenaga.

    DS10 L7

    Menggalakkan penggunaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam semua sektor ekonomi dan pentadbiran di dalam hasrat untuk menjadi Penang i-land (intelligent island) menjelang tahun 2010 melalui:-

    • Mengwujudkan satu pangkalan data lengkap dan terkini yang boleh diakses antara Negeri, jabatan, PBT dan juga pihak awam;

    • Menubuhkan unit khas bagi memantau perlaksanaan k–ekonomi;

    • Menyedia dan menghasilkan pangkalan data yang mesra pengguna;

    • Menggerakkan pembangunan ICT di keseluruhan pembangunan sama ada di bandar atau desa dengan pengujudan pusat siber komuniti di setiap daerah;

    • Mencapai sasaran 50% pengguna internet domestik dan 75% pengguna internet dari sektor industri dan perdagangan;

    • Mewujudkan rangkaian kemudahan infrastruktur ICT yang lengkap dan terkini (broadband) meliputi keseluruhan Negeri Pulau Pinang; dan

    • Memperkenalkan insentif – insentif pelaburan baru bagi menarik syarikat – syarikat rekabentuk yang kecil datang ke Negeri Pulau Pinang serta mempromosikan pelaburan dalam perkhidmatan – perkhidmatan yang berkaitan dengan pembuatan.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, MAMPU, SCC, PEGIS, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah, MDEC DAN Penang K-ICT Council.

  2. Pembangunan Penang Cyber City

    Negeri Pulau Pinang merupakan Negeri pertama diberi status MSC untuk membangunkan Hub – ICT bagi meningkatkan lagi nilai tambah industri berasaskan k–ekonomi. Perlaksanaan PCC di kawasan perindustrian Bayan Lepas sebagai pemula dan perlaksanaan seterusnya ke kawasan perindustrian Batu Kawan, Bertam dan Sri Ampangan akan dapat mengukuhkan lagi daya saing ekonomi Negeri Pulau Pinang.

    Rujuk Rajah 4.9 Pembangunan ‘Penang Cyber City’ (PCC) Negeri Pulau Pinang.

    DS11 (PCC) AKAN DIBANGUNKAN SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN ICT DI DALAM MENYOKONG PEMBANGUNAN K-EKONOMI NEGERI PULAU PINANG PENANG CYBER CITY

    DS11 L1

    Membangunkan 4 buah PCC di Negeri Pulau Pinang, PCC 1 di Bayan Lepas, PCC 2 di Bertam, PCC 3 di Batu Kawan dan PCC 4 di Sri Ampangan dengan mensasarkan pembangunan PCC 1 Bayan Lepas siap sepenuhnya pada tahun 2006, PCC 2, PCC 3 dan PCC 4 selepas tahun 2008. Untuk PCC 1, memastikan 10 BOG (Bill Of Guarantees) akan dapat dimanafaatkan sepenuhnya di dalam usaha untuk menarik minat syarikat – syarikat MNC dan tempatan mendapatkan status syarikat MSC dan menikmati 10 BOG ditawarkan :-

    • Penyediaan kemudahan infrastruktur ICT bertaraf dunia;

    • Tiada had di dalam pengambilan tenaga kerja asing (expatriate) sebagai k-workers;

    • Pegangan Bebas (Freedom of Ownership);

    • Freedom to source capital globally;

    • Pengawalan harta intelek;

    • Tiada had sempadan penembusan internet;

    • Menggunakan tarif telekomunikasi secara global;

    • Pemberian tender penyediaan kemudahan Malaysian Standard kepada syarikat yang berwibawa;

    • Menyediakan one stop agency yang berkaliber; dan

    • Insentif pengecualian cukai.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, Invest Penang, MDEC, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah, SMIDEC, PDC, Kementerian Pengajian Tinggi, MIDA dan Kementerian Sumber Manusia.

    DS11 L2

    Mengenalpasti dan mengujudkan PCC yang baru dari masa ke semasa mengikut permintaan dan keperluan kemampuan ifrastruktur dan utiliti serta akan diputuskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri setelah mendapat kelulusan MDEC.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, Invest Penang, MDEC, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, Pejabat- Pejabat Daerah dan Tanah, SMIDEC, PDC, Kementerian Pengajian Tinggi, MIDA dan Kementerian Sumber Manusia.

    DS11 L3

    Membangunkan bangunan – bangunan yang bersesuaian dan lengkap dengan kemudahan infrastruktur ICT seperti KOMTAR sebagai cyber centres dengan membenarkan tukar guna bangunan yang bersesuaian mengikut garis panduan yang ditetapkan, selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan seluruh Negeri Pulau Pinang sebagai Cyber State menjelang 2020.

    DS11 L4

    Menyediakan Pelan Strategik Pembangunan PCC yang antara lainnya bagi memenuhi matlamat berikut:

    • Mengiktiraf PCC sebagai zon keutamaan aktiviti ICT dan memberi status dan prestij zon perdagangan bebas;

    • Mempercepatkan penyediaan RKK untuk kawasan PCC terutamanya kawasan Bayan Lepas dan Bertam;

    • Memberi pertimbangan fast track dalam permohonan – permohonan perancangan dan tanah yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan;

    • Mengecualikan permohonan kebenaran merancang dan membenarkan kerja pembinaan selepas pelan pembangunan dikemukakan tertakluk kepada pematuhan kepada pelan bangunan yang dikemukakan dan syarat – syarat yang ditetapkan oleh PBT; bagi kawasan –kawasan perindustrian PDC dan PERDA yang dirancang dengan infrastruktur dan utiliti yang lengkap; dan

    • Membenarkan kerja pembinaan selepas permohonan kebenaran merancang diluluskan (tanpa menunggu kelulusan pelan pembangunan) bagi bangunan – bangunan lain yang bersesuaian di zon PCC, tertakluk kepada pematuhan pelan bangunan yang dikemukakan dan permohonan kebenaran merancang yang diluluskan serta syarat – syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.

    DS11 L5

    Menggalakan pakatan strategik di antara syarikat – syarikat antarabangsa (MNCs) dan syarikat – syarikat tempatan dengan menganjurkan sesi – sesi 'business matching' di antara mereka dengan tujuan membangunkan, meluaskan dan meningkatkan peluang – peluang perniagaan untuk syarikat – syarikat tempatan.

    DS11 L6

    Memastikan pembangunan PCC akan dapat menarik dan mengekalkan syarikat – syarikat MNC di Negeri Pulau Pinang dengan menggalakkan syarikat – syarikat MNC dan syarikat IT tempatan menjadi pemangkin di dalam mewujudkan rantaian aktiviti hiliran yang bernilai tambah.

    DS11 L7

    Memastikan industri IKS hiliran mendapat manfaat di dalam pembangunan PCC.

    DS11 L8

    Meningkatkan kerjasama dengan institusi – institusi pengajian tinggi di dalam menawarkan kursus – kursus yang dapat melatih dan melahirkan lebih ramai k–workers bagi menyokong pembangunan PCC.

    DS11 L9

    Memperkukuhkan kerjasama dengan syarikat – syarikat MNC, syarikat tempatan dan institusi – institusi pengajian tinggi di dalam usaha untuk menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai hub R&D dan D&D di dalam bidang – bidang yang dikenalpasti seperti bioteknologi, teknologi optikal, speciality fine chemicals, software technology, nano technology dan precision engineering.

  3. Memperkukuhkan Rantaian Industri dan Meningkatkan Pertumbuhan Industri Kecil dan Sederhana

    Rantaian dan klaster – klaster industri terutama industri IKS perlulah diperkukuh dan dipertingkatkan lagi melalui kegiatan R&D dan penggunaan tenaga kerja mahir dan berpengetahuan.

    DS12 INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) AKAN DIPERKUKUHKAN DENGAN PENGALIHAN KEPADA K–EKONOMI.

    DS12 L1

    Memperkukuhkan rantaian industri dengan mengenal pasti serta menggalakkan industri sokongan kepada industri utama dengan :-

    • Menggalakkan pertumbuhan industri sokongan seperti industri – industri kecil dan Sederhana (IKS), pembekal bahan mentah dan barangan separa siap, perkhidmatan perniagaan seperti institusi kewangan dan agensi pengiklanan, infrastruktur dan institusi seperti pusat R&D, pusat latihan dan sebagainya yang akan mewujudkan rangkaian industri serta mempertingkatkan nilai ditambah danmenjamin pasaran bagi barangan yang dikeluarkan.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, MIDA, MITI dan SMIDEC.

    DS12 L2

    Memperkemas dan memperluaskan industri hiliran dan huluan bagi memastikan produktiviti yang lebih tinggi.

    DS12 L3

    Menempatkan semula industri – industri yang menimbulkan percanggahan guna tanah bandar di zon – zon yang akan dikenalpasti di peringkat RT dan RKK.

    Agensi Pelaksana:- JPBD Negeri, MPPP, MPSP dan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah.

    DS12 L4

    Meningkatkan pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) yang moden dengan peningkatan sebanyak 2% setahun melalui :-

    • Melengkapkan kawasan – kawasan industri dengan kemudahan seperti pusat latihan, penyelidikan dan pembangunan, inkubator serta pusat teknologi maklumat;

    • Merancang kawasan khas bagi industri perkhidmatan yang tidak mencemarkan dalam kawasan pembangunan perumahan;

    • Menggalakkan pembinaan pusat latihan oleh agensi kerajaan dan swasta bagi memajukan usahawan tempatan khususnya Bumiputera kepada industri berbentuk IKS; dan

    • Memperkenalkan produk – produk baru terutama dari kluster pembuatan elektronik dan asas tani.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, SMIDEC, MIDA, Kementerian Pembangunan Usahawanan dan Koperasi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, JPBD Negeri, MPPP, MPSP dan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah dan PERDA.

    DS12 L5

    Mengenal pasti kawasan – kawasan berpotensi untuk pembangunan industri IKS di peringkat RT bagi mewujudkan kawasan – kawasan industri dengan teratur termasuk menyediakan tapak pengumpulan sisa pepejal, infrastruktur dan kemudahan yang bersesuaian dan lengkap.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, PDC, PERDA, Pejabat- Pejabat Daerah dan Tanah, SMIDEC dan MIDA.

    DS12 L6

    Menentukan kegunaan tanah secara optimum khususnya bagi pembangunan kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terutamanya di kawasan–kawasan perindustrian yang masih kosong seperti di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak (114 hek.), Kawasan Perindustrian Valdor (100 hek.), Kawasan Perindustrian Batu Kawan (200 hek) sebagai kawasan perindustrian IKS yang moden bagi menempatkan industri IKS dan menyokong rantaian aktiviti industri hiliran bernilai tambah serta kawasan – kawasan lain yang dikenalpasti seperti :-

    • Zon Perindustrian yang telah dikenalpasti sebagai Kawasan Tindakan Jalan Sungai / Jalan S.P Chelliah dimajukan untuk perindustrian IKS.

    • Kawasan IKS juga boleh dibangunkan dalam Zon Perindustrian Jelutong, Permatang Damar Laut dan Telok Kumbar.

      Zon Perindustrian Permatang Damar Laut.

      Zon Perindustrian Teluk Kumbar.

    • Kawasan Air Putih untuk pembangunan IKS.

      Kawasan Perindustrian IKS Air Putih.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, PDC, PERDA, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah, SMIDEC dan MIDA.

    DS12 L7

    Pembukaan tapak – tapak industri baru akan hanya dibenarkan di kawasan yang telah dikenalpasti oleh PBT serta melalui proses kebenaran merancang. Bagaimanapun kawasan industri haram sedia ada akan dimansuhkan. Proses membenarkan dari segi undang – undang kawasan – kawasan industri haramsedia ada yang produktif akan hanya dibuat di kawasan – kawasan yang akan dikenalpasti oleh pihak PBT untuk dibangunkan sebagai kawasan industri IKS yang terancang dengan keperluan mematuhi syarat –syarat perancangan seperti anjakan bangunan, keperluan menyediakan tangki kumbahan, menyediakan tempat pembuangan sisa pepejal dan sisa buangan industri yang sistematik serta keperluan –keperluan mematuhi peraturan – peraturan keselamatan bagi mengelakkan bahaya kebakaran.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, PDC, PERDA, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah, SMIDEC, MIDA dan JAS.

    DS12 L8

    Menempatkan semula industri – industri yang menimbulkan masalah percanggahan guna tanah dan alam sekitar di kawasan perindustrian yang telah dikenalpasti dan mempunyai kemudahan infrastruktur lengkap yang akan di kenalpasti di peringkat RT.

    Menempatkan semula industri yang menimbulkan percanggahan guna tanah ke kawasan perindustrian yang dirancang.

    DS12 L9

    Mewujudkan lebih banyak bangunan – bangunan perindustrian untuk industri – industri berskala kecil dan sederhana untuk dijual atau disewa melalui :-

    • Menggalakkan pembinaan yang sesuai untuk industri – industri IKS dari jenis kos rendah supaya mampu dimiliki oleh usahawan – usahawan baru dan usahawan kecil terutamanya dari kalangan bumiputera;

    • Pembangunan taman perindustrian baru perlu memperuntukkan 30% unit khas IKS untuk bumiputera;

      Bangunan IKS PERDA.

    • Pembinaan kilang bertingkat (flatted industry) akan digalakkan untuk membolehkan industri IKS yang tidak mencemarkan beroperasi di kawasan pusat bandar dan kawasan perumahan seperti tekstil dan pakaian, elektronik, kertas dan lain – lain yang bersesuaian yang tertakluk kepada garis panduan Jabatan Alam Sekitar; dan

    • Menggabungkan perancangan industri, pembangunan pusat komersil dan kawasan kediaman dengan suatu sistem pengangkutan mapan bagi mengurangkan penggunaan sumber – sumber tenaga.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, MECD, SMIDEC, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, PDC, PERDA, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah, Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera dan PERDA.

    DS12 L10

    Menggalakkan perindustrian berasaskan automotif di Seberang Perai dengan :-

    • Mewujudkan satu klaster industri automotif yang lengkap dengan pusat R&D berasaskan kepada teknologi tinggi di Bertam, Daerah Seberang Perai Utara;

    • Mewujudkan satu sistem vendor bagi membekalkan parts bagi menyokong pembangunan automotif; dan

    • Menggalakkan pemasangan kereta asing dibuat di negara ini bagi tujuan eksport dan pasaran tempatan.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, JPBD Negeri, MPSP, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara.

    DS13 CADANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI BARU DI LUAR ZON INDUSTRI AKAN DIPERTIMBANGKAN BERDASARKAN KRITERIA – KRITERIA YANG DITETAPKAN.

    DS13 L1

    Mempertimbangkan permohonan tapak – tapak baru pembangunan industri berdasarkan kriteria berikut:-

    • Dibuktikan mempunyai dan memenuhi permintaan jangka panjang dan jangka pendek untuk kegunaan industri;

    • Menawarkan pembesaran secara in-situ dengan tapak industri sedia ada berdekatan;

    • Untuk menampung klaster – klaster tempatan atau strategik aktiviti industri sedia ada;

    • Berada di dalamlokasi yang bersesuaian dan bertepatan dengan infrastruktur sedia ada;

    • Terletak berdekatan dengan infrastruktur yang komited;

    • Berpotensi sebagai kawasan industri untuk penduduk setempat kawasan berkenaan dan berupaya menawarkan pekerjaan untuk penduduk tempatan;

    • Mematuhi peruntukan Kanun Tanah Negara;

    • Terletak di dalam zon – zon guna tanah yang boleh membenarkan aktiviti industri sama ada dengan syarat atau tanpa syarat;

    • Dibuktikan dapat menarik pekerja-pekerja tempatan dan kurang penggantungan kepada tenaga buruh luar;

    • Mempunyai jaringan pengangkutan yang baik sama ada melalui rel atau udara;

    • Berdekatan atau di dalam lingkungan pusat – Pusat Pertumbuhan Wilayah, Pusat Separa Wilayah dan Pusat Petempatan Utama;

    • Mempunyai zon penampan yang secukupnya mengikut kehendak – kehendak Jabatan Alam Sekitar; dan

    • Mempunyai kawasan yang mencukupi untuk penyediaan kemudahan letak kenderaan dan kemudahan aktiviti pemunggahan.

    • Tapak cadangan adalah dipersetujui dan diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri atau Pihak Berkuasa Negeri.

    Agensi Pelaksana:- UPEN, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, PDC, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah.

4.4.5 Pelancongan

  1. Mempertingkatkan Industri Pelancongan Negeri Pulau Pinang Yang Bertaraf Antarabangsa

    Sektor Pelanconganmerupakan antara penyumbang utama kepada KDNK Negeri Pulau Pinang. Pada tahun 2000, bilangan pelancong yang melawat ke Negeri Pulau Pinang adalah dianggarkan sebanyak 3.5 juta dan kadar penghunian hotel adalah dicatatkan sebanyak 49.8% pada tahun 2003. Pelancong domestik menunjukkan peratusan yang tinggi iaitu sebanyak 56.7% manakala selebihnyamerupakan pelancong asing.

    Oleh itu untuk memastikan Negeri Pulau Pinang kembali gemilang, beberapa langkah dan strategi perlu diambil bagi memastikan sasaran untuk mencapai bilangan pelancongan seramai 4.7 juta orang pada tahun 2010 dan 6 juta orang pada tahun 2020 tercapai. Bagi tujuan di atas, dasar – dasar berikut dicadangkan.

    DS14 MEMANTAP DAN MEMPERTINGKATKAN INDUSTRI PELANCONGAN SEBAGAI SALAH SATU PENGGERAK UTAMA EKONOMI NEGERI PULAU PINANG. KEPADA SEKTOR KETIGA SEBANYAK 52% DAN KEDUA SEBANYAK 45% PADA TAHUN 2010.

    DS14 L1

    Membentuk rangka organisasi Pelan Tindakan Pelancongan Negeri Pulau Pinang yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan untuk merancang, menyelaras dan memantau pembangunan pelancongan Negeri Pulau Pinang.

    Agensi Pelaksana:- MTPN, UPEN, PBT, PBN, Jabatan Muzium & Antikuiti dan Institusi Kewangan.

    DS14 L2

    Memberi keutamaan kepada agensi – agensi kerajaan dan GLC dalam pembangunan projek – projek pelancongan Negeri Pulau Pinang di atas tanah milikan Kerajaan atau GLC.

    DS14 L3

    • Memberi pertimbangan fast track bagi pembinaan produk – produk pelancongan dan hotel bertaraf 5 bintang dengan membenarkan kerja pembinaan selepas permohonan kebenaran merancang diluluskan (tanpa menunggu kelulusan pelan pembangunan), tertakluk kepada pematuhan syarat – syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.

    • Pertimbangan fast track ini juga diperluaskan kepada pembinaan ruang-ruang niaga di dalam kompleks – kompleks bebas cukai lain untuk tujuan pelancongan seperti di dalam kompleks Lapangan Terbang Antara Bangsa Bayan Lepas, pelabuhan dan sebagainya.

    DS14 L4

    Memulihara dan menjaga persekitaran fizikal dan warisan yang merupakan produk – produk pelancongan utama.

    DS14 L5

    Pemberian insentif dan bantuan kewangan bagi projek pembangunan pelancongan yang berdaya saing.

    DS14 L6

    Meningkat serta memperkukuhkan kemudahan pendidikan tinggi swasta selaras dengan sasaran untuk menjadikan pendidikan sebagai niche market untuk sektor pelancongan.

    DS14 L7

    Menumpukan pembangunan pelancongan kepada empat zon utama iaitu :-

    • Zon Pantai Peranginan;

    • Zon Warisan/Sejarah;

    • Zon Pelancongan Eko; dan

    • Zon Pelancongan Agro.

    Rujuk Rajah 4.10 Zon-Zon Pelancongan Negeri Pulau Pinang dan Lampiran 3

    DS15 PRODUK – PRODUK PELANCONGAN DAN KUALITI PERKHIDMATAN AKAN DIPERTINGKATKAN SELARAS DENGAN PIAWAIAN PELANCONGAN ANTARABANGSA.

    DS15 L1

    Mengenal pasti produk dan pengurusan pelancongan terpilih untuk mendapatkan pengesahan & pertauliahan antarabangsa seperti Green Flag International, Green Globe Destination, Green Leaf, ISO1401.

    Agensi Pelaksana:- Kementerian Pelancongan, Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia, MTPN, Persatuan Pengusaha Hotel, JAS, MPPP dan MPSP.

    DS15 L2

    Mewujud dan menggalakkan Total Quality Management untuk pengurusan dan pembangunan produk pelancongan.

    DS15 L3

    Membangun dan mempertingkatkan lagi Produk Pelancongan Pantai dengan cara:-

    • Mengenal pasti Zon Pelancongan Pantai Utara yang merangkumi Batu Feringghi, Teluk Bahang, Tanjung Bungah, Pantai Tanjung Tokong dan kereta kabel ke Bukit Bendera sebagai satu zon pelancongan pantai;

    • Membangunkan bahagian selatan pulau sebagai zon baru pelancongan yang merangkumi kawasan Bayan Lepas, Batu Maung, Telok Kumbar, Gertak Sanggul dan Balik Pulau;

    • Meningkatkan tahap kebersihan serta kualiti airmarin bagi memastikan pantai – pantai di sekitar zon pelancongan pantai terjamin kebersihannya;

    • Meningkatkan tahap kemudahan awam di sekitar Pantai Bersih dan Pantai Teluk Molek (Seberang Perai) yang menjadi tumpuan utama pelancong domestik;

    • Mengadakan sistem amaran awal (life guard) di pantai – pantai peranginan bagi memastikan keselamatan orang awamdan pelancong terjamin; dan

    • Memastikan kemudahan – kemudahan sokongan pelancongan sentiasa diselenggara dengan baik.

    DS15 L4

    Membangun dan mempromosikan Produk Pelancongan Warisan Kebudayaan di mana :-

    • Pulau Aman dan Pulau Gedong akan dibangunkan sebagai Pusat Warisan Semula Jadi;

    • Menyenaraikan George Town (George Town Inner City) sebagai Senarai Warisan Dunia UNESCO sebelum tahun 2010; di bawah kategori warisan budaya dan port settlement;

    • Menjadikan produk pelancongan warisan sebagai satu keunikan produk utama Negeri Pulau Pinang;

    • Mengenal pasti kawasan Seberang Perai yang berpotensi untuk ditonjolkan sebagai produk pelancongan berunsur sejarah termasuk Gua Perompak di Pulau Gedung, Telaga Emas di Pulau Aman, Permatang Bendahari, Kampung Kota Aur, Pekan Penaga, Teluk Air Tawar (termasuk Bagan Tambang, Bagan Belat dan Padang Benggali), Permatang Sungai Dua, Kampung Kota, pekan ama Butterworth, Sungai Perai dan Stesen Keretapi Perai;

    • Menonjolkan kepentingan sejarah dan warisan senibina Negeri Pulau Pinang melalui pemulihan dan pemuliharaan bangunan – bangunan dan kawasan – kawasan warisan yang dikenalpasti;

    • Menyediakan katalog komprehensif yangmerekodkan bangunan-bangunan penting, bersejarah dan bernilai warisan; dan

    • Mengenal pasti kampung – kampung tradisional yang mempunyai ciri – ciri unik dan menarik untuk pemuliharaan dan promosi pelancongan untuk aktiviti homestay seperti Kg. Seronok, Kg. Sg. Rusa, Kg. Mengkuang Titi, Kg. Sg. Sembilang/Bagan Nyior/Kuala Juru, Kg. Tok Kangar, Perkampungan Baru Juru dan Pulau Aman.

    Agensi Pelaksana:- Kementerian Pelancongan, Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia, MTPN, Persatuan Pengusaha Hotel, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, Penang Heritage Trust dan PERDA.

    DS15 L5

    Mempertingkatkan lagi Pelancongan Kesihatan (Health Tourism)melalui :-

    • Mempromosi produk pelancongan kesihatan di Negeri Pulau Pinang dengan mengadakan kerjasama yang erat dengan pelbagai agensi seperti MATTA, Kementerian Pelancongan Malaysia, MATRADE, Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Hospital Swasta Malaysia dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang;

    • Memberi tumpuan untuk memperluaskan pasaran pelancong – pelancong kesihatan daripada negara – negara seperti Timur Tengah, Brunei dan Indochina dengan mengambil kira potensi Malaysia sebagai Negara Islam;

    • Mengambil peluang kerjasama IMT –GT untukmenarik lebih ramai pelancong kesihatan daripada Indonesia terutama sekali daripada Jakarta dengan mengadakan penerbangan terus dari Jakarta Ke Negeri Pulau Pinang;

    • Mengekalkan kos perubatan yang berpatutan yang supaya menjadi pilihan utama berbanding dengan pesaing – pesaing seperti Singapura dan Thailand;

    • Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dengan mendapatkan persijilan atau akreditasi daripada pertubuhan – pertubuhan kesihatan antarabangsa serta Malaysia Society for Quality in Health Acreditation (MSHQ);

    • Mengoptimumkan kemudahan pelancongan sedia ada dengan menyediakan kemudahan spa dan kesihatan di hotel dan resort di Negeri Pulau Pinang;

    • Mengadakan kerjasama yang erat dengan Hospital swasta Negeri seperti Gleaneagles Medical Centre, Hospital Pantai Mutiara, Island Hospital, Lam Wah Ee Hospital, Loh Guan Lye Specialist Centre, Penang Adventist Hospital, Mount Miriam Hospital, Metro Specialist Hospital dan Hospital Pakar Bagan untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dengan kos yang berpatutan; dan

    • Menyediakan satu rangkaian perhubungan maklumat mengenai pelancongan kesihatan Negeri melalui laman web yang mengandungi maklumat pelancongan kesihatan Negeri serta kemudahan yang ditawarkan.

    Agensi Pelaksana:- Kementerian Pelancongan, Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia, MTPN, Persatuan Pengusaha Hotel, MPPP, MPSP, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan, Persatuan Hospital Swasta, MATRADE, MATTA dan Kementerian Pengangkutan.

    DS15 L6

    Meningkatkan lagi kemudahan sokongan dan kualiti perkhidmatan Produk Pelancongan MICE (Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions) dengan cara :-

    • Mengadakan sebuah pusat konvensyen Negeri;

    • Menyediakan kemudahan sokongan yang mencukupi seperti kemudahan penginapan di sekitar kemudahan pusat konvensyen yang mencukupi dan kemudahan pengangkutan yang baik;

    • Bekerjasama dengan penganjur – penganjur konvensyen profesional untuk memperkenalkan Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan MICE; dan

    • Mempelbagai dan meningkatkan standard daya tarikan acara & aktiviti pelancongan seperti menjadikan aktiviti pelancongan membeli belah, sukan dan acara sebagai sebahagian daripada aktiviti pelancongan MICE.

    Agensi Pelaksana:- Kementerian Pelancongan, Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia, MTPN, Persatuan Pengusaha Hotel, MPPP dan MPSP.

    DS15 L7

    Mempromosikan Pulau Pinang sebagai Pusat Pelancongan Berasaskan Membeli Belah dan Makanan dengan cara :-

    • Mempromosikan George Town sebagai pusat membeli belah utama Wilayah Utara;

    • Mempromosikan tarikan produk membeli belah danmakanan sebagai salah satu produk utama pelancongan Negeri antaranya seperti di Penang Gold Bazaar, Penang Road, Campbell Street, KOMTAR, Perangin Mall, Gurney Drive, Padang Kota, Little India dan lain-lain;

    • Memajukan sarang burung sebagai produk pelancongan dengan menetapkan kawasan – kawasan yang bersesuaian untuk aktiviti ini selaras dengan garis panduan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan;

    • Mengadakan lebih banyak acara-acara (events) seperti PATA Task Force, Food and Fruits Fiesta Month bagi mempromosi makanan tempatan kepada pelancong – pelancong luar;

    • Menarik penglibatan pengusaha – pengusaha hotel, restoran, gerai dan penjualan makanan di tapak pasar malam, pasar tani dan Bazar Ramadan untuk bersama – sama mempromosi keunikan makanan tempatan Negeri Pulau Pinang;

    • Mengenal pasti dan menempatkan gerai – gerai yang berselerak di tapak – tapak gerai yang dilengkapi dengan kemudahan seperti tempat letak kereta, tandas dan sistem saliran yang sempurna;

    • Mempromosikan Negeri Pulau Pinang sebagai Syurga Makanan Penjaja yang istimewa, bersih dan murah;

    • Meningkatkan kebersihan dan penyelenggaraan restoran, gerai dan penjualan makanan di tapak –tapak pasar malam; dan

    • Mempelbagaikan aktiviti sihat dan bersesuaian dengan budaya setempat di George Town pada waktu malam sebagai tarikan pelancongan seperti pasar malam dan sebagainya.

    DS15 L8

    Membangun dan mempelbagaikan Produk Pelancongan Eko dan Agro (Eco and Agro Tourism) melalui :-

    • Mengenal pasti, merancang dan memajukan perkampungan nelayan dan pertanian untuk pelancongan agro/desa seperti Kg. Seronok dan lain – lain kampung yang sesuai;

    • Mempromosi dan membangunkan Hutan simpan Pantai Acheh yang telah diiktiraf sebagai Taman Negara;

    • Mengenalpasti dan membangunkan Hutan Lipur Bukit Panchor dan Pulau Jerejak sebagai Taman Negeri;

    • Mempromosi aktiviti pelancongan yang berkaitan dengan eko & agro pelancongan di Empangan Mengkuang, kawasan Kuala Muda, Penaga, Kampung Air Hitam, Kampung Permatang Sungai Dua, Pesisiran Pantai Batu Kawan, kawasan Hutan Simpan Byram, Pulau Aman & Pulau Gedong, Bagan Tambang, Bagan Nyior dan Sungai Chenaam;

    • Menggabungkan kawasan Teluk Kumbar, Pantai Jerejak, Pulau Jerejak, Bukit Jambul dan BatuMaung sebagai kawasan eko/agro pelancongan;

    • Pulau Jerejak akan dipromosikan sebagai pusat pelancongan berasaskan taman rekreasi semula jadi dan dinaik taraf kepada Taman Negeri;

    • Membangun dan menggalakkan aktiviti pelancongan di Seberang Perai sebagai Zon Pelancongan Eko & Agro (Tourism Belt);

    • Menjadikan Batu Musang di Batu Kawan sebagai jeti pelancongan ke Pulau Aman dan Pulau Gedong;

    • Membangunkan tebing Sungai Kerian, SPS sebagai kawasan tarikan pelancongan kelip – kelip (fire fly); dan

    • Mempromosi produk – produk pelancongan yang telah dikenalpasti oleh Pelan Induk Pembangunan Pertanian SPU sebagai sebahagian produk pelancongan agro.

    Agensi Pelaksana:- Kementerian Pelancongan, Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia, MTPN, Persatuan Pengusaha Hotel, MPPP, MPSP, Jabatan Pertanian, IADP, Jabatan Perikanan, Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Laut.

    DS15 L9

    Mempromosikan Negeri Pulau Pinang Sebagai Destinasi Yang Menawarkan Produk – Produk Pelbagai Dan Mengutamakan Value For Money melalui :-

    • Mengadakan usahasama dengan para operator pelancong tempatan melalui forum, bengkel–bengkel dan persatuan pelancongan bagi merangka usaha – usaha untuk menarik para pelancong;

    • Mengadakan familiarization tours bagi para wartawan asing dan tempatan untuk mendapat liputan dalam majalah – majalah pelancongan tempatan dan asing;

    • Mengadakan usahasama dengan Badan Promosi Pelancongan dengan negara – negara serantau untuk meningkatkan ketibaan pelancong asing; dan

    • Memantau perkembangan penawaran dan permintaan pelancongan melalui kajian pelancongan dan kajian inventori produk secara berjadual.

    Agensi Pelaksana:- Kementerian Pelancongan, Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia, MTPN, Persatuan Pengusaha Hotel, JPBD Negeri, MPPP dan MPSP.

    DS15 L10

    Menyediakan kepelbagaian kraftangan tradisional Negeri Pulau Pinang dengan menyediakan dokumentasi yang jelas dalam pelbagai bahasa.

    Rujuk Lampiran 3 Produk-Pruk Pelancongan Mengikut Daerah Di Negeri Pulau Pinang

    DS15 L11

    Mempromosikan Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi terpilih untuk mereka yang menyertai Program Malaysia My Second Home.

    DS16 PRASARANA PELANCONGAN DARI ASPEK AKSESIBILITI DAN KEMUDAHAN SOKONGAN AKAN DITINGKATKAN.

    DS16 L1

    Mempertingkatkan kemudahan – kemudahan untuk aksessibiliti secara langsung yang lebih baik melalui perhubungan udara, laut dan darat ke Negeri Pulau Pinang.

    Agensi Pelaksana:- Kementerian Pelancongan, Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia, MTPN, Persatuan Pengusaha Hotel, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, Jabatan Laut, Jabatan Imigresen, PDRM dan Kementerian Pengangkutan

    DS16 L2

    Menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai World Class Tourism Destination dengan cara:-

    • Memastikan semua kawasan tarikan pelancongan utama disediakan dengan kemudahan sokongan yang berkualiti tinggi, sentiasa diselenggara dan mempunyai kemudahan untuk golongan orang kurang upaya;

    • Menyediakan sistem petanda jalan yang seragam seperti petunjuk jalan bagi kawasan istimewa, penerangan mengenai kawasan tersebut dan menggalakkan sekurang-kurangnya tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris dan Arab;

    • Menyediakan kiosk informasi di tempat – tempat seperti kawasan membeli belah dan kawasan tumpuan pelancong;

    • Menaiktaraf dan memperindahkan semua pintu masuk utama ke Negeri Pulau Pinang (pintu gerbang) seperti di terminal feri, pelabuhan, Jambatan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dan Stesen KTM Butterworth;

    • Meningkatkan taraf cruise terminal di Port Swettenham;

    • Penyediaan kemudahan pengangkutan awamyang cekap;

    • Penyediaan Pengkalan Bit Polis Pelancong (Lebuh Chulia & Lebuh Pantai, Pulau Jerejak dan di pusat bandar Butterworth); dan

    • Penyediaan kemudahan penginapan yang mencukupi dan selesa dengan harga yang berpatutan.

4.4.6 Perdagangan

  1. Fungsi dan Hirarki Petempatan serta Taburan Ruang Lantai Perniagaan

    Taburan pusat perniagaan di Negeri Pulau Pinang tertumpu di George Town, Butterworth, Seberang Jaya dan Bukit Mertajam. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian daripada pusat perniagaan di Negeri Pulau Pinang tidak mencapai tahap hirarki yang telah ditetapkan. Tren ke arah pembangunan perbandaran secara komprehensif dan bersepadu pada masa kini seperti di Bertam, Permatang Pauh, Bandar PERDA, Bandar Tasik Mutiara dan Batu Kawan akan memberi kesan perubahan kepada hirarki pusat – pusat perdagangan terutamanya di peringkat daerah, tempatan dan luar bandar pada masa hadapan. Di samping itu juga pusat – pusat perdagangan yang terletak di dalam koridor pembangunan utama memiliki kelebihan untuk berada di kelompok hirarki yang teratas berbanding dengan pusat – pusat yang terletak luar koridor ini. Pengukuhan hirarki pusat perniagaan perlulah diusahakan. Ini boleh dijalankan dengan memastikan pembangunan – pembangunan baru akan memberi impak positif terhadap pusat – pusat perniagaan yang telah ditetapkan.

    DS17 MENINGKATKAN AKTIVITI PERDAGANGAN SELARAS DENGAN HIRARKI DAN FUNGSI PETEMPATAN.

    DS17 L1

    Penentuan hirarki pusat perdagangan dan aktiviti perdagangan yang jelas bagi memastikan tahap barangan yang ditawarkan kepada kawasan tadahannya selaras dengan fungsi yang telah ditetapkan di dalam Dasar Perbandaran Negara:-

    HirarkiKategoriJenis Fungsi
    Pusat Pertumbuhan Wilayah (PPW)Jualan Borong Kedai borong (Barangan Harian, Hasil Pertanian dll), Gudang Simpanan, Pasar Borong.
    Jualan Runcit Supermarket, Pasar Raya, Pasar Harian, Tapak Pasar Berkala, Kedai Serbaguna /Kedai Kegunaan Umum.
    Hotel dan KateringHotel 5 bintang, Rumah Tumpangan, Rumah Rehat, Restoran.
    Kewangan Bank-bank perdagangan dan Pembangunan, Badan Kewangan, Dewan Perniagaan, Syarikat Insurans, Firma Broker, Pejabat Amanah Saham.
    Syarikat Pejabat/ SwastaIbu Pejabat Syarikat Ternama Tempatan, Cawangan Syarikat Ternama Tempatan, Ibu Pejabat Syarikat Ternama Antarabangsa, Cawangan Syarikat Ternama Antarabangsa, pusat – pusat perkhidmatan profesional seperti perkhidmatan guaman, arkitek, ukur tanah, perubatan dan sebagainya.
    HirarkiKategoriJenis Fungsi
    Pusat Separa Wilayah (PSW)Jualan Borong Pasar Borong, Kedai Pemborong (Barangan Harian, Hasil Pertanian dll), Gudang Simpanan.
    Jualan Runcit Supermarket, Pasar Raya, Pasar Harian, Tapak Pasar Berkala, Kedai Serbaguna /Kedai Kegunaan Umum.
    Hotel dan Katering Hotel 3 bintang dan lebih, Rumah Tumpangan, Rumah Rehat.
    Kewangan Bank-bank Perdagangan dan Pembangunan, Badan Kewangan, Dewan Perniagaan, Syarikat Insurans, Agen Amanah Saham.
    Syarikat Pejabat/ Swasta Ibu Pejabat Syarikat Ternama Tempatan, Cawangan Syarikat Ternama Tempatan.
    HirarkiKategoriJenis Fungsi
    Pusat Petempatan Utama (PPU)Jualan Borong Pemborong Bekalan/ Hasil Ladang.
    Jualan Runcit Pasaraya, Pasar Harian, Tapak Pasar Berkala, Kedai Kegunaan Umum.
    Hotel dan Katering Rumah Tumpangan dan rumah-rumah rehat bajet.
    Kewangan Bank Perdagangan, Koperasi Pinjaman, Kedai Pajak Gadai, Agen Amanah Saham.
    Syarikat Pejabat/ Swasta Cawangan Syarikat Ternama Tempatan.
    HirarkiKategoriJenis Fungsi
    Pusat Pertumbuhan Wilayah (PPW)Jualan Borong Bagi hasil pertanian.
    Jualan Runcit Pasar Mini, Pasar Harian, Kedai Runcit dan kedai – kedai tempatan di kawasan perumahan.
    Kewangan Bank –bank perdagangan, Pertanian, Koperasi Pinjaman, Agen Amanah Saham.

    Rujuk Lampiran 4 Hirarki Petempatan

    Agensi Pelaksana:- JPBD Negeri, MPPP, MPSP dan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah.

    DS18 RUANG LANTAI PERNIAGAAN AKAN DIAGIHKAN MENGIKUT HIRARKI PUSAT – PUSAT PETEMPATAN YANG TELAH DIKENAL PASTI.

    DS18 L1

    Menetapkan lokasi kawasan – kawasan yang akan dibenarkan untuk aktiviti perdagangan berdasarkan hirarki di peringkat RT dan RKK.

    Agensi Pelaksana:- JPBD Negeri, MPPP dan MPSP.

    DS18 L2

    Mensasarkan agihan keperluan ruang lantai perniagaan 2020 mengikut hirarki petempatan yang telah dikenalpasti seperti berikut :-

    Hirarki Pusat PertumbuhanPetempatan 2020Jumlah Ruang Lantai bagi setiap Kategori Pusat
    Pusat Pertumbuhan Wilayah / Ibu Negeri George Town – Sungai Nibong –Butterworth – Seberang Jaya 3 juta m.p
    Pusat Separa Wilayah
    • Bayan Baru
    • Bukit Mertajam
    • Bertam/Kepala
    • Batas
    • Batu Kawan
    • Sri Ampangan
    1 juta m.p
    Pusat Petempatan Utama
    • Tanjung Tokong
    • Tanjong Bungah
    • Batu Feringghi
    • Telok Bahang
    • Balik Pulau
    • Air Puteh
    • Paya Terubong
    • Gelugor
    • Sg. Dua (PP)
    • Ayer Itam
    • Telok Kumbar
    • Bayan Lepas
    • Sungai Ara
    • Batu Maung
    • Penaga
    • Telok Ayer Tawar
    • Tasek Gelugor
    • Sungai Dua (SP)
    • Penanti
    • Kubang Semang
    • Bukit Tengah
    • Alma
    • Permatang Pauh
    • Simpang Ampat
    • Sungai Bakap
    • Jawi
    • Nibong Tebal
    0.5 juta m.p
    Pusat Petempatan Kecil
    • Bukit Bendera
    • Kampung Tengah
    • Pantai Acheh
    • Kuala Sungai Pinang
    • Kampung Sungai Rusa
    • Kampung Sungai Burung
    • Genting
    • Pulau Betong
    • Gertak Sanggul
    • Kuala Muda
    • Permatang Bendahari
    • Kampung Kota Aur
    • Kampung Pinang Tunggal
    • Kampung Kubang Menerong
    • Lahar Yooi
    • Padang Menora
    • Ara Kuda
    • Machang Bubok
    • Kampung Sungai Acheh
    • Kampong Besar
    • Juru
    • Bukit Minyak
    • Valdor
    50,000 m.p. - 100,000 m.p

    Rujuk Lampiran 4 Hirarki Petempatan

    Agensi Pelaksana:- JPBD Negeri, MPPP, MPSP dan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah.

  2. Mengoptimumkan Ruang Tanah dan Ruang Lantai Perdagangan

    Bagi mengoptimumkan penggunaan ruang tanah kawasan pusat bandar, aktiviti pembangunan infill secara komprehensif perlu digalakkan bagi meningkatkan aktiviti pusat bandar. Di samping itu, pembangunan pusat – pusat pertumbuhan baru dan pengagihan ruang lantai perdagangan perlu diselaraskan dengan penetapan hirarki dan fungsi petempatan. Dasar – dasar yang dicadangkan ialah :-

    DS19 MENGUTAMAKAN PEMBANGUNAN “INFILL” SECARA KOMPREHENSIF DI KAWASAN PUSAT BANDAR UTAMA DAN PUSAT – PUSAT PETEMPATAN LAIN.

    DS19 L1

    Memastikan penawaran skala dan taburan ruang lantai perniagaan pada masa hadapan adalah selaras dengan kepentingan hirarki petempatan yang telah ditetapkan dan disokong oleh kajian kemungkinan projek (feasibility study) dan kajian pasaran.

    Agensi Pelaksana:- JPBD Negeri, MPPP dan MPSP.

    DS19 L2

    Menawarkan kemudahan ruang lantai perniagaan mengikut keperluan untuk mengelakkan daripada berlakunya lebihan ruang lantai.

    Agensi Pelaksana:- JPBD Negeri, MPPP dan MPSP.

    DS19 L3

    Melaksanakan pembangunan perdagangan secara infill di pusat bandar sedia ada dengan mengambil kira keperluan garis panduan dan piawaian yang ditetapkan.

    DS19 L4

    Membenarkan dan menggalakkan tukarguna bangunan yang bersesuaian bagi bangunan –bangunan tertentu yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur, utiliti dan ICT bagi menjana semula ekonomi bangunan – bangunan berkenaan, terutamanya di kawasan bandaraya dalaman George Town melalui pemberian insentif.

    DS19 L5

    Kawasan – kawasan yang bersesuaian dan perlu diberi keutamaan akan diperincikan di peringkat RT dan RKK.

  3. Penyusunan Aktiviti Pasar Awam dan Peniaga Kecil

    Aktiviti pasar awam dan peniaga kecil juga memain peranan di dalam menyumbang kepada pendapatan penduduk dan pertumbuhan ekonomi setempat. Aktiviti ini perlu disusun dengan lebih teratur supaya penjanaan ekonomi dapat dipertingkatkan dengan lebih berkesan serta mewujudkan suasana bandar yang lebih selesa. Dasar – dasar yang dicadangkan ialah :-

    DS20 AKTIVITI PASAR AWAM DAN PENIAGA KECIL AKAN DISUSUN DENGAN LEBIH TERANCANG DAN MENGIKUT KONSEP PASAR MODEN.

    DS20 L1

    Menaiktaraf pasar-pasar basah sedia adamelalui penyediaan :-

    • Ruang niaga yang lebih bersih, kering, selesa dan diasingkan mengikut jenis barangan yang diniagakan;
    • Kemudahan memunggah barangan yang lebih baik dan tidak menimbulkan kacau ganggu kepada lalu lintas;
    • Menyediakan kemudahan seperti tempat duduk, ekskalator, tandas dan gerai makanan yang baik;
    • Kemudahan tempat letak kenderaan yang luas dengan kemudahan menurun dan mengambil penumpang yang mudah;
    • Kemudahan perhentian pengangkutan awam yang dekat dan mudah untuk sampai; dan
    • Sistem kumbahan serta perparitan yang sempurna.

    Agensi Pelaksana:- MPPP, MPSP, Kementerian Pembangunan Usahawanan dan Koperasi dan Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera, Jabatan Perdana Menteri.

    DS20 L2

    Menggalakkan sektor-sektor perniagaan kecil dan penjajaan dengan menyediakan tapak – tapak yang dirancang khas dengan tindakan – tindakan :-

    • Mempergiatkan usahasama PBT dan pihak swasta di dalam menyediakan ruang khas penjaja yang sistematik di kawasan tertentu yang akan dikenalpasti;
    • Menyediakan satu tapak penjaja berkonsepkan 'Kompleks Muhibbah' yang mempunyai pelbagai fungsi; dan
    • Menggalakkan dan menyediakan ruang – ruang perniagaan mengikut konsep Pekan Rabu, di pusat–pusat Pertumbuhan Wilayah, Pusat Pertumbuhan Separa Wilayah dan Pusat Petempatan Utama.

    DS20 L3

    Menempatkan semula secara berpusat aktiviti – aktiviti mekanik, penjualan kereta – kereta terpakai dan barang – barang lusuh ke lokasi berpusat yang dikenal pasti.

    Agensi Pelaksana:- JPBD Negeri, MPPP dan MPSP.

4.4.7 Pertanian, Penternakan dan Industri Asas Tani

Sumbangan Sektor Primer kepada KDNK Negeri Pulau Pinang adalah rendah iaitu pada kadar 1.5%. Walaupun begitu, sektor ini adalah penting untuk mengurangkan penggantungan import makanan dari luar. Oleh demikian, kepentingan untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dengan teknologi bernilai tambah adalah ditekankan. Selain aktiviti pertanian, aktiviti perikanan seperti aktiviti penangkapan ikan tuna, akuakultur dan ternakan ikan hiasan adalah aktiviti yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

Aktiviti ternakan haiwan mempunyai potensi besar untuk pasaran tempatan dan juga eksport. Bagaimanapun, ancaman-ancaman seperti selsema burung, penyakit kuku dan mulut, masalah kekurangan padang ragut dan masalah pencemaran hasil daripada ternakan khinzir merupakan satu 'set back' kepada industri penternakan Negeri Pulau Pinang. Dasar – dasar yang dicadangkan adalah seperti di bawah.

DS21 PENGELUARAN SUB SEKTOR MAKANAN AKAN DIPERTINGKATKAN SELARAS DENGAN SASARAN UNTUK MENGURANGKAN IMPORT MAKANAN.

  1. Sub Sektor Tanaman Makanan
    a) Padi

    DS21 L1

    Meningkatkan hasil pengeluaran padi dari 4.5 tan sehektar kepada 10 tan sehektar pada tahun 2020 dengan cara dan pendekatan seperti berikut :-

    • Memperluaskan lagi Program Pembangunan Infrastruktur Pengairan oleh JPS ke kawasan tanaman padi seluas 3,619 hektar yang terletak di luar skim pengairan3;

    • Meningkatkan kekerapan tanaman padi crop intensity dari 2 kali setahun kepada 2.5 kali setahun (5 kali dua tahun) di skim-skim pengairan seperti Skim Sungai Muda (SPU), Skim Sungai Kulim (SPT), Skim Pinang Tunggal (SPU), Skim Sungai Jarak (SPU) dan Skim Sungai Burung (DBD);

    • Menggalakkan lagi pembangunan Projek Ladang Usahasama Padi, Mini Estet dan Kesepakatan Kelompok Padi dengan sasaran untuk meningkatkan pendapatan petani dan kecekapan pengurusan ladang;

    • Mewartakan kawasan padi IADP Negeri Pulau Pinang sebagai kawasan Jelapang Padi Negara dengan mengamalkan tanaman tepat dengan kemudahan pengairan yang mencukupi4; dan

    • Menggerakkan program–program pembangunan industri padi seperti yang digariskan oleh Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) seperti :-

      • Peningkatan taraf infrastruktur, meningkatkan amalan teknologi melalui pemindahan teknologi dan sokongan melalui pendekatan MoA Inc;

      • Meningkatkan kecekapan ladang melalui program usaha secara komersil dengan pendekatan penanaman secara berkelompok, estet dan mini estet;

      • Memperluaskan penggunaan jentera dan teknologi;

      • Meningkatkan keberkesanan penggunaan air melalui penubuhan Kumpulan Pengguna Air (KPA) dan mengubah kawasan di luar jelapang kepada aktiviti tanaman lain;

      • Mempergiatkan usaha Integrasi Sawah bagi mengoptimumkan penggunaan tanah dan sumber manusia; dan

      • Menambah keupayaan mengilang padi.

    3 http://iadp.moa.my

    4 Rancangan Fizikal Negara, 2000.

    Agensi Pelaksana:- Jabatan Pertanian Negeri, IADP, JPS dan PERDA.

    b) Sayur-sayuran, Tanaman Ladang, Herba dan Buah-buahan

    DS21 L2

    Mempergiatkan aktiviti penanaman komoditi makanan seperti sayur – sayuran, tanaman ladang, herba dan buah – buahan bagi mengurangkan import makanan negara dan juga bagi tujuan eksport dengan cara :-

    • Meningkatkan lagi kecekapan pengurusan ladang melalui penggunaan teknologi (termasuk bioteknologi) bagi menampung keperluan penggunaan tempatan, sokongan rantaian bekalan bahan mentah industri asas tani dan eksport;

    • Mewujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di kawasan PERDA Bukit Tok Alang dan Juru serta kawasan – kawasan yang sesuai;

    • Meningkatkan kecekapan sistem pemasaran produk buah – buahan dan sayur – sayuran melalui Pusat – pusat Pengumpulan Ladang dan Sistem Pasar Tani;

    • Meningkat dan melaksanakan program penambahbaikan infrastruktur sedia ada seperti pengairan, saliran dan jalan ladang;

    • Menggalakkan penanaman sayur – sayuran dengan menggunakan teknologi moden;

    • Menggalakkan penanaman dan branding buah – buahan tempatan seperti durian dan rambutan untuk tujuan eksport dan pasaran tempatan;

    • Pendekatan efisien bagi tanaman seperti estet nukleus, mini estet, kelompok tersusun, perladangan organik, fertigasi, hidroponik, aeroponik dan lain – lain akan diteruskan;

    • Menggalakkan pengeluaran tanaman makanan terpilih secara intensif dan moden berasaskan penyelidikan dan pembangunan serta pemeliharaan alam sekitar; dan

    • Mempertingkatkan lagi jaminan kualiti pengeluaran melalui Amalan Pertanian yang Baik (GAP) dan Skim Akreditasi Ladang Malaysia (SALM).

    Agensi Pelaksana:- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Negeri dan PERDA.

    DS21 L3

    Memberi penekanan dan keutamaan di dalam penggunaan teknologi pertanian yang bersesuaian termasuk pertanian organik/pertanian mapan ke arah peningkatan hasil pertanian.

  2. Sub Sektor Tanaman Warisan

    DS21 L4

    Menggalakkan tanaman warisan (heritage) dan tanaman berpotensi yang lain melalui :-

    • Memulihkan semula tanaman pala dan cengkih sebagai tanaman identiti dan sumber berpotensi bagi Negeri Pulau Pinang;

    • Menggalakkan tanaman kelapa MATAG dan kelapa pandan di kawasan – kawasan marginal bagi kegunaan domestik, pelancongan dan sebagai bahan asas bagi industri asas tani;

    • Menggalakkan penanaman tanaman herba untuk keperluan perubatan, kosmetik dan ulam–ulaman sebagai bekalan kepada keperluan industri asas tani; dan

    • Menggalakkan pengeluaran hasil cendawan dan madu lebah sebagai usaha menambahkan pendapatan dan menampung keperluan permintaan tempatan.

    Agensi Pelaksana:- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Pertanian.

  3. Sub Sektor Tanaman Industri
    a) Kelapa Sawit

    DS21 L5

    Mempertingkatkan pengeluaran tanaman kelapa sawit dari 20 metrik tan sehektar setahun kepada 30 metrik tan sehektar setahun melalui :-

    • Mempergiatkan aktiviti – aktiviti penanaman semula kelapa sawit bagi tanaman yang sudah mencapai tempoh hayat yang tidak ekonomik;

    • Mengekploitasikan sisa bahan – bahan tanaman kelapa sawit untuk pelbagai kegunaan industri makanan ternakan, perabot dan sebagainya;

    • Mengeksploitasikan kawasan tanaman dengan mewujudkan projek – projek integrasi dengan tanaman dan ternakan; dan

    • Mempergiatkan program – program bimbingan di kalangan pekebun – pekebun kecil bagi meningkatkan mutu pengurusan dan keluaran ladang.

    Agensi Pelaksana:- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Pertanian.

    b) Getah

    DS21 L6

    Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman getah dari 1,300 kg sehektar setahun kepada 1,800 kg sehektar setahun dengan tumpuan kepada perkara – perkara berikut :-

    • Mempergiatkan program penanaman semula pokok getah dengan klon – klon terkini seperti Latex Timber Cloan (LTC);

    • Mengeksploitasikan kawasan tanaman dengan mewujudkan projek – projek integrasi dengan tanaman dan ternakan;

    • Menggalakkan penglibatan pekebun dalam industri kraftangan berasaskan produk barangan getah di samping penggunaan teknologi untuk memudahkan pengurusan dan mengurangkan guna tenaga; dan

    • Memperkenalkan kaedah pengurusan berpusat (Centralised Management) di kalangan pekebun kecil getah.

    Agensi Pelaksana:- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Pertanian.

    c) Pokok Hiasan dan Bunga-bungaan

    DS21 L7

    Menggalakkan penanaman pokok – pokok hiasan dan bunga – bungaan melalui kaedah florikultur bagi pasaran tempatan dan antarabangsa dengan cara :-

    • Mewujudkan jaluran hijau di kawasan tanah tol yang dikenalpasti bagi memusatkan penempatan penanam dan penjual – penjual bunga – bungaan, pokok – pokok hiasan dan perabot – perabot taman untuk seni landskap;

    • Menyediakan kemudahan tempat letak kereta, tandas awam dan kiosk menjualminuman danmakanan di kawasan jaluran hijau;

    • Mengadakan ekspo, seminar dan pameran bagi mempromosikan penjualan pokok – pokok hiasan dan perabut seni taman;

    • Menggalakkan pengeluaran benih bermutu tinggi melalui bioteknologi seperti pengeluaran kultura tisu orkid dan bunga – bungaan lain; dan

    • Melaksanakan penambahbaikan infrastruktur –infrastruktur ladang dan kemudahan di kawasan yang berpotensi untuk dijadikan pusat pengeluaran bunga – bungaan dan tanaman hiasan Negeri.

    Agensi Pelaksana:- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Pertanian.

  4. Sub Sektor Ternakan

    Dasar Pertanian Negara Ke Tiga (2003 – 2010) telah mengenal pasti projek industri ternakan secara komersil dan berteknologi tinggi bagi menentukan bekalan daging, telur ayam dan susu segar adalah mencukupi. Antara projek ternakan yang dikenal pasti adalah :-

    DS22 AKTIVITI PENTERNAKAN SECARA KOMERSIL DAN TERANCANG YANG MENGAMALKAN TEKNOLOGI TINGGI AKAN DIGALAKKAN BAGI MENINGKATKAN SUMBER BEKALAN.
    a) Ternakan Ayam / Itik Daging dan Ayam / Itik Telur

    DS22 L1

    Memaksimumkan pengeluaran ternakan ayam/itik daging dan ayam/itik telur dengan cara :-

    • Transformasi ladang ternakan daripada bangsal terbuka kepada bangsal tertutup yang lebih produktif dan mesra alam;

    • Pengwujudan kawasan atau zon bebas penyakit melalui pelaksanaan

    • Program Kesihatan Gerompok (Herd Health Program); dan

    • Membenarkan penternakan ayam/itik di kawasan jelapang padi dan kawasan – kawasan lain yang bersesuaian.

    Agensi Pelaksana:- Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Lembaga Pertubuhan Peladang dan PERDA.

    b) Ternakan Lembu dan Kambing

    DS22 L2

    Menggalakkan penternakan lembu dan kambing di ladang – ladang kelapa sawit di Seberang Perai agar :-

    • Jabatan Pertanian dengan kerjasama Jabatan Haiwan akan menggalakkan penternakan lembu dan kambing di ladang – ladang kelapa sawit;

    • Menggalakkan para petani menceburi bidang penternakan lembu dan kambing sebagai sebahagian daripada aktiviti sampingan; dan

    • Antara kawasan yang dikenalpasti oleh Pelan Induk Pembangunan Pertanian SPU bagi pembangunan industri ternakan adalah di kawasan pinggir bandar seperti di Penaga, Teluk Air Tawar, Pinang Tunggal, Sungai Dua, Tasik Gelugor dan Kampung Selamat.

    Agensi Pelaksana:- Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, UPEN, JAS dan Persatuan Penternak.

    DS22 L3

    Menguatkuasakan dan memantau tahap kebersihan ladang ternakan serta kesihatan ternakan bagi menghindarkan masalah penyakit seperti kuku dan mulut, selsema burung dan masalah lalat agar :-

    • Ladang-ladang ternakan yang mencemarkan dan terletak berdekatan dengan kawasan perumahan akan dipindahkan ke kawasan yang dikenal pasti selaras dengan dasar Kerajaan Negeri;

    • Jabatan Perkhidmatan Veterinar hendaklah sentiasa memantau bilangan ternakan di satu-satu pusat penternakan dan sentiasa memberi nasihat berkenaan imunisasi penyakit serta tahap kebersihan pusat – pusat penternakan; dan

    • Perlu memastikan pusat – pusat penternakan mempunyai sistem kumbahan yang sistematik bagi memastikan tahap BOD < 50ppm atau zero discharge tercapai.

    c) Ternakan Khinzir

    DS22 L4

    Melaksanakan konsep kandang tertutup (close house zero discharge) bagi penternakan khinzir di ladang – ladang sedia ada seperti berikut :-

    • Kandang – kandang sedia ada akan beroperasi secara insitu mengikut konsep kandang tertutup (close house zero discharge);

    • Menghadkan jumlah ternakan mengikut piawaian;

    • Penggunaan teknologi terkini di dalammerawat sisa pepejal dan pengurusan ladang;

    • Mempunyai zon penampan yang mencukupi (sekurang-kurangnya 500 meter dari kawasan perumahan/petempatan;

    • Menyediakan kemudahan – kemudahan lain seperti rumah sembelihan, loji makanan, pusat pentadbiran dan perkhidmatan veterinar; dan

    • Perlu memastikan pusat – pusat penternakan mempunyai sistem kumbahan yang sistematik bagi memastikan tahap BOD < 50ppm atau zero discharge tercapai.

    Agensi Pelaksana:- Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, UPEN, JAS dan Persatuan Penternak.

    DS22 L5

    Menetapkan rumah-rumah sembelihan berpusat bagi ternakan lembu, kambing dan khinzir di lokasi yang bersesuaian dan rumah-rumah sembelihan lainnya akan ditutup secara berperingkat dari masa ke semasa dan diurus dengan kaedah moden dan terkini.

    DS23 MENGGALAKKAN PERUSAHAAN SARANG BURUNG WALIT DI LOKASI YANG TELAH DIKENALPASTI OLEH PBT.

    DS23 L1

    Memastikan perkembangan industri sarang burung walit adalah terkawal dan mematuhi perundangan serta peraturan yang telah ditetapkan oleh agensi berkaitan.

    Agensi Pelaksana:- Jabatan Pertanian, MPPP, MPSP, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah dan Jabatan Perhilitan.

    DS23 L2

    Memastikan aktiviti pengambilan sarang burung walit tidak menjejaskan populasi semula jadi burung walit tersebut.

    DS23 L3

    Mengawal dan menyelaras pengambilan sarang burung walit agar ianya dijalankan secara mapan.

    DS23 L4

    Memastikan kesihatan orang awam dan masyarakat berhampiran dengan bangunan burung walit terpelihara dan bebas dari ancaman penyakit.

    DS23 L5

    Perusahaan burung walit tidak dibenarkan dijalankan di kawasan serta bangunan – bangunan warisan yang telah dikenalpasti.

    DS23 L6

    Pematuhan kepada Garis Panduan Perusahaan Sarang Burung Walit yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhilitan, Undang – undang Kecil Bangunan Seragam 1986 oleh PBT, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, Kementerian Kesihatan, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 Jabatan Perhilitan dan Tatacara dan Strategi Dalam Menangani Masalah Industri Menternak Burung Walit di Kawasan Bandar KPKT yang telah diluluskan oleh JPN pada tahun 2006.

  5. Sub Sektor Perikanan

    DS24 INDUSTRI AKUAKULTUR AKAN DIPERTINGKATKAN SEBAGAI SUMBER EKONOMI PENDUDUK.

    DS24 L1

    Membangunkan dan mewartakan kawasan seluas 200 hektar di antara Kuala Sungai Tembus dan Kuala Sungai Bekah di Penaga sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA) bagi pengeluaran benih dan penternakan ikan siakap dan udang harimau.

    Agensi Pelaksana:- LKIM, Jabatan Perikanan, Jabatan Laut dan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah.

    DS24 L2

    Membangunkan ZIA ikan dalam sangkar di Sg. Udang, Kuala Sungai Udang, perairan Pulau Aman dan perairan PulauGedong di Daerah Seberang Perai Selatan, BatuMaung, perairan Pulau Kendi Selatan dan perairan Pulau Rimau di Daerah Barat Daya, Teluk Bahang dan perairan Pulau Jerejak di Daerah Timur Laut.

    DS24 L3

    Membangunkan ZIA kolam udang harimau di Sg. Chenaam dan Sg. Udang di Daerah Seberang Perai Selatan, Sg. Penaga Daerah Seberang Perai Utara, Kuala Sg. Pinang dan Pulau Betong di Daerah Barat Daya.

    Agensi Pelaksana:- LKIM, Jabatan Perikanan dan JPBD Negeri

    DS24 L4

    Membangunkan ZIA perusahaan kerang di kawasan–kawasan persisiran pantai berlumpur di perairan Tengah hingga ke perairan Selatan di Selat Selatan.

    Agensi Pelaksana:- LKIM, Jabatan Perikanan, Jabatan Laut dan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah.

    Rujuk Rajah 4.11 Zon Akuakultur Negeri Pulau Pinang

    DS24 L5

    Dasar Pertanian Negara Ke Tiga (2003-2010) telah mengenal pasti Projek Akuakultur Ikan Air Tawar Di Bumbung Lima yang berpotensi untuk dimajukan dengan projek akuakultur dan ikan hiasan yang merangkumi rangkaian 4 tasik bekas lombong pasir seperti di SungaiMati, Tg. Lumbai – LubukGuni, Pantai Kamloon dan Lubuk Pusing.

    DS25 MEMBANGUN DAN MEMAJUKAN INDUSTRI IKAN HIASAN DI NEGERI PULAU PINANG.

    DS25 L1

    Menggalakkan pembangunan industri ikan hiasan dan tumbuhan akuatik di Kepala Batas,Mengkuang Titi dan Daerah Timur Laut.

    Agensi Pelaksana:- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Perikanan dan Jabatan Pelajaran.

    DS25 L2

    Meningkatkan pasaran ikan hiasan melalui sistem jaringan, vendor, jualan terus dan mewujudkan pusat – pusat pengumpulan ikan hiasan Fishmart.

    DS25 L3

    Menggalakkan golongan petani untuk menceburi aktiviti pengeluaran ikan hiasan dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri melalui MOA Inc.

    DS25 L4

    Mempromosi aktiviti ikan hiasan sebagai salah satu hobi di sekolah – sekolah oleh Jabatan Perikanan Negeri dengan menyediakan akuarium, ikan hiasan serta aksesori yang diperlukan.

    DS25 L5

    Mengadakan bengkel serta seminar berkenaan dengan ikan hiasan.

    DS26 MENINGKAT DAN MEMESATKAN INDUSTRI TUNA MELALUI PENGLIBATAN PIHAK SWASTA DAN KERAJAAN.

    DS26 L1

    Meningkatkan aktiviti pendaratan ikan tuna di Jeti Perikanan Batu Maung melalui promosi yang lebih giat.

    Agensi Pelaksana:- Jabatan Perikanan, LKIM, Jabatan Laut, Jabatan Imigresen, MAB, MAS Kargo dan Jabatan Kastam.

    DS26 L2

    Menyediakan kemudahan pembungkusan, pemprosesan ikan tuna dan kemudahan bilik dingin beku serta kemudahan penghantaran segera melalui pusat kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas ke negara – negara pengimport.

    DS26 L3

    Menyediakan kemudahan Kastam dan Imigresen serta kemudahan penginapan yang selesa bagi anak – anak kapal ikan tuna.

    DS26 L4

    Menggalakkan syarikat – syarikat tempatan dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri untuk menceburi aktiviti perikanan laut dalam.

    DS26 L5

    Melatih guna tenaga tempatan yang berminat untuk menceburi bidang perikanan di laut dalam sebagai Tekong atau pun anak kapal.

    DS26 L6

    Membangun dan memajukan penyelidikan tangkapan, teknologi pengendalian dan pemprosesan tuna.

    DS26 L7

    Menggalakkan aktiviti hiliran berasaskan tuna.

    vi) Industri Asas Tani
    DS27 PEMBANGUNAN INDUSTRI ASAS TANI YANG BERASASKAN BIOTEKNOLOGI AKAN DIGALAKKAN.

    DS27 L1

    Membangunkan Taman Teknologi Pertanian Juru sebagai taman teknologi pertanian bertaraf dunia yang dilengkapi dengan pengeluaran pertanian berteknologi tinggi, berintensifkan modal dan perusahaan pemprosesan penerokaan yang disokong oleh perniagaan yang cekap dan perkhidmatan – perkhidmatan sokongan awam.

    Agensi Pelaksana:- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Negeri, IADP dan Jabatan Perikanan.

    DS27 L2

    Memberi galakan kepada aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) khusus bagi tanaman florikultur, hortikultur, akuakultur termasuk ikan hiasan, ikan marin dalam teknologi pengeluaran termasuk bioteknologi dan teknologi marin.

    DS27 L3

    Memberi galakan kepada petani dan nelayan dalam menggunakan teknologi – teknologi moden di bidang pengurusan perladangan yang baik, teknologi mekanisasian ladang, teknologi marin dan bioteknologi.

    DS27 L4

    Menggalakkan penglibatan sektor swasta sebagai jentera penggerak dalam pembangunan pertanian terutama dari segi keusahawanan, pengetahuan pengurusan dan pemasaran, daya inovasi, sumber modal serta jaringan pengedaran dan pemasaran.

    Agensi Pelaksana:- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Perikanan dan PERDA.

    DS27 L5

    Meningkatkan pemberian bantuan oleh agensi/institusi kerajaan terutama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, pemasaran dan kemudahan pinjaman.

    DS27 L6

    Mewujudkan industri asas tani daripada hasil pengeluaran pertanian yang bernilai tambah dengan menggalakkan pengujudan Industri Asas Tani yang dapat menghasilkan rantaian pengeluaran produk pertanian yang bermutu seperti :-

    • Industri Makanan :-
      • Sos dan spreads;
      • Minuman/Kordial;
      • Makanan sejuk beku;
      • Hasil ternakan;
      • Snek, Bakery, Gula;
      • Premix (kledek, labu, pisang, puding dll);
      • Jeruk, Rempah, Jam, Jeli dll;
      • Noodles, pasta; dan
      • Kuih tradisional.
    • Industri Ternakan :-
      • Memproses,membungkus dan mengetin makanan;
      • Memproses bi – produk haiwan;
      • Memproses produk – produk haiwan seperti lemak, gelatin dan farmasi; dan
      • Industri Perikanan seperti keropok, ikan kering, udang dan siput kering, belacan, pekasam, bebola ikan, kek ikan, otak – otak, sausage, serunding tuna, berger ikan, dan nugget fillet.

    DS27 L7

    Menggalakkan pengujudan IKS berintensifkan produk makanan yang halal bagi menyokong pembetukan halal hub di Seberang Perai.

    DS27 L8

    Membangunkan projek perintis Industri Asas Tani di Kepala Batas.

    DS27 L9

    Mempergiatkan IKS di kampung – kampung tradisional melalui projek KPW, Penubuhan Pusat Industri Asas Tani (PIAT) di Kubang Menerong, pemulihan dan peningkatan kapasiti kilang jus PERDA.

    DS27 L10

    Menubuhkan Pusat Inkubator MoA Inc. di PIAT untuk memberi khidmat nasihat kepada pengusaha IKS dari kampung – kampung tradisional dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, pengawalan kualiti, pensijilan halal, pemasaran dan latihan.

4.4.8 Perumahan Dan Kemudahan Masyarakat

Negeri Pulau Pinang telah mencapai tahap yang memuaskan dari segi prestasi penyediaan dan tahap penyelenggaraan kemudahan sosial berbanding purata negara. Meskipun begitu, tahap penyediaan kemudahan sosial ini perlu dipertingkatkan lagi dengan mengambilkira potensi-potensi semasa dan masa akan datang berdasarkan jumlah keperluan pembangunan dan pertambahan penduduk.

Pembangunan perumahan di Negeri Pulau Pinang adalah penting bagimemastikan unit perumahan yang disediakan mencukupi dan berkualiti bagi penduduk di Negeri Pulau Pinang. Ini adalah kerana, stok permintaan perumahan di Negeri Pulau Pinang sentiasa menunjukkan peningkatan dari segi keperluan seiring dengan pertambahan penduduk semasa dan juga kepesatan perkembangan sektor perindustrian yang menggalakkan peluang pekerjaan di Negeri ini. Dilihat dari aspek keperluan unit perumahan, sasaran jumlah unit perumahan yang diperlukan menjelang tahun 2020 adalah sebanyak 246,904 unit.

  1. Perumahan

    Aspek pembangunan perumahan merupakan antara komponen prasarana sosial yang perlu diberi penekanan ke arah mempertingkatkan kualiti dan taraf hidup masyarakat. Penyediaan perumahan yang mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak masyarakat adalah penting bagi membolehkan masyarakat menikmati kualiti kehidupan yang baik dan selesa sebagaimana memenuhi kriteria Negeri maju. Di samping itu, penyediaan unit – unit perumahan dalam lingkungan kemampuan masyarakat setempat akan memberi peluang bagi semua golongan masyarakat memiliki unit kediaman sendiri selaras dengan sasaran satu rumah bagi satu keluarga.

    DS28 PEMBANGUNAN PERUMAHAN YANG BERKUALITI AKAN TERUS DISEDIAKAN BERSESUAIAN DENGAN PERMINTAAN PENDUDUK.

    DS28 L1

    Menyediakan keperluan tambahan unit perumahan sebanyak 185,000 unit sehingga tahun 2020 dengan purata penyediaan sebanyak 12,300 unit setahun.

    Rujuk Lampiran 1

    Agensi Pelaksana:- Pemaju Hartanah, Syarikat Perumahan Negara, PERDA, UDA, PBN, KPKT, PDC, MPPP, MPSP dan Jabatan Perumahan Negeri.

    DS28 L2

    Menetapkan harga yang mampu dimiliki dalam mencapai sasaran pemilikan perumahan berdasarkan jenis, saiz dan lokasi dan dikawal selaras dengan Dasar Perumahan Negara dan Negeri.

    DS28 L3

    Menyediakan unit – unit perumahan yang mempunyai saiz yang bersesuaian serta menepati keperluan golongan kurang upaya.

    DS28 L4

    Penentuan had ketumpatan dan nisbah plot pembangunan akan diperincikan di dalam Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas atau oleh pihak berkuasa perancang tempatan berkaitan.

    Agensi Pelaksana:- MPPP dan MPSP

    DS28 L5

    Memperkukuh danmemperluaskan sistempangkalan datamaklumat perumahan yang disediakan oleh NAPIC (National Property Information Centre) bagi mengintegrasikan semua maklumat atau data – data mengenai hartanah perumahan di Negeri Pulau Pinang termasuk maklumat setinggan dan pemilikan hartanah.

    Agensi Pelaksana:- NAPIC, MPPP, MPSP dan Jabatan Perumahan Negeri.

    DS28 L6

    Menggalakkan pemilik hartanah menyertai program pemuliharaan dan pembaharuan bandar melalui Agensi Pemuliharaan dan Pembaharuan bandar, melaksanakan program bantuan untuk penduduk miskin yang terlibat.

    Agensi Pelaksana:- Pemaju Hartanah, Syarikat Perumahan Negara, UPEN, PERDA, UDA, PBN, KPKT, PDC, MPPP, MPSP dan Jabatan Perumahan Negeri.

    DS28 L7

    Menyediakan pembangunan perumahan mengikut kumpulan sasaran dengan mensyaratkan peruntukan sekurang – kurangnya 30% daripada rumah – rumah yang dibina dalam skim – skim perumahan baru dijual dan diberi keutamaan kepada kaum Bumiputera khususnya di kalangan kumpulan berpendapatan rendah.

    DS28 L8

    Membina rumah kos rendah dan sederhana rendah juga perlu mengambil kira cita rasa masyarakat setempat yang lebih berminat kepada rumah jenis landed.

    DS28 L9

    Menetapkan had pendapatan yang melayakkan pemohon untuk memiliki perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah dinaikkan masing – masing kepada RM 2,500 dan RM 3,500 dan had umur pemohon yang layak memohon perumahan juga digalakkan supaya diturunkan dari 21 tahun (semasa) kepada 18 tahun.

    DS28 L10

    Menyediakan pembangunan perumahan mengikut kumpulan sasaran dengan memberi keutamaan mengikut kumpulan sasaran melalui penyediaan bekalan rumah kos rendah dan sederhana rendah yang mencukupi.

    DS28 L11

    Meningkatkan bekalan perumahan kos rendah dan sederhana rendah melalui penawaran insentif yang lebih baik kepada pemaju.

    DS28 L12

    Membenarkan fleksibiliti bagi rekabentuk rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah untuk disesuaikan dengan komposisi masyarakat yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, golongan orang kurang upaya (OKU) dan lain – lain.

    DS29 AGENSI AWAM DAN SWASTA AKAN DIGALAKKAN TERLIBAT DI DALAM PENYEDIAAN PERUMAHAN MAMPU MILIK.

    DS29 L1

    Memberikan insentif – insentif perumahan yang bersesuaian iaitu pembinaan projek perumahan kos rendah khususnya bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan tujuan untuk mengurangkan kos penyediaan sertamengambilkira keperluan golongan orang kurang upaya, rakyat termiskin dan perumahan untuk disewa.

    Agensi Pelaksana:- PBN, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, Jabatan Perumahan Negara, Pemaju Hartanah, Majlis Agama Islam dan Pusat Urus Zakat.

    DS29 L2

    Meneruskan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebagai agenda penting Kerajaan Negeri di dalam memberi kemudahan khususnya kepada penduduk yang termiskin.

    DS29 L3

    Melaksanakan konsep 'sewa dahulu beli kemudian' (sewa beli) bagi kumpulan masyarakat terutamanya golongan yang tidak mampu memiliki rumah kos rendah atau kos sederhana rendah berdasarkan syarat – syarat minimum yang dikenakan.

    DS29 L4

    Memastikan penyediaan unit – unit perumahan kos rendah dan sederhana rendah adalah mengikut kuota dan syarat – syarat yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

    DS29 L5

    Memberi keutamaan dalam pelaksanaan projek – projek perumahan mampu milik secara besar – besaran kepada melalui kerajaan, agensi – agensi kerajaan dan konsortium bumiputera yang bertauliah.

    DS29 L6

    Menggiatkan pembinaan perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah oleh agensi – agensi kerajaan terutamanya di kawasan – kawasan di mana permintaan perumahan jenis ini adalah tinggi seperti di DTL, DBD dan SPT.

    DS29 L7

    Membangunkan satu skim perumahan sosial untuk disewa oleh komuniti berpendapatan rendah dan meluaskan skim bantuan perumahan kepada golongan rakyat termiskin.

    DS29 L8

    Memberi ketumpatan yang lebih tinggi untuk pembangunan yang mempunyai kandungan 100% kos rendah dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk dijual mengikut Dasar Perumahan Kos Rendah.

    DS29 L9

    Mensyaratkan pembayaran sumbangan kewangan setara bagi menggantikan penyediaan 30% rumah kos rendah bagi pembangunan perumahan yang bersaiz 5 hingga 99 unit bagi “kawasan pembangunan” dan 5 hingga 149 unit bagi kawasan “luar kawasan pembangunan”.

    DS30 PEMBANGUNAN PERUMAHAN AKAN HANYA DIBENARKAN DI KAWASAN-KAWASAN YANG TELAH DIKENALPASTI.

    DS30 L1

    Memberi tumpuan kepada pembangunan perumahan termasuk perumahan di kawasan tambak laut yang telah diluluskan, kawasan kawalan sewa, perkampungan dalam bandar dan tanah -tanah wakaf tanpa menjejaskan kepentingan pemiliknya.

    Agensi Pelaksana:- PBN, JPBD Negeri, MPPP, MPSP dan Jabatan Perumahan Negeri.

    DS30 L2

    Memberi tumpuan kepada pembangunan perumahan termasuk perumahan di kawasan tambak laut yang telah diluluskan, kawasan kawalan sewa, perkampungan dalam bandar dan tanah -tanah wakaf tanpa menjejaskan kepentingan pemiliknya.

    DS30 L3

    Pembangunan perumahan PPR dan PPRT di luar kawasan keutamaan pembangunan boleh dipertimbangkan.

    DS30 L4

    Pembangunan perumahan hendaklahmengambil kira kriteria berikut :-

    • Mempunyai aksessibiliti ke jalan utama yang baik,

    • Tidak mempunyai masalah kesesakan lalu lintas;

    • Ruang yang mencukupi untuk penyediaan kemudahan masyarakat;

    • Mempunyai sistem saliran yang baik atau tidak mengalami masalah banjir;

    • Tidak bercanggah dengan guna tanah sekitar; dan

    • Perlu mengambilkira tatatur, ketumpatan, nisbah plot, skala dan bentuk pembangunan di sekitarnya.

    DS30 L5

    Kawasan–kawasan atau zon – zon berikut adalah dibenarkan untuk pembangunan perumahan iaitu :-

    • Kawasan – kawasan yang dikenal pasti sebagai zon atau kegunaan perumahan di dalam RT dan RKK;

    • Kawasan – kawasan yangmana permohonan tukar syaratnya telah diluluskan di bawah perundangan Negeri bagi tujuan perumahan dan kelulusan tersebut telah disahkan sebelum kelulusan dan penerimapakaian RSNPP;

    • Tanah – tanah dan bangunan kuarters lama Kerajaan yang sesuai dibangunkan semula; dan

    • Tanah – tanah rampasan oleh Kerajaan.

    Agensi Pelaksana:- PBN, MPPP, MPSP Jabatan Perumahan Negeri dan Pemaju Hartanah.

    DS30 L6

    Mengenal pasti tapak – tapak sedia ada yang sesuai bagi tujuan pembangunan semula perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah. Kajian yang lebih terperinci perlulah dilaksanakan di peringkat RT.

    DS30 L7

    Pembangunan perumahan kos rendah akan diintegrasikan dengan perancangan sistem pengangkutan awam atau sistem bus shuttle di mana bersesuaian. Ini adalah untuk memastikan penduduk di kawasan perumahan kos rendah dapat dihubungkan dengan pusat tumpuan kemudahan masyarakat dan pekerjaan.

    DS31 PEMBANGUNAN PERUMAHAN AKAN DILAKSANAKAN DENGAN SEGERA SETELAH KELULUSAN KEBENARAN MERANCANG DIPEROLEHI.

    DS31 L1

    Lanjutan kebenaran merancang adalah dibenarkan sehingga 5 kali sahaja. Bagi permohonan yang melebihi 5 kali, ianya perlu mengemukakan permohonan baru.

    Agensi Pelaksana:- PBN, MPPP, MPSP Jabatan Perumahan Negeri dan Pemaju Hartanah.

    DS31 L2

    Sebarang kerja – kerja pembinaan pembangunan perumahan perlulah disiapkan tidak melebihi 5 tahun.

    DS31 L3

    Melaksanakan dan memperkemaskan pelaksanaan mekanisme One – Stop Centre bagi memudah dan mempercepatkan kelulusan Permohonan–permohonan perancangan (permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah dan pengeluran sijil penghunian) dan permohonan – permohonan berkaitan undang – undang tanah (permohonan pecah sempadan/penyatuan tanah, permohonan tukar syarat tanah, pengeluaran dari warta–warta Tanah Bukit, Pengairan, Kawasan Tadahan dan sebagainya).

    DS31 L4

    Mensyaratkan penyediaan laporan kajian kemungkinan/daya maju (feasibility/viability) dan kajian penilaian impak sosial sebagai sebahagian daripada kehendak pembangunan perumahan bagi skim pembangunan yang mempunyai :-

    • Unit pembangunan mencapai 2,000 unit rumah;

    • Penduduk seramai 10,000 orang; dan

    • Luas tapak pembangunan melebihi 100 hektar.

    DS32 PEMBANGUNAN PERUMAHAN KOS RENDAH DAN KOS SEDERHANA RENDAH AKAN DILAKSANAKAN MENEPATI GARIS PANDUAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN NEGERI.

    DS32 L1

    Melaksanakan kuota penyediaan perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah berdasarkan lokasi mengikut sasaran 1 rumah bagi 1 keluarga.Memastikan unit – unit perumahan mempunyai saiz yang mencukupi untuk menempatkan isi rumah yang berkenaan.

    Agensi Pelaksana:- PBN, MPPP, MPSP Jabatan Perumahan Negeri dan Pemaju Hartanah.

    DS32 L2

    Menetapkan kuota pembahagian rumah kos rendah sekurang – kurangnya 50% untuk bumiputera dan 15% untuk kaum India.

    DS32 L3

    Menetapkan kuota pembahagian rumah kos sederhana rendah sekurang – kurangnya 30% untuk bumiputera dan 15% untuk kaum India.

    DS32 L4

    Penetapan kuota hendaklah fleksibel mengambil kira komposisi kaum di sesuatu kawasan ke arah menggalakkan integrasi antara kaum. Satu garis panduan terperinci akan disediakan mengambil kira faktor kaum kawasan dan kriteria – kriteria lain yang berkaitan.

    DS32 L5

    Menetapkan perkiraan sumbangan kuota pembinaan rumah kos rendah pada kadar minimum 30% tambahan kepada jumlah unit yang dibenarkan terpakai kepada pembangunan yang melebihi 150 unit bagi “kawasan luar kawasan pembangunan” atau 100 unit bagi “kawasan pembangunan”.

    DS32 L6

    Menetapkan perkiraan sumbangan kuota pembinaan bercampur rumah kos rendah dan kos sederhana rendah pada kadar minimum 20% hingga 30% tambahan kepada jumlah unit yang dibenarkan mengikut garis panduan yang diluluskan oleh Negeri.

    DS32 L7

    Menetapkan sumbangan kewangan menggantikan penyediaan 30% rumah kos rendah/rumah kos sederhana rendah bagi saiz pembangunan yang melebihi 4 unit sehingga 99 unit bagi “kawasan pembangunan” dan bagi saiz pembangunan yang melebihi 4 unit hingga 149 unit bagi kawasan “luar kawasan pembangunan”. Satu garis panduan/dasar berkaitan perkara ini akan disediakan oleh Kerajaan Negeri di mana satu kuantum sumbangan kewangan akan ditentukan antara lain berdasarkan saiz, harga, jenis dan lokasi pemajuan perumahan.

    Agensi Pelaksana:- PBN, MPPP, MPSP Jabatan Perumahan Negeri dan Pemaju Hartanah.

    DS32 L8

    Menetapkan harga rumah kos rendah di antara RM25,000 – RM42,000 bergantung kepada lokasi, jenis rumah kos rendah yang disediakan dengan keluasan minimum saiz ruang lantai/unit – 650 kp.

    DS32 L9

    Menyediakan perumahan kos sederhana - rendah sebagai tambahan kepada penyediaan perumahan kos rendah yang berharga antara RM 40,000 hingga RM 75,000.

    Rujuk Rajah 4.12 Zon Harga Rumah Kos Sederhana Rendah Negeri Pulau Pinang

    DS33 PERKAMPUNGAN TRADISIONAL DAN PERKAMPUNGAN DALAM BANDAR AKAN DIKEKAL DAN PRASARANA DINAIKTARAF.

    DS33 L1

    Mengenalpasti perkampungan – perkampungan sedia ada yang akan dikekalkan sebagai perkampungan tradisional iaitu :-

    Bahagian Pulau

    Kampung Seronok, Kampung Sungai Rusa, Kampung di Telok Bahang, kampung – kampung nelayan di Balik Pulau, Kampung Sungai Batu, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Masjid Teluk Kumbar, Kampung Bukit Gemuroh, Kampung Kongsi, Kampung Paya Telok Kumbar, Kampung Paya Kongsi, Kampung Titi Teras, Kampung Perlis, Kampung Pondok Upeh, Kampung Kuala Sungai Pinang, Kampung Pantai Acheh, Kampung Sungai Pinang, Kampung Kuala Jalan Bharu, Kampung Sungai Korok, Kampung Bukit Bayan Lepas, Kampung Binjai, Kampung Permatang Tepi Laut, Kampung Genting dan Kampung Terang.

    Seberang Perai

    Kampung Cherok To' Kun, Kampung Machang Bubuk, Kampung Bukit Teh, Kampung Junjung, Kampung Alma, Kampung Baru, Kampung Bukit Minyak, Kampung Kuala Tasik, Kampung Teluk, Kampung Manggis, Kampung Tok Subuh, Kampung Bukit Kecil di Bukit Mertajam, Kampung Seri Kijang, Kampung Mengkuang Titi, Juru, Kampung Kota Aur, Kampung Pinang Tunggal, Kubang Menerong, Kampung Ara Kuda, Kampung Tasek, Kampung Besar (SPS), Kampung Sungai Acheh, Sg Gelugur, Kg Surau, Kg.Masjid Timah di Penanti.

    Agensi Pelaksana:- PBN, MPPP dan MPSP.

    DS33 L2

    Mengekalkan dan menaik taraf kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam kampung –kampung tradisional sedia ada darimasa ke semasa.

    DS33 L3

    Usaha – usaha dan program – program menaik taraf jalan, pengindahan dan landskap perlu mengekalkan ciri – ciri tradisi dan budaya setempat kampung dan perlu dilaksanakan secara berterusan di kawasan – kawasan perkampungan ini. Pengenalpastian, kesesuaian serta perancangan fizikal bagi perkampungan tradisional akan diperincikan dalam RT dan RKK.

    DS33 L4

    Membangunkan perkampungan dalam bandar secara bersepadu dan meningkatkan kualiti prasarana tanpa menjejaskan penduduk asal. Kampung – kampung yang dikenal pasti adalah seperti berikut :-

    • Kampung Mutiara;
    • Kampung Makam;
    • Kampung Syed;
    • Kampung Batu Uban;
    • Kampung Dodol;
    • Kampung Gajah;
    • Jalan Mengkuang;
    • Lorong Kubur;
    • Lorong Chempa;
    • Kampung Kovil;
    • Kampung Aston;
    • Kampung Tanah Liat;
    • Jalan Padang Lalang;
    • Jalan Permatang Rawa;
    • Jalan Kebun Sireh;
    • Kampung Tong Hai;
    • Kampung Telok Ipil;
    • Kampung Bagan Baru, dan
    • Lain – lain kampung yang dikenal pasti di peringkat RT dan RKK.

    DS33 L5

    Menyediakan garis panduan bagi pemajuan dan penyusunan semula kampung – kampung tradisional dan kampung – kampung dalam bandar sehingga membolehkan pengeluaran hak milik berasingan tertakluk kepada pematuhan undang – undang tanah dan perancangan.

    Agensi Pelaksana:- MPPP, MPSP, PERDA, UDA dan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah.

    DS34 MERANCANG DAN MEMBANGUNKAN SEMULA KAWASAN SETINGGAN SEIRING DENGAN MATLAMAT SETINGGAN SIFAR DI ATAS TANAH KERAJAAN MENJELANG TAHUN 2010.

    DS34 L1

    Membasmi masalah setinggan selaras dengan sasaran setinggan sifar, 2010 dengan mengambil kira tindakan – tindakan seperti berikut :-

    • Mengenal pasti kawasan – kawasan setinggan sedia ada untuk pembangunan semula yang lebih terancang dan ekonomik;

    • Menempatkan semula kawasan setinggan secara terancang di tapak yang sama dengan mengekalkan bilangan sebenar setinggan di atas tanah swasta/kerajaan tersebut;

    • Pengujudan pangkalan data dengan mendaftar setinggan oleh Kerajaan Negeri;

    • Memastikan semua kawasan perumahan setinggan yang berada di atas tanah lesen pendudukan sementara dan tanah – tanah kerajaan lainnya diberi keutamaan untuk projek – projek pembangunan semula;

    • Memberi subsidi untuk pembelian rumah kos rendah kepada pemegang asal lesen TOL;

    • Penguatkuasaan perlulah diambil untuk menghalang kewujudan kawasan – kawasan setinggan baru; dan

    • Membantu pemaju persendirian di dalam menguruskan unit-unit rumah mampu milik kepada setinggan terbabit bagi pembangunan semula tanah – tanah milik persendirian.

    Agensi Pelaksana:- Pejabat Pembangunan Negeri, PDC, PERDA, UDA, PBN, JPBD Negeri, MPPP dan MPSP.

  2. Kemudahan Masyarakat

    Kemudahan masyarakat yang mencukupi merupakan keperluan asas yang penting bagi menjamin keselesaan penduduk. Penyediaan kemudahan masyarakat perlu mengambil kira kecukupan kemudahan dari segi bilangan dan taburan. Penyediaan kemudahan juga dilihat sebagai salah satu elemen penting di dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk. Secara amnya sebilangan besar kemudahan masyarakat di Negeri Pulau Pinang yang meliputi penyediaan kemudahan pendidikan, kegunaan awam dan keagamaan telah mencapai beberapa kriteria Negeri maju terutamanya dari segi bilangan dan juga tahap kepenggunaan.

    Bagi kemudahan rekreasi dan sukan, Negeri Pulau Pinang mempunyai pelbagai sumber rekreasi yang menjadi tarikan sama ada penduduk setempat, sekitar dan pelancong tempatan mahupun luar negeri. Sumber -sumber yang ada termasuklah sumber semula jadi seperti pantai, pulau, bukit, sungai dan sebagainya. Di samping memastikan bilangan dan taburan yang mencukupi, perancangan bagi penyediaan kemudahan sukan dan rekreasi juga perlu mengambil kira aspek kualiti dan tahap kemudahsampaian.

    DS35 PENYEDIAAN KEMUDAHAN MASYARAKAT YANG BERKUALITI AKAN DIPERTINGKATKAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PENDUDUK.

    DS35 L1

    Memastikan penyediaan kemudahan masyarakat disediakan dengan seimbang berdasarkan keperluan penduduk mengikut peringkat umur dan piawaian perancangan yang seragam bagi seluruh Negeri Pulau Pinang.

    Agensi Pelaksana:- MPPP dan MPSP.

    DS35 L2

    Perancangan dan penentuan lokasi kemudahan –kemudahan masyarakat kategori tinggi seperti masjid, sekolah rendah dan menengah bantuan penuh, balai polis, balai bomba, hospital awam dan taman – taman rekreasi selain daripada taman kejiranan hendaklah dibuat di peringkat RT oleh pihak berkuasa tempatan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171).

    DS35 L3

    Sektor swasta adalah digalakkan menyedia dan mengurus penyediaan kemudahan masyarakat khas seperti kemudahan sukan, kemudahan kesihatan, rumah kebajikan untuk orang kurang upaya (termasuk orang – orang tua uzur dan anak yatim), pendidikan pra sekolah dan tinggi dan kemudahan pos dan telekomunikasi.

    1. Kemudahan Pendidikan
      DS36 PENYEDIAAN KEMUDAHAN PENDIDIKAN DARI PERINGKAT ASAS SEHINGGA KE PERINGKAT TERTIARI AKAN DIPERTINGKATKAN SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT.

      DS36 L1

      Merancang penyediaan kemudahan pendidikan berasaskan taburan dan ketumpatan penduduk dengan sasaran penyediaan tadika 663 buah, SK 265 buah, SM 132 buah menjelang 2020.

      Agensi Pelaksana:- Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Perpustakaan Awam Negeri.

      DS36 L2

      Satu garis panduan serta kaedah khusus penyediaan sekolah aliran Jenis Kebangsaan perlu diadakan dengan mengambilkira penyediaan kemudahan sekolah kebangsaan lainnya.

      DS36 L3

      Konsep sekolah bersepadu adalah digalakkan bagi mengelakkan penggunaan ruang tanah yang agak luas. Pelaksanaan sekolah bersepadu ini perlu diletakkan di dalam lingkungan jarak pejalan kaki.

      DS36 L4

      Pembinaan tadika boleh dibenarkan di tingkat bawah bangunan perumahan bertingkat.

      DS36 L5

      Menggalakkan penglibatan sektor swasta di dalam penyediaan kemudahan pendidikan pra sekolah dan pendidikan tinggi lainnya.

      DS36 L6

      Mengenal pasti tapak – tapak kawasan – kawasan untuk pembangunan sekolah- sekolah baru di peringkat RT.

      DS36 L7

      Menjadikan perpustakaan sebagai pusat kecemerlangan dan sumber ilmu yang utama dengan memperlengkapkan sistem komputer kepada perpustakaan Negeri dan perpustakaan cawangan.

      DS36 L8

      Memperkenalkan perkhidmatan berorientasikan IT melalui pelaksanaan sekolah bestari dan memperlengkapkan sekolah – sekolah bantuan penuh Kerajaan dengan kemudahan ICT untuk tujuan ekplorasi ilmu yang lebih meluas.

      DS36 L9

      Menyediakan pusat – pusat pembelajaran kemahiran seperti kursus memasak, jahitan dan kraftangan serta pusat pembelajaran program –program pembangunan insan seperti kelas bimbingan Al – Quran, kelas agama dan program motivasi untuk pelajar.

    2. Kemudahan Kesihatan dan Perubatan
      DS37 PENYEDIAAN KEMUDAHAN KESIHATAN YANG MENCUKUPI DAN BERKUALITI AKAN DISEDIAKAN BERDASARKAN PIAWAIAN DAN KEPERLUAN PENDUDUK.

      DS37 L1

      Penyediaan kemudahan kesihatan yang mencukupi dan berkualiti melalui penggunaan teknologi moden perlu disediakan berdasarkan piawaian dan keperluan penduduk dari masa ke semasa selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan bandar sejahtera.

      Agensi Pelaksana:- Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri, MPPP dan MPSP.

      DS37 L2

      Menggalakkan penglibatan sektor swasta di dalam penyediaan kemudahan kesihatan.

      DS37 L3

      Menyediakan tapak bagi kemudahan pusat – pusat kesihatan baru di kawasan yang dikenalpasti di peringkat RT berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan.

      DS37 L4

      Meningkatkan mutu perkhidmatan kemudahan sedia ada dengan penambahan pegawai perubatan, perkhidmatan doktor pakar serta kemudahan – kemudahan sokongan melalui penggunaan teknologi moden.

      Agensi Pelaksana:- Jabatan Kesihatan Negeri

      DS37 L5

      Mengutamakan kesihatan promotif dan pencegahan, merumuskan program – program kesihatan khas untuk wanita dan menambahbaiki perkhidmatan kesihatan untuk golongan tua dan golongan kurang upaya.

      DS37 L6

      Meningkatkan aksesibiliti kepada perkhidmatan kesihatan khasnya di kawasan luar bandar dan di kalangan penduduk berpendapatan rendah dengan mengutamakan perkhidmatan kesihatan primer.

    3. Kemudahan Institusi Kebajikan
      DS38 PENYEDIAAN KEMUDAHAN KEBAJIKAN AKAN DISEDIAKAN MENGIKUT KEPERLUAN KUMPULAN SASAR SEPERTI ORANG – ORANG TUA, ANAK -ANAK YATIM, KANAK – KANAK DAN ORANG KURANG UPAYA.

      DS38 L1

      Mewujudkan satu piawaian khusus untuk menyediakan kemudahan institusi kebajikan yang mencukupi bagi keperluan penduduk semasa dan akan datang.

      Agensi Pelaksana:- Jabatan Kebajikan Masyarakat, HAWA, JPBD Negeri, MPPP dan MPSP.

      DS38 L2

      Membina Kompleks Penyayang di setiap daerah dengan menyediakan program dan kemudahan bagi membantu golongan kurang upaya.

      DS38 L3

      Menyediakan pusat – pusat jagaan warga tua secara harian atau tetap.

      DS38 L4

      Membina lebih banyak pusat krisis (crisis centre) bagi setiap daerah untuk memberi kemudahan dan bantuan kepada golongan yang tidak berupaya.

      DS38 L5

      Meningkatkan taraf rumah – rumah anak yatim dengan kemudahan pembelajaran serta rekreasi yang baik.

      DS38 L6

      Meningkatkan taraf pusat jagaan harian warga emas bagi memastikan golongan ini mendapat kemudahan yang selesa.

      DS38 L7

      Menubuhkan pusat khidmat masyarakat yang akan menyediakan program latihan kepada sukarelawan.

      DS38 L8

      Menubuhkan biro bagi membantu ibu tunggal dalam pelbagai aspek ekonomi, sosial dan sokongan moral.

      DS38 L9

      Memberi perkhidmatan jagaan dan pemulihan kepada golongan istimewa yang dilengkapi dengan peralatan dan kepakaran yang bersesuaian.

      DS38 L10

      Mengenal pasti lokasi – lokasi yang bersesuaian bagi penyediaan pusat – pusat jagaan atau pemulihan di peringkat RT.

    4. Kemudahan Keselamatan
      DS39 PENYEDIAAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN SEPERTI POLIS DAN BOMBA AKAN DISEDIAKAN MENGIKUT KEPERLUAN DAN UNJURAN YANG DITETAPKAN.

      DS39 L1

      Menyediakan balai – balai bomba dan polis baru di lokasi-lokasi yang dikenal pasti di peringkat kajian RT bagi meminimumkan jangka masa sampai ke tempat kejadian.

      Agensi Pelaksana:- Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPMB)

      DS39 L2

      Mengadaptasikan falsafah dan garis panduan Bandar Selamat di dalam perancangan fizikal bandar – bandar di seluruh Negeri Pulau Pinang.

      DS39 L3

      Mempertingkatkan perkhidmatan sedia ada melalui :-

      • Pertambahan kakitangan;

      • Perluasan kawasan rondaan bagi menampung pertambahan penduduk; dan

      • Pembangunan di sekitar kawasan jagaan balai –balai tersebut.

      DS39 L4

      Memperkenalkan perkhidmatan on – line untuk kes–kes aduan, penyediaan maklumat dan maklumbalas orang awam untuk pelaporan kegiatan jenayah dan penambahbaikan perkhidmatan polis kepada orang ramai.

      DS39 L5

      Memperkenalkan penyimpanan data, statistik dan maklumat dengan sistematik dan moden melalui penggunaan ICT dan pemetaan maklumat menggunakan GIS.

    5. Perkhidmatan Pos
      DS40 PENYEDIAAN PERKHIDMATAN POS AKAN DISEDIAKAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PENDUDUK.

      DS40 L1

      Menyediakan 33 buah pejabat pos baru bagi memenuhi keperluan penduduk sehingga tahun 2020 mengikut lokasi di kawasan tumpuan utama penduduk dan diperincikan di peringkat RT.

      Agensi Pelaksana:- Pos Malaysia

    6. Kemudahan Rekreasi Dan Sukan

      DS41 KAWASAN LAPANG YANG BERPOTENSI AKAN DIWARTAKAN SEBAGAI KAWASAN REKREASI AWAM.

      DS41 L1

      Meningkatkan penyediaan dan penyelenggaraan kemudahan awam dan kemudahan sukan aktif dan pasif bagi menjaga kualiti persekitaran agar dapat dikunjungi oleh penduduk tempatan dan pelancong sebagai kawasan riadah.

      Agensi Pelaksana:- MPPP, MPSP, JPBD Negeri, PDC, PERDA, UDA, Pemaju Hartanah, UPEN, PTG, dan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah.

      Rujuk Rajah 4.13 Kemudahan Rekreasi dan Sukan Negeri Pulau Pinang

      DS41 L2

      Mengekal, menaiktaraf dan menyelenggara kawasan kemudahan rekreasi dan taman awam yang utama antaranya adalah :-

      DS41 L3

      • Menaiktaraf dan memajukan Hutan Lipur Bukit Panchor dan Pulau Jerejak sebagai Taman Negeri.

      • Setiap pembangunan perumahan perlu menyediakan sekurang – kurangnya 4 mp/penduduk atau 2 hektar tanah/5,000 penduduk atau 10% kawasan lapang dan rekreasi; yang mana lebih;

      • Penyerahan kawasan lapang di atas tanah kepada kerajaan diwajibkan bagi pemajuan landed;

      • Untuk pemajuan bertingkat penyediaan kawasan lapang boleh mengambilkira ruang rekreasi dalam bangunan (gelanggang sukan dan sebagainya) dan 30% daripada keluasan tapak retention pond (sebagaimana diputuskan oleh JPN pada 17 Mac, 1998); dan

      • Untuk pemajuan bertingkat, sekurang – kurangnya 10% daripada keluasan kawasan lapang yang disyaratkan dikehendaki disediakan di atas tanah.

      DS41 L4

      Menyediakan kemudahan rekreasi dan sukan yang mencukupi dan bersesuaian serta memenuhi piawaian dan keperluan masyarakat tempatan mengikut PPU dan PPK.

      DS41 L5

      Menggalakkan gaya hidup sihat dan budaya bersukan dengan menganjurkan aktiviti – aktiviti sukan bertaraf antarabangsa di Negeri ini melalui penyediaan kemudahan yang lebih baik dan sempurna dengan meningkatkan aksesibiliti dan penyediaan kemudahan sukan yang baik di semua daerah dalam Negeri ini.

      Agensi Pelaksana:- MPPP, MPSP, JPBD Negeri, PDC dan Majlis Belia dan Sukan Negeri.

      DS41 L6

      Menambah dan meningkatkan mutu trek berjalan kaki, jogging dan berbasikal serta lain – lain kemudahan di kawasan – kawasan rekreasi awam mengikut keperluan dan sesuai dengan kehendak tempatan.

      DS41 L7

      Meningkatkan kualiti kemudahan sukan dan rekreasi yang disediakan dengan menjamin penyelenggaraannya dan pilihan kemudahan yang lebih luas penggunaannya.

      DS41 L8

      Bekerjasama dengan sektor swasta bagi menyediakan kemudahan rekreasi dan sukan.

      DS41 L9

      Memeta dan memaklumkan kepada orang ramai tentang trek – trek semula jadi untuk tujuan rekreasi dan riadah.

    7. Kemudahan Keagamaan
      DS42 PENYEDIAAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN YANG TERANCANG DAN MENCUKUPI AKAN DISEDIAKAN SELARAS DENGAN PENINGKATAN PENDUDUK DAN KEPERLUAN PIAWAIAN PERANCANGAN.

      DS42 L1

      Penyediaan kemudahan keagamaan hendaklah berdasarkan keperluan makro mengikut piawaian berikut :-

      • 0.05 mp ruang bangunan atau 0.1 mp ruang tanah tapak surau bagi setiap penduduk atau; dan

      • 0.1mp ruang tanah untuk bangunan keagamaan lain ibadat.

      Untuk bangunan surau, ruang hendaklah diserahkan kepada MAIPP untuk penyelenggaraan dan bagi kegunaan bangunan lain ibadat diserahkan kepada PBT.

      Agensi Pelaksana:- MPPP, MPSP, JPBD Negeri, PDC, PERDA, UDA, UPEN, MAIPP dan Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, Jabatan Perdana Menteri.

      DS42 L2

      Semua cadangan pembinaan serta tukar guna bangunan kepada rumah – rumah ibadat perlu mengemukakan permohonan kebenaran merancang dan mendapat kelulusan dari pihak berkuasa.

      DS42 L3

      Tindakan penguatkuasaan akan diambil ke atas pembinaan struktur rumah ibadat tanpa keizinan pihak berkuasa.

      DS42 L4

      Memperkukuh dan mengoptimumkan fungsi tempat ibadat Islam seperti masjid dan surau sebagai one stop centre.

      DS42 L5

      Mewujudkan Mosquenet bagi menghubungkan keseluruhan masjid yang terdapat di Negeri ini.

      DS42 L6

      Membangunkan tanah wakaf dan Baitulmal bagi merangsang ekonomi umat islam.

      DS42 L7

      Membangunkan harta di bawah Majlis Agama Islam yang terletak di kawasan George Town bagi merangsang ekonomi penduduk Islam.

      DS42 L8

      Bagi kawasan – kawasan yang telah dilengkapi dengan kemudahan keagamaan yang mencukupi, tumpuan dan bantuan akan diberikan untuk kerja-kerja pembesaran dan menaiktaraf kemudahan seiring dengan aspirasi penduduk.

      DS42 L9

      Menyediakan tanah perkuburan yang mencukupi mengikut piawaian di kawasan yang bersesuaian seperti unjuran berikut :-

      DS42 L10

      Kaedah alternatif bagi pengebumian masyarakat bukan Islam secara pembakaran moden boleh digalakkan.

4.4.9 Sistem Perhubungan Dan Pengangkutan

  1. Rangkaian Jalan Raya

    Matlamat utama rangkaian jalanraya adalah untuk menyediakan sistem perhubungan yang menyeluruh bagi meningkatkan aksessibiliti dan mobiliti penduduk serta barangan. Cadangan pembinaan jalan baru dan menaik taraf jalan – jalan sedia ada akan diberi keutamaan.

    DS43 RANGKAIAN JALANRAYA AKAN DIPERKUKUHKAN DI SELURUH NEGERI PULAU PINANG.

    DS43 L1

    Memperluaskan keupayaan rangkaian jalan bagi meningkatkan kecekapan dan keselamatan dengan menambahkan peruntukan untuk pembinaan dan penyelenggaraan jalan.

    Agensi Pelaksana:- JKR, MPPP, MPSP, PBN, LLM dan Badan-Badan NGO.

    Rujuk Rajah 4.7 Rangkaian Sistem Perhubungan dan Pengangkutan Masa Hadapan Negeri Pulau Pinang.

    DS43 L2

    Mempercepatkan perancangan dan pelaksanaan pembinaan jalan – jalan baru dan menaiktaraf jalan – jalan sedia ada seperti berikut :-

    Pembinaan Jalan Baru

    • Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang;

    • Lebuh Raya Jelutong (JEWay);

    • Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR);

    • Jalan Pesisiran Pantai Utara di Bahagian Pulau;

    • Jambatan BaruMerentangi Sungai Pinang;

    • Sambungan Jalan Lumba Kuda dari Medan Goh Guan Ho hingga Jalan Batu Gantung;

    • Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR);

    • Jalan Baru Menyambungkan Jalan Todak ke Jalan Chain Ferry;

    • Jalan Pesisiran Pantai Telok Air Tawar – Kuala Kedah;

    • Jalan Baru Dari Pinang Tunggal - Ke Selatan Kedah;

    • Jalan Baru Dari Bertam- Padang Serai; dan

    • Jalan Baru Dari Bertam - Tasek Gelugor - Kg. Ara Kuda - Butterworth Kulim Ekspressway (BKE)

    Naik Taraf Jalan

    • Jalan Air Itam/Bandar Baru Air Itam ke Persimpangan Jalan Paya Terubong/Jalan Relau;

    • Jalan Bertam/Jalan Kubang Menerong/Tasek Gelugor;

    • Naiktaraf Laluan Persekutuan 150 Dari Persimpangan Pa'Boi ke Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan;·

    • Naiktaraf Laluan Persekutuan 149 Dari Simpang Ampat ke Persimpangan Plaza Tol Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan;

    • Naiktaraf Laluan Persekutuan 001 dari Jambatan Tunku Abdul Rahman ke Jambatan Merdeka, Seberang Perai Utara; dan

    • Naiktaraf Laluan Persekutuan 001 dari Persimpangan Permatang Keling ke Jambatan di atas Sungai Junjung, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.

    DS43 L3

    Meningkatkan kerja – kerja penyelenggaraan jalan dengan memperuntukkan tanggungjawab khusus dan had sempadan penyelenggaraan jalan kepada :-

    • Lembaga Lebuh Raya Malaysia untuk lebuh raya;

    • Jabatan Kerja Raya untuk lebuh raya Negeri, jalan persekutuan dan jalan Negeri;

    • Majlis Perbandaran untuk jalan perbandaran; dan

    • Pejabat Daerah dan Tanah untuk jalan kampung.

    Agensi Pelaksana:- LLM, MPPP, MPSP,JKR dan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah.

    DS43 L4

    Penggunaan Intelligent Transportation System (ITS) yang berfungsi memberi informasi kepada pengguna jalanraya jika berlaku kesesakan lalulintas di jalanraya utama melalui :-

    • Mengaplikasikan Pelan Strategik ITS termasuk Advanced Traffic Management Systems (ATMS), Advanced Traveler Information System (ATIS), Area Traffic Control (ATC), Advanced Transport System (APTS), Commercial Vehicle Operations (CVO), Advanced Vehicle Control and Safety systems (AVCSS);

    • Mengoptimumkan sistem utiliti dalam jaringan jalan dan lebuhraya Negeri Pulau Pinang;

    • Mengumpul data aliran trafik bagi kegunaan pengurusan agensi trafik;

    • Menyediakan informasi masa sebenar (real time) kepada pengguna jalan;

    • Menguatkuasakan pihak berkuasa tempatan dan perkhidmatan kecemasan melalui penyediaan informasi masa sebenar (real time) kepada pengguna jalan;

    • Meningkatkan sistem penyampaian awam (Contact Centre) dengan:-

      • Membangunkan sistem pangkalan data (TCSS, lingkaran, sistem video bergambar);

      • Memantapkan informasi trafik melalui internet, telefon mudah alih dan media-media elektronik;

      • Mengurangkan penyelenggaraan danmeningkatkan fleksibiliti;

      • Memastikan sistem yang dibangunkan disokong dengan kemudahan yang mencapai tahap antarabangsa dan bersesuaian dengan teknologi masa kini;

      • Memastikan pembangunan mampan berterusan dalam pusat utama inner city dan koridor – koridor pengangkutan;

      • Memberikan faedah melalui pelaburan ITS dalam tempoh jangkamasa panjang; dan

      • Menyediakan kaedah yang konsisten dalam mengumpul maklumat – maklumat trafik dan pengangkutan melalui penggunaan sumber secara optimum. Maklumat –maklumat ini perlu dipastikan supaya ianya dapat digunakan dalam membantu membuat analisis, permodelan, jangkaan dan pembangunan mengikut keperluan.

    DS43 L5

    Memastikan perancangan guna tanah diselaraskan dengan perancangan lalulintas termasuk penyediaan lorong basikal, lorong beca dan pejalan kaki yang lebih luas terutamanya di kawasan tumpuan aktiviti seperti bandaraya dalaman Georgetown, pusat – pusat sivik dan kawasan – kawasan perumahan berketumpatan tinggi.

    DS43 L6

    Peruntukan kemudahan – kemudahan untuk golongan kurang upaya akan digabungkan di dalam sistem laluan pejalan kaki seperti lerengan (ramp) untuk kereta sorong, lorongan tanpa gangguan dan pagar – pagar pemandu khususnya untuk mereka yang cacat penglihatan.

    DS43 L7

    Menerus dan mempraktikkan konsep 'mall' di kawasan bandar seperti 'Penang Gold Bazaar' dan 'Little India' dan meningkatkan jaringan pejalan kaki (walk-way net) secara menyeluruh di kawasan bandaraya dalaman Georgetown dan lain – lain bandar yang bersesuaian.

  2. Pengangkutan Awam

    Cadangan untuk menggabungkan semua perkhidmatan bas awamkepada satu sistem pengangkutan awam yang bersepadu dijangka meningkatkan lagi perkhidmatan awam ini. Sistem Monorel yang dicadangkan akan meningkatkan lagi mobiliti penduduk di samping menyumbang kepada alternatif pengangkutan awamyang lebih baik.

    DS44 KEMUDAHAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM YANG LEBIH CEKAP DAN SELESA AKAN DIPERTINGKATKAN SECARA MENYELURUH.

    DS44 L1

    Menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai Hub Pengangkutan Awam Wilayah dengan menyediakan rangkaian dan sistem kemudahan pengangkutan awam yang lebih efisien melalui :-

    • Melaksanakan sistem pengangkutan awam wilayah berintegrasi yang berpusat di George Town, Butterworth dan Batu Maung melibatkan semua jenis pengangkutan awam seperti bas, teksi, feri,monorel dan keretapi;

    • Menaikkan taraf stesen bas sedia ada di Butterworth kepada terminal pengangkutan awam bersepadu;

    • Mewujudkan rangkaian hentian bersepadu pengangkutan awam di setiap nod seperti Hentian Sungai Nibong, Hentian Ayer Itam, Hentian Bukit Mertajam, Hentian Kepala Batas/Bertamdan Hentian Valdor;

    • Mewujudkan rangkaian hentian sekunder bagi bas henti-henti seperti di Bayan Baru, Bayan Lepas, Balik Pulau, Tanjung Tokong, Simpang Empat dan Nibong Tebal (Sri Ampangan);

    • Menggunapakai kaedah pengurusan pengangkutan awam dan lalu lintas yang bersesuaian seperti lorong bas/teksi, hentian bas/teksi, lintasan pejalan kaki dan sebagainya;

    • Melaksanakan perkhidmatan van awam di kawasan – kawasan desa; dan

    • Menjalankan kajian pengangkutan awamyang lebih terperinci di peringkat RT dan kajian–kajian khusus.

    Agensi Pelaksana:- MPPP, MPSP, LPKP, KTM dan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah.

    DS44 L2

    Penggabungan syarikat – syarikat bas akan dilakukan ke arah menjadikan perkhidmatan yang lebih efisien, pengurusan yang lebih efektif dari segi kos dan juga liputan perkhidmatan melalui:

    • Memperbaiki rupa luaran dan dalaman bas awam;

    • Meningkatkan kemudahan – kemudahan sokongan perkhidmatan bas (termasuk bas dan van kilang);

    • Jadual perjalanan yang sistematik;

    • Hebahan kepada orang ramai untuk menggalakkan penggunaan kenderaan awam, berjalan kaki dan berbasikal terutamanya di kawasan bandar;

    • Merancang kawasan perumahan masa hadapan dengan menggabungkan peruntukan kemudahan bagi perkhidmatan bas; dan

    • Menyediakan bas dan subsidi untuk meningkatkan efisiensi dan kualiti perkhidmatan bas awam.

    Memperluaskan kawasan perkhidmatan bas 'shuttle' ke petempatan – petempatan utama termasuk dari lapangan terbang ke Georgetown, dan kawasan – kawasan perumahan kos rendah.

    Agensi Pelaksana: MPPP, MPSP, dan LPKP.

    DS44 L3

    Mewujudkan Transit Laju Bas (BRT) berkualiti tinggi yang berorientasikan pelanggan sebagai alternatif kepada bas sedia ada melalui :-

    • Pengasingan laluan bas;

    • Penurunan dan pengambilan penumpang yang pantas, sistematik dan berkomputer;

    • Terminal – terminal dan stesen BRT yang bersih, selamat dan selesa;

    • Menjalankan sistempemungutan tambang yang efisien;

    • Memaparkan maklumat perjalanan, tambang dan peta laluan bas yang jelas;

    • Teknologi bas yang bersih;

    • Kos infrastruktur yang rendah; dan

    • Menggunakan bas berkapasiti tinggi dan berkualiti tinggi dengan sistem penghawa dingin, penyediaan bas–bas yang selesa dan mempunyai ciri–ciri keselamatan yang tinggi.

    Agensi Pelaksana: UPEN, JPBD Negeri, MPPP dan MPSP.

    DS44 L4

    Menjalankan kajian kemungkinan bagi mewujudkanperkhidmatan Transit Laju Ringan (Monorel) di beberapa koridor utama Bahagian Pulau dan Seberang Prai, merangkumi laluan seperti berikut :-

    • Butterworth – Seberang Jaya – Kawasan Perindustrian Prai – Bukit Mertajam – Permatang Pauh (Bandar Baru Perda) – Batu Kawan;

    • Jajaran Timur – Barat dari pengkalan feri ke Paya Terubong melalui kawasan Dato' Keramat dan Ayer Itam; dan

    • Jajaran Utara – Selatan dari Tanjong Tokong ke Lapangan Terbang.

    DS44 L5

    Mengintegrasikan lokasi – lokasi park & ride dengan pusat pusat pengangkutan awam bersepadu.

    • Gat Lebuh Noordin;

    • Ayer Itam;

    • Tanjong Tokong;

    • Paya Terubong;

    • Sungai Nibong;

    • Bayan Lepas;

    • Seberang Jaya;

    • Kepala Batas;

    • Butterworth;

    • Bukit Mertajam;

    • Batu Kawan; dan

    • Cadangan membina sistem transit berkapasiti tinggi menghubungkan Seberang Perai ke George Town.

    DS44 L6

    Mengkaji penggunaan Sistem Hybrid Electric Tram mengikut kesesuaiannya di Negeri Pulau Pinang.

    Agensi Pelaksana: MPPP, MPSP, Jabatan Laut, Lembaga Penggalak Pelancongan dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri.

    DS44 L7

    Membuat kajian kemungkinan pelaksanaan perkhidmatan teksi air.

    • Untuk tujuan pelancongan sebagai salah satu tarikan untuk mengelilingi pulau (island hopping) meliputi :-

      • Batu Maung;

      • Bayan Bay;

      • Pulau Jerejak;

      • Jelutong Waterfront;

      • Swettenham Pier;

      • Tanjong Tokong; dan

      • Batu Feringghi.

    • Perkhidmatan ini boleh diperkenalkan antara bahagian Pulau dengan Seberang Perai terutama ke destinasi seperti :-

      • Pulau Aman;

      • Pulau Gedong; dan

      • Pulau – pulau lain.

    DS44 L8

    Menaiktaraf jeti dan feri penumpang yang merangkumi kemudahan – kemudahan untuk feri dan juga pengguna sebagai satu pusat yang mengintegrasikan laluan/perhentian pelbagai mod kenderaan yang ada di Negeri Pulau Pinang.

    Memperbaiki struktur bangunan hentian dan jeti supaya menarik, selamat dan selesa untuk digunakan. Juga mempertingkatkan pengurusan perkhidmatan feri terutama dari aspek fizikal dan kekerapan perkhidmatan yang disediakan.

    Agensi Pelaksana: UPEN, MPPP, MPSP, LPKP, Jabatan Laut dan PPSB.

    DS44 L9

    Penambahbaikan perkhidmatan feri konvensional kepada feri laju seperti penggunaan hovercraft dijangka dapat meningkatkan keupayaan bagi mengurangkan kesesakan di kedua – dua terminal.

    DS44 L10

    Merancang tapak baru bagi tujuan memperbaiki bot dan feri juga perlu dibuat serentak dengan pengenalpastian lokasi yang sesuai yang akan diperincikan di peringkat RT.

    DS44 L11

    Menggalakkan penglibatan orang awam dalam perancangan pengangkutan dengan melantik perwakilan daripada orang awam kepada Suruhanjaya Perancangan Pengangkutan Negeri dan jawatankuasa kecil berkaitan serta menerbitkan butir – butir terperinci mengenai semua projek pengangkutan, pengurusan lalu lintas atau cadangan – cadangan pengurusan permintaan pengangkutan dalam media dan laman web untuk penilaian dan ulasan orang awam.

    DS44 L12

    Memastikan rekabentuk kenderaan perkhidmatan awam mengambil kira keperluan golongan OKU, tidak menimbulkan pencemaran udara, bunyi dan bau serta mudah digerakkan di kawasan – kawasan bandar lama/kecil, pusat – pusat sivik dan taman – taman perumahan yangmempunyai laluan yang sempit.

  3. Perhubungan dan Pengangkutan Antarabangsa

    Sokongan infrastruktur perhubungan dan pengangkutan yang lebih efisien akan mengukuhkan lagi posisi dan peranan Negeri Pulau Pinang di peringkat antarabangsa. Justeru itu, dasar dan langkah yang dicadangkan ialah :-

    DS45 SISTEM PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN NEGERI AKAN DIPERTINGKATKAN SECARA BERSEPADU SEBAGAI HUB PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN ANTARABANGSA.

    DS45 L1

    Meningkatkan keupayaan sistem pengangkutan air Negeri Pulau Pinang dengan menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai Hub Pelabuhan dengan cara mempertingkatkan keupayaan dan melaksanakan pembesaran Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Terminal Kargo Butterworth Selatan dan Dermaga Kargo Pukal Perai supaya ianya dapat beroperasi sebagai hub pelabuhan utama di peringkat dunia.

    Agensi Pelaksana:- Jabatan Laut, MPPP, MPSP, dan PBN.

    DS45 L2

    Mengezonkan kawasan – kawasan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas untuk aktiviti – aktiviti sokongan dan kegunaan lapangan terbang dengan meningkat dan membesarkan terminal bagi pengendalian kargo udara ke arah mencapai keupayaan pengendalian kargo semasa pada tahap 360,000 tan metrik sebelum tahun 2015.

    Agensi Pelaksana:- MAB, MAS Kargo dan MPPP

    DS45 L3

    Meningkatkan penyelarasan antara agensi-agensi yang terlibat dengan aplikasi e–dagang di sekitar Pelabuhan Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

    Agensi Pelaksana:- MPPP, MPSP, MAB dan PPSB.

    DS45 L4

    Mempercepatkan penyiapan projek penebusgunaan tanah untuk fasa 2 NBCT.

    Agensi Pelaksana: PPSB dan SPPP.

    DS45 L5

    Menyediakan kemudahan dan mempertingkatkan pelabuhan untuk penumpang di pelabuhan Swettenham ke arah menjadikannya sebagai pusat pelayaran persiaran dan pusat penumpang bertaraf dunia.

    DS45 L6

    Meningkatkan keupayaan sistem pengangkutan penumpang dan kargo udara dengan menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai pusat kargo udara utama serantau dengan meningkatkan keupayaan pengendalian kargo udara serta membesarkan ruang kargo.

    Agensi Pelaksana:- MAB, MAS Kargo dan Jabatan Penerbangan Awam.

    DS45 L7

    Menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan utama serantau dengan memperluaskan lagi rangkaian penerbangan terus (direct flight) bagi penerbangan penumpang.

    DS45 L8

    Merumuskan suatu Pelan Induk untuk pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan mengenal pasti rizab secukupnya untuk pengembangan masa depan.

4.4.10 Kemudahan Infrastruktur Dan Utiliti

Penyediaan kemudahan infrastruktur dan utiliti yangmencukupi adalah penting di dalam kehidupan yang serba moden khasnya memainkan peranan dan sumbangan kepada pertumbuhan perniagaan dan industri di Pulau Pinang. Berbanding dengan wilayah–wilayah lain di negara ini, sebahagian besar dari isi rumah Pulau Pinang telahpun menikmati kemudahan tersebut. Bagaimanapun, perlulah dipastikan ianya disalurkan secara menyeluruh. Beberapa strategi dirangka bagi memastikan penyediaan kemudahan ini dapat dipertingkatkan penyampaiannya ke seluruh Negeri Pulau Pinang dengan mencukupi. Dasar – dasar yang dicadangkan adalah seperti :-

DS46 PENYELARASAN DAN KOORDINASI ANTARA KESEMUA JABATAN UTILITI AKAN DIPERTINGKATKAN.

DS46 L1

Mewujud dan menubuhkan ‘one stop centre’ bagi memproses kelulusan pembinaan ifrastruktur.

Agensi Pelaksana:- UPEN, MPPP, MPSP, JPS, JKR, IWK, TNB, PBAPP dan TMB.

DS46 L2

Menyelaras jadual pelaksanaan pembangunan melibatkan jabatan – jabatan utiliti.

DS46 L3

Mengadakan perjumpaan berkala untuk kesemua jabatan utiliti terbabit di dalam membincangkan mengenai penyediaan kemudahan infrastruktur & utiliti .

DS46 L4

Merekodkan serta menyimpan kesemua data teknikal setiap jabatan utiliti dan dikemas kini pada setiap masa.

DS46 L5

Merancang serta melaksanakan kemudahan laluan service protocol (common ducting/ tunnel) terutamanya pada sesebuah kawasan petempatan yang baru

DS46 L6

Rizab untuk utiliti – utiliti utama hendaklah dikenalpasti di dalam RT untuk tujuan pembangunan masa hadapan bagi tindakan oleh jabatan – jabatan yang berkaitan.

DS46 L7

Pengeluaran permit yang lebih teratur dan berpusat.

  1. Bekalan Air

    DS47 PELAKSANAAN PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI BEKALAN AIR MENTAH AKAN DISELARASKAN DENGAN PERTAMBAHAN PERMINTAAN DAN SUMBER AIR MELALUI IRBM (INTEGRATED RIVER BASINS MANAGEMENT).

    DS47 L1

    Mengenal pasti punca – punca baru bekalan airmentah seperti daripada kawasan tadahan dan sungai – sungai di Negeri Perak atau Kedah termasuk mewujudkan suatu mekanisma untuk menyelaras dan menguruskan air serantau.

    Agensi Pelaksana:- JBA, JPS, PBAPP, IWK, UPEN, MPPP, MPSP, JAS dan JMG.

    DS47 L2

    Mengkaji kemungkinan mengambil sumber air bawah tanah dan memperkenalkan program kitar semula air bagi memenuhi keperluan domestik di masa hadapan sebagai alternatif kepada program–program bekalan air semasa.

    DS47 L3

    Pembinaan serta peningkatan keupayaan loji air hendaklah mengambilkira keupayaan kolam air dan tangki air mencukupi untuk bekalan air yang berterusan jika berlaku kebocoran paip, kerosakan loji – loji air serta musim kemarau panjang dan pertambahan loji pembersihan air mengikut keperluan semasa dan masa hadapan.

    DS47 L4

    Mempertingkatkan pelaksanaan program kawalan kebocoran aktif di samping mengurangkan kerugian daripada NRW kepada kadar 18% menjelang tahun 2005 dan 15% menjelang tahun 2010 dengan menggantikan paip – paip lama dan memperkenalkan langkah – langkah bagi meningkatkan pengurusan sistem pengedaran.

    DS47 L5

    Mengenal pasti pembesaran rizab kawasan tadahan sedia ada bagimenampung keperluan tambahan padamasa akan datang.

    DS47 L6

    Mengadakan kempen penjimatan air di kalangan para pengguna domestik dan industri. Peningkatan platform sistem GIS yang lebih berorientasikan pelanggan.

    DS47 L7

    Melaksanakan pengurusan bekalan air sejajar dengan cadangan Pelan Induk Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM).

    • Sistem pengurusan sumber air perlu berpandukan kepada undang – undang air, polisi air negara, penyelesaian isu – isu semasa dan garis panduan perancangan; dan

    • Irrigation Areas Act, 1953 dan Drainage Works Act, 1954 adalah jelas dan komprehensif bagi menguruskan pengairan dan pengawalan banjir di kawasan – kawasan tertentu.

    DS47 L8

    Memelihara alam sekitar ke arah pembangunan mapan melalui :-

    • Mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling dan Enakmen Air bagi mengawal punca pencemaran sungai;

    • Pemeliharaan dan kegunaan air secara efisien iaitu melalui polisi garis panduan yang jelas dan konsisten berdasarkan maklumat yang saintifik;

    • Mengenal pasti saliran bawah tanah adalah mengikut kehendak ekosistem;

    • Penyeliaan program– program mengikut keperluan;

    • Menjalankan penilaian impak alam sekitar; dan

    • Pengurusan kualiti air melalui strategi pengurusan sungai, perletakan sumber air dan kawasan tadahan yang bersesuaian perlu mengambilkira faktor – faktor geografi.

    DS47 L9

    Meningkatkan penguatkuasaan di peringkat Persekutuan, Negeri dan PBT yang lebih bersepadu berdasarkan peranan PBT di bawah Akta Kerajaan Tempatan (1967) dan pengawalan banjir dan pemeliharaan sungai.

    DS47 L10

    Menggalak dan memperkukuhkan penglibatan pihak – pihak berkepentingan dan juga di kalangan agensi – agensi sektor swasta melalui kempen – kempen dan program– program yang dilaksanakan.

    DS47 L11

    Memperkukuh dan meningkatkan nilai tambah ekonomi dari segi caj dan penalti yang dikenalkan dan perlu berkait dengan nilai ekonomi yang sebenar selain pengawalan harga air dengan kadar semasa RM 0.76/m³ dan RM 0.50/m³.

    • Kadar minimum dikenakan mengikut kemampuan khususnya bagi isi rumah berpendapatan rendah iaitu di bawah 20m padu per bulan;

    • Kadar maksimum 20 m padu hingga 35 m padu dikenakan berdasarkan kemampuan bagi saiz kadar purata isi rumah; dan

    • Kadar yang melebihi jumlah sebenar (lebih 35 m padu per bulan) dikenakan bagi sektor industri.

    Agensi Pelaksana:- JBA, JPS, PBAPP, IWK, UPEN, MPPP, MPSP, JAS dan JMG.

    DS47 L12

    Memperkukuhkan Pulau Pinang sebagai model dalam mencapai tahap keberkesanan yang efisien dalam penawaran air dan penggagihan air selepas penswastaan.

    DS47 L13

    Memulihara air melalui pengurusan permintaan air dalam membantu menjimatkan bekalan air dan mengelakkan pembaziran adalah melalui :-

    • Sasaran kadar minimum isi rumah bagi setiap bulan sebanyak 20 m padu berdasarkan 150 liter per orang per hari dengan saiz purata 5 orang bagi setiap isi rumah; dan

    • Sasaran kadar maksimum isi rumah bagi setiap bulan sebanyak 35 m padu berdasarkan 250 liter per orang per hari dengan saiz purata 5 orang bagi setiap isi rumah.

    DS47 L14

    Merumuskan suatu strategi sumber dan penggunaan bekalan air jangka panjang.

    Agensi Pelaksana:- JBA, JPS, PBAPP, UPEN, MPPP, MPSP, JAS, Jabatan Pertanian dan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah.

    DS47 L15

    Tidak membenarkan penternakan haiwan dan pertanian di kawasan pengambilan air di hulu sungai.

    DS47 L16

    Pemantauan sistematik aduan – aduan mengenai kualiti air melalui lokasi rangkaian bagimenentu dan menghapuskan atau mengurangkan punca -punca kemerosotan kualiti air.

    DS47 L17

    Memperkenalkan pemeriksaan dan perakuan tahunan untuk sistem penyimpanan dan bekalan air di bangunan – bangunan tinggi oleh jurutera bertauliah, terutamanya bagi bangunan – bangunan lama melebihi 10 tahun.

    Agensi Pelaksana:- JBA, PBAPP, MPPP dan MPSP.

    DS47 L18

    Mengurangkan kerugian daripada NRW kepada kadar 18% menjelang tahun 2005 dan 15% menjelang 2010 dengan menggantikan paip lama dan memperkenalkan langkah – langkah bagi meningkatkan pengurusan sistem pengedaran.

    DS47 L19

    Mengukuhkan kuasa pengawalseliaan dan keupayaan JBA menerusi penggubalan undang -undang dan peruntukan sumber – sumber tambahan.

    DS47 L20

    Mengadakan pemantauan berterusan ke atas pembangunan yang dijalankan berhampiran atau di dalam kawasan sumber air mentah.

    Agensi Pelaksana:- PBAPP, IWK, UPEN, MPPP, MPSP dan JAS.

    DS47 L21

    Menggalakkan pemuliharaan air.

  2. Sistem Saliran dan Peparitan

    DS48 LANGKAH-LANGKAH JANGKA PANJANG DAN JANGKA PENDEK AKAN DIAMBIL UNTUK MENGATASI ATAU MENGURANGKAN MASALAH SALIRAN, PEPARITAN DAN BANJIR.

    DS48 L1

    Pelaksanaan Pelan Induk Saliran Bandar perlu diadakan untuk setiap basin bandar supaya perancangan sistem saliran dan peparitan lebih teratur dan diselenggara dengan sempurna.

    Agensi Pelaksana: JPS, MPPP dan MPSP.

    DS48 L2

    Bagi kawasan pembangunan baru pula tanah rizab saliran yang dicadangkan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlulah dipatuhi untuk memudahkan kerja – kerja penyelenggaraan pada masa hadapan mengunapakai Garis Panduan Pembangunan Berhadapan Sungai.

    DS48 L3

    Pelaksanaan cadangan pelan peparitan menyeluruh (komprehensif) bagi seluruh negeri. Ini termasuklah mensyaratkan pemajuan – pemajuan baru dan pemajuan semula terutamanya di bandaraya dalaman mempunyai sistem perparitan yang dihubungkan kepada loji rawatan berpusat.

    Agensi Pelaksana:- JBS, MPPP, MPSP dan IWK.

    DS48 L4

    Menggunapakai Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang mempraktikan konsep kawalan di punca (control at source).

    DS48 L5

    Pembersihan dan pembuangan sampah dan bahan – bahan halangan lain dari peparitan dan saluran air keluar.

    DS48 L6

    Penyediaan dan penjagaan pintu – pintu empangan dan pam di pengaliran keluar adalah bergantung kepada paras air pasang surut.

    DS48 L7

    Memastikan pemaju – pemaju menjalankan pembangunan mereka secara teratur dan mengambil langkah – langkah yang mencukupi untuk menghalang aliran air yang berlebihan yang mengakibatkan banjir semasa dan selepas pembangunan kerja – kerja tanah. Pemaju perlu menyediakan Pelan ESCP bagi kawasan pembangunan melebihi 1 hektar

    DS48 L8

    Memastikan kerja – kerja infrastruktur sebelum, semasa dan selepas kerja – kerja binaan mematuhi amalan dan garis panduan JKR dan PBT.

    DS48 L9

    Memastikan rekabentuk luas peparitan bagi sesuatu pembangunan perlulah mengambilkira 'return period' yang dicadangkan oleh pihak JPS (iaitu 10 tahun untuk parit sekunder dan 100 tahun untuk parit utama).

    Agensi Pelaksana: JPS, MPPP dan MPSP.

    DS48 L10

    Memastikan kerja – kerja tebatan banjir diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengurangkan banjir setiap kali hujan lebat berlaku, melalui projek – projek sambungan yang akan diteruskan dan pelaksanaan projek – projek baru RMK – 9 (Persekutuan) :-

    Projek Sambungan RMK – 9

    • RTB Kawasan Perbandaran Pulau Pinang;
    • RTB Sg.Perai Pakej 1B;
    • RTB Sungai Junjong;
    • RTB Sg. Rambai, Sg.Juru; dan
    • RTB Bertam, Kepala Batas.

    Projek Baru RMK – 9

    • RTB Bukit Panchur, Byram, Jawi dan Transkrian, SPS;
    • RTB Tanjung Ketupat;
    • RTB Kawasan Barat Pulau;
    • RTB Valdor;
    • RTB Kawasan Bayan Lepas;
    • RTB Kawasan Saliran Tasek Gelugor;
    • RTB Perbandaran Butterworth; dan
    • RTB Perbandaran Bukit Mertajam.

    DS48 L11

    Menyediakan sistem pam dan kolam takungan di kawasan – kawasan rendah bagi menyimpan air semasa hujan lebat dan mengepamnya semula ke sungai setelah air sungai surut serta melaksanakan projek pengindahan dan pemeliharaan sungai–sungai.

    DS48 L12

    Mengkaji kemungkinan mewartakan kawasan–kawasan paya dan sungai yang sering menghadapi banjir daripada sebarang pembangunan. Mencadangkan setiap daerah perlu menyediakan Drainage Master Plan.

    DS48 L13

    Kerja – kerja mendalamkan sungai serta pembaikan sistem saliran dan peparitan sedia ada perlulah dijalankan dari masa ke semasa bagi mengurangkan banjir kilat setiap kali hujan lebat.

    DS48 L14

    Memastikan penyelarasan antara jabatan terutamanya dari segi penyelenggaraan sistem saliran dan peparitan sedia ada bagi mengelak dari berlakunya banjir kilat.

    DS48 L15

    Membaikpulih dan mempertingkatkan kualiti air sungai – sungai yang digunakan untuk bekalan air seperti Sungai Kereh.

    DS48 L16

    Mewajibkan sistem peparitan yang sempurna disediakan oleh setiap pembangunan sebelum kerja – kerja pembangunan dimulakan.

    DS48 L17

    Menyelenggara dan mempertingkatkan sistem saliran dan pengairan bagi kawasan pertanian dari masa ke semasa.

    DS48 L18

    Menyediakan program kesedaran sivik kepada masyarakat setempat tentang kebersihan dan kepentingan sungai.

  3. Bekalan Elektrik

    DS49 KEMUDAHAN BEKALAN ELEKTRIK AKAN DISEDIAKAN DENGAN SECUKUPNYA UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN MASA HADAPAN.

    DS49 L1

    Pelaksanaan kemudahan bekalan elektrik untuk kawasan yang akan mengalami pembangunan pesat khususnya di koridor utama pembangunan dan pembangunan baru.

    Agensi Pelaksana: TNB

    DS49 L2

    Penyusunan semula talian yang tidak teratur di bangunan – bangunan lama.

    DS49 L3

    Penubuhan satu jawatankuasa tetap yang bertanggungjawab mengurangkan birokrasi antara jabatan/syarikat utiliti serta memudahkan pemberian kebenaran tumpang lalu bagi tujuan penanaman kabel.

    DS49 L4

    Pemasangan talian penghantar kedua atau melaksanakan sistem SCADA bagi memastikan bekalan yang berterusan walaupun ketika terjadinya putus bekalan.

    DS49 L5

    Penyelenggaraan serta peningkatan keupayaan pencawang elektrik sedia ada di samping menyediakan alat penjana elektrik berkuasa 1 MW pada setiap mukim yang boleh digunakan bila terjadinya putus bekalan.

    DS49 L6

    Perancangan projek untuk sistem pembekalan elektrik adalah berdasarkan unjuran kenaikan beban untuk tempoh lima tahun. Walau bagaimanapun, kajian unjuran beban dibuat untuk tempoh sehingga lima belas tahun akan datang.

  4. Sistem Pembetungan

    DS50 SISTEM PEMBETUNGAN BERPUSAT AKAN DIWUJUDKAN MENGIKUT KEPERLUAN DI SETIAP PUSAT PETEMPATAN.

    DS50 L1

    Memastikan pelaksanaan pembetungan setempat bagi kawasan baru termasuklah penggunaan sistem paip retikulasi.

    Agensi Pelaksana: Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, IWK, JPS, MPPP dan MPSP.

    Rujuk Rajah 4.14 Zon Kawasan Tadahan Dan Sistem Kumbahan Berpusat

    DS50 L2

    Memastikan penyediaan sistem rawatan bagi kumbahan industri secara individu atau kelompok sebelum dialirkan ke sistem peparitan.

    DS50 L3

    Mengenal pasti dan menyediakan tapak yang sesuai untuk loji – loji rawatan kumbahan setempat di kawasan Teluk Bahang, Balik Pulau dan juga Selatan Pulau Pinang iaitu kawasan Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Batu Maung dan Gertak Sanggul serta di kawasan-kawasan lain yang mungkin terlibat.

    DS50 L4

    Melaksanakan sistem rawatan kumbahan berpusat (STP) di kawasan – kawasan yang telah dikenalpasti oleh JPP iaitu :-

    • Mak Mandin;

    • Sungai Nyiur;

    • Seberang Jaya / Perumahan PDC;

    • Bertam;

    • Bukit Mertajam(A), Taman Tun Hussein;

    • Bandar PERDA;

    • Juru;

    • Perai STP Perumahan / Industri PDC;

    • Bukit Mertajam(C), Taman Perwira;

    • Simpang Empat;

    • Taman Perumahan Batu Kawan;

    • Batu Kawan, Taman Sempadan/Transkrian;

    • Jawi;

    • Bandar Mutiara;

    • Sungai Dua, Taman Desa Murni; dan

    • Tasek Gelugor.

    DS50 L5

    Bagi projek – projek perdagangan yang besar, sistem package yang menggunakan kaedah mekanikal perlu diperkenalkan kerana sistem mekanikal lebih meminimumkan penggunaan tanah.

    DS50 L6

    Penentuan – penentuan berkaitan dengan kemudahan tandas dan pembersihan pembetungan harus diselaraskan dengan peraturan – peraturan kementerian iaitu tidak melebihi 150 penduduk setara.

    DS50 L7

    Menjalankan kajian yang lebih khusus bagi mengenal pasti tapak yang sesuai di setiap pusat petempatan untuk penyediaan sistem pembetungan berpusat.

    DS50 L8

    Sebarang pembangunan baru perlu disambungkan kepada sistem pembetungan berpusat sedia ada.

    DS50 L9

    Memastikan pembangunan yang melebihi 150 penduduk setara, perlu menyediakan satu sistem pembetungan serta loji rawatan komunal manakala untuk tangki najis individu ianya dibenarkan untuk pembangunan yang mempunyai penduduk pusat kumbahan di setiap pembangunan tidak menjejaskan lot – lot bersebelah.

    DS50 L10

    Mengkaji dengan teliti kebolehlaksanaan penggabungan perkhidmatan pembentungan dan bekalan air melalui aplikasi teknologi yang sesuai.

    DS50 L11

    Memastikan pembuangan semua air basuhan (sullage water) ke dalam sistem pembentungan awam.

  5. Sistem Pelupusan Sisa Pepejal

    DS51 MEWUJUDKAN SATU SISTEM PENGURUSAN DAN PERKHIDMATAN BUANGAN SISA PEPEJAL DAN SISA TERJADUAL YANG LEBIH CEKAP DAN BERKESAN.

    DS51 L1

    Menggunakan sistem pelupusan sisa pepejal secara kaedah sanitary landfill atau kaedah yang mesra alam.

    Agensi Pelaksana: MPPP, MPSP, JAS dan Badan-Badan NGO.

    DS51 L2

    Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memastikan sistem pengurusan sisa pepejal dijalankan dengan berkesan dan mesra alam.

    DS51 L3

    Pengawasan yang rapi untukmemastikan taraf kebersihan yang tinggi.

    DS51 L4

    Penguatkuasaan yang ketat dan berterusan ke atas Seksyen 47, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 untuk menghalang pembuangan sampah yang berleluasa oleh orang ramai di sesuatu tempat awam.

    DS51 L5

    Mengkaji kaedah alternatif untuk pengurusan dan pelupusan sisa pepejal yang menggunapakai kaedah yang terkini dan kos efektif termasuk penggunaan semula sisa pepejal.

    DS51 L6

    Memastikan penghuni – penghuni rumah dan kilang – kilang menempatkan sampah sarap mereka di dalam bekas dan tong – tong sampah yang sesuai untuk memudahkan kerja pungutan sampah dan pemeliharaan alam sekitar.

    DS51 L7

    Menggalakkan kitar semula sisa seperti bahan kaca, besi, kertas dan lain – lain. Ianya melibatkan proses pengasingan sampah sarap ke dalam tong – tong sampah berasingan yang boleh dilakukan oleh setiap isi rumah, kilang – kilang, bangunan perniagaan dan di setiap pusat pengumpulan.

    Agensi Pelaksana: MPPP, MPSP dan Alam Flora.

    DS51 L8

    Mengendalikan program–program pendidikan yang teratur untuk memupuk sikap bersih di kalangan orang ramai.

    Agensi Pelaksana: MPPP, MPSP, JAS, Alam Flora dan Badan-Badan NGO.

    DS51 L9

    Penyediaan tapak untuk kemudahan pusat pengumpulan setempat sisa terjadual secara bersepadu di setiap kawasan perindustrian.

    DS51 L10

    Mengenal pasti tapak – tapak pelupusan yang sesuai dan kaedah – kaedah pelupusan sampah yang lebih selamat. Peruntukan tapak untuk kemudahan pusat pengumpulan setempat sisa terjadual di Ladang Byram dan Sungai Burung dijangka dapat menampung keperluan sehingga tahun 2020.

    DS51 L11

    Aktiviti – aktiviti yang berpotensi mengguna dan memperolehan kembali sisa terjadual akan dinilai ke atas kesan – kesannya kepada alam sekitar sebelum kelulusan diberi untuk aktiviti tersebut.

  6. Gas Asli

    DS52 MENGGALAKKAN PENGGUNAAN GAS ASLI SEBAGAI SUMBER ALTERNATIF UNTUK KEGUNAAN INDUSTRI DAN DOMESTIK.

    DS52 L1

    Kajian kesesuaian penggunaan gas asli sebagai suatu bahan mentah yang murah dan efisien serta sesuai sebagai sumber tenaga alternatif untuk kegunaan domestik dan perindustrian.

    Agensi Pelaksana: Gas Malaysia

    DS52 L2

    Menggalakkan penyediaan kemudahan bekalan gas asli di semua pembangunan perumahan.

    DS52 L3

    Penyelenggaraan dan pemeriksaan laluan paip gas bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

    DS52 L4

    Mendidik serta mengajar penduduk mengenai kelebihan serta keselamatan sumber gas asli serta laluan paip gas.

  7. ICT dan Sistem Telekomunikasi

    DS53 KEMUDAHAN TALIAN TELEFON DAN INTERNET AKAN DIPERTINGKATKAN SELARAS DENGAN PERMINTAAN PELANGGAN.

    DS53 L1

    Menggunapakai Garis panduan Menara Telekomunikasi yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ke seluruh Negeri bagi mengawal pembinaan menara telekomunikasi selaras dengan saranan Kerajaan Persekutuan supaya menara telekomunikasi dikongsi bersama oleh beberapa syarikat pembekal dengan hasrat;

    • Ini dapat mengurangkan pembinaan tanpa kawalan;

    • Mewujudkan penyelarasan smart sharing antara pembekal; dan

    • Mengawal serta menyelaras kegiatan pembinaan alat pemancar serta kemudahan jabatan utiliti lain yang berkaitan di peringkat kebenaran merancang.

    Agensi Pelaksana: UPEN, MCMC, JPBD Negeri, MAMPU, PDC, MPPP, MPSP, Penang K-ICT Council, MIDA dan MITI.

    DS53 L2

    Meningkatkan keupayaan ibu sawat sedia ada serta menyediakan program peningkatan talian telefon berdasarkan unjuran keperluan dan cadangan pembangunan baru.

    DS53 L3

    Mewujudkan suatu pangkalan data telekomunikasi di peringkat Negeri untuk mengumpul data pada peringkat sub – daerah mengenai penembusan talian tetap dan selular, penggunaan komputer peribadi (PC), hos dan pengguna Internet supaya memudahkan perancangan dan pelaksanaan projek.

    DS53 L4

    Meningkatkan kadar penembusan di kawasan kurang terdedah dan memastikan bahawa masyarakat miskin mempunyai paras akses yang mencukupi kepada perkhidmatan telefon awam dan perkhidmatan datamasyarakat.

    DS53 L5

    Meningkatkan kepastian dan kualiti perkhidmatan telekomunikasi termasuk penggunaan kabel gentian, pemasangan bawah tanah atau teknologi tanpa wayar.

    DS54 MENINGKATKAN KECEMERLANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ICT NEGERI PULAU PINANG.

    DS54 L1

    Menggerakkan strategi k – ekonomi untuk pembangunan pekerja berilmumelalui :-

    • Meningkatkan kemahiran selaras dengan keperluan pasaran semasa dan peralihan teknologi;

    • Mewujudkan pekerja berilmu yang ramai dan berkualiti;

    • Membentuk ekonomi dan organisasi pembelajaran;

    • Mempromosi budaya pembelajaran dan latihan di tempat kerja khasnya untuk operator IKS;

    • Meningkat kesedaran kepentingan pendidikan sepanjang hayat di semua peringkat lapisan masyarakat;

    • Menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan dan melalui pembelajaran; dan

    • Antara program – program yang telah dikenalpasti adalah seperti ICT and Enabling Skills Bridging Programmes, Change Management Programmes, Penang Knowledge Worker Information System (PKWIS).

    Agensi Pelaksana: UPEN, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran dan Penang K-ICT Council.

    DS54 L2

    Menggerakkan strategi k – ekonomi untuk rangkaian perhubungan dengan cara :-

    • Memastikan akses kepada maklumat dan ilmu pengetahuan adalah saksama dan berpatutan;

    • Meningkatkan tahap rangkaian/capaian informasi dan pengetahuan di setiap sektor perdagangan dan perkhidmatan, pendidikan, pentadbiran kerajaan dan semua lapisan masyarakat;

    • Meningkatkan kualiti perkhidmatan ICT dengan membangunkan Pulau Pinang sebagai Penang i – land (intelligent island) sepenuhnya;

    • Menggalakkan pembangunan perindustrian yang berasaskan kepada pengetahuan dan mempunyai ciri – ciri nilai ditambah seperti Program Inkubator Teknoentreprenure (TBIP); dan

    • Antara program-program yang dikenalpasti adalah program meningkatkan akses sektor perdagangan dan komuniti, program mempromosi ICT dan kegunaan internet, program penyediaan kemudahan internet yang berkualiti dan program untuk menyelaras pembangunan infrastruktur ICT.

    Agensi Pelaksana: UPEN, MCMC, JPBD Negeri, MAMPU, PDC, MPPP, MPSP, Penang K-ICT Council, MIDA, MITI dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

    DS54 L3

    Menggerakkan strategi k – ekonomi untuk ekonomi elektronik dengan cara :-

    • Meningkatkan penggunaan sistem perdagangan elektronik di semua sektor ekonomi;

    • Meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa melalui penggunaan e –commerce dan e – business; dan

    • Meningkat penggunaan sistem secara on–line bagi mempercepatkan urusan urus niaga serta mengurangkan kos.

    Agensi Pelaksana: UPEN, MCMC, MSC, MIDA, MITI dan PDC.

    DS54 L4

    Program – program yang dikenalpasti adalah Program Untuk Meningkatkan Kesedaran dan Perubahan Mindset, Program Rapid Difussion Of e – Business, Program Pembangunan Hub e – Business, Program Angkat e – Tourism, Program Pembangunan Berasaskan Modal.

    DS54 L5

    Menggerakkan strategi k – ekonomi untuk kesaksamaan digital melalui :-

    • Menyediakan prasarana dan perkhidmatan ICT yang mudah, murah dan mampu dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat. Antara program yang dicadangkan adalah Program Pusat K–Komuniti di setiap daerah;

    • Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan kesedaran sosial di dalam penyertaan k–ekonomi;

    • Mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar dan akses kepada ICT untuk masyarakat luar bandar dipelbagai peringkat melalui pembentukan pusat – pusat k–komuniti di setiap daerah dan mempromosi pembangunan kandungan tempatan; dan

    • Program–program yang dikenalpasti adalah seperti Program K – Community Centre (kCCs) di setiap daerah, Program Pembangunan Masyarakat dan Budaya Setempat.

    Agensi Pelaksana: UPEN, Pejabat Daerah, MAMPU, Penang K-ICT Council, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

    DS54 L6

    Menggerakkan strategi k–ekonomi untuk urus tadbir baik elektronik melalui:-

    • Melaksanakan e – government sepenuhnya dengan memperlengkapkan pembangunan prasarana ICT di peringkat pentadbiran awam bagi memastikan pembangunan k-ekonomi dan k – masyarakat dapat dilaksanakan dan dipantau secara efektif;

    • Menaiktaraf dan meningkatkan sistem perkhidmatan awam seperti meningkatkan keupayaan sistem komputer sedia ada supaya kerja – kerja pengemaskinian data terutamanya yang berkaitan dengan tunggakan hasil dapat dilaksanakan;

    • Mempermudahkan rangkaian atau capaian ICT antara Negeri dan jabatan;

    • Membangunkan pengurusan sistem maklumat berpusat sebagai sumber maklumat utama kerajaan (e – portal);

    • Menyediakan budaya perkhidmatan yang cemerlang kepada orang ramai melalui penggunaan sistem pengurusan maklumat yang terbaik; dan

    • Program-program yang dikenalpasti adalah Program Government – wide Information Infrastructure, Program Creative Reconstruction of Work Process di peringkat kerajaan Negeri, Program E – Readiness kakitangan kerajaan, Program Pembangunan Sistem Pengurusan Maklumat sebagai nukleus Sistem Maklumat Kerajaan (Government Information Systems).

    Agensi Pelaksana: UPEN, MAMPU, MCD dan Penang K-ICT Council.

4.4.11 Alam Sekitar

Selaras dengan matlamat pembangunan mapan yang digariskan, penekanan kepada pengawalan kualiti alam sekitar dan pengurusan sumber semula jadi yang efisien penting bagi menyeimbangkan pembangunan fizikal dan keseimbangan ekologi alam semula jadi. Bagi memastikan pendekatan ini terlaksana dasar – dasar berikut adalah dicadangkan :-

DS55 PEMBANGUNAN SECARA MAPAN AKAN DILAKSANAKAN BAGI MEMASTIKAN KESEIMBANGAN ANTARA PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN KEPENTINGAN ALAM SEKITAR TERJAMIN.

DS55 L1

Mempraktik kesemua prinsip – prinsip Dasar Alam Sekitar Negara sebagai teras untuk dipatuhi di dalam semua pembangunan fizikal di Negeri, iaitu :-

  • Menghormati dan berperihatinan terhadap alam sekitar mengikut standard moral dan etika yang tertinggi;

  • Memulihara ekosistem semulajadi untuk memastikan keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem–sistem sokongan hidup;

  • Memastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti dan kualiti alam sekitar ketika membangunkan pertumbuhan ekonomi dan manusia;

  • Menguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkan asas sumber dan keutuhan alam sekitar;

  • Mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksanaan dasar, objektif dan mandat semua sektor;

  • Memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam perlindungan dan pengurusan alam sekitar; dan

  • Memastikan semua pembuat keputusan di sektor awam dan swasta, pengguna-pengguna sumber, NGO dan orang awam mempunyai komitmen tertinggi terhadap perlindungan dan kebertanggungjawaban ke atas alam sekitar ketika membentuk, merancang dan melaksana aktiviti–aktiviti masing–masing.

Agensi Pelaksana:- UPEN, JPBD Negeri, MPPP, MPSP dan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah.

DS55 L2

Menyelaras sasaran pertumbuhan sektoral dengan pembangunan guna tanah dengan merangka fasa pertumbuhan pembangunan fizikal sehingga tahun 2020.

DS55 L3

Membuat rujukan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri dan MPFN untuk makluman/persetujuan bagi semua pembangunan projek mega iaitu :-

  • Pembangunan sesuatu perbandaran baru bagi penduduk yang melebihi 10,000 penduduk atau meliputi suatu kawasan yang lebih daripada 100 hektar, atau kedua-duanya;

  • Suatu pembangunan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau kemudahan utama yang meliputi :-

    • Lapangan terbang, pelabuhan laut, landasan kereta api dan lebuh raya; dan

    • Kerja kemudahan negara seperti pendirian empangan, stesen jana kuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksik.

  • Suatu pembangunan yang melibatkan puncak atau lereng bukit, dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan alam sekitar yang sensitif dalam suatu rancangan pembangunan.

DS55 L4

Terus memulihara dan tidak dibenar pemansuhan penwartaan kawasan hutan simpan kekal sedia ada.

Rujuk Rajah 4.15 Kawasan Hutan Negeri Pulau Pinang

Agensi Pelaksana:- Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan, JPS, MPPP, MPSP dan JPBD Negeri.

DS55 L5

Menetapkan 30% daripada keluasan Negeri Pulau Pinang sebagai kawasan warisan alam semula jadi yang merangkumi kawasan hutan/belukar, paya, sungai/tasik dan tanah lapang/tanah bukit.

DS55 L6

Memulihara danmewartakan hutan lipur, hutan paya laut, hutan penyelidikan dan pelajaran sebagai sumber pelancongan eko dan hutan simpan kekal.

Hutan Simpan

  • Hutan Simpan Telok Bahang;

  • Hutan Simpan Bukit Panchor; dan

  • Hutan Simpan Bukit Mertajam.

Taman Negara

  • Taman Negara Pulau Pinang.

Taman Negeri

  • Pulau Jerejak

  • Hutan Lipur Bukit Panchor

Hutan Paya Laut

  • Kuala Muda – Telok Air Tawar;

  • Bagan Tambang, Penaga;

  • Bagan Nyior, Juru;

  • Pantai Acheh;

  • Kuala Sungai Burung;

  • Sungai Acheh; dan

  • Byram.

Hutan Simpan Kekal

DS55 L7

Mengekal, memulihara dan mewartakan kawasan –kawasan tadahan air Negeri berikut :-

Rujuk Rajah 4.16 Kawasan Tadahan Air Negeri Pulau Pinang

Agensi Pelaksana:- JBA dan PBA.

DS55 L8

Menghadkan hanya aktiviti-aktiviti berikut di dalamkawasan tadahan air, iaitu:-

Agensi Pelaksana:- MPPP, MPSP, PBA, JPBA dan Pejabat-Pejabat Tanah dan Daerah.

DS55 L9

Memulihara hutan tadahan air daripada aktiviti–aktiviti yang boleh menggugat ekosistemnya termasuklah aktiviti pelancongan eko.

Agensi Pelaksana:- Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan, JPS, MPPP, MPSP dan JPBD Negeri.

DS55 L10

Meningkatkan aktiviti kawal selia secara berjadual di kawasan hutan tadahan air, hutan lipur dan hutan paya tersebut.

DS55 L11

Mewujudkan zon penampan di pesisir pantai 200meter dari garis pantai (shoreline) dengan tanaman bakau di kawasan Hutan Paya Laut.

DS55 L12

Meningkatkan kawalan ke atas pembangunan di kawasan tanah tinggi dan bercerun bagi mencegah hakisan tanah mendapan kelodak di sungai dan laut serta kecacatan pemandangan. Semua pembangunan di kawasan tanah tinggi dan bercerun adalah tertakluk kepada garis panduan tanah tinggi yang telah diterimapakai oleh Kerajaan Negeri.

DS55 L13

Mewujudkan zon penampan 30 meter di antara kawasan pembangunan dan kawasan hutan primer/ tanah bukit dan zon penampan 15.2 meter (50 kaki) di antara kawasan pembangunan dan kawasan hutan sekunder.

DS56 KUALITI ALAM SEKITAR AKAN DIJAGA DAN DIKAWAL DEMI MENJAMIN KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN PENDUDUK.

DS56 L1

i) Kualiti Air Sungai

Meningkatkan kualiti air sungai dari tahap tercemar kepada sederhana bersih melalui pelaksanaan program pemuliharaan dan pengurusan lembangan sungai dengan cara :-

  • Meningkatkan kualiti air sungai di lembangan-lembangan sungai yang dikenalpasti seperti :-
    • Lembangan Sungai Kerian (Sederhana Bersih);
    • Lembangan Sungai Jejawi (Tercemar);
    • Lembangan Sungai Juru (Tercemar);
    • Lembangan Sungai Perai (Sederhana Bersih); dan
    • Lembangan Sungai Pinang (Tercemar).
  • Menyediakan program pemuliharaan sungai secara total bagi Lembangan Sungai Pinang. Bagi Lembangan Sungai Perai, Sungai Juru dan Sungai Jejawi diberi tumpuan untuk meningkatkan kualiti air sekurang – kurangnya ke tahap kelas II;
  • Membuang dan menyelenggara sungai daripada tumbuhan dan sampah yang terapung sepanjang masa;
  • Menghapuskan semua bahan organik yang terdapat di dasar sungai melalui pembuangan kelodak;
  • Perangkap-perangkap sampah disediakan di saluran – saluran pembuangan untuk mencegah sampah dihanyutkan ke dalamsungai/laut;
  • Meningkatkan penguatkuasaan ke atas industri yang melepaskan effluen ke sungai;
  • Mempertingkatkan kempen kebersihan sistem saliran supaya tidak menjadi tempat pembuangan sampah;
  • Memastikan tindakan secara pro – aktif di dalam perancangan guna tanah yang melibatkan cadangan pembangunan di sekitar/ sepanjang lembangan sungai;
  • Pembuangan sampah dan pelepasan air kumbahan secara terus ke sungai – sungai dari semua jenis aktiviti terutama gerai – gerai makanan tidak dibenarkan dan perlu dikawal dan dirawat dengan penguatkuasaan yang lebih ketat;
  • Memilih jalan laut yang kurang memberikan impak terhadap alam sekitar semasa sisa – sisa pepejal diangkut ke Pulau Burung;
  • Menyediakan pengolahan yang mencukupi, pelupusan air basuhan domestik dan pelupusan air buangan penternakan khinzir secara bersesuaian; dan
  • Menyediakan kemudahan sesuai bagi pelupusan air buangan industri yang terolah.

Agensi Pelaksana:- JPS, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, Jabatan Pertanian, Jabatan Perhutanan, JAS, IWK dan JPP

DS56 L2

ii) Kualiti Udara dan Bunyi

Mengawal dan mengurangkan pencemaran udara dan bunyi dari kenderaan dan industri dengan cara :-

  • Melaksanakan skim – skim pengurusan lalu lintas untuk mempertingkatkan kelancaran aliran lalu lintas dan mengurangkan laluan 'berhenti- terus' yang dijangka mampu mengurangkan kebisingan yang lebih tinggi dan mengeluarkan asap yang berlebihan;
  • Penanaman pokok pinggiran jalan sebagai pemisah dan penampan antara lalu lintas dan kawasan kediaman dan industri. Ia juga boleh membantu meningkatkan nilai estetik dan berfungsi menyerap bunyi, mengurangkan tahap pencemaran udara danmenurunkan suhu setempat dan pematuhan Perintah Pemeliharaan Pokok;
  • Merancang supaya laluan terus tidakmelalui kawasan – kawasan kediaman;
  • Menggalakkan penggunaan pengangkutan awamdi kawasan bandar bagi mengurangkan bilangan kenderaan persendirian di jalan raya dengan memperbaiki danmempertingkatkan sistempengangkutan awam; dan
  • Mempertingkat penguatkuasaan ke atas industri dan kenderaan bermotor yangmengeluarkan asap dan bunyi bisingmelebihi had yang dibenarkan.

DS56 L3

  • Memastikan loji – loji pembancuh konkrit didirikan di atas tapak yang telah dikenalpasti oleh pihak PBT dan RT. Kawasan – kawasan yang dikenal pasti adalah :-
    • Tapak off Vale of Tempe (berhampiran tapak kuari sedia ada);
    • Tapak off Jalan Yeap Chor Ee;
    • Tapak di Relau (berhampiran tapak kuari sedia ada);
    • Tapak berhampiran dumping ground di Jalan Bakau; dan
    • Tapak tebus guna di kawasan perindustrian di BatuMaung.
  • Memastikan pembinaan loji pembancuh konkritmelalui proses permohonan kebenaranmerancang.

    Memastikan pembinaan tapak loji pembancuh konkrit mematuhi garis panduan seperti berikut :-

    • Mematuhi kehendak – kehendak Jabatan Alam Sekitar di bawah peraturan 4 di dalam Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih) 1978;
    • Tapak loji pembancuh konkrit hendaklah ditutup dengan penutup yang sesuai untuk mengelakkan habuk, simen dan pasir halus ditiupkan oleh angin dan bagimengurangkan pencemaran bunyi;
    • Loji – loji pembancuh konkrit handaklah dipasangkan dengan air filters dan water sprinkles yang sesuai dan berkesan;
    • Water trough hendaklah disediakan di tapak loji untuk mencuci tayar – tayar lori sebelum keluar ke jalan raya dan air kotoran tersebut tidak dibuang ke dalamparit – parit jalan;
    • Untuk projek pembinaan yang besar aktiviti loji pembancuh dibenarkan di dalam tapak pembinaan tetapi hanya boleh beroperasi sehingga selesai projek sahaja; dan
    • Tapak loji pembancuh hendaklah jauh dari kawasan kediaman atau kegunaan lain.

Agensi Pelaksana:-JPBD Negeri, MPPP,MPSP dan JAS.

DS56 L4

  • Mematuhi garis panduan khusus bagi pembangunan di sekitar Zon Lapangan Terbang dan Pengkalan Tentera. Langkah – langkah termasuklah :-
    • Membuat kerja – kerja landskap yang bersesuaian;
    • Membenarkan hanya pembangunan perindustrian/perdagangan sahaja di zon yang paling dekat dengan lapangan terbang;
    • Membenarkan perumahan di kawasan/zon tertentu yang cukup jauh (jarak) dari lapangan terbang/Pengkalan Tentera Udara;
    • Tidak membenarkan bangunan – bangunan sivik, sekolah di kawasan ini,
    • Menghadkan ketinggian bangunan maksimum 10 tingkat bagi bangunan kediaman di zon yang bersesuaian,
    • Bangunan – bangunan perdagangan/ perindustrian maksimum 2 tingkat sahaja; dan
    • Penyediaan garis panduan terperinci untuk pembangunan di sekitar lapangan terbang dan pengkalan tentera udara di peringkat RT.

Agensi Pelaksana:- JPBD Negeri, MPPP, MPSP, MAB dan Jabatan Penerbangan Awam.

DS56 L5

iii) Air Kumbahan

  • Memastikan air kumbahan dirawat terlebih dahulu sebelumdilepaskan ke sungai – sungai. Tindakan –tindakan yang perlu diambil ialah :-
    • Semua air kumbahan dari pembangunan baru hendaklah disalurkan ke sistem pengolahan kumbahan berpusat dan mengambil langkah –langkah untuk mencegah pencemaran air;
    • Menyiapkan kajian tadahan sistem pembetungan bagi semua bandar – bandar dan kawasan perindustrian utama;
    • Membina dan menyiapkan loji rawatan kumbahan berpusat dan loji rawatan enapcemar bagi menampung keperluan di George Town, Bayan Baru, Butterworth, Seberang Jaya, kawasan perindustrian Perai dan Bayan Lepas;
    • Menaiktaraf semua loji rawatan kumbahan sedia ada bagi membolehkan air yang dirawat mengeluarkan effluen sekurang – kurangnya 'Standard B';
    • Mengurangkan penggunaan sistemrawatan lain yang tidak cekap;
    • Memantau secara lebih berkesan ke atas kualiti air buangan untuk menentukan keberkesanan sistem– sistem kumbahan yang berfungsi;
    • Tidak akan memperbaharui lesen – lesen penternakan yang melebihi BOD yang ditetapkan;
    • Penguatkuasaan teknologi perawatan kumbahan berteknologi tinggi yang membolehkan kitaran semula air ladang dan tanpa kumbahan (zero discharge),
    • Menguatkuasakan Garis Panduan Penternakan Khinzir Negeri Pulau Pinang.

DS57 PENGGUNAAN TEKNOLOGI TERKINI YANG BERKOS EFEKTIF AKAN DIGUNAKAN BAGI PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN SISA BERJADUAL.

DS57 L1

i) Pelupusan Sisa Pepejal

Menggalakkan penggunaan kaedah pelupusan sisa pepejal yang moden, efisien dan kos efektif sertamesra alammelalui :-

  • Kaedah pelupusan yang lebih terancang dan moden dengan kos yang efektif perlu diambil kira bagi menjamin keberkesanan rawatan untuk jangka panjang;

  • Menggalakkan gaya hidup yang kurang menitik beratkan penggunaan bahan yang dinyahgredkan;

  • Mempertingkatkan amalan program 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) melalui kempen – kempen kesedaran di kalanganmasyarakat awam;

  • Mengenal pasti mod pengangkutan melalui jalan laut dari bahagian pulau ke tapak pelupusan Pulau Burung yang lebih efisien, laluan yang selamat dan menyediakan pelan pengurusan risiko/bencana jika berlaku kejadian tumpahan sisa-sisa pepejal ke dalamlaut;

  • Menambah serta meningkatkan kualiti pangkalan data mengenai sumber pencemaran;

  • Mencari cara pelupusan alternatif jangka panjang bagi menggantikan cara pelupusan penimbusan; dan

  • Mengenal pasti kaedah mesra alam pengurusan dan penggunaan semula sisa pepejal.

Agensi Pelaksana:- KPKT, UPEN, MPPP dan MPSP

DS57 L2

ii) Pelupusan Sisa Berjadual

Menyediakan sebuah stesen pindah bagi sisa industri berjadual yang akan dikenalpasti di dalam RT dengan :-

  • Membangunkan kemudahan prasarana asas untuk sisa – sisa industri berjadual;

  • Menyegerakan pembinaan stesen pindah (transfer station) sisa industri berjadual sebelum dibawa ke Bukit Nanas, Negeri Sembilan untuk dilupuskan; dan

  • Menyediakan prasarana yang moden bagi pelupusan sisa industri ICT.

DS58 PENGURUSAN SUMBER BEKALAN AIR NEGERI YANG LEBIH BAIK AKAN DILAKSANAKAN BAGI MENJAMIN KUALITI DAN KUANTITI BEKALAN.

DS58 L1

Menubuhkan Jawatankuasa khusus State Water Resources Council (SWRC) yang berperanan :-

  • Melulus dan memastikan pematuhan polisi berkenaan dengan keutamaan penggunaan air, pelan mitigasi banjir, pengurusan lembangan sungai, pemantauan pembangunan guna tanah di koridor lembangan sungai;
  • Meluluskan pelan jangka panjang pengurusan dan pembangunan lembangan sungai;
  • Menyemak dan menentukan polisi kadar tariff harga air; dan
  • Mewakili Kerajaan Negeri di dalam mesyuarat National Water Resources Council (NWRC) di peringkat Kerajaan Persekutuan.*5
*5 Master Plan Study On Flood Mitigation and River Management For Kerian and Kurau River Basin, JPS Malaysia 2005

Agensi Pelaksana:- JPS, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, Jabatan Pertanian, JAS dan JBA.

DS58 L2

Melaksanakan program Intergrated River Basin Management (IRBM) dan Intergrated Water Resources Management(IWRM) dengan Negeri-Negeri berjiran seperti Kedah dan Perak yang merangkumi 12 cadangan seperti berikut :-

  • Penyelarasan Kerjasama Melalui Pengubalan Akta dan Polisi seperti RMK – 9, RFN dan lain –lain
  • Bekerjasama di dalam memantau isu-isu semasa berkenaan dengan pengurusan lembangan sungai;
  • Menyelaras perancangan pembangunan kawasan bersempadanan melalui bekerjasama dengan JPBD Negeri berkenaan bagi kawasan pemeliharaan, kawasan yang dibenarkan untuk pembangunan dan kawasan yang dibenarkan untuk pembangunan dengan bersyarat;
  • Penentuan pemilikan serta hak penggunaan air bagi kawasan lembangan sungai;
  • Memastikan penyaluran sumber bekalan air di kawasan lembangan sungai yang saksama bagi lembangan sungai yang dikongsi bersama dengan Negeri jiran;
  • Mencadangkan pemeliharaan sumber bekalan air serta penggunaan air secara efisien;
  • Pelanmitigasi peparitan dan banjir;
  • Pemeliharaan alam sekitar terutama dari pencemaran sumber seperti industri dan sebagainya;
  • Menggalakkan penyertaan pihak awam dan swasta yang terlibat secara langsung ataupun tidak di dalam memahami serta mengurus sumber bekalan air;
  • Penentuan tariff harga air oleh kerajaan Negeri;
  • Pemeliharaan sumber bekalan air; dan
  • Perkembangan baru yang melibatkan polisi seperti Non - Revenue Water (NRW), pemindahan hak dan tanggungjawab, polisi bekalan air yang baru dan sebagainya.

DS59 MENYEDIAKAN SATU PELAN BIODIVERSITI BAGI NEGERI PULAU PINANG KE ARAH MEMELIHARA ALAM SEKITAR SECARA MAPAN.

DS59 L1

Menyediakan satu pelan biodiversiti bagi Negeri Pulau Pinang bertujuan membuat inventori lengkap kepelbagaian biologi Negeri dan bagi mengawal kemusnahan ekologi semula jadi akibat daripada aktiviti pembangunan yang tidak terkawal dan merangkumi aspek pengekalan, pengurusan sumber semula jadi dan tanggungjawab penglibatan orang awam dan sektor swasta di dalam memastikan kualiti alamsekitar terjamin.

Agensi Pelaksana:- JPS, Jabatan Laut, MPPP, MPSP, Jab. Perhutanan, Jab. Perhilitan, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah, JAS dan NGO.

DS59 L2

Memelihara dan mengguna secara mapan kepel bagaian biological Negeri berdasarkan kepada prinsip – prinsip di dalamDasar Biologikal Negara iaitu :-

  • Kepel bagaian biologi adalah warisan Negara yang perlu diurus dengan mapan dan digunakan dengan bijak dan dipelihara untuk kegunaan generasi akan datang;
  • Sumber – sumber biologi adalah modal semula jadi dan pemelih araannya adalah satu pelaburan yang akan memberikan faedahnya tempatan, negara dan global untuk kini danmasa hadapan;
  • Faedah daripada pengurusan mapan kepel bagaian biodiversiti ini akan melibatkan segenap sektor masyarakat;
  • Pengurusan mapan kepel bagaian biodiverisiti adalah tanggung jawab segenap lapisan masyarakat;
  • Adalah menjadi tanggung jawab Kerajaan untuk merumus dan melaksanakan rangka kerja dasar untuk penggunaan dan pengurusan mapan kepel bagaian biologi dengan kerjasama rapat antara para saintis, komuniti bisnes dan orang awam;
  • Peranan masyarakat setempat di dalam pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan kepelbagaian biologi ini hendaklah diterima dan perkongsian faedah yang saksama mestilah dipastikan;
  • Kesedaran awam dan pendidikan adalah perlu untuk memastikan pemeliharaan kepelbagaian biologi dan penggunaan mapan komponen - komponennya; dan
  • Di dalam penggunaan kepel bagaian biologi termasuk penciptaan dan pembangunan bioteknologi, prinsip – prinsip dan amalan hendaklah dipatuhi.

DS60 POLISI PENGURUSAN PANTAI BERSEPADU AKAN DILAKSANAKAN DI KAWASAN ZON PANTAI DAN KAWASAN DARAT ZON PANTAI (ICZM).

DS60 L1

Mewujudkan pengurusan zon pantai yang berintegrasi dan berdasarkan ekosistem melalui badan pengurusan zon pantai secara bersepadu yangmeliputi beberapa agensi termasuklah JPS, JAS, PBT,MACRES, Jabatan Perikanan dan sebagainya :-

  • Untuk menentukan kawasan larangan marin ecosystem - based bagi zon pantai Negeri Pulau Pinang;
  • Menentukan badan pengurusan zon pantai secara bersepadu yangmeliputi beberapa agensi termasuklah JPS, JAS, PBT, MACRES, Jabatan Perikanan, Jabatan Laut dan lain –lain; dan
  • Untuk mengukuhkan keupayaan kerja – kerja penguatkuasaan undang – undang dan peraturan berhubung pembangunan zon pantai.

Agensi Pelaksana:- UPEN, Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan, JPS, MPPP, MPSP, JPBD Negeri, Jabatan Laut dan Jabatan Perikanan.

DS60 L2

Memastikan penggunaan sumber zon pantai secara cekap dan pembangunan fizikal secaramapan bagimencapai produktiviti yang optimum.

DS60 L3

Mensyaratkan rujukan kepada JAS tentang keperluan laporan penilaian kesan alam sekitar terperinci (DEIA) bagi semua pembangunan di kawasan zon pantai tanpa mengira saiz atau jenis pembangunan (termasuk pembangunan perumahan, perniagaan dan pelancongan). Analisis yang dijalankan hendaklah mengambil kira impak kumulatif semua pembangunan (termasuk pembangunan di sekitarnya) sama ada kecil atau besar.

DS60 L4

Mensyaratkan penyediaan bon oleh pemaju untuk tujuan pemuliharaan atau ganti rugi ke atas kerosakan yang diakibatkan oleh pembangunan berkenaan ke atas zon pantai dan kawasan sekitarnya.

DS60 L5

Mensyaratkan penyediaan dan kelulusan laporan penilaian kesan sosial (SIA) untuk semua pembangunan di zon pantai dengan memberi penekanan kepada isu keselamatan dan kesihatan awam.

DS60 L6

Mensyaratkan pemaju menyediakan bon Environmental Impact Performancekesan sosial bagi tujuan pemberian pampasan kepada pihak yang berkepentingan atau yang terjejas akibat daripada pembangunan zon pantai.

DS60 L7

Menyediakan Pelan Pengurusan Pantai di peringkat RT bagi kawasan pantai yang berisiko.

DS60 L8

Mengoptimumkan akses orang awam kepada kemudahan dan pantai awam melalui :-

  • Mesyaratkan penyediaan pejalan kaki awamyang selamat di dalamsemua pembangunan di dalam zon pantai dan penyediaan pejalan kaki sebagai penghubung di antara pembangunan – pembangunan di dalam zon pantai; dan
  • Mensyaratkan penyediaan pejalan kaki awamlengkap dengan kemudahan – kemudahanOKU.

Semua akses awam di zon pantai hendaklah diserahkan kepada Kerajaan untuk kegunaan awambersama geran penyelenggaraan oleh pemaju.

DS60 L9

Mesyaratkan ajakan 60mdari zon pantai untuk kawasan pantai berpasirmanakala kawasan lainnya, jarak anjakan pantai hendaklah berdasarkan keaktifan morfologinya.

DS60 L10

Memelihara kepelbagaian biologikal zon pantai untuk biomes, habitat, ekosistem, spesis, populasi dan kepelbagaian genetik.

DS60 L11

Mengeluar danmenyebarkanmaklumat bagi tujuan pengurusan zon pantai yang lebih menyeluruh untuk menyebarkan dan mendapatkan maklumat berhubung inisiatif perancangan dan pengurusan zon pantai.

DS60 L12

Mengujudkan mekanisme penglibatan awam secara aktif di dalam isu – isu berkaitan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan semua aktiviti dan pembangunan di dalamzon pantai.

DS60 L13

Memastikan pengeluaran makanan secara mapan daripada sumber – sumber zon pantai untukmemenuhi keperluan tempatanmelalui :-

  • Melaksanakan sistem pelepasan cukai dan insentif kewangan untuk menggalakkan penyelidikan dan pengeluaran makanan dari sumber - sumber zon pantai oleh sektor swasta;
  • Menjalankan kajian – kajian berhubung pertanian, akuakultur dan penternakan ikan dalam sangkar untuk menanda aras Pulau Pinang di peringkat antarabangsa danmengenal pasti inovasi dan penambahbaikan;
  • Menyediakan sokongan kewangan, sumber manusia dan teknikal kepada Jabatan Perikanan untukmenjalankan kaji selidik perikanan yang terperinci di seluruh zon pantai Negeri Pulau Pinang dan kaji selidik ini hendaklah dijalankan secara berkala setiap 3 tahun dan seterusnya menerbitkan penemuan dari kaji selidik ini;
  • Menjalankan kajian untuk membentuk strategi – strategi pengeluaran, pemasaran dan logistik yang bersesuaian untuk hasil makanan zon pantai. Kajian ini juga hendaklah memberi pertimbangan yang sewajarnya secara adil tentang hak untuk memasar, mengumpul pendapatan dan mendapat bantuan kewangan bagi tujuan perniagaan oleh pengeluar-pengeluar kecil – kecilan;
  • Memberi pelepasan cukai dan duti import bagi pelaburan di dalam industri perikanan termasuk penyelidikan, kaji selidik dan pembangunan untuk menambah kecekapan pengeluaran makanan;
  • Melaksanakan sistem insentif kewangan untuk menggalakkan pelaburan di dalam mekanisasi dan teknologi maklumat kepada syarikat – syarikat pengeluarmakanan, pertanian dan penangkapan ikan di zon pantai; dan
  • Menjalankan kajian untuk menilai kecekapan di dalam penggunaan tanah, tenaga buruh dan sumber – sumber biologikal di zon pantai untuk tujuan perikanan.

DS60 L14

Meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan kepelbagaian aktiviti di dalamzon pantaimelalui :-

  • Menyediakan insentif kewangan untuk pelaburan klaster industri pantai yang mapan termasuk industri yangmenggunakan sumber –sumber semula jadi;
  • Menggalakkan pelancongan dan industri pantai melalui penyelidikan tentang faedah ekonomi dan kesan sosial dari aktiviti pelancongan pantai dan rekreasi ini;
  • Melengkapkan zon pantai dengan infrastruktur seperti jalanraya, sistem pelupusan sisa pepejal, dermaga dan sebagainya di mana bersesuaian; dan
  • Menyediakan strategi khusus tentang keperluan pembangunan dan promosi semua aktiviti di dalamzon pantai seperti berenang,memancing, berkayak, perkhemahan dan sebagainya.

DS60 L15

Untuk menghapus kemiskinan dan memastikan faedah yang diperolehi dari zon pantai dapat dinikmati oleh semuamelalui :-

  • Pampasan yang sewajarnya bagi kerosakan atau kemerosotan yang diakibatkan oleh pembangunan zon pantai melalui penempatan semula yang bersesuaian dan bantuan lain dimana bersesuaian;
  • Pemaju hendaklah disyaratkan bon kesan sosial untuk tujuan pemberian pampasan kepada pihak yang berkepentingan atau yang terjejas akibat daripada pembangunan zon pantai;
  • Menyediakan latihan dan latihan semula kepada penduduk kawasan pantai yang kehilangan pekerjaan akibat daripada pembangunan zon pantai ini atau akibat daripada kemerosotan alam sekitar sehingga menyebabkan kehilanganmata pencarian;
  • Mensyaratkan penyediaan laporan penilaian kesan sosial (SIA) untuk semua pembangunan di zon pantai dengan memberi penekanan kepada isu keselamatan dan kesihatan awam;
  • Menjalankan program pembersihan pantai dan menggalakkan penyertaan penduduk setempat;
  • Menyediakan perkhidmatan pengawal pantai untuk zon pantai yang dibenarkan untuk kegiatan berenang dan berkelah;
  • Menganjurkan program capacity building kepada pegawai – pegawai penguat kuasa undang – undang alamsekitar dengan pemfokusan kepada aspek kesihatan dan keselamatan;
  • Untuk mengoptimumkan akses orang awam kepada kemudahan dan pantai awam melalui :-
    • Memajukan sistem pengangkutan yang bersepadu di kawasan zon pantai;
    • Mensyaratkan penyediaan pejalan kaki pembangunan di dalam zon pantai dan yang selamat di dalam semua penyediaan pejalan kaki sebagai penghubung di antara pembangunan – pembangunan di dalamzon pantai;
    • Menyediakan kemudahan – kemudahan pejalan kaki yang selamat di antara nod – nod pengangkutan, pusat bandar dan kawasan pantai; dan
    • Menyediakan kemudahan – kemudahan untuk pejalan kaki yang mesra OKU.
  • Untuk memelihara dan memulihkan alamsekitar zon pantai melalui :-
    • Pemantauan alamsekitar zon pantai; dan
    • Memelihara alam sekitar zon pantai melalui penentuan hirarki piawaian kualiti air marin, mensyaratkan pemaju menyumbang dana bagi pembinaan dan peningkatan taraf kemudahan rawatan betungan, penyediaan kemudahan – kemudahan yang tidak menghalang kehadiran hidupan laut ke kawasan zon pantai, menyediakan Pelan Kontigensi Tumpahan Bahan Kimia/Minyak dan sebagainya.
  • Memulihkan alam sekitar zon pantai melalui pembaik pulihan dan peningkatan taraf kemudahan rawatan betungan untuk mencapai kualiti air marin yang lebih baik dan menganjurkan program – program penanaman dan pembenihan hutan paya laut di kalangan masyarakat awam dan memberikan insentif kewangan bagi yang menunjukkan inisiatif yang serius.

DS61 MEMBERI PERTIMBANGAN KEPADA ISU – ISU ALAM SEKITAR SEMASA MERANCANG, MEMBANGUN DAN MELAKSANAKAN PEMBANGUNAN GUNA TANAH DAN BANGUNAN.

DS61 L1

Menguatkuasakan peraturan – peraturan, garis panduan dan undang – undang yang berkaitan alam sekitar secara bersepadu, termasuklah Garis Panduan Pembangunan Di Kawasan Bukit yang diterimapakai di peringkat Negeri.

Agensi Pelaksana:- MPPP, MPSP, JPBD Negeri, Jabatan Perhutanan, Pemaju Hartanah, JAS, JPS, Semua Jabatan dan Agensi Kerajaan lainnya.

DS61 L2

Memberi penekanan kualiti alam persekitaran di dalam semua aktiviti perancangan.

DS61 L3

Aktiviti – aktiviti ekonomi padamasa akan datang akan dipastikanmempunyai ciri – ciri pembangunan yangmapan danmesra alam. Keutamaan akan diberi kepada pemindahan teknologi dan penyelidikan serta projek pembangunan dalam bidang teknologi alam sekitar untuk menggalakkan inovasi teknikal dan saingan peringkat antara bangsa dalambidang –bidang penting seperti pengurangan sisa, kitar semula, pemerolehan kembali, pengolahan dan pelupusan yang selamat, kaedah baru dalammenangani pencemaran dalambidang – bidang yang diberi keutamaan, dan pembangunan langkah – langkah kawalan untukmencegah dan mengurangkan pencemaran.

DS61 L4

Menguatkuasakan penyediaan EIA dalam semua projek pembangunan melebihi 20 hektar.

DS61 L5

Menggalakkan pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan bersama antara agensi – agensi yang terlibat dalam pertimbangan pembangunan untuk aktiviti yangmemerlukan kebenaranmerancang.

DS61 L6

Penanaman semula pokok bakau di kawasan hutan paya laut.

DS61 L7

Penanaman semula pokok – pokok hutan yang telah ditebang (deforeststation).

DS61 L8

Penanaman tanaman tutup bumi seperti rumput serta tumbuhan menjalar lain bagimengurangkan hakisan semasa dan selepas kerja – kerja pembinaan.

DS61 L9

Menyediakan koridor hijau yang menghubungi kawasan hutan bagi tujuan memudahkan pergerakan binatang dan unggas.

DS61 L10

Mengadakan inventori dan auditmengenai alamsekitar dan sumber asli Negeri.

DS61 L11

Mengujudkan sistem pengawasan alam sekitar untuk menilai kesan projek pembangunan ke atas alamsekitar.

DS61 L12

Pengezonan kawasan sumber asli khususnya yang mengandungi ekosistem dan habitat yang kaya dengan unsur – unsur hayat untuk tujuan pemuliharaan dan perlindungan flora dan fauna asli dan sumber – sumber genetik.

DS61 L13

Perancangan guna tanah dan pelaksanaannya akan berteraskan kepada penilaian menyeluruh ke atas parameter – parameter kritikal seperti kesesuaian, keupayaan dan keperluan memulihara tanah dengan mengambilkira kehendak masyarakat semasa dan akan datang.

DS61 L14

Teknik pemetaan sumber dan GIS yang memperjelaskan kawasan – kawasan sensitif seperti tanah curam, kawasan berbukit, curam dan sebagainya akan digunapakai secarameluas.

DS61 L15

Penekanan khas akan diberi untuk mengurangkan kemerosotan tanah seperti hakisan tanah, termasuk aktiviti kuari.

DS61 L16

Hutan Negeri dan sumber – sumbernya akan diurus secara lestari untuk faedah ekonomi, fizikal dan sosial.

DS61 L17

Satu inventori yang sistematik dan menyeluruh tentang sumber air sedia ada yang berpotensi (termasuk air bawah tanah) akan diujudkan.

DS61 L18

Menyediakan pelan jangka panjang bagi pengurusan dan perlindungan air untuk mencegah pembaziran, pencemaran dan kitar semula.

DS61 L19

Bagi pengurusan lembangan sungai dan projek pembangunan berkaitan, prosedur tertentu untuk perancangan, termasuk pengkelasan, penggunaan bermanafaat, penyelarasan dan pemantauan akan digabungkan untuk memastikan kemapanan.

DS61 L20

Pengurusanmesra lautan, zon pantai, paya laut dan pulau.

DS61 L21

Penjimatan tenaga dan penggunaan teknologi dan proses cekap tenaga akan digalakkan.

DS61 L22

Memulihara dan melindungi unsur – unsur warisan sejarah, sosial dan kebudayaan termasuk bentuk dan landskap – landskap semulajadi yangmenonjol.

4.5 DASAR KHUSUS (DK)

Dasar khusus dirangka bagi memperlihatlkan kepentingan sesebuah tempat yang telah dikenalpasti dari segi ekonomi, alam sekitar dan pembangunan fizikal. Pembentukan dasar khusus ini juga adalah sebagai dasar tambahan kepada dasar umum serta dasar subjek RSNPP yang telah dikenalpasti.

4.5.1 Aspek Pengekalan Kawasan Warisan George Town

Pengekalan kawasan warisan adalah amat penting kepada Negeri Pulau Pinang memandangkan kawasan ini mempunyai kepentingan kepada pelancongan Negeri. Pencalonan kawasan warisan ke Senarai Warisan Dunia UNESCOakanmemberikan kesan secara langsung kepada pelancongan Negeri.Oleh yang demikian, RSNPPmenekankan kepada aspek pemuliharaan dan pengekalan bangunan – bangunan warisan yang telah dikenalpasti di samping menggalakkan pembangunan secara bersepadu dijalankan.

DK1 ASPEK PEMULIHARAAN AKAN DIINTEGRASIKAN DENGAN PEMBANGUNAN BERSEPADU DI KAWASAN PENGEKALAN WARISAN . (INNER CITY GEORGE TOWN)

DK1 L1

Membenarkan para pemilik bangunan dalam kawasan warisan membangunkan harta tanahnya secara individu berdasarkan konsep pembangunan bersepadu yang disediakan serta mematuhi dasar dan garis panduan berkenaan Rekabentuk Untuk Kawasan – Kawasan Pemeliharaan Di Dalam Kawasan Dalaman Bandaraya George Town oleh MPPP. Antara dasar dan garis panduan yang di gariskan :-

  • Garis panduan untuk bangunan Warisan dan Kumpulan Bangunan Berciri Serupa yang berada di dalam Kategori I sebagaimana ditetapkan oleh Pihak Berkuasa, tiada perobohan, pindaan atau tambahan kepada bangunan selain daripada pembangunan atau kerja – kerja yang perlu untuk mengekalkan dan menyelenggara bangunan untuk membaiki keadaan bangunan dibenarkan.

Agensi Pelaksana:- UPEN, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah dan Penang Heritage Trust (NGO).

DK1 L2

Memastikan sebarang bentuk pembangunan atau pengubahsuaian mematuhi garis panduan untuk Bangunan Warisan dan Kumpulan Bangunan Berciri Serupa yang berada di dalam Kategori II sebagaimana ditetapkan oleh Pihak Berkuasa.

  • Keadaan rupa luar masa kini bangunan tersebut hendaklah dikekalkan dan tiada pindaan ke atas mana – mana bahagian hadapan bangunan (facade) dibenarkan, selain dari kerja – kerja yang perlu untuk mengekalkan dan menyelenggara bangunan untuk membaiki keadaan bangunan;

  • Pembangunan semula bagi sebahagian daripada kawasan mungkin boleh dibenarkan bergantung kepada situasi;

  • Sebarang tambahan atau sambungan kepada bangunan sedia ada akan hanya dibenarkan bergantung kepada merit cadangan tersebut;

  • Pindaan di bahagian dalam boleh dibenarkan tertakluk kepada kelulusan MPPP;

  • Penggunaan semula yang berpadanan bagi sesuatu bangunan akan dibenarkan selagi keadaan rupa bangunan tidak terjejas atau berubah;

  • Sebarang pemasangan semula bumbung hendaklah dari jenis bahan yang asal atau hampir asal; dan

  • Tiada alat pengudaraan secara mekanikal atau sebahagian darinya hendaklah tidak kelihatan dari jalan raya. *9

*9 Dasar-dasar dan Garis Panduan, Jabatan Perancangan Bandar dan Pembangunan

DK1 L3

Mewujudkan sistem jalan raya dan lalu lintas yang lebih berkesan dalam kawasan pusat bandar dan juga memberi nilai ditambah kepada penggunaan bangunan – bangunan warisan termasuk kemudahan siar kaki di hadapan bangunan, menutup longkang – longkang terbuka, menyediakan kemudahan tempat duduk, tong sampah serta lintasan pejalan kaki, pintu gerbang serta perabot jalan yangmenarik.

DK2 PENGGUNAAN SEMULA BANGUNAN – BANGUNAN WARISAN DI KAWASAN PUSAT BANDAR AKAN DIGALAKKAN.

DK2 L1

Menggalakkan penggunaan semula bangunan – bangunan warisan sedia ada di dalam kawasan warisan dan luar kawasan dengan pemberian insentif dan rebat - rebat yang bersesuaian bertujuan untukmenggalakkan pemuliharaan bangunan - bangunan bernilaiwarisanmelalui :-

  • Pemberian insentif yang dikenal pasti dan hanya tertakluk kepada pemeliharaan bangunanwarisan berkategori I dan II adalah seperti :-

    • Pemohonan diproses secara fast track;
    • Pengecualian anjakan bangunan untuk pelebaran jalan;
    • Pembatalan garisan pelebaran untuk lorong belakang;
    • Membenarkan pertukaran kegunaan yang bersesuaian (adaptive use);
    • Insentif peruntukan tempat letak kereta;
    • Pemberian geran penyelenggaraan; dan
    • Pengecualian bayaran pembangunan, sumbangan penanaman pokok dan bayaran caruman pemaritan.
  • Pertukaran kegunaan bangunan dibenarkan untuk bangunan – bangunan sedia ada dan bukannya bertujuan untuk pembangunan semula;

  • Pertukaran kegunaan dibenarkan dengan mengekalkan keadaan rupa luar bangunan dan tiada pindaan ke atas bahagian hadapan bangunan dibenarkan selain untuk kerja – kerja penyelenggaraan;

  • Pertukaran kegunaan bangunan yang dibenarkan di zon – zon yang telah dikenalpasti seperti berikut :-

    • Kegunaan Yang Boleh Dibenarkan Dalam Zon Kediaman
      • Kediaman;

      • Persatuan;

      • Institusi (Rumah Kebajikan dan RumahOrang Tua);

      • Pusat Pendidikan; dan

      • Tadika/Taman Asuhan

    • Kegunaan Yang Boleh Dibenarkan Dalam Zon Perniagaan Terhad dan Kediaman
      • Kediaman;

      • Pejabat;

      • Kedai Eksklusif (Butik, Ruang Pameran, Pusat Barang Kemas);

      • Kelab Persendirian/Eksklusif;

      • Institusi – institusi Kebajikan;

      • Pusat Keagamaan;

      • Tadika/Taman Asuhan; dan

      • Rumah Tumpangan/Hotel dan kegunaan ansiliari.

    • Kegunaan Yang Boleh Dibenarkan Dalam Kawasan Khas Pertukaran Kegunaan Bangunan Sedia Ada
      • Kediaman;

      • Pejabat;

      • Kedai;

      • Rumah Tumpangan;

      • KedaiMakan/Restoran; dan

      • Pelancongan (kedai cenderamata, antik, kraftangan).

Agensi Pelaksana:- UPEN, JPBD Negeri, MPPP, MPSP, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah dan Penang Heritage Trust (NGO).

4.5.2 Tanah Bukit

Tekanan pembangunan yang tinggi di bahagian Pulau menyebabkan kawasan tanah bukit yang berketinggian melebihi 76 meter (250 kaki) semakin terancam. Penwartaan kawasan tanah bukit sebagai kawasan pengekalan serta penguatkuasaan garis panduan perancangan dan pengawalan kawasan tanah bukit perlu untuk memastikan kawasan ini terus terpelihara untuk menjamin kesimbangan ekologi Negeri.

DK3 AKTIVITI PEMOTONGAN TANAH BUKIT AKAN DIKAWAL MELALUI PENGUATKUASAAN GARIS PANDUAN KAWASAN BERISIKO.

DK3 L1

Mengekalkan kawasan yang berada di aras 76m (250 kaki) dan ke atas sebagai kawasan berbukit/ kawasan alam semulajadi, termasuk tanah – tanah yang diwartakan di dalamAkta Pemeliharaan Tanah, 1960 (Warta Tanah Bukit).

Agensi Pelaksana:- Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan, JPS, MPPP, MPSP, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah, JAS dan JPBD Negeri.

DK3 L2

Sebarang pembangunan perbandaran yang meliputi pembangunan perumahan, perhotelan, resort, perdagangan dan perindustrian; serta aktiviti pertanian tidak dibenarkan bagi :-

  • Kawasan tanah tinggi yang diwartakan di bawah Akta Pemeliharaan Tanah 1960; atau
  • Sebarang tanah yang berada pada aras melebihi 76m(250kaki); dan atau
  • Berkecerunan melebihi 25°.

DK3 L3

Mensyaratkan tanah – tanah yang telah diberikan kelulusan oleh pihak berkuasa bagi tujuan pengeluaran tanah dari Warta Tanah Bukit untuk tertakluk kepada kehendak – kehendak perancangan dan garis panduan Kawasan Berisiko yang digunapakai oleh Negeri.

DK3 L4

Pembangunan secara terhad bagi projek istimewa di kawasan aras tanah ketinggian 76m(250 kaki) atau lebih memerlukan kawalan ketat denganmematuhi garispanduan pembangunan kawasan tanah tinggi dan mana-mana garispanduan yang ditetapkan oleh kerajaan; dan mendapat kelulusan EIA serta mendapat kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri.

DK3 L5

Mensyaratkan semua pembangunan di kawasan yang kecerunan tanahnya melebihi 25° sama ada tertakluk kepada Warta Tanah Bukit atau berada pada aras 76m(250kaki) atau kurang masih tertakluk kepada kehendak – kehendak perancangan dan garis panduan Kawasan Berisiko yang digunapakai Negeri.

DK3 L6

Mewartakan semua kawasan bukit yang sensitif dari segi ekologi dan alam sekitar sebagai tanah bukit/kawasan alamsemulajadi.

DK3 L7

Meningkatkan usaha penguatkuasaan bagi mencegah dan menghentikan pertanian dan pembangunan tanpa lesen di kawasan berbukit dan menghadkan pertanian di kawasan tanah tinggi melebihi 100 kaki kepada tanaman kekal sahaja selaras dengan peruntukan Akta Pemeliharaan Tanah 1960.

DK3 L8

Meningkatkan pemantauan terhadap tahap keselamatan kawasan pembangunan tepi bukit sedia ada.

DK3 L9

Melaksanakan dengan lebih tegas peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 1995.

4.5.3 Taman Negara Pulau Pinang

Penwartaan Hutan Simpan Pantai Acheh sebagai Taman Negara Pulau Pinang memberikan signifikasi yang amat besar kepada pelancongan Negeri. Keindahan flora dan fauna, pantai dan karangan laut menjadikan ia satu tarikan yang amat menarik untuk dilawati. Oleh yang demikian kawasan Taman Negara akan terus di kekalkan dan dipelihara untuk memastikan ekologi semula jadi taman ini terjamin disamping dikawal dengan mengadakan had tampungan pelawat yang di benarkan berada di taman negara pada satu – satumasa.

DK4 KEPENTINGAN HIDUPAN LIAR, HIDUPAN LAUT SERTA TUMBUH – TUMBUHAN DI TAMAN NEGARA PULAU PINANG AKAN DIPELIHARA DAN DILINDUNGI.

DK4 L1

Memastikan segala pembangunan serta pengurusan Taman Negara Pulau Pinang mengikuti Akta Taman Negara 1980, (Akta 226) dan Pelan Pengurusan Taman Negara Pulau Pinang.

Agensi Pelaksana:- Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan, JPS, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah, JAS dan JPBD Negeri.

DK4 L2

Mempromosikan Taman Negara Pulau Pinang sebagai pusat penyelidikan, pembelajaran, rekreasi dan aktiviti eko-pelancongan dengan tarikan seperti Tasik Meromiktik, Tanah Lembab, Hutan Pamah/Bukit Dipterokap, Hutan paya laut, Pelantar Laut Berlumpur, Pantai Berpasir, Batu Karang, Batu Granit Laut dan tarikan Rumah Api di puncak Tanjung Pucat.

DK4 L3

Memastikan kepentingan 1000 spesis tumbuhan/pokok serta 190 spesis fauna yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang terpelihara dengan pemeliharaan ekologi semula jadi dan pemantauan alamsekitar yang berkesan kerana Taman Negara ini terletak bersempadanan dengan kawasanmetropolitan.

DK4 L4

Penubuhan satu Jawatankuasa Taman Negara di bawah Akta Taman Negara 1980 (Akta 226), yang berperanan untukmenasihati perkara – perkara berkaitan dengan pemuliharaan, penjagaan, pengawalan, pengurusan dan pembangunan Taman Negara.

4.5.4 Kawasan – Kawasan Berciri Istimewa

Kawasan – kawasan seperti Bukit Bendera, Kebun Bunga, Taman Belia Perbandaran dan kawasan Pantai Utara Pulau Pinang (Tanjung Bungah – Teluk Bahang) telah menjadi imej pelancongan yang sinomin dengan Negeri Pulau Pinang. Bagaimanapun tahap penyelenggaraan yang rendah menyebabkan lokasi pelancongan ini semakin kurang dilawati. Oleh yang demikian untukmeningkatkan kegemilangan kawasan – kawasan ini, penaikkan taraf infrastruktur serta peningkatan kemudahan pelancongan perlu dilaksanakan.

DK5 MENGENAL PASTI KAWASAN BERCIRI ISTIMEWA UNTUK DIKEKALKAN, DIBAIKPULIH DAN DIPERINDAHKAN.

DK5 L1

Menyenaraikan kawasan Bukit Bendera, Kebun Bunga, Taman Belia Perbandaran, Hutan Rimba Rekreasi Teluk Bahang, Kawasan Pantai Utara Pulau Pinang (Tanjung Bungah – Teluk Bahang) dan Taman Negara Pulau Pinang sebagai kawasan berciri istimewa untuk diurus secara bersepadu.

Agensi Pelaksana:- JPBD Negeri, MPPP, MTPN, Lembaga Penggalak Pelancongan, Jab. Perhutanan, Jab. Perhilitan, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah dan Penang Heritage Trust (NGO).

DK5 L2

Menaikan taraf kawasan berciri istimewa dengan penyediaan kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam.

DK5 L3

Menambah tarikan Bukit Bendera dengan cadangan kereta kabel.

DK5 L4

Memperindahkan pintumasuk ke kawasan –kawasan berciri istimewa.

DK5 L5

Menganjurkan acara – acara di peringkat tempatan dan antarabangsa bagi mempromosikan semula kawasan berciri istimewa sebagai tempat tarikan pelancong.

DK5 L6

Menonjolkan nilai – nilai sejarah kawasan – kawasan berciri istimewa ini melalui pemuliharaan bangunan – bangunanwarisan.

DK5 L7

Mengawal pemotongan tanah bukit untuk mencegah hakisan tanah, mendapan kelodak di sungai dan laut serta kecacatan pemandangan di bukit bukau.