3.0 PELAN STRATEGIK GUNA TANAH (GAMBAR RAJAH UTAMA)

3.1 PENGENALAN

Pelan Strategik Guna Tanah yang dikenali sebagai Gambar Rajah Utama RSNPP adalah merupakan pelan indikatif yang menggariskan secara am pemajuan dan penggunaan tanah Negeri Pulau Pinang pada tahun 2020. Ia disediakan bagi menjelaskan dasar-dasar dan cadangan-cadangan amRSNPP 2020 ke dalambentuk ruang. Dasar-dasar dan cadangan-cadangan am ini disediakan di dalam konteks Strategi Pembangunan Guna Tanah dan hendaklah dibaca bersama-sama Pernyataan Bertulis. Fungsi utama pelan ini ialah sebagai panduan dalam perlaksanaan RSNPP 2020, termasuk bagi penyediaan RT, RKK, pengawalan perancangan dan sebagainya. Pembentukan Pelan Strategik Guna Tanah adalah merupakan hasil gabungan daripada komponen-komponen pembangunan yang menyokong dasar-dasar dan cadangan-cadangan am RSNPP 2020.

3.2 MATLAMAT DAN ASAS STRATEGIK GUNA TANAH

Mengambil kira arah tuju pembangunan yang telah dikenal pasti untuk melengkap dan saling menyokong perancangan dan program-program pembangunan Negeri, matlamat dan asas-asas strategik guna tanah telah digariskan seperti berikut :-

Matlamat RSNPP 2020 ialah :

“MEMANTAPKAN PEMBANGUNAN FIZIKAL YANG MAPAN BAGI MENYOKONG PEMBENTUKAN PULAU PINANG SEBAGAI SEBUAH NEGERI MAJU DAN MENCAPAI WAWASAN 2020.”

Pelan Strategik Guna Tanah Negeri Pulau Pinang telah dirangka bagi menterjemahkan

  1. Kerangka RFN;

  2. Penyusunan Kawasan Keutamaan Pembangunan;

  3. Pengekalan dan Pemeliharaan KSAS;

  4. Pusat Pusat Petempatan;

  5. Rangkaian Perhubungan dan Pengangkutan; dan

  6. Pembangunan Kemudahan Infrastruktur dan Utiliti.

  1. Kerangka RFN

    Strategi pembangunan fizikal Semenanjung Malaysia yang dikemukakan di dalam RFN adalah merupakan asas strategik pertama dalam pembentukan Pelan Strategik Guna Tanah serta penggubalan dasar dan cadangan am RSNPP 2020. Penekanan utama kerangka RFN ialah menjadikan Pulau Pinang sebagai Pusat Konurbasi Wilayah Utara Semenanjung. Sebagai Pusat Konurbasi, pembangunan yang berlaku di Negeri Pulau Pinang akan memberi kesan limpahan kepada negeri-negeri bersempadanan dan sebaliknya pembangunan di negeri bersempadanan juga akan memperkukuhkan lagi kedudukan serta peranan Negeri Pulau Pinang. Pulau Pinang juga telah dikenal pasti oleh RFN berpotensi sebagai hub perhubungan dan pengangkutan serantau, prospek pelancongan bertaraf antarabangsa, pusat perindustrian ICT, pusat pelaburan dan perdagangan antarabangsa serta pengukuhan sektor pertanian. Dalam hubungan ini koridor-koridor pertumbuhan seperti George Town - Sungai Petani, George Town - Kulim dan George Town - Bandar Baharu - Transkrian perlu diambil kira di dalam kerangka spatial Negeri Pulau Pinang.

  2. Penyusunan Kawasan Keutamaan Pembangunan

    Penentuan zon-zon pembangunan negeri merupakan asas strategik yang kedua dalam penggubalan dasar dan Pelan Strategik Guna Tanah. Bagi menangani pembangunan guna tanah secara optimum dan efisien serta memaksimumkan prospek dan potensi ekonomi secara lebih seimbang, guna tanah pembangunan akan dizonkan mengikut kategori seperti berikut :-

    1. Kawasan tepu bina dan koridor pembangunan utama;

    2. Pembangunan terhad dan pemeliharaan warisan (KSAS);

    3. Zon tebus guna;

    4. Koridor Raya Multimedia/Penang Cyber City (PCC);

    5. Pelabuhan dan maritim;

    6. Pertanian dan lembah agro; dan

    7. Zon pelancongan.

  3. Pengekalan dan Pemeliharaan KSAS

    Kepentingan alam semulajadi dan sumberjaya merupakan asas strategik ketiga di dalam pembentukan Pelan Strategik Guna Tanah. Kawasan-kawasan hutan, badan air, jelapang padi, kawasan tanah bukit, pesisir pantai dan sungai merupakan kawasan sensitif alam sekitar yang mempunyai kepentingan ke atas sistem ekologi serta sumberjaya yang perlu dikekal dan dipelihara serta diurus sebaik mungkin demi kepentingan jangka panjang. Kawasan-kawasan ini juga mempunyai kepentingan kepada sektor pelancongan, pendidikan dan penyelidikan.

  4. Pusat Pusat Petempatan

    Asas strategik keempat dalam penggubalan Pelan Strategik Guna Tanah ialah aspek peningkatan kualiti perbandaran dan perseimbangan pembangunan kawasan-kawasan bandar dan petempatan desa. Di dalam aspek ini, proses perbandaran akan ditingkatkan dengan penyusunan hirarki dan fungsi bandar dan petempatan desa.

  5. Rangkaian Perhubungan dan Pengangkutan

    Pembangunan rangkaian perhubungan dan sistem pengangkutan berkait rapat dengan pembangunan guna tanah. Aspek ini merupakan asas strategik yang kelima dalam pembentukan Pelan Strategik Guna Tanah.

    Cadangan rangkaian perhubungan yang telah komited serta jangkaan keperluan masa depan telah diambil kira dan diselaraskan dengan pembentukan zon-zon pembangunan. Cadangan pembangunan rangkaian perhubungan yang diambil kira ialah seperti :-

    1. Cadangan PORR dan BORR;

    2. Laluan Monorel;

    3. Laluan Komuter dan cadangan double tracking KTM;

    4. Jambatan Kedua;

    5. Pembesaran Lapangan Terbang Bayan Lepas;

    6. Pembangunan pelabuhan, terminal feri dan marina;

    7. Cadangan jalan raya pesisir pantai; dan

    8. Cadangan cadangan menaik taraf jalan sedia ada dan pembinaan jalan baru.

  6. Pembangunan Kemudahan Infrastruktur dan Utiliti

    Keupayaan bekalan dan sistem pengagihan kemudahan infrastruktur juga memberi pengaruh ke atas pembangunan fizikal negeri. Aspek ini juga diambil kira sebagai asas strategi pembentukan pelan Strategik Guna Tanah. Perlaksanaan PCC memerlukan kemudahan sokongan yang efisien dan bertaraf dunia terutamanya bekalan elektrik dan penyediaan jalur lebar (broadband).

3.3 PELAN STRATEGIK GUNA TANAH RSNPP (GAMBAR RAJAH UTAMA)

Berdasarkan lima asas strategik guna tanah di atas, Pelan Strategik Guna Tanah telah dirangka danmengandungi lima (5) komponen guna tanah utama iaitu :-

  1. Kawasan Keutamaan pembangunan;

  2. Pusat Pusat Petempatan;

  3. Kawasan Pengekalan dan Pemeliharaan;

  4. Jaringan Perhubungan dan pengangkutan; dan

  5. Kemudahan Infrastruktur dan Utiliti.

3.3.1 Kawasan Keutamaan Pembangunan

Kawasan keutamaan pembangunan meliputi tepubina sedia ada dan kawasan pembangunan baru yang telah dikenal pasti. Bagi kawasan tepubina sedia ada, tumpuan adalah untuk mengoptimumkan penggunaan tanah dan infrastruktur sedia ada. Pembangunan masa hadapan Negeri Pulau Pinang dijangka akan terus berlaku di dalam kawasan pembangunan sedia ada dan mengembang ke kawasan pembangunan baru. Kesemua kawasan keutamaan pembangunan yang telah dikenal pasti di peringkat RS(P) MPPP dan MPSP serta beberapa kawasan pertumbuhan baru dicadangkan sebagai kawasan tumpuan pembangunan. Kawasan ini mempunyai ruang yang mencukupi untuk menampung keperluan pembangunan sehingga tahun 2020. Kawasan pembangunan komited seperti di Valdor , Bukit Minyak, Juru dan Batu Kawan perlu diberi keutamaan. Manakala kawasan kawasan usang, tanah-tanah terbiar dan tapak-tapak projek terbengkalai boleh dibangunkan secara pembangunan infill bagi meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi. Perlaksanaan pembangunan ini juga turut mengambil kira kepentingan bagi pemuliharaan kawasan-kawasan serta bangunan-bangunan warisan. Kesemua kawasan keutamaan yang dikenal pasti akan ditumpukan di koridor-koridor pembangunan yang telah ditetapkan.

3.3.2 Pusat-Pusat Petempatan

Berdasarkan prospek pertumbuhan dan bagimengimbangkan taburan dan hirarki pusat pusat petempatan, hirarki perbandaran Negeri Pulau Pinang telah disusun mengikut empat hirarki petempatan iaitu Pusat Pertumbuhan Wilayah, Pusat Separa Wilayah, Pusat Petempatan Utama dan Pusat Petempatan Kecil. Gabungan bandar Tanjong Tokong - George Town - Bayan Baru, dan Butterworth - Seberang Jaya merupakan hirarki petempatan tertinggi yang bertindak sebagai Pusat Pertumbuhan Wilayah bagi Wilayah Utara Semenanjung. Berdasarkan kepada prospek pertumbuhan pusat-pusat petempatan dan agihan penduduk seramai 30,000 hingga 100,000 orang pusat-pusat seperti Bayan Baru, Kepala Batas - Bertam, Bukit Mertajam, Batu Kawan dan Sri Ampangan akan bertindak sebagai Pusat Separa Wilayah yang menyokong perananGeorge Town - Butterworth - Seberang Jaya sebagai Pusat Konurbasi Wilayah Utara. Bagi mempastikan agihan tumpuan pembangunan serta penyediaan kemudahan yang lebih seimbang, beberapa Pusat Petempatan Utama dan Pusat Petempatan Kecil telah dikenal pasti. Fungsi Pusat Petempatan Utama adalah sebagai Pusat Pentadbiran Daerah atau sebagai pusat yang menyediakan kemudahan perkhidmatan di peringkat tertier dan sekunder kepada penduduk di antara 10,000 hingga 30,000 orang. Manakala Pusat Petempatan Kecil berperanan menyediakan kemudahan di peringkat primer dan tertumpu untuk memenuhi keperluan-keperluan tempatan bagi penduduk di antara 5,000 hingga 10,000 orang.

3.3.3 Pengekalan dan Pemeliharaan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)

Bagi memelihara keseimbangan pembangunan serta kepentingan jangka panjang penggunaan guna tanah negeri, kawasan-kawasan sensitif alam sekitar telah dikenal pasti dan dizonkan sebagai kawasan pengekalan dan pemeliharaan. Kawasan-kawasan ini meliputi :-

  1. Hutan Simpan Kekal (HSK) yang diwartakan dan hutan simpan yang belum diwarta dan memerlukan pemeliharaan;

  2. Kawasan tanah bukit yang berketinggian 76meter (250 kaki) ke atas dan kecerunan melebihi 25 darjah;

  3. Kawasan pengekalan padi (Jelapang padi);

  4. Tanah pertanian produktif yang terpilih;

  5. Kawasan tadahan air dan badan air;

  6. Kawasan pesisir pantai dan lembangan sungai;

  7. Zon kepentingan pelancongan/warisan sejarah; dan

  8. Zon Akuakultur.

Hutan simpan kekal (HSK) akan terus dipulihara berdasarkan kepentingannya sebagai hutan tadahan air , kawasan perlindungan hidupan liar , kawasan, penyelidikan dan pembelajaran, perlindungan biodiversiti, kawasan hutan lipur dan rekreasi serta untuk keseimbangan persekitaran. Sebahagian besar kawasan Pulau Jerejak dan Hutan Lipur Bukit Panchor akan diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan dijadikan Taman Negeri dan Hutan Simpanan Kekal Pantai Acheh telah dinaikkan status menjadi Taman Negara Pulau Pinang. Di samping itu, pulau pulau di seluruh negeri Pulau Pinang akan dipelihara bagi memastikan ianya menjadi warisan dan habitat kepada biodiversiti, flora dan fauna.

Kepentingan pengeluaran sektor pertanian akan dipertingkatkan dengan teknik-teknik pengeluaran moden melalui kaedah Bio-Teknologi dan pengeluaran hasil tani ini akan dinilai tambah melalui pengujudan industri asas tani yang dapat memberikan pulangan yang lebih besar sektor ini. Oleh yang demikian, kawasan-kawasan pertanian utama seperti kawasan jelapang padi seluas 13,951.95 hektar yang terletak di bawah skim IADP akan dikekalkan. Tumpuan utama pengekalan adalah di kawasan skim padi Sungai Burung (Daerah Barat Daya), Sungai Muda, Pinang Tunggal dan Sungai Jarak (Daerah Seberang Perai Utara), Sungai Kulim (Daerah Seberang Perai Tengah) dan Sungai Acheh (Daerah Seberang Perai Selatan). Manakala bagi kawasan padi yang berada di luar skim dan mempunyai infrastruktur pengairan yang sempurna akan dikekalkan sebagai zon pertanian. Bagi kawasan pertanian yang dikelaskan sebagai Kelas 1 hingga Kelas 3, kawasan tersebut akan dikekalkan sebagai kawasan pertanian dan dikenalpasti sebagai sebahagian daripada KSAS Sokongan Hidup. Untuk meningkatkan pengeluaran makanan dalam bidang Akuakultur , zon-zon Industri Akuakultur (ZIA) akan terus dipelihara.

3.3.4 Rangkaian Perhubungan dan Pengangkutan

Bagi menyokong pertumbuhan guna tanah dan ekonomi negeri, rangkaian sistem perhubungan dan pengangkutan utama dipertingkatkanmelalui penyusunan rangkaian jalan yang menyeluruh, peningkatan keupayaan dan kualiti perkhidmatan pelabuhan, feri, perhubungan udara dan keretapi di peringkat negeri dan wilayah. Di dalam perancangan RSNPP , selain daripada menaiktaraf rangkaian jalan-jalan sedia ada, beberapa cadangan pembangunan lebuhraya dan jalan baru telah dikenal pasti bagi memastikan perhubungan yang menyeluruh. Rangkaian dan laluan yang telah dikenalpasti adalah seperti cadangan Jambatan Kedua, cadangan Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR), cadangan Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR), cadangan Lebuhraya Persisir Pantai Teluk Air Tawar - Kuala Muda dan cadangan Jalan Jelutong Expressway (JE-way).

Selain daripada pembangunan jalanraya, cadangan juga melibatkan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, pembesaran NBCT dan Jeti Perikanan Ikan Tuna di Batu Maung yang akan meningkatkan potensi Negeri Pulau Pinang sebagai Hub pengangkutan udara dan laut. RSNPP juga mencadangkan penggunaan alternatif Transit Laju Bas (BRT), transit laju rel double track, teksi air dan juga cadangan Laluan Monorel bagi meningkatkan mobiliti penduduk di dalam Negeri di samping cadangan kereta kabel ke Bukit Bendera bagi meningkatkan industri pelancongan Negeri Pulau Pinang. Rangkaian perhubungan ini berupaya meningkatkan penggunaan mod pengangkutan awam ke pusat-pusat pembangunan yang secara tidak langsung mengurangkan kemasukan kenderaan persendirian ke kawasan bandar dan seterusnya mengurangkanmasalah kesesakan lalulintas.

3.3.5 Kemudahan Infrastruktur & Utiliti serta ICT

Kemudahan infrastruktur dan utiliti merupakan kemudahan asas yang telah diberi keutamaan di dalam menyokong pencapaian Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah Negeri Maju. Perancangan infrastruktur dan utiliti meliputi penyediaan bekalan air dan elektrik yang mencukupi dan menyeluruh, penyediaan kawasan tapak pelupusan sisa pepejal, sistem pembetungan dan sistem saliran.

Beberapa cadangan bagi meningkatkan tahap kemudahan infrastruktur seperti :-

  1. Cadangan Sistem Rawatan Kumbahan Berpusat yang dibina di Jelutong dan Bayan Baru dijangka akan mengurangkan masalah pencemaran sungai danmarin yang sedang dihadapi;

  2. Cadangan pembinaan sebuah stesen pindah (transfer station) bagi sisa buangan berjadual bagi membendung pelupusan sisa secara haram;

  3. Kaedah pelupusan sisa pepejal yangmoden, terkini dan berkos efektif serta berciri tempatan dicadangkan bagi menggantikan kaedah pelupusan sisa pepejal secara di tapak pelupusan sanitary landfill berpusat di Sungai Burung; dan

  4. Rancangan Tebatan Banjir Bayan Lepas, Seberang Perai Utara, Perbandaran Butterworth, Bukit Mertajam, Bukit Panchor , Byram, Jawi, Transkrian, Tanjung Ketupat dan Valdor dicadangkan bagi mengatasi danmengurangkanmasalah banjir di Negeri Pulau Pinang.

    Bagi meningkatkan daya saing kemudahan jalur lebar dan perlaksanaan PCC akan dipertingkatkan di 4 zon yang telah dikenal pasti iaitu PCC 1 Bayan Lepas, PCC 2 Bertam, PCC 3 Batu Kawan dan PCC 4 Sri Ampangan. Seterusnya pembentukan konsep PCC tahap kedua akan dikembangkan ke kawasan-kawasan perindustrian sedia ada bagi meningkatkan kualiti dan intensiti kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut dan di kawasan yang lengkap dengan kemudahan infrastruktur ICT yang maju dan berdaya saing.