2.0 ARAH TUJU RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG (RSNPP)

RSN merupakan peringkat kedua dalam sistem perancangan fizikal Negara yang berperanan menterjemahkan dasar-dasar RFN dan menyediakan dasar-dasar spatial guna tanah Negeri secara keseluruhannya. Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang telah dirangka berdasarkan beberapa arah tuju yang telah dirumus setelah mengambil kira maklum balas ke atas isu-isu dan cadangan-cadangan awal Laporan Pemeriksaan yang telah diserantakan pada 23 April 2005 hingga 24 Mei 2005 serta mengambil kira rancangan-rancangan pemajuan lain di peringkat nasional dan Negeri seperti :-

  1. Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK 9),
  2. Rancangan Fizikal Negara (RFN),
  3. Rancangan Misi Pulau Pinang
  4. Pelan Strategik Pembangunan Pulau Pinang Kedua (PSDP2),
  5. Rancangan Struktur MPPP dan MPSP; dan
  6. Rancangan Struktur (Pengubahan) MPPP dan MPSP.

2.1 RANCANGAN MALAYSIA KE SEMBILAN (RMK-9)

Teras dan cadangan program serta projek Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) yang berkaitan dengan Negeri Pulau Pinang dan kawasan Wilayah Utara Negara telah diterjemahkan ke dalam RSNPP bagi memastikan dasar-dasar yang digubal adalah selaras dan mengambil kira program dan projek yang telah digariskan oleh RMK-9. Teras teras RMK-9 adalah seperti :-

  1. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi;
  2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama;
  3. Menangani masalah ketidaksamaan sosio ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif;
  4. Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup; dan
  5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan perlaksanaan.

Manakala program dan projek yang dikenal pasti adalah :-

TERAS RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (RMK-9)CADANGAN PROGRAM DAN PROJEK RMK-9 YANG BERKAITAN DENGAN NEGERI PULAU PINANG
Memperkasakan Pertanian dan Industri Berasaskan Pertanian

Sumber Pertumbuhan Baru

  • Ikan hiasan, rumpai laut, tuna, dan florikultur;
  • Pelabuhan Perikanan Tuna Bersepadu telah dibina di Batu Maung di bawah konsep penswastaan; dan
  • Membolehkan pendaratan tuna yang lebih banyak dan mempercepat aktiviti pemprosesan tuna.
Mempergiatkan Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan Berkaitan

Industri Automotif, Bioteknologi dan E&E

  • Mengenal pasti dan membangunkan keluaran dan perkhidmatan terpilih untuk pasaran khusus;
  • Memperkukuh persepaduan strategik dengan rakan kongsi asing;
  • Dapat memanfaatkan pembangunan bandar siber di Bayan Lepas; dan
  • Industri Pembuatan dan Perkhidmatan berkaitan ICT mempunyai prospek pertumbuhan yang memberangsangkan.
Mengarusperdanakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Pembangunan Koridor Raya Multimedia

  • Penganugerahan status bandar siber MSC kepada Bayan Lepas.
Merealisasikan Potensi Pelancongan

Pelaburan Sektor Swasta

  • Agensi kembara dan siar telah meningkat dan sebahagian besarnya terletak di Kuala Lumpur, Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

Produk Warisan Sejarah

  • Membantu mempopularkan Pulau Pinang Pelancongan Sukan dan Rekreasi; dan
  • Marina baru akan dibina di lokasi strategik di Pulau Pinang bagi membangunkan potensi industri pelayaran dan pelayaran persiaran.

Pelancongan Eko

  • Aktiviti sukan lasak pelancongan eko akan dianjurkan di Pulau Pinang.

Program Malaysia Rumah Keduaku

  • Menggalakkan rakyat asing, pasangan dan tanggungan mereka memilih Malaysia sebagai rumah kedua
  • Penyediaan satu pusat setempat pada tahun 2005 untuk memudah dan mempercepatkan kelulusan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri; dan
  • Diperkukuh bagi meliputi pemantauan, pengawasan dan penilaian yang kerap terhadap hasil projek.
Memperkemaskan Penswastaan

Perlaksanaan Projek Penswastaan Jalan Raya

  • Lingkaran Luar Butterworth (dalam pembinaan) Projek Pembangunan Tanah; dan
  • Kaedah pertukaran tanah tidak digalakkan dan hanya dilaksanakan secara terpilih bagi mengekalkan bank tanah Kerajaan untukmasa hadapan.

Pengenalan Kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI)

  • Spesifikasi output dan petunjuk prestasi utama (KPI) akan ditetapkan dengan jelas.

Strategi Penswastaan

  • Memperkukuhkan prosedur kelulusan;
  • Memberi penekanan ke atas piawai prestasi;
  • Memperkemaskan proses perlaksanaan;
  • Meningkatkan daya maju melalui pengagihan risik;
  • Memperkukuhkan rangka kerja institusi dan kawal selia dan;
  • Meningkatkan penyertaan bumiputera.
Memperkukuhkan Modal Insan

Pelaburan Dalam Modal Insan Akan Diberikan Penekanan Yang Lebih Besar

  • Melalui peningkatan kerjasama antara Kerajaan, sektor swasta dan masyarakat.

Teras Dasar Pembangunan Modal Insan

  • Melaksanakan penambahbaikan secara komprehensif ke atas sistem penyampaian pendidikan dan latihan;
  • Memperkasa sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan utama rakyat Malaysia bagi meningkatkan perpaduan negara;
  • Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah di luar bandar dengan di bandar;
  • Mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan majikan;
  • Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;
  • Membina masyarakat yang inovatif dan memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan;
  • Memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, sistem nilai yang boleh diteladani dan budaya mengutamakan prestasi tinggi serta menghargai tradisi dan warisan; dan
  • Memperluas dan memperkemas forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.
Memanfaatkan Sains, Teknologi dan Inovasi

Pengukuhan Bina Upaya Tempatan Dalam Teknologi Utama

  • Bioteknologi, ICT, pembuatan termaju, bahan termaju, teknologi berkaitan aeroangkasa dan nanoteknologi.
Wanita dan Pembangunan

Teras Strategik Bagi Meningkatkan Lagi Kemajuan Wanita

  • Menggalakkan peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga buruh;
  • Meningkatkan peluang pendidikan dan latihan;
  • Meningkatkan penyertaan dalam perniagaan dan aktiviti keusahawanan;
  • Mengkaji semula undang undang dan peraturan bagi meningkatkan taraf wanita;
  • Membaiki lagi taraf kesihatan dan kesejahteraan wanita;
  • Mengurangkan keganasan terhadap wanita;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup;
  • Mengukuhkan jentera nasional dan keupayaan institusi; dan
  • Menyuarakan isu berkenaan wanita di peringkat antarabangsa.
Mengupayakan Belia Untuk Masa Hadapan

Teras Strategik Bagi Pembangunan Belia

  • Mengupayakan belia untuk masa hadapan melalui peningkatan akses kepada pendidikan dan latihan;
  • Meningkatkan penyertaan belia dalam organisasi belia;
  • Memupuk semangat persaingan di kalangan belia;
  • Memperkukuh rangka kerja perundangan program pembangunan belia; dan
  • Menggalak perpaduan negara dan integrasi sosial.
Memupuk Pembangunan Keluarga dan Masyarakat

Teras Strategik Bagi Pembangunan Keluarga Dan Masyarakat

  • Memperkukuhkan institusi kekeluargaan ke arah membentuk masyarakat yang lebih penyayang dan berdaya tahan;
  • Memperkukuhkan sistem penyampaian sokongan sosial;
  • Menggalakkan penglibatan yang lebih besar masyarakat tempatan dan NGO dalam usaha pembangunan sosial; dan
  • Meningkatkan pembangunan masyarakat dan perpaduan negara.
Mencapai Pertumbuhan Dengan Pengagihan

Pembasmian Kemiskinan

  • Kajian semula konsep dan pengukuran kemiskinan untuk menggambarkan perbezaan kos sara hidup antara kawasan bandar dengan luar bandar, antara negeri serta pola demografi setiap isi rumah.

Kemiskinan Keseluruhan Negeri Pulau Pinang 2004

  • PGK Kasar: RM615, PGK Per Kapita: RM152.

Kemiskinan Tegar Negeri Pulau Pinang 2004

  • PGK Makanan Kasar: RM373, PGK Per Kapita: RM91.

Teras Utama bagi Mencapai Pariti Pendapatan

  • Meningkatkan bahagian pendapatan bagi kumpulan isi rumah 40% terendah dengan meningkatkan produktiviti menerusi pembangunan modal insan;
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menarik lebih banyak penyertaan NGO dan sektor swasta dalam pembasmian kemiskinan;
  • Mengurangkan ketidaksamaan dalam pemilikan kekayaan termasuk aset bukan kewangan;
  • Membangunkan MPPB yang lebih berdaya saing dan produktif melalui pewujudan usahawan Bumiputera yang berdikari dan mapan serta membangunkan Enterprise Kecil Dan Sederhana (EKS) Bumiputera yang berdaya tahan;
  • Memperluas akses kepada program pendidikan dan latihan bagi meningkatkan bilangan pengurus dan profesional Bumiputera terutamanya dalam sektor swasta;
  • Mempergiat perlaksanaan program penyusunan semula guna tenaga ke arah mengurangkan pengenalan kumpulan etnik mengikut pekerjaan dan pendapatan bagimeningkatkan integrasi; dan
  • Memperkukuh pangkalan data dan mekanisme pemantauan untuk melaksanakan agenda pengagihan secara berkesan.
Ke Arah Pembangunan Wilayah Yang Seimbang

Indeks Komposit Pembangunan Negeri Pulau Pinang

  • Kedudukan ke 2 antara seluruh negeri-negeri Malaysia dengan indeks komposit pembangunan sebanyak 105.7.

Pencapaian Utama Projek Di Bawah Kerjasama IMT-GT

  • Peningkatan hubungan udara di antara Pulau Pinang dan Medan.

Pembangunan Mengikut Wilayah

  • Zon Pembangunan Utara Semenanjung di Kedah, Perlis, Seberang Perai di Pulau Pinang dan Perak Utara telah dikenal pasti untuk menerajui pembangunan industri makanan termasuk hub halal.
Mempertingkatkan Infrastruktur Kemudahan Awam dan Pengangkutan Bandar

Pengangkutan Bandar

  • Projek jalan bandar yang telah mula dibina termasuklah Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang; dan
  • Pembinaan jalan lingkaran luar dan jalan pintas di George Town, Pulau Pinang.

Projek Pembetungan Negara (NSP)

  • Pembinaan beberapa loji rawatan pembetungan (LRP) telah disiapkan seperti loji di Bayan Baru.

Projek Tebatan Banjir

  • Perlaksanaan projek tebatan banjir utama antaranya projek Bertam-Kepala Batas di Pulau Pinang.
Meningkatkan Taraf Kesihatan

Perkhidmatan Penjagaan Perubatan dan Kesihatan

  • Akses kepada perkhidmatan kardiologi, kardiotorasik dan pemulihan jantung akan dipertingkatkan lagi dengan menempatkan lebih ramai pakar di pusat jantung wilayah di Hospital Kuching, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru;
  • Dua mesin pengimbas tomografi pancaran positron di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Putrajaya meningkatkan lagi kualiti penjagaan yang disediakan; dan
  • Pusat penjagaan ambulatori (ACC) ditubuhkan di Hospital Pulau Pinang.

Nisbah Bilangan Doktor Negeri Pulau Pinang

  • Seorang doktor bagi setiap 963 orang penduduk (1:963).

2.2 RANCANGAN FIZIKAL NEGARA (RFN)

Dasar-dasar RFN yang berkaitan dengan Negeri Pulau Pinang dan kawasan Wilayah Utara Negara telah diterjemahkan ke dalam RSNPP bagi memastikan dasar-dasar yang digubal adalah selaras dengan strategi dan dasar yang digariskan dalam RFN. Penyelarasan dasar RFN dengan RSNPP telah diambil kira seperti berikut :-

DASARPERKAITAN DENGAN RSNPP
Pembentukan Rangka Spatial
RFN akan berperanan sebagai rangka untuk mencapai perancangan guna tanah bersepadu dan mapan.

Bab 3 : Pelan Strategik Guna Tanah (Gambar Rajah Utama)

  • Melaksanakan dasar spatial utama untuk mengukuhkan koridor pembangunan sedia ada dan pemeliharaan kawasan KSAS;
  • Tepubina sediada 32,425 hektar; dan
  • Kawasan Pembangunan baru 13,057 hektar (termasuk tanah tebus guna).
Peningkatan Daya Saing Ekonomi
Perancangan aktiviti ekonomi berasaskan bandar perlu menggunapakai konsep Tumpuan Terpilih bagi pusat-pusat bandar strategik di semua negeri.

DSU3 : Kawasan Keutamaan Pembangunan Negeri Pulau Pinang Sehingga Tahun 2020 Akan Dibangunkan Secara Seimbang Di Koridor-Koridor Pembangunan Yang Telah Dikenalpasti.

  • Guna tanah bandar-bandar utama Negeri akan dioptimumkan melalui pembangunan bersepadu bagi meningkatkan aktiviti bandar.
Memperkukuhkan kerjasama di dalam perancangan fizikal di antara Malaysia dengan negara negara serantau ASEAN.

Bab 2 : Arah Tuju Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP)

  • Kepentingan Negeri Pulau Pinang di dalam IMT-GT telah diambil kira untuk dijadikan sebagai pusat serantau utama.
Tanah dan sumber semulajadi di wilayah yang kurang maju perlu digunakan secara mapan bagi meningkatkan produktiviti dan mengurangkan ketidakseimbangan wilayah.

DS55 : Pembangunan Secara Mapan Akan Dilaksanakan Bagi Memastikan Keseimbangan Antara Pembangunan Fizikal dan Alam Sekitar Terjamin

DS61 : Memberi Pertimbangan Kepada Isu-Isu Alam Sekitar Semasa Merancang, Membangun Dan Melaksanakan Pembangunan Guna Tanah Dan Bangunan.

  • Kawasan sumber jaya strategik akan dipelihara dan ditingkatkan produktiviti dengan penggunaan teknologi.
Menggunapakai konsep Kelompok Industri dalam perancangan untuk pembangunan tanah perindustrian.

DS11 : Penang Cyber City (PCC) Akan Dibangunkan Sebagai Pusat Kecemerlangan ICT Di Dalam Menyokong Pembangunan K-Ekonomi Negeri Pulau Pinang.

  • Kawasan perindustrian sedia ada telah ditingkatkan dengan kemudahan sokongan dan kawasan-kawasan terpilih telah dibangunkan dengan konsep Penang Cyber City (PCC) dan Cyber Centres di mana selain pengenalpastian Bayan Lepas, Bertam, Batu Kawan dan Sri Ampangan sebagai PCC, Negeri juga mengenal pasti beberapa bangunan untuk dijadikan Cyber Centres seperti bangunan KOMTAR.
Pemodenan Sektor Pertanian
Pembangunan pertanian perlu mengambil kira tekanan dan peluang dari proses perbandaran.
  • Kawasan pertanian utama dan produktif (termasuk jelapang padi yang diwartakan) telah dicadang dikekalkan sebagai KSAS sumber makanan.
  • Luas kawasan pertanian (tidak termasuk jelapang padi) seluas 27,499 hektar bersamaan 27% daripada keluasan negeri juga dikekalkan.
Lapan (8) kawasan Jelapang Padi strategik iaitu MUDA (MADA), Kemubu (KADA), IADP Kerian Sungai Manik, IADP Barat Laut Selangor, IADP Pulau Pinang, IADP Seberang Perak, IADP Terengganu Utara (KETARA) dan IADP Kemasin Semerak perlu dipulihara.
  • Kawasan Jelapang Padi diwarta dikekalkan sebagai kawasan KSAS.
  • Luas kawasan jelapang padi 13,951.95 hektar bersamaan 13% daripada keluasan negeri (10,138 di bawah IADP).
Pengukuhan Pembangunan Pelancongan
Zon pembangunan pelancongan perlu menumpukan kepada pakej produk pelancongan yang berbeza untuk memaksimumkan kekuatan lokasi dan sumber masing-masing.

DS14 : Memantap Dan Mempertingkatkan Industri Pelancongan Sebagai Salah Satu Penggerak Utama Ekonomi Negeri Pulau Pinang.

DS15 : Produk-Produk Pelancongan dan Kualiti Perkhidmatan Akan Dipertingkatkan Selaras Dengan Piawaian Pelancongan Antarabangsa.

DS16 : Prasarana Pelancongan Dari Aspek Aksesibiliti Dan Kemudahan Sokongan Akan Ditingkatkan.

  • Kawasan pelancongan sedia ada (pantai peranginan Tanjong Bungah Telok Bahang, Bukit Bendera dan lain-lain) telah dikekalkan sebagai KSAS berkepentingan pelancongan dan DRSNPP telahmengenal pasti zon baru pelancongan di kawasan persisiran pantai selatan iaitu dari Batu Maung hingga ke Gertak Sanggul dan Balik Pulau).
  • Tag line pembangunan pelancongan Negeri adalah Top Of Mind Destination.
Pengurusan Petempatan Manusia
Tumpuan pertumbuhan bandar di dalam konurbasi perlu disokong

Bab 2 : Arah Tuju Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP)

  • RSNPP mengunjurkan jumlah penduduk Pulau Pinang seramai 1,468,800 orang pada tahun 2005, 1.6 juta pada tahun 2010 dan 2 juta pada tahun 2020 ini seiring dengan RFN.
  • Pembentukan konurbasi dan koridor pembangunan diselaraskan dengan taburan penduduk, hirarki dan fungsi petempatan.
  • Kedudukan taburan penduduk bandar : luar bandar Negeri Pulau Pinang semasa adalah 83:17 dan 90:10 pada tahun 2020

Pertumbuhan empat Konurbasi Utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bharu dan Kuantan perlu disokong.









Konurbasi perlu dirancang dan dibangunkan sebagai satu wilayah bersepadu.

DSU2 : Konurbasi George Town Akan Dibangunkan Sebagai Kawasan Tumpuan Pembangunan Bagi Menyokong Pertumbuhan Ekonomi Dan Perbandaran Wilayah Utara Semenanjung.

  • Pengukuhan konurbasi George Town sebagai Pusat Pertumbuhan Wilayah, Wilayah Utara Semenanjung Malaysia.
  • RSNPP telah mengenal pasti konurbasi George Town meliputi selain seluruh Negeri Pulau Pinang, kawasan yang disempadani oleh Gurun, Sungai Petani dan Kulim di Kedah serta Selama dan Parit Buntar di Perak.
  • Cadangan jaringan sistem perhubungan antara negeri-negeri bersempadan dijangka akan mempercepatkan pembangunan konurbasi George Town secara bersepadu.
Keunikan dan sempadan fizikal bandar, pekan dan kampung di dalam konurbasi perlu dikekalkan.

DS33 : Perkampungan Tradisional Dan Perkampungan Dalam Bandar Akan Dikekal Dan Prasarana Dinaiktaraf

DK1 : Aspek Pemuliharaan Akan Diintegrasikan Dengan Pembangunan Bersepadu Di Kawasan Pengekalan Warisan (Inner City George Town).

DK2 : Penggunaan Semula Bangunan Bangunan Warisan Di Kawasan Pusat Bandar Akan Digalakkan

  • Kawasan warisan dan kampung yang terpilih akan dikekalkan.
  • Sempadan fizikal kampung, bandar dan luar bandar akan dikenalpasti di dalam Rancangan Tempatan.
Bandar berciri khas perlu dikenalpasti dan pembangunan projek yang mengeksploitasikan ciri-ciri berkenaan perlu disokong dengan infrastruktur yang bersesuaian.

DSU9 : Pembangunan Petempatan Bandar Dan Desa Negeri Pulau Pinang Akan Diperkukuhkan Mengikut Fungsi Dan Hirarki Yang Telah Dikenalpasti

  • Kawasan kawasan warisan dalam bandar, George Town sebagai Bandar Pelabuhan Warisan dan Butterworth sebagai Bandar Pelabuhan dan lain-lain telah dicadangkan.
Bandar Kecil dan Sederhana perlu dibangunkan mengikut potensi ekonomi setempat.

DS18 : Ruang Lantai Perniagaan Akan Diagihkan Mengikut Hirarki Pusat-Pusat Petempatan Yang Telah Dikenalpasti

DS9 : Sektor-Sektor Strategik Ekonomi Negeri Sedia Ada Akan Diperkukuhkan Manakala Sektor-Sektor Baru Akan Diperkenalkan

  • Pembangunan bandar dicadangkan mengikut hirarki yang ditetapkan termasuk pembangunan semula pekan-pekan kecil dan pembangunan semula pekan-pekan kecil ini merupakan salah satu dari sektor strategik yang dicadangkan oleh RSN untuk dilabur oleh pemaju dan pelabur luar.
  • Pekan-pekan kecil dan sederhana yang terletak di luar koridor pembangunan utama dan koridor sekunder dicadangkan dimajukan untuk tujuan pelancongan terhad dan industri asas tani selain sebagai pusat perdagangan tempatan.
Pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) perlu diperkukuhkan untuk merasionalisasikan perkhidmatan bagi penduduk luar bandar.

DS9 : Sektor-Sektor Strategik Ekonomi Negeri Sedia Ada Akan Diperkukuhkan Manakala Sektor-Sektor Baru Akan Diperkenalkan sebagai Negeri maju menjelang 2010

  • Pusat-pusat Petempatan Desa dicadangkan dinaiktaraf sebagai Pusat Petempatan Kecil dan diselaraskan dengan pembangunan dan penaiktarafan kemudahan masyarakat seiring dengan sasaran Negeri sebagai Negeri maju menjelang 2010
Piawaian perancangan perlu dirangka bagi memenuhi keperluan sebuah negara maju.

Bab 2 : Arah Tuju Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP)

  • Kriteria negeri maju dijadikan sebagai sasaran RSNPP Lampiran 2
Satu agensi pusat perlu dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan secara berkala maklumat pembangunan guna tanah.

Bab : 5 Pengurusan, Pelaksanaan dan Pemantauan RSNPP

  • Sistem maklumat RSNPP dan pemantauan berkala akan dilaksanakan.
Pemuliharaan Sumber Semulajadi dan Alam Sekitar
Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) perlu diintegrasikan dalam perancangan dan pengurusan guna tanah serta sumber semulajadi bagi memastikan pembangunan mapan.

DSU10 : Ekonomi Berasaskan Pembuatan (P-Ekonomi) Akan Dikembangkan Kepada Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (K- Ekonomi) Dengan Sasaran Peningkatan KDNK Tertumpu Kepada Sektor Tertiari Sebanyak 52 Peratus Dan Sekunder Sebanyak 45 Peratus Pada Tahun 2010.

DSU11 : Aktiviti Terpilih dan Terkawal Akan Hanya Dibenarkan di KSAS Bernilai Warisan dan KSAS Sokongan Hidup.

DS55 : Pembangunan Secara Mapan Akan Dilaksanakan Bagi Memastikan Keseimbangan Antara Pembangunan Fizikal dan Alam Sekitar Terjamin.

DS56 : Kualiti Alam Sekitar Akan Dijaga dan Dikawal Demi Menjamin Kesejahteraan dan Keselamatan Penduduk.

  • RSNPP telah mengenalpasti KSAS seluas 69,849 hektar.
  • Kawasan hutan simpan kekal adalah seluas 4,764.77 hektar.
  • Kawasan hutan bukan hutan simpan adalah kira kira 9,133 hektar.
Ekosistem persisiran pantai sensitif perlu dilindungi dan digunakan secara mapan.

DS60 Polisi Pengurusan Pantai Bersepadu Akan Dilaksanakan Di Kawasan Zon Pantai dan Kawasan Darat Zon Pantai (ICZM)

  • RSNPP telah mencadangkan dasar yang mengkhususkan pembangunan fizikal dan ekonomi zon pantai.
Pembangunan di tanah tinggi perlu dikawal dengan tegas bagi melindungi keselamatan manusia dan kualiti persekitaran.

DK3 : Aktiviti Pemotongan Tanah Bukit Akan Dikawal Melalui Penguatkuasaan Garis Panduan Kawasan Berbukit Dan Kawasan Bercerun

  • Dasar berhubung tanah tinggi / tanah bukit telah dicadangkan di mana antara lain menyentuh tentang pembangunan yang dihadkan di kawasan beraras kurang 76 meter (250 kaki) dan berkecerunan tidak melebihi 25 darjah.
Kesemua sumber air permukaan dan air bawah tanah adalah aset strategik yang perlu dilindungi dan digunakan secara optima

DS58 : Pengurusan Sumber Bekalan Air Negeri Yang Lebih Baik Akan Dilaksanakan Bagi Menjamin Kualiti Dan Kuantiti Bekalan

  • Kawasan-kawasan sumber air dan kawasan tadahan air dan kawasan disekitarnya termasuk empangan-empangan telah dikenalpasti sebagai KSAS dan dinyatakan tentang pengurusan sumber bekalan air Negeri yang lebih baik dilaksanakan bagi menjamin kualiti dan kuantiti bekalan.
  • DRSN mencadangkan penubuhan State Water Resources Council (SWRC) dan
  • DRSN mencadangkan program Integrated River Basin Management (IRBM).
  • Keluasan badan air ialah 5146.8 hektar bersamaan 5%.
Penyediaan Rangkaian Pengangkutan Negara

Rangkaian pengangkutan Negara bersepadu perlu diwujudkan dengan mengambil kira hubungan antara guna tanah dan pengangkutan.

Satu sistem keretapi laju negara bersepadu perlu diwujudkan.

DSU12 : Mewujudkan Satu Rangkaian Perhubungan Negeri Dan Wilayah Yang Lebih Menyeluruh Bagi Meningkatkan Tahap Kemudahsampaian

DS45 : Sistem Perhubungan Dan Pengangkutan Negeri Akan Dipertingkatkan Secara Bersepadu Sebagai Hub Perhubungan Dan Pengangkutan

  • RSNPP mengintegrasikan cadangan cadangan melebarkan jalan dan pengangkutan awam dengan pembangunan guna tanah.
  • DRSN mencadangkan Transit Laju Bas (BRT), transit laju rel double track, teksi air dan juga cadangan Laluan Monorel bagi meningkatkan mobiliti penduduk di dalam dan antara Negeri dan wilayah.

Rangkaian jalanraya negara perlu diperluaskan untuk kemudahsampaian di peringkat wilayah dan tempatan.








Lapangan terbang dan pelabuhan utama perlu dibangunkan mengikut fungsi yang saling melengkapi bagi mengukuhkan daya saing ekonomi negara dan memudahkan ketibaan pelancong.

DSU12: Mewujudkan Satu Rangkaian Perhubungan Negeri dan Wilayah Yang Lebih Menyeluruh Bagi Meningkatkan Tahap Kemudahsampaian.

DS43: Rangkaian Jalanraya Akan Diperkukuhkan Di Seluruh Negeri Pulau Pinang

Beberapa jalan lingkaran luar telah diintegrasikan dengan pembangunan kawasan bersempadanan - Gambar rajah Utama

DS45 : Sistem Perhubungan Dan Pengangkutan Negeri Akan Dipertingkatkan Secara Bersepadu Sebagai Hub Perhubungan Dan Pengangkutan Antarabangsa

  • Kemudahan dan keupayaan lapangan terbang dan pelabuhan dicadang dipertingkatkan selaras dengan fungsi sebagai hub pengangkutan global.
  • Negeri juga telah menaiktaraf pelabuhan Butterworth (NBCT) untuk kargo; dan
  • City marina (Church Street Pier) untuk tujuan pelancongan melalui cruise selain pendaratan feri sedia ada.
Konsep pembangunan berorientasikan Transit (TOD) perlu digalakkan sebagai asas perancangan guna tanah bandar bagimemastikan kebolehlaksanaan pengangkutan awam.

DSU7 : Pembangunan Guna Tanah Sehingga Tahun 2020 Akan Mengutamakan Kawasan Pembangunan Sedia Ada Dan Kawasan Pembangunan Baru Yang Dikenalpasti

  • Sistem pengangkutan awam bersepadu telah dicadangkan.
  • DRSN juga menerima pakai konsep TOD dengan mencadangkan pembangunan berkepadatan tinggi di sepanjang jaringan utama transit laju.
Sistem pengangkutan awam bersepadu perlu dibangunkan di semua pusat bandar utama.

DS44 : Kemudahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam Yang Lebih Cekap Dan Selesa Akan Dipertingkatkan Secara Menyeluruh.

  • RSNPP telah mengenalpasti perkhidmatan pengangkutan awam bersepadu termasuklah cadangan Transit Laju Bas (BRT).
Penyediaan Infrastruktur Yang Bersesuaian
RFN menyediakan rangka spatial bagi penyampaian efisien perkhidmatan infrastruktur bersepadu di peringkat negara, wilayah dan konurbasi utama.

DSU13 : Tahap Penyediaan Infrastruktur Dan Utiliti Serta Kemudahan ICT Akan Dipertingkatkan Selaras Dengan Keperluan Penduduk, Pembangunan Ekonomi Dan Perkembangan Teknologi.

DS45 : Sistem Perhubungan Dan Pengangkutan Negeri Akan Dipertingkatkan Secara Bersepadu Sebagai Hub Perhubungan Dan Pengangkutan Antarabangsa.

  • RSNPP telah mengenalpasti pembangunan infrastruktur ke arah membantu Negeri Pulau Pinang menjadi Negeri Maju dan tumpuan adalah kawasan-kawasan PCC dan kawasan-kawasan perkampungan tradisional dan perkampungan dalam bandar.
Penawaran dan permintaan bekalan air mengikut kuantiti dan lokasi perlu menjadi panduan perancangan kawasan sumber air.

DS58 : Pengurusan Sumber Bekalan Air Negeri Yang Lebih Baik Akan Dilaksanakan Bagi Menjamin Kualiti Dan Kuantiti Bekalan.

  • Peningkatan kapasiti dan pemeliharaan kawasan tadahan air dan mengenal pasti kawasan kawasan tadahannya.
Sumber air tanah dan kawasan imbuhan (recharge areas) perlu dikenal pasti dan dilindungi daripada aktiviti yang menyebabkan pencemaran dan pengurangan air.

DS47 : Pelaksanaan Program Peningkatan Kapasiti Bekalan Air Mentah Akan Diselaraskan Dengan Pertambahan Permintaan Dan Sumber Air Melalui IRBM (Integrated River Basins Management)

DS58 : Pengurusan Sumber Bekalan Air Negeri Yang Lebih Baik Akan Dilaksanakan Bagi Menjamin Kualiti Dan Kuantiti Bekalan.

  • Peningkatan kapasiti dan pemeliharaan kawasan tadahan air.
Semua petempatan bandar perlu disediakan dengan kemudahan sistem rawatan kumbahan berpusat.

DS50 : Sistem Pembetungan Berpusat Akan Diwujudkan Mengikut Keperluan Di Setiap Pusat Petempatan.

Semua petempatan perlu disediakan dengan rangkaian kemudahan dan pemulihan sisa pepejal.

DS51 : Mewujudkan Satu Sistem Pengurusan dan Perkhidmatan Buangan Sisa Pepejal dan Sisa Terjadual Yang Lebih Cekap dan Berkesan.

Tanah bagi kegunaan perparitan utama, sungai dan anak sungai perlu dijadikan rizab parit atau sungai.

DS48 : Langkah-Langkah Jangka Panjang Dan Jangka Pendek Akan Diambil Untuk Mengatasi Atau Mengurangkan Masalah Saliran, Peparitan Dan Banjir.

  • Telah diambil kira di dalam program tebatan banjir.
Loji jana kuasa elektrik dan rangkaian agihan utama adalah aset strategik yang perlu diletakkan di lokasi yang sesuai untuk menyediakan kemudahan yang berterusan dan efisien kepada pengguna.

DSU3 : Kawasan Keutamaan Pembangunan Negeri Pulau Pinang Sehingga Tahun 2020 Akan Dibangunkan Secara Seimbang di Koridor-Koridor Pembangunan Yang Telah Dikenalpasti.

DS49 : Kemudahan Bekalan Elektrik Akan Disediakan Dengan Secukupnya Untuk Memenuhi Permintaan Masa Hadapan.

  • Keperluan bekalan dicadangkan di dalam meningkatkan PCC di mana antara lain bukan sahaja akan memberi kemudahan kepada kawasan perindustrian tetapi juga kepada kawasan perumahan di sekitarnya.
Penyediaan teknologi ICT yang bersesuaian perlu diutamakan di semua petempatan.

DS11 : Penang Cyber City (PCC) Akan Dibangunkan Sebagai Pusat Kecemerlangan ICT Di Dalam Menyokong Pembangunan K-Ekonomi Negeri Pulau Pinang.

DSU 13 : Tahap Penyediaan Infrastruktur Dan Utiliti Serta Kemudahan ICT Akan Dipertingkatkan Selaras Dengan Keperluan Penduduk, Pembangunan Ekonomi Dan Perkembangan Teknologi

  • Negeri Pulau Pinang akan melaksanakan Infrastruktur ICT bertaraf dunia sebagai asas utama menarik pelabur dan penubuhan cyber centres di lokasi yang bersesuaian.

2.3 RANCANGAN MISI PULAU PINANG (RMPP)

Sebagaimana Rancangan Negeri Pulau Pinang Pertama (RNPP1) 2001-2005, RMPP sehingga 2020 telah dirangka bagi perancangan program-program pembangunan Negeri untuk tempoh 5 tahun. Rancangan baru ini akan turut dirangka dalam konteks Dasar Wawasan Negara (DWN) yang menekankan pembinaan bangsa yang berdaya tahan, mempromosikan masyarakat yang saksama, berdepan dengan persaingan global, pertumbuhan ekonomi yang mapan, mengukuhkan pembangunan sumber manusia, mengembangkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan mempromosikan pembangunan persekitaran yangmapan.

RMPP telah menerima pakai strategi pembangunan di peringkat nasional serta selaras dengan PSDP2 yang bertujuan untuk mencapai k-ekonomi yang berdaya saing dan kualiti hidup yang tinggi melalui pembangunan lestari dan seimbang yang berdasarkan lima (5) teras berikut :-

  1. Meningkatkan daya saing dan nilai tambah ekonomi negeri;
  2. Membina sebuah masyarakat berpengetahuan (k-society) dan memperkasakan kebudayaan yang segar (vibrant culture);
  3. Memajukan pembangunan sosio-ekonomi yang lebih adil dan seimbang serta memupuk semangat penyayang dan perpaduan;
  4. Mengekalkan keseimbangan alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup; dan
  5. Mengamalkan, memajukan urus tadbir yang baik dan mengukuhkan keupayaan pelaksanaan.

Bagi memastikan RSNPP saling melengkapi dengan RMPP, penyelarasan telah dilakukan seperti berikut :-

TERAS DAN STRATEGI RMPPPERKAITAN/PENYELARASAN DENGAN RSNPP
Peningkatan Daya Saing Ekonomi
Pengukuhan sektor sektor ekonomi sedia ada dan pempelbagaian penerokaan bidang-bidang baru termasuk potensi potensi sedia wujud yang belum diterokai. Memperkukuhkan sektor-sektor strategik sedia ada dengan tumpuan kepada sektor Ketiga, Kedua dan Pertama dengan penerokaan pasaran baru. Sasaran peningkatan KDNK tertumpu kepada sektor Ketiga (52%) Kedua (45%) dan Pertama (3%) pada tahun 2010.
Peralihan P-ekonomi kepada K-ekonomi selaras dengan pengiktirafan Negeri Pulau Pinang berstatus MSC. Menggalakkan penggunaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam semua sektor ekonomi.
Penyediaan infrastruktur dan perhubungan bertaraf dunia dipercepatkan melalui pengembangan perlaksanaan jalur lebar negara. Cadangan pembesaran dan pelebaran Lapangan Terbang Bayan Lepas serta peningkatan keupayaan pelabuhan dan keretapi sejajar dengan cadangan PCC bagi menyokong pembangunan K-ekonomi.
Pengukuhan Dan Kepelbagaian Sektor Industri
Pengukuhan kepada sektor Elektronik dan ICT seperti automasi, kejuruteraan tepat dan kejuruteraan proses dalam aktiviti R&D, rekabentuk dan e-perniagaan. Penggalakan kepada prospek dan potensi baru amnya automasi, kejuruteraan tepat dan proses serta bidang tanpa wayar seperti industri wireless, photonic, medical devices, instrumentation dan software application.
Kepelbagaian sektor perindustrian bagi mengurangkan tekanan ke atas sektor elektrik dan elektronik seperti biotek, bio-farmaseutikal dan lain lain. Cadangan kepelbagaian sektor perindustrian telah dicadangkan.
Bandar Siber (PCC) di Pulau Pinang sebagai pusat ICT bagi e-perniagaan dan pengurusan rantaian nilai. Membangunkan 4 PCC iaitu PCC 1 di Bayan Lepas, PCC 2 di Bertam, PCC 3 di Batu Kawan dan PCC 4 di Sri Ampangan dengan penyediaan infrastruktur ICT bertaraf dunia.
Tumpuan diberikan kepada pembangunan industri sokongan dan tempatan terutamanya IKS dengan tenaga kerja bersesuaian, skim insentif dan kewangan, venture capital, geran R&D dan keupayaan pemasaran. Meningkatkan pertumbuhan IKS yang moden dengan penyediaan kemudahan infrastruktur dan kemudahsampaian yang bersesuaian dan lengkap.
Menggerakkan Semula Industri Pelancongan
Perlaksanaan strategi pengurusan dan pemasaran berintegrasi untuk mempromosi dan memasarkan Pulau Pinang dengan lebih efektif. Mempromosikan Negeri Pulau Pinang sebagai hub pelancongan pelbagai yang bertaraf dunia dan destinasi pilihan antarabangsa (Top of Mind Destination).
Peningkatan produk sedia ada dan penambahan produk baru.
  • Taman Negara Pantai Acheh;
  • Inner City Marina; dan
  • International Cruise Centre di Jeti Swettenham.
Memodenkan Sektor Primer
Peningkatan produktiviti sektor pertanian, perikanan, perternakan melalui bioteknologi dan pengurusan moden dan cekap. Mengambil kira strategi pembangunan pertanian RMPP dan diperincikan sebagai sebahagian daripada dasar dan langkah perlaksanaan.
Produk produk penyelidikan oleh USM dan MARDI dikomersilkan bagi tujuan pempelbagaian produk. R&D bagi tanaman hortikultur, florikultur, akuakultur dan teknologi pengeluaran seperti bioteknologi dan teknologi marin.
Cadangan kawasan perindustrian pengeluaran barangan makanan (Taman Kekal Pengeluaran Makanan) khasnya makanan halal. Pewujudan industri asas tani berasaskan pengeluaran pertanian yang bernilai tambah.
Pelan Induk Pembangunan Pertanian Negeri Pulau Pinang akan menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan bagi penyelidikan dan industri bioteknologi marin. Pelan Induk Pembangunan Pertanian SPU (2003-2010) telah mengenalpasti projek pemprosesan dan industri makanan sebagai perintis pembangunan industri berasaskan tani.
Pembangunan Sumber Manusia
Membangunkan keupayaan untuk melatih lebih ramai tenaga kerja dalam memenuhi pasaran di Negeri Pulau Pinang. Mempertingkatkan program-program latihan kemahiran dan lanjutan peningkatan kemahiran untuk melahirkan guna tenaga yang produktif dan berpengetahuan.
Meningkatkan lagi keupayaan untuk melatih tenaga kerja yang berpengetahuan dan terlatih dalam bidang sains dan kejuruteraan dengan penubuhan pusat-pusat latihan dan latihan sumber manusia yang menepati keperluan IKS. Sasaran 15% guna tenaga Pulau Pinang mempunyai pendidikan tertier dengan peningkatan keupayaan latihan sains dan kejuruteraan peringkat tinggi.
Peningkatan Pembangunan Sosial Dan Kualiti Hidup
Sasaran kemiskinan sifar 2008 melalui pertambahan pendapatan, perumahan dan program pembangunan komuniti. Meningkatkan taraf kehidupan yang lebih berkualiti melalui program-program pembasmian kemiskinan serta aktiviti aktiviti yang dapat menjana pendapatan penduduk.
Penyediaan kemudahan sosial bagi golongan yang kurang berupaya secara fizikal dan kecacatan intelektual. Penyediaan kemudahan sosial yang mencukupi terutamanya warga emas dan golongan yang kurang berupaya.
Pembangunan Infrastruktur Sosial
Peningkatan kualiti infrastruktur sosial melalui penaiktarafan jalan jalan sedia ada dan penyusunan perkhidmatan dan pengurusan pengangkutan awam (monorel dan jambatan kedua). Cadangan rangkaian jalanraya dan sistem pengangkutan awam bersepadu.
Perumahan mampu milik dan kemudahan masyarakat yang mencukupi serta memenuhi keperluan masyarakat. Penyediaan perumahan mampu milik dan kemudahan masyarakat yang mencukupi dan berkualiti.
Menjamin Keseimbangan Ekologi Dan Alam Sekitar
Kawalan pembangunan akan dikuatkuasakan bagi menjamin keseimbangan kawasan ekologi sensitif. RSNPP telah mencadangkan penguatkuasaan garis panduan perancangan dan pengawalan kawasan tanah bukit bagi menjamin keseimbangan ekologi.
Peningkatan kapasiti kemudahan rawatan kumbahan bagi pencemaran air. Cadangan peningkatan kualiti air sungai dari tahap tercemar kepada sederhana bersih melalui perlaksanaan program pemuliharaan dan pengurusan lembangan sungai. Air kumbahan dirawat terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke sungai.
Pelan Induk dirangka dan satu struktur institusional yang berintegrasi dibentuk dalam pengurusan sisa pepejal. Cadangan stesen pindah bagi sisa industri berjadual dan penggunaan kaedah pelupusan sisa pepejal yang moden, efektif dan efisien di dalam RT.
Perlaksanaan projek tebatan banjir dan program pemulihan sungai. Perlaksanaan Pelan Induk Saliran Bandar.
Urus Tadbir Yang Baik
Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian awam. Bab Pengurusan, Perlaksanaan dan Pemantauan RSNPP telah mengambil kira keperluan-keperluan serta mekanisme yang berkaitan ke arah mencapai urus tadbir yang baik termasuk inisiatif baru KPKT melalui One Stop Centre (OSC),CCC dan COB.
Pembangunan Pelan Tindakan Intergriti.
Perlaksanaan Pelan Induk K-ICT bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sektor awam.

2.4 PENCAPAIAN NEGERI PULAU PINANG

Kerajaan Negeri mensasarkan Negeri Pulau Pinang akan dibangunkan sebagai sebuah negeri maju selaras dengan Wawasan 2020. Bagi meninjau pencapaian semasa Negeri Pulau Pinang, data-data semasa serta unjuran dan sasaran 2010-2020 Negeri Pulau Pinang telah diperbandingkan dengan beberapa petunjuk atau kriteria pencapaian negeri maju yang digunapakai seperti Millennium Indicators Database oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, sasaran-sasaran Rancangan Fizikal Negara, Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga 2001-2010 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke Lapan oleh Unit Perancang Ekonomi, Singapore Index Quality Of Life, 2005 dan Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Masyarakat oleh JPBD Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan data dan maklumat pencapaian semasa, secara keseluruhannya Negeri Pulau Pinang didapati telah mencapai beberapa petunjuk kriteria negeri maju yang telah dikenal pasti. Ini menunjukkan bahawa Negeri Pulau Pinang mempunyai kedudukan yang baik untuk terus mencapai status negeri maju. Dalam hubungan ini Negeri Pulau Pinang perlu memperkukuhkan kriteria yang telah dicapai di samping memberi penekanan kepada pencapaian kriteria yang masih belum tercapai terutamanya di dalam aspek KDNK Negeri dan sumbangan KDNK (sektor perkilangan dan pertanian), kadar kemiskinan, jumlah guna tenaga dalam sektor perkilangan, jumlah pelancong, kepadatan penduduk/kawasan tepubina, kualiti air sungai, kuota penyediaan perumahan, saiz isi rumah, bilangan setinggan dan kemudahan masyarakat.

2.5 ARAH TUJU RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG

Mengambil kira penemuan-penemuan kajian terutamanya di dalam mencapai sasaran RMK 9 RFN dan Rancangan rancangan Negeri satu rangka arah tuju RSNPP telah digubal dan dibahagikan kepada beberapa aspek seperti berikut :-

  1. Kepentingan Negeri Pulau Pinang dalam konteks kerjasama serantau dan antarabangsa;
  2. Pengukuhan Pulau Pinang sebagai pusat pertumbuhan wilayah, Wilayah Utara Semenanjung Malaysia;
  3. Pertumbuhan penduduk dan perancangan sumber manusia yang mapan mengikut daerah;
  4. Pengukuhan asas dan prospek ekonomi Negeri;
  5. Pembangunan perindustrian yang bernilai tambah dan kompetetif;
  6. Pulau Pinang sebagai pusat perdagangan utama;
  7. Pengukuhan sektor pelancongan;
  8. Pemodenan pertanian dan pengembangan industri asas tani;
  9. Pembangunan guna tanah dan pemeliharaan alam sekitar yang seimbang;
  10. Penyusunan perbandaran dan petempatan desa yang lebih seimbang;
  11. Peningkatan penyediaan perumahan dan kemudahan masyarakat yang lebih berkualiti;
  12. Pengukuhan sistemperhubungan dan pengangkutan;
  13. Penyediaan infrastruktur bertaraf negeri maju; dan
  14. Pemantapan perlaksanaan dan pemantauan RSN.

2.5.1 Kepentingan Negeri Pulau Pinang Dalam Konteks Kerjasama Serantau Dan Antarabangsa

Negeri Pulau Pinang berdepan dengan cabaran dan persaingan global di dalam mempertahan dan mempertingkatkan lagi pertumbuhan ekonominya. Sektor utama yang mempunyai kesan terhadap persaingan global ini ialah sektor perindustrian (pembuatan), pelancongan, perkhidmatan dan perhubungan & pengangkutan. Bagi menangani cabaran ini, pembangunan sektor perindustrian akan ditumpu kepada penyediaan sokongan ICT bagi menjana peralihan ekonomi Negeri daripada p-ekonomi kepada k-ekonomi yang akan meningkatkan nilai tambah ekonomi Negeri. Di samping itu, peningkatan kepada kualiti hidup yang lebih baik dan pembangunan persekitaran fizikal yang lebih mapan dijangka akan dapat meningkatkan lagi potensi Negeri Pulau Pinang sebagai pusat pelaburan antarabangsa dan tempatan.

Di dalam aspek hubungan jalinan sistem pentadbiran Negeri Pulau Pinang dengan negara luar, pelaksanaan bandar berkembar antara George Town dan Adelaide, dan Butterworth dengan Freemantle (Australia) mempunyai potensi untuk diperkukuhkan. Perlaksanaan bandar berkembar ini akan diperkembangkan kepada beberapa bandar Asia yang lain seperti Chennai di India. Melalui perlaksanaan konsep bandar berkembar, Negeri Pulau Pinang mempunyai peluang-peluang untuk mengeksplorasi pengetahuan dan pengalaman baru dalam kerangka pentadbiran, sosio ekonomi dan sebagainya.

Dari aspek pelancongan, Negeri Pulau Pinang yang pernah terkenal dengan jolokan sebagai Pearl of the Orient pada suatu ketika dahulu semakin menghadapi persaingan dengan beberapa destinasi pelancongan yang lain di sekitar Asia. Justeru itu, strategi untuk mempelbagaikan lagi produk dan kualiti pelancongan perlu dilaksanakan bagi mempromosikan Penang Has It All serta mengekal dan meningkatkan imejnya sebagai Top of Mind Destination di peringkat antarabangsa.

Di dalam konteks perhubungan dan pengangkutan, Negeri Pulau Pinang berpotensi untuk diperkukuhkan lagi sebagai hub perhubungan dan pengangkutan antarabangsa dengan meningkatkan kecekapan dan keupayaan pengangkutan laut dan udaranya. Cadangan Pembesaran Lapangan Terbang Bayan Lepas, pembesaran pelabuhan NBCT, City Marina and International Cruise Centre di Jeti Swettenham serta pembinaan Jambatan Kedua akan meningkatan lagi mobiliti barangan dan perkhidmatan penumpang.

Dalam konteks IMT-GT, Negeri Pulau Pinang telah dikenal pasti sebagai pusat serantau bagi perdagangan, perkhidmatan dan pengangkutan. Adalah dijangkakan, Negeri Pulau Pinang khasnya dan negeri negeri utara lainnya akan berfungsi sebagai Wilayah Industri Utama, sementara Selatan Thailand dan Utara Sumatera lebih menekankan kepada pengwujudan Wilayah Perniagaan Tani dan Pelancongan. Dengan kedudukannya yang strategik dan infrastruktur yang sudah tersedia, Negeri Pulau Pinang perlu dibangunkan sebagai pusat tumpuan perkhidmatan utama bagi keseluruhan kawasan IMT-GT.

2.5.2 Pengukuhan Pulau Pinang Sebagai Pusat Perkhidmatan Utama Wilayah Utara Semenanjung Malaysia

Pembangunan di Negeri Pulau Pinang didapati saling lengkap melengkapi dengan keperluan dan kepentingan negeri-negeri yang bersempadanan di wilayah utara. Pembangunan di Negeri Pulau Pinang menawarkan peluang-peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, di mana Bandaraya George Town akan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan berfungsi sebagai pusat membeli belah utama bagi negeri-negeri Wilayah Utara.

Rajah 2.1: Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT)

Rajah 2.2: Negeri Pulau Pinang dan Negeri Bersempadan

Pembangunan perindustrian di Negeri Pulau Pinang telah berkembang dan memberi kesan limpahan kepada negeri-negeri bersempadanan seperti pembangunan kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech Park dan kawasan perindustrian Sungai Petani. Pembangunan ini telah membentuk satu rangkaian dan kluster industri di antara negeri yang secara langsung dapat memperkukuhkan lagi pembangunan perindustrian di Pulau Pinang.

Perkembangan dan pembangunan yang berlaku di kawasan sempadan juga telah memperkukuh kedudukan serta peranan yang dimainkan oleh Negeri Pulau Pinang iaitu sebagai Pusat Wilayah Utara yang menawarkan kemudahan perkhidmatan kepada kawasan sekitarnya. Negeri-negeri bersempadanan dijangka akan menerima kesan limpahan dalam sektor industri khasnya dalam aspek pemprosesan makanan, tekstil dan pakaian, perkayuan dan ICT. Manakala dari aspek pelancongan, tarikan produk-produk pelancongan di Negeri Perak seperti Bukit Merah Lake Town Resort dan Pulau Langkawi di Kedah boleh juga ditawarkan sebagai pakej-pakej pelancongan tambahan kepada pelancong yang datang ke Negeri Pulau Pinang.Oleh itu, setiap pembangunan di Negeri Pulau Pinang haruslah mengambil kira kepentingan bersama dengan negeri-negeri bersempadan.

2.5.3 Pertumbuhan Penduduk Dan Perancangan Sumber Manusia Yang Mapan Mengikut Daerah

  1. Pengagihan Penduduk Negeri yang Lebih Seimbang

    Dalam tempoh 2000-2005, kadar pertumbuhan penduduk Negeri Pulau Pinang telah meningkat sebanyak 1.9% iaitu daripada 1,332,700 orang penduduk pada tahun 2000 kepada 1,468,800 orang pada tahun 2005 dengan agihan 46.2% penduduk di Bahagian Pulau dan 53.8% penduduk di Seberang Perai. RSNPP mengunjurkan bilangan penduduk Negeri Pulau Pinang akan meningkat dari 1.4 juta orang pada tahun 2005 kepada 1.6 juta orang pada tahun 2010 dengan kadar pertumbuhan purata tahunan 1.9% dan 2 juta orang pada tahun 2020. Unjuran ini telah diterima pakai oleh RFN.

    Bagi menyeimbangkan pertumbuhan penduduk, RSNPP mencadangkan pada tahun 2010 agihan penduduk Negeri diagihkan kepada 55% penduduk di Seberang Perai dan 45% penduduk di Bahagian Pulau. Manakala agihan pada tahun 2020 mensasarkan 40% di Bahagian Pulau dan 60% di Seberang Perai.

    Berdasarkan taburan penduduk bandar : luar bandar, Negeri Pulau Pinang telah mencapai nisbah 83 : 17. Ini bererti Negeri Pulau Pinang telah melepasi sasaran kriteria Negeri Maju iaitu sebanyak 60 : 40. Dalam masa yang sama, RFN telah mengunjurkan Negeri Pulau Pinang akan mencapai nisbah 85 :15 pada tahun 2010 dan jumlah ini meningkat kepada 90 :10 pada tahun 2020. Senario ini menunjukkan Negeri Pulau Pinang memerlukan perancangan penyediaan kemudahan perbandaran yang dapat meningkatkan kualiti hidup penduduk ke arah mencapai status Negeri Maju.

    Mengambil kira keperluan golongan kurang upaya serta peningkatan bilangan warga emas, satu mekanisme penyediaan kemudahan masyarakat yang khusus untuk golongan ini perlu dirancang bagi memastikan golongan ini terbela dan tidak tersisih daripada arus pembangunan Negeri.

  2. Meningkatkan Bilangan Pekerja Berpengetahuan, Mahir dan Separuh Mahir

    Persaingan penawaran tenaga buruh yang murah terutamanya daripada Negara China merupakan satu cabaran untuk mengekalkan pelabur pelabur di Negeri ini. Penyediaan tenaga buruh mahir dan separuh mahir yang berpengetahuan adalah penting dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan ke Negeri ini sekaligus mengukuhkan ekonom Negeri. Penyediaan dan perlaksanaan Pelan Induk K-ICT Negeri Pulau Pinang penting bagi memenuhi keperluan pembelajaran untuk menghasilkan guna tenaga yang berilmu dan berkualiti tinggi.

    Kadar penyertaan tenaga buruh Negeri pada tahun 2005 telahmenurun kepada 65.6% dengan bilangan tenaga buruh seramai 645,500 orang berbanding pada tahun 2000 iaitu sebanyak 682,300 orang dengan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 70.8% Kadar pengangguran Negeri Pulau Pinang juga didapati meningkat kepada 2.0% pada tahun 2005 berbanding pada kadar 1.9%pada tahun 2000.

    Bagi penyediaan tenaga kerja berpengetahuan, kajian RSNPP menunjukkan pada tahun 2000, 7.1% tenaga kerja adalah terdiri daripada golongan yang mempunyai pendidikan tertiari, golongan yang mempunyai pendidikan menengah adalah sebanyak 41.7% 26.3% adalah terdiri daripada golongan yang berpendidikan rendah manakala selebihnya iaitu sebanyak 24.9% terdiri daripada golongan yang tidak mempunya pelajaran rasmi. Senario ini berubah pada tahun 2004, di mana kajian yang dijalankan oleh Negeri menunjukkan bahawa sebanyak 17.4% tenaga kerja adalah terdiri daripada golongan yang berpendidikan tertiari, 61.4% berpendidikan menengah, 19.3% golongan berpelajaran rendah dan 1.9% golongan yang tidak mempunyai pelajaran rasmi. Selaras dengan pembangunan modal insan, adalah disasarkan menjelang tahun 2020, bilangan guna tenaga Negeri Pulau Pinang akan meningkat kepada 956,100 orang dengan bilangan guna tenaga yang mempunyai pendidikan tertiari sebanyak 30% bagi memenuhi permintaan guna tenaga berpengetahuan, mahir dan dan separuh mahir.

  3. Peningkatan Kualiti Hidup dan Ke Arah Kemiskinan Sifar 2008

    Kerajaan Negeri amat komited untuk menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai negeri yang mempunyai kemiskinan sifar menjelang tahun 2008. Pada tahun 2005, kadar kemiskinan di Negeri Pulau Pinang dicatatkan pada kadar 0.3%. Pelbagai usaha dan program telah dijalankan untuk memastikan kemiskinan sifar dapat dicapai antaranya Program Pemulihan Rumah, Program Bantuan Ekonomi Kecil, Program Pembangunan Masyarakat Setempat, Program Tambahan Makanan Seimbang, Program Pemulihan Sikap, Program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga, Program Latihan Rakyat Termiskin & Program Perumahan Rakyat serta Projek Ternakan Lembu Pedaging. Program pembangunan perumahan kos rendah di atas tanah kerajaan juga sedang giat dijalankan oleh Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi.

    Jurang kualiti hidup antara kaum di Negeri Pulau Pinang masih tidak berubah dengan signifikan dalam tempoh 1990-1999. Ini boleh ditunjukkan dengan purata pendapatan isi rumah yang masih tinggi oleh kumpulan etnik Cina. Jurang purata pendapatan isi rumah antara bandar dan luar bandar juga didapati agak ketara dengan penduduk bandar mempunyai purata pendapatan isi rumah yang jauh lebih tinggi berbanding dengan penduduk di luar bandar.

2.5.4 Pengukuhan Asas Dan Prospek Ekonomi Negeri

  1. Ke Arah Meningkatkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) Yang Berkualiti

    Negeri Pulau Pinang menerima pelaburan langsung asing yang tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia iaitu sebanyak 90% yang menawarkan sejumlah 118,651 peluang pekerjaan. Dalam tempoh tahun 1995-2000, Negeri Pulau Pinang telah mencapai kadar pertumbuhan KDNK sebanyak 4.97% setahun. Bagaimanapun, jumlah ini menurun kepada 4.67% setahun dalam tempoh 2001 hingga 2005. Ini adalah akibat daripada krisis industri elektronik yang berlaku pada tahun 2001 dan juga kebangkitan negara negara pesaing kos rendah seperti China, India, Vietnam, Thailand dan Eropah Timur yang menawarkan tenaga buruh yang ramai, murah, terlatih, berpendidikan dan penawaran kos tanah yang rendah serta potensi pasaran yang luas. Kesan kemunculan pesaing-pesaing ini membawa kepada penurunan pelaburan langsung asing (FDI) kepada Negeri Pulau Pinang.

    Melalui Rancangan Negeri, Kerajaan Negeri telah menetapkan strategi untuk meningkatkan daya saing ekonomi melalui pengukuhan dan kepelbagaian ekonomi Negeri. Kebergantungan kepada FDI akan dikurangkan dan akan hanya menarik masuk FDI yang berkualiti bagi mengukuh dan mempelbagaikan sektor perindustrian Negeri. Adalah dijangkakan pertumbuhan KDNK Negeri Pulau Pinang akan berada pada paras 7.3% menjelang tahun 2010. Pertumbuhan ekonomi Negeri Pulau Pinang yang pesat perlu diteruskan bagi mencapai wawasan negeri maju. Justeru, Negeri Pulau Pinang memerlukan mekanisma ekonomi yang subur, berdaya saing dan perkasa, bukan sahaja di peringkat nasional, malah di peringkat global. Antara aspek yang harus diberi penekanan adalah dengan memberi tumpuan kepada pembangunan industri tempatan dan sokongan terutamananya Industri IKS dalam bidang-bidang seperti Elektrikal dan Elektronik, ICT, automasi, barangan makanan dan minuman serta pembuatan barangan berasaskan pertanian. Industri tempatan ini berupaya untuk memainkan peranan di peringkat global dengan pengetahuan dan kepakaran produk yang tinggi.

  2. Meningkatkan Potensi Ekonomi Negeri Dengan Nilai Tambah Sektor Ketiga, Kedua dan Pertama

    Negeri Pulau Pinang mencapai tahap kecemerlangan di dalam sektor perindustrian walaupun sektor ini mengalami persaingan global serta suasana ekonomi yang tidak menentu. Sektor ini masih lagi penting dan mempunyai asas yang kuat untuk menggerakkan rantaian ekonomi sedia ada. Negeri mencadangkan strategi serampang dua mata yang menjurus kepada pengukuhan dan kepelbagaian sektor industri di dalam menjadikan sektor ini lebih berdaya saing. Pengukuhan sektor industri di dalam bidang bidang seperti automasi, kejuruteraan tepat dan kejuruteraan proses adalah antara bidang-bidang yang perlu diberi nilai tambah yang tinggi dengan meneroka bidang bidang yang lebih dinamik seperti rekabentuk, pembangunan dan penyelidikan (R&D), dan pembangunan serta penggunaan e-perniagaan. Selain itu, usaha usaha untuk - mempelbagaikan sektor industri akan ditumpukan di bidang bidang yang berasaskan kepada bidang tanpa wayar (wireless), fotonik, peralatan dan perkakasan perubatan, aplikasi perisian, Radio Frequency Identification (RFID), Perkhidmatan Bersama (Shared Services) dan pengagihan sumber kerja (Outsourcing).

    Anjakan ekonomi telah dapat dilihat dengan peningkatan sumbangan Sektor Ketiga dari 49.5% pada tahun 2000 kepada 53.1% pada tahun 2005. Ini menunjukkan Negeri Pulau Pinang telah mula berubah dari p-ekonomi kepada k-ekonomi. Peralihan ekonomi dilihat sebagai satu langkah yang penting kepada Negeri Pulau Pinang untuk memastikan Negeri ini menjadi lebih berdaya saing di peringkat serantau dan global. Pengukuhan semula produk-produk pelancongan Negeri dengan promosi yang tepat serta peningkatan sektor perkhidmatan yang berkaitan pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan k- ekonomi akan dapat memacu pembangunan Negeri Pulau Pinang. Namun begitu, pembangunan sektor ini perlu disokong dengan kemudahan infrastruktur lengkap bertaraf dunia di samping mempunyai guna tenaga mahir dan berpengetahuan.

    Sektor Pertama, walaupun merupakan penyumbang terendah kepada KDNK Negeri iaitu kurang 2.4% pada tahun 2000 dan 2.3% pada tahun 2005, masih perlu diberikan penekanan kerana sektor ini berupaya menawarkan aliran pendapatan alternatif kepada ekonomi Negeri Pulau Pinang. Perlaksanaan Pelan Induk Pertanian Negeri Pulau Pinang dan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dijangka mampu meningkatkan nilai ditambah sektor ini dengan penekanan kepada teknologi tinggi seperti Bioteknologi dan ICT.

2.5.5 Pembangunan Perindustrian Yang Bernilai Tambah dan Kompetetif

  1. Meningkatkan Industri IKS Yang Lebih Kompetetif Sebagai Peneraju Agenda Perindustrian Negeri

    Sepanjang lima tahun kebelakangan, Industri IKS telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan saling berkerjasama dengan syarikat-syarikat MNC. Kriteria pencapaian negeri maju menunjukkan penetapan sekurang kurangnya 80% daripada bilangan industri sedia ada adalah Industri IKS telah pun dapat dicapai oleh Negeri Pulau Pinang dengan peratusan sebanyak 83.5% pada tahun 2003. Bagi memastikan Industri IKS terus kompetetif dan berkembang pesat, industri ini perlu meningkatkan kemahiran di dalam bidang rekabentuk, pembangunan dan juga pemasaran produk serta peningkatan mutu produk dengan berasaskan kepada pembangunan dan penyelidikan (R&D). IKS perlu mengambil peluang mengukuhkan lagi rantaian dan kluster industri dengan syarikat MNC untuk menembusi pasaran global. Sokongan daripada Kerajaan Negeri dan kerajaan persekutuan dari segi melaksanakan program-program pembangunan IKS seperti program program penyediaan kilang dan program vendor, pembiayaan adalah perlu untuk menjadikan industri ini lebih berdaya saing.

  2. Memperlengkapkan Kawasan Perindustrian Sedia Ada Dengan Kemudahan Infrastruktur ICT Bagi Memacu Pembangunan K-Ekonomi

    Pada tahun 2000, kajian RSNPP mendapati Negeri Pulau Pinang mempunyai lebihan kawasan perindustrian seluas 1,068.2 hektar yang telah dikenal pasti masih belum dimajukan (tanah kosong) dengan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, senario ini berubah apabila diperkenalkan dan penumpuan kepada industri Penang Cyber City berasaskan ICT ditekankan. Kekurangan tanah perindustrian terutamanya di bahagian Pulau telah menyebabkan peluang pelaburan tersebut mengalir ke kawasan Perindustrian Kulim dan Sungai Petani walaupun masih terdapat kawasan perindustrian kosong di Seberang Perai seperti Batu Kawan (200 hektar), Bukit Minyak (114 hektar), dan kawasan perindustrian Valdor (100 hektar). Keadaan ini berlaku kerana lokasi kawasan perindustrian sedia ada yang tidak bersesuaian serta kemudahan infrastruktur yang tidak lengkap. Oleh yang demikian, perancangan untuk menyediakan kawasan perindustrian yang lengkap dengan prasarana infrastruktur dan ICT perlu dipertingkatkan. Di samping itu, juga cadangan PCC 2 di Bertam, PCC 3 di Batu Kawan dan PCC 4 di Sri Ampangan dijangka akan meningkatkan nilai tambah penawaran kawasan perindustrian di Seberang Perai. Terlaksananya projek Jambatan Kedua yang menghubungkan Batu Kawan dan Batu Maung dijangka akan meningkatkan lagi potensi kawasan kawasan - perindustrian di Seberang Perai.

  3. Meningkatkan Penyertaan Bumiputera Di Dalam Perindustrian IKS

    Secara keseluruhannya, penyertaan IKS Bumiputera dalam sektor pembuatan di Negeri Pulau Pinang perlu ditingkatkan lagi. Bidang-bidang yang diceburi oleh IKS Bumiputera adalah seperti precision tooling, peralatan telekomunikasi, plastik dan elektrikal & elektronik. Selain dari ini, bidang bidang yang menunjukkan penyertaan syarikat IKS - Bumiputera adalah tekstil, pembuatan barangan saintifik dan farmaseutikal.

    Pelbagai usaha serta program telah ditawarkan kepada pengusaha-pengusaha IKS untuk mempertingkatkan penglibatan pengusaha Bumiputera oleh agensi agensi seperti PDC, MARA, PERDA, SMIDEC DAN MATRADE untuk memastikan 30% penglibatan Bumiputera di dalam kegiatan ekonomi Negeri. Antara program yang dijalankan adalah seperti program, program pembiayaan modal dan program penyediaan kilang vendor telah giat dijalankan.

    Selain daripada agensi-agensi yang telah dikenal pasti, beberapa agensi seperti Bahagian Penyelarasan Dan Penyertaan Bumiputera (BPPB-ICU), DPMMPP dan Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) telah menganjurkan beberapa seminar dengan tujuan menggalakkan lebih ramai usahawan Bumiputera melibatkan diri dalam Program Pembekal Global (GSP). Program ini merupakan usaha sama strategik antara PSDC dengan beberapa MNC utama untuk menaikkan taraf IKS tempatan sebagai pembekal perkhidmatan dan barangan bertaraf dunia.

  4. Meningkatkan Tenaga Kerja Yang Mahir dan Berpengetahuan

    Secara amnya, Negeri Pulau Pinang masih menghadapi kekurangan tenaga kerja mahir dan berpengetahuan untuk memacu pembangunan k-ekonomi. Penghasilan lebih banyak tenaga mahir di dalam bidang teknikal dan kejuruteraan adalah amat diperlukan. Ketidaksesuaian kursus yang ditawarkan serta kemahiran yang tidak setanding dengan keperluan sektor perindustrian sering menjadi isu utama. Untuk memastikan Negeri Pulau Pinang komited dan kompetetif di dalam peralihan k-ekonomi, pembangunan sumber manusia menjadi agenda utama di dalam mencapai matlamat negeri maju. Pusat - pusat pengajian digesa untuk menawarkan kursus-kursus yang memenuhi keperluan ekonomi Negeri. Kerjasama di antara pihak institusi pengajian dan pihak industri perlu diadakan supaya latihan praktikal dapat dijalankan di samping penyesuaian kurikulum pelajaran mengikut keperluan industri.

2.5.6 Pulau Pinang Sebagai Pusat Perdagangan Utama

  1. Meningkatkan Peranan George Town Sebagai Pusat Perdagangan dan Perkhidmatan Serantau

    Selaras dengan peranan sebagai Pusat Pertumbuhan Wilayah, gabungan bandar George Town-Butterworth-Seberang Jaya akan diperkukuhkan menjadi pusat perdagangan dan perkhidmatan serantau. Sektor perkhidmatan Negeri akan dikembangkan bagi meningkatkan daya saing ekonomi Negeri. Oleh yang demikian, RSNPP mencadangkan insentif-insentif dan kemudahan bertaraf dunia perlu disediakan bagi menarik lebih banyak firma dan syarikat antarabangsa beroperasi di sini dengan menempatkan lebih banyak pejabat wilayah. Suasana yang kondusif dan sokongan infrastruktur ICT yang lengkap akan meningkatkan serta menggalakkan penggunaan e-dagang selaras dengan peralihan k-ekonomi. Peranan sebagai pusat membeli belah Wilayah Utara juga akan dapat diperkukuhkan dan ini secara langsung akan meningkatkan penggunaan ruang lantai secara lebih optimum.

  2. George Town Sebagai Pusat Membeli Belah Wilayah Utara

    George Town pernah berfungsi sebagai pelabuhan bebas cukai dan menjadi pusat membeli belah bagi Wilayah Utara pada suatu ketika dahulu. Untuk memastikan George Town untuk terus kekal sebagai pusat membeli belah utama, beberapa langkah untuk meningkatkan aktiviti peruncitan, pemborongan, pembekalan dan pergudangan perlu diambil kira dengan menyediakan kemudahan infrastruktur yang lebih lengkap. Aktiviti hypermarket telah diperkenalkan bagi meningkatkan penyertaan IKS di dalam membekalkan barangan/stok secara pukal kepada pengusaha. Selain itu hypermarket langkah bagi memperkenalkan George Town sebagai pusat perniagaan emas dan barang kemas akan dipertingkatkan melalui pembangunan Penang Gold Bazaar. Untuk meningkatkan aktiviti di kawasan pusat bandar cadangan konsep mall bazaar seperti yang telah dilaksanakan di Little India dan Lebuh Campbell akan diperluaskan ke seluruh kawasan bandaraya dalaman. Selain itu, sektor peniaga kecil akan digalakkan dengan mengadakan aktiviti pasar malam dan pertunjukan kebudayaan bagi menghidupkan kawasan pusat bandar terutama di waktu malam. Cadangan yang dikenal pasti ini dijangka akan dapat meningkatkan lagi aktiviti perdagangan dan perniagaan di George Town.

2.5.7 Pengukuhan Sektor Pelancongan

  1. Mengekalkan Pulau Pinang Sebagai Top Of The Mind Destination

    Negeri Pulau Pinang menghadapi persaingan dengan destinasi pelancongan lain yang turut menawarkan produk pelancongan yang sama seperti Langkawi, Phuket, Singapura, Hong Kong, Bali, Sabah dan Sarawak. Usaha-usaha proaktif seperti meningkatkan kualiti produk- produk pelancongan sedia ada serta mempromosi produk-produk baru seperti kepelbagaian budaya, syurga makanan dan pasaran niche seperti pelancongan kesihatan/perubatan, sukan, pendidikan, warisan sejarah dan MICE perlu untuk meningkatkan lagi daya tarikan dan mengekalkan Negeri Pulau Pinang sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia di samping menghasilkan budaya think tourism bagi semua rakyat. Sasaran utama sektor pelancongan adalah untuk menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai hub pelancongan pelbagai bertaraf antarabangsa dengan sasaran ketibaan pelancong seramai 6 juta orang pada tahun 2010 dan sasaran peningkatan pendapatan dari sektor pelancongan dari RM5.31 bilion pada tahun 2000 kepada RM10.8 bilion pada tahun 2010.

  2. Meningkatkan Tahap Penyediaan Kemudahan Sokongan Pelancongan

    Masih banyak usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan tahap kemudahan sokongan pelancongan Negeri Pulau Pinang. Kemudahan sokongan pelancongan seperti jeti, perhentian bas, kiosk informasi, tandas awam, papan tanda, laluan pejalan kaki dan lain lain kemudahan perlu dipertingkatkan dan dinaiktaraf serta diselenggara dengan baik. Jeti Pulau Pinang dan stesen keretapi Butterworth yang merupakan pintu masuk/keluar utama (staging point) bagi Negeri Pulau Pinang perlu dipertingkatkan.

2.5.8 Pemodenan Pertanian dan Pengembangan Industri Asas Tani

  1. Pengekalan Kawasan Pertanian Strategik Sebagai Kawasan Pengekalan dan Pemeliharaan

    Pembangunan secara besar-besaran di sektor-sektor pembinaan, perdagangan, pelancongan dan perindustrian telah mengakibatkan pengurangan keluasan tanah pertanian di Negeri Pulau Pinang. Tren penurunan keluasan tanah pertanian dalam tempoh 1996-2000 berterusan berlaku sehingga tahun 2004 dengan penurunan kepada 46,770 hektar berbanding tahun 2000 iaitu 50,431 hektar. Jumlah keluasan tanah pertanian dijangka berkurangan kepada 44,922 hektar pada tahun 2010. Sekiranya keadaan ini tidak dikawal secara seimbang, dijangkakan akan berlaku kekurangan green cover di Negeri Pulau Pinang yang boleh menjejaskan keseimbangan eko sistem. Negeri juga mengenal pasti isu ini sebagai ancaman kepada pembangunan sektor primer Negeri Pulau Pinang.

    Selaras dengan hasrat untuk menjadikan negara sebagai pengeksport bersih bagi makanan menjelang tahun 2010, Negeri Pulau Pinang akan membangunkan sektor pertanian Negeri dengan prospek dan penekanan kepada Subsektor Tanaman Makanan, Subsektor Tanaman Industri, Subsektor Ternakan, Subsektor Perikanan, Subsektor Industri Asas Tani dan Subsektor Khidmat Sokongan bagi menyokong hasrat negara seperti yang telah digariskan. Selain itu, pengekalan kawasan Jelapang Padi dengan sasaran untuk meningkatkan purata hasil dari 4.5 tan sehektar kepada 10 tan sehektar juga disasarkan.

    Bagi tujuan ini RSNPP telah mengenal pasti kepentingan kepada pengekalan kawasan pertanian strategik yang mempunyai infrastruktur pengairan sebagai kawasan pengekalan.

  2. Peningkatan Produktiviti Sektor Pertanian Dengan Penggunaan Teknologi Tinggi

    Sektor pertanian menyumbang sebanyak 1.6% kepada KDNK Negeri, pada tahun 2000 dan menurun sedikit kepada 1.54% pada tahun 2005. Kadar pertumbuhan pada tempoh 2001-2005 iaitu 2% dijangka akan meningkat kepada 2.3% dalam tempoh 2006-2010 berbanding sasaran di peringkat nasional iaitu 7.1%. Walau bagaimanapun dengan penggunaan teknologi moden seperti Bioteknologi, peningkatan prasarana pengairan dan saliran serta peningkatan penyertaan sektor swasta dan syarikat GLC di dalam sektor ini dijangka akan meningkatkan lagi produktiviti sektor pertanian. Oleh demikian, pada tahun 2010 sektor ini dijangka akan menyumbang KDNK Negeri sebanyak 1.9% pada tahun 2010 dan 3% pada tahun 2020.

  3. Meningkatkan Pengeluaran Industri Asas Tani

    Sebagai agenda pembangunan baru sektor pertanian, industri asas tani dilihat sebagai satu industri yang boleh meningkatkan nilai tambah sektor pertanian di samping berpotensi untuk menjana perkerjaan baru kepada Negeri Pulau Pinang. Melihat kepada prospek yang begitu besar, arah tuju pembangunan industri asas tani meliputi strategi untuk mewujudkan industri asas tani yang dapat menghasilkan rantaian pengeluran produk pertanian yang bermutu seperti pengujudan sebuah kawasan pusat industri asas tani (PIAT) di Kubang Menerong, memantap dan memperkasakan industri asas tani sedia ada serta meningkatkan tahap khidmat sokongan bagi sektor pertanian dan industri asas tani yang meliputi latihan, penyelidikan, pembangunan dan pemasaran.

2.5.9 Pembangunan Guna Tanah Dan Pemeliharaan Alam Sekitar Yang Seimbang

Pembangunan mapan adalah antara agenda yang disasarkan oleh RSNPP di dalam menangani isu tekanan pembangunan di luar kawasan keutamaan pembangunan dan ancaman pembangunan terhadap kawasan-kawasan sensitif alam sekitar (KSAS). Kepesatan pembangunan Negeri Pulau Pinang secara langsung dan tidak langsung telah merubah struktur dan pola guna tanah serta alam sekitar negeri. Perubahan yang ketara ialah peningkatan keluasan guna tanah tepubina dan pengurangan keluasan guna tanah pertanian, perhutanan dan perkampungan. Bagi memastikan perubahan guna tanah mapan, pembangunan guna tanah dan sumberjaya Negeri perlu dirancang dengan teliti.

  1. Ke Arah Guna Tanah Negeri Yang Mapan

    Secara amnya kajian RSNPP mendapati Negeri Pulau Pinang mempunyai sekurang kurangnya 14,600 hektar tanah yang berpotensi untuk dibangunkan dan sejumlah 89,200 hektar tanah telah dikenal pasti sebagai berpotensi untuk dijadikan sebagai kawasan pengekalan dan pemeliharaan. Bagi memastikan pembangunan guna tanah Negeri berlaku secara mapan, RSNPP mengunjurkan seluas 5,000 hektar tanah diperlukan untuk menampung keperluan pembangunan sehingga tahun 2020 iaitu dengan purata 300 hektar setahun.

    Penggunaan tanah yang tidak optimum di kawasan keutamaan pembangunan yang telah dikenal pasti dalam kajian-kajian sebelum ini didapati masih lagi berterusan. Adalah dianggarkan sehingga kini, terdapat sejumlah 4,500 hektar tanah yang terletak di dalam kawasan keutamaan pembangunan sedia ada yang berpotensi untuk dibangunkan. Oleh yang demikian, bagi menangani isu ini dan memastikan pembangunan secara optimum dapat dijalankan, sebarang permohonan kebenaran merancang akan hanya dipertimbangkan di kawasan keutamaan pembangunan yang telah dikenal pasti. Pembangunan di luar kawasan had pembangunan akan dikawal dan penerokaan kawasan sensitif alam sekitar serta kawasan pertanian Negeri Pulau Pinang dapat dielakkan.

  2. Menangani Nilai Tanah Yang Tinggi

    Kekurangan bekalan serta permintaan yang tinggi bagi tanah yang boleh dimajukan di bahagian Pulau telah menyebabkan harga-harga tanah meningkat tinggi berbanding dengan nilai tanah di Seberang Perai. Senario pembangunan di bahagian Pulau dijangka memerlukan lebih banyak tanah untuk menampung pembangunan pembangunan baru di masa hadapan khususnya bagi penyediaan infrastruktur dan kemudahan masyarakat. Keadaan ini telah mendorong kepada aktiviti tebus guna tanah di kawasan pesisir pantai sebagai alternatif penyediaan kawasan pembangunan baru. Langkah menyediakan bekalan bank tanah menerusi aktiviti tambak laut merupakan satu langkah pilihan yang boleh diambil untuk memastikan bekalan ruang tanah yang mencukupi di masa hadapan di samping dapat memajukan kawasan-kawasan tersebut dengan memastikan ia tidak memberi kesan-kesan sosial dan alam sekitar. Selain itu juga, agihan pembangunan guna tanah yang seimbang antara bahagian Pulau dan Seberang Perai akan dapat dicapai dengan sasaran agihan 40% di Bahagian Pulau dan 60% di Seberang Perai. Ini bukan sahaja akan dapat menangani masalah nilai tanah yang tinggi di bahagian Pulau malahan akan dapat menyeimbangkan pembangunan di Negeri Pulau Pinang.

  3. Pengekalan dan Pemeliharaan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan Kawasan Sumber Semulajadi

    Analisis kawasan kesesuaian dan kesediaan tanah yang dijalankan mendapati kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) Negeri Pulau Pinang adalah seluas 51, 614 hektar (50%). Kawasan tersebut meliputi kawasan-kawasan KSAS Berisiko Bencana seperti kawasan tanah tinggi yang berketinggian melebihi 76 meter, kawasan berkecerunan melebihi 25 darjah, kawasan Tanah Bukit yang diwartakan dan kawasan hakisan pantai. Kawasan KSAS Sokongan Hidup yang meliputi kawasan badan air seperti kawasan tadahan air dan kawasan jaminan makanan seperti kawasan Jelapang Padi dan kawasan pengekalan pertanian kelas 1 hingga kelas 3, kawasan KSAS Bernilai Warisan seperti kawasan Hutan Simpan Kekal dan Kawasan Warisan Sejarah. Kawasan-kawasan ini sering terdedah kepada tekanan pembangunan. Justeru itu, pemeliharaan dan pengekalan kawasan kawasan KSAS yang telah dikenal pasti perlu disegerakan.

    Di dalam merealisasikan hasrat mencapai tahap negeri maju, RSNPP mensasarkan sekurang-kurangnya 30% daripada keluasan Negeri akan dikekalkan dan dipelihara sebagai kawasan warisan alam semulajadi.

  4. Peningkatan Kualiti Air Di Semua Lembangan Sungai Negeri Pulau Pinang

    Hampir kesemua lembangan sungai di Negeri Pulau Pinang seperti Lembangan Sungai Juru, Sungai Jejawi dan Sungai Pinang adalah tercemar. Manakala Lembangan Sungai Perai dan Sungai Kerian berada di tahap sederhana bersih. Berdasarkan indeks bacaan IKA didapati kemerosotan kualiti air di Lembangan Sungai Juru, Sungai Jejawi dan Sungai Pinang adalah disebabkan oleh meningkatnya kandungan buangan organik daripada industri berasaskan pertanian dan penternakan serta industri pembuatan bersifat organik yang dialirkan terus ke sistem perparitan dan sungai. Kandungan sisa pepejal terampai yang meningkat akibat daripada aktiviti pembangunan/pertanian yang melibatkan kerja kerja tanah.

    Walau bagaimanapun masalah pencemaran air terutama di sekitar George Town akan dapat diatasi dengan siapnya projek rawatan kumbahan dan enap cemar Jelutong, dan beberapa projek untuk meningkatkan kapasiti kemudahan rawatan kumbahan di Seberang Perai yang akan dilaksanakan di dalam tempoh RMK-9.

  5. Peningkatan Kualiti Air Marin Menyumbang Kepada Pembangunan Industri Pelancongan dan Industri Perikanan Tempatan

    Kualiti air marin Negeri Pulau Pinang menunjukkan kemerosotan kualiti bagi parameter pepejal terampai dan E-Coli, kehadiran logamberat seperti plumbum, kadium, gris dan minyak. Pencemaran E-Coli adalah disebabkan oleh pembuangan sisa kumbahan yang tidak dirawat dengan sempurna. Manakala kehadiran logam berat adalah daripada aktiviti perindustrian dan juga bengkel. Secara amnya, kemerosotan kualiti air marin akan menjejaskan aktiviti pelancongan, rekreasi pantai serta aktiviti penangkapan ikan dan pemeliharaan kerangan. Siapnya projek rawatan kumbahan dan enap cemar Jelutong dan kemudahan rawatan kumbahan di Seberang Perai akan dapat membendung masalah kemerosotan kualiti air marin.

  6. Peningkatan Sistem Pelupusan Sisa Pepejal dan Sisa Industri Berjadual

    Pengurusan sisa pepejal di uruskan oleh MPPP dan MPSP. Pada tahun 2004 pihak MPPP telah mengutip sebanyak 239,242 tan sisa pepejal dengan kos operasi sebanyak RM33.26 juta. Manakala pihak MPSP telah mengutip sebanyak 442,506 tan sisa pepejal dengan kos operasi sebanyak RM35.83 juta. Bagi Bahagian Pulau pihak MPPP telah menempatkan pelupusan bahan binaan dan bahan pukal ( ) di tapak pelupusan bulk Jelutong sementara bagi sisa pepejal domestik, perniagaan dan perindustrian dibawa ke Batu Maung dan diangkut dengan bot tunda ke Pulau Burung. Bagi Seberang Perai, MPSP sisa pepejal domestik, perniagaan dan perindustrian daripada SPU dan SPT akan ditempatkan di stesen pemindahan di Ampang Jajar sebelum dilupuskan di Pulau Burung. Sementara bagi daerah SPS sisa pepejal akan terus dibawa ke Pulau Burung untuk dilupuskan.

    Negeri Pulau Pinang mengamalkan cara pelupusan secara dan kitar sanitary landfill semula. Walaupun tapak tapak pelupusan sedia ada di Pulau Burung dan Ladang - Byram serta Jelutong masih mampu untuk menampung pelupusan sisa pepejal sedia ada, adalah dikhuatiri kaedah dan tapak pelupusan ini tidak akan dapat menampung penambahan sisa pepejal pada masa hadapan. RSNPP mengunjurkan dengan penambahan penduduk pada tahun 2010 sejumlah 1,932 tan sehari sisa pepejal perlu dilupuskan dan jumlah ini meningkat kepada 2,456 tan sehari pada tahun 2020. Oleh yang demikian, kaedah pelupusan yang efisien, moden, terkini dan sesuai dengan iklim tempatan perlu dicadangkan bagi mengatasi masalah pengurusan sisa pepejal ini.

    Negeri Pulau Pinang juga akan menjadi pusat pembangunan industri utama dengan pembangunan PCC sepenuh. Di samping itu, Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai sebuah tapak pengumpulan sisa terjadual yang teratur dan khusus. Pada masa ini, pelupusan sisa terjadual industri yang diamalkan oleh pengilang adalah dengan mengumpul sisa tersebut di kawasan kilang sebelum dilupuskan di tempat lain. Ini akan mengundang kepada amalan pelupusan sisa terjadual secara haram. Faktor tapak pelupusan sisa terjadual yang jauh iaitu di Bukit Nanas Negeri Sembilan dengan risiko pencemaran menyebabkan satu pusat pemindahan perlu diadakan dan sebuah pusat pelupusan sisa terjadual baru yang terletak di Wilayah Utara perlu dicadangkan.

2.5.10 Penyusunan Perbandaran Dan Petempatan Desa yang Lebih Seimbang

  1. Perbandaran Terkawal ke Kawasan Petempatan Desa

    Tekanan pembangunan serta cadangan koridor pembangunan baru menunjukkan beberapa buah kampung akan turut terlibat di dalam arus pembangunan bandar. Limpahan perbandaran ke kawasan petempatan desa akan membawa kepada permodenan kawasan desa. Proses ini bagaimanapun, perlu dirancang agar tidak memberi kesan negatif kepada sosio-ekonomi penduduk tempatan.

  2. Pengukuhan Hirarki dan Fungsi Petempatan Negeri Pulau Pinang

    Senario pembangunan masa hadapan akan menjadikan beberapa pusat-pusat petempatan semasa akan berubah dari fungsi dan hirarki sedia ada. Ini kerana, pengujudan pusat-pusat pertumbuhan baru yang akan mengambil alih peranan yang dimainkan oleh beberapa pusat petempatan. Bagi mengukuhkan lagi fungsi dan hirarki petempatan Negeri, pembangunan secara bersepadu di pusat-pusat bandar sedia ada perlu digalakkan dan hirarki petempatan baru perlu disusun supaya proses perbandaran akan berlaku dengan lebih seimbang.

2.5.11 Peningkatan Penyediaan Perumahan Dan Kemudahan Masyarakat yang Lebih Berkualiti

Secara keseluruhannya, Negeri Pulau Pinang mempunyai stok perumahan yang mencukupi dan penyediaan kemudahan masyarakat juga telah memenuhi piawaian perancangan. Kedua-dua aspek ini juga telah mempunyai ciri-ciri untuk mencapai kriteria-kriteria negeri maju. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa aspek yang memerlukan langkah-langkah pembaikan sebagaimana yang dirumuskan seperti berikut:-

  1. Penyediaan Perumahan Mampu Milik yang Mencukupi dan Berkualiti

    Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang telah mengenal pasti stok perumahan semasa adalah melebihi keperluan yang diunjurkan di mana stok pada tahun 2005 sebanyak 470,331 unit adalah melebihi anggaran 363,683 unit, namun bekalan didapati tidak seimbang dari aspek keperluan dan kehendak sebenar terutamanya bagi penyediaan perumahan kos rendah. Penawaran perumahan kos rendah di DBD dan SPT adalah mencukupi manakala di DTL dan SPU penawarannya masih berkurangan. Namun begitu, terdapat lebihan di SPS kerana rumah rumah yang disediakan kebanyakannya adalah rumah pangsa yang tidak memenuhi kehendak dan cita rasa pembeli setempat dimana pembeli lebih cenderung kepada perumahan jenis landed.

    Bagi mencapai taraf negeri maju, Negeri Pulau Pinang perlu memastikan kualiti kehidupan penduduknya adalah baik dan selesa. Peruntukan perumahan yang mencukupi, selesa serta memenuhi keperluan perumahan pelbagai golongan masyarakat adalah penting dalam memastikan kualiti kehidupan yang baik. Berdasarkan unjuran keperluan perumahan sehingga tahun 2020, sejumlah 68,344 unit rumah diperlukan dimana 30% (20,503 unit) merupakan keperluan rumah kos rendah. Tumpuan akan diberikan terhadap penyediaan rumah yang lebih bermutu di lokasi yang sesuai dan mempunyai suasana kehidupan yang selesa. Di bahagian Pulau, penyediaan unit unit - perumahan berbentuk council houses akan digalakkan bagi mengatasi masalah penawaran rumah kos rendah yang terhad. Manakala di bahagian Seberang Perai pula, penawaran perumahan jenis landed akan digalakkan berbanding dengan rumah pangsa. Kemudahan perumahan ini akan dilengkapi dengan perkhidmatan dan kemudahan sosial yang diperlukan untuk mencapai mutu hidup yang lebih baik.

  2. Pembangunan Terancang Ke arah Setinggan Sifar, 2010

    Sebagaimana bandar bandar besar, Pulau Pinang juga mempunyai kawasan - kawasan kediaman yang tidak terancang dan persekitaran yang tidak selesa seperti di kawasan-kawasan TOL, setinggan, kawasan perkampungan dalam bandar dan bangunan-bangunan selepas pemansuhan Akta Kawalan Sewa (AKS). Kawasan penempatan ini sering kali mencetuskan pelbagai masalah dari segi perundangan, sosial dan politik. Penyaluran infrastruktur dan utiliti yang tidak teratur tanpa kawalan perancangan yang sempurna akan mengundang kepada pelbagai masalah sosial termasuk keselamatan dan kebakaran. Jumlah pampasan yang ditawarkan kepada setinggan-setinggan masih tidak mampu untuk memiliki kediaman baru dan keadaan ini melewatkan lagi proses mengosongkan tapak berkenaan.

    Bagi mengurangkan masalah ini, Kerajaan Negeri telah menjalankan 5 projek PPRT yang melibatkan 6,000 unit rumah secara penswastaan bagi tujuan penempatan semula penduduk asal/setinggan. Seramai 1,469 keluarga telah ditempatkan di lokasi-lokasi projek tersebut. Sejajar dengan matlamat setinggan sifar 2010, Kerajaan Negeri akan memberi penumpuan bagi program-program pembasmian kemiskinan bandar dan penempatan semula setinggan dengan penyediaan unit rumah yang mampu dimiliki dan disewa lengkap dengan kemudahan infrastruktur dan awam. Kawalan serta penguatkuasaan yang lebih ketat akan dilaksanakan bagi memastikan kawasan setinggan sedia ada berkurangan dan tiada kawasan setinggan baru yang wujud.

  3. Penyediaan Kemudahan Masyarakat Bertaraf Negeri Maju

    Isu-isu utama kemudahan masyarakat adalah lebih menjurus kepada keadaan lokasi yang kurang sesuai dan keadaan fizikal yang memerlukan pemulihan dan menaiktaraf. Dari aspek penyediaan kemudahan pendidikan, didapati bilangan sekolah menengah telah melebihi keperluan piawaian, tetapi bilangan sekolah rendah masih belum mencukupi. Pulau Pinang juga mempunyai pusat-pusat pendidikan dan latihan peringkat menengah dan tinggi yang memberi peluang ke arah penyediaan sumber manusia yang berkualiti.

    Bagi penyediaan kemudahan kesihatan, sasaran Kerajaan Negeri bagi mewujudkan satu daerah, satu hospital telah tercapai pada tahun 2000. Bagaimanapun, penyediaan klinik kesihatan Negeri dan klinik desa belum mencukupi dan memerlukan pertambahan. Bagi memantapkan kemudahan kesihatan di Negeri ini, cadangan pembinaan sebuah lagi Institut Perubatan dan Pergigian Termaju oleh USM (Advanced Medical & Dentistry Institute) yang terletak di Bertam sebagai sebuah pusat penyelidikan dalam bidang perubatan lanjutan seperti kanser, jantung dan lain lain.

    Kemudahan pos, institusi kebajikan, perpustakaan dan kemudahan keselamatan memerlukan pertambahan terutamanya di kawasan luar bandar dan kawasan tumpuan penduduk. Manakala penyediaan kemudahan-kemudahan rekreasi dan sukan mengikut daerah didapati masih berkurangan serta mempunyai taburan yang tidak seimbang. Bagaimanapun, penyediaan kemudahan keagamaan seperti masjid, tokong, kuil dan gereja adalah mencukupi.

    Pembangunan kemudahan masyarakat akan memberi tumpuan kepada usaha memastikan perkhidmatan yang mencukupi, meningkatkan kecekapan serta memperbaiki mutu perkhidmatannya bagi mencapai tahap negeri maju. Mutu dan capaian perkhidmatan kemudahan masyarakat akan terus dipertingkatkan dengan penggunaan teknologi tinggi dan ICT dalam kaedah pengendalian. Jurang ilmu pengetahuan dan digital akan dirapatkan melalui pembentukan pusat-pusat komuniti di setiap daerah. Keperluan masa hadapan bagi kemudahan masyarakat Negeri Pulau Pinang akan berdasarkan jumlah penduduk 2 juta orang pada tahun 2020 dan pengagihannya juga adalah berdasarkan taburan umum penduduk bagi memastikan pengagihan kemudahan masyarakat adalah secara seimbang ke seluruh Negeri Pulau Pinang.

2.5.12 Pengukuhan Sistem Perhubungan Dan Pengangkutan

  1. Pengwujudan Sistem Pengangkutan Awam yang Bersepadu

    Kesesakan jalanraya serta keberkesanan pengurusan pengangkutan awam dikenal pasti sebagai beberapa faktor penting yang menjejaskan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam. Isu-isu seperti kekerapan perkhidmatan bas yang rendah, perkhidmatan yang tidak mengikut jadual, kekurangan maklumat perkhidmatan bas di perhentian perhentian bas serta kawasan liputan yang dikenal pasti. Kajian juga mendapati operasi bas ekspres tidak mempunyai pusat operasi yang khusus dan selesa. Manakala bagi perkhidmatan teksi pula, perkhidmatannya adalah lebih tertumpu di kawasan bandar dan pusat tumpuan seperti lapangan terbang, pelabuhan dan pusat membeli belah.

    Beberapa inisiatif bagi memperkemaskan pengurusan dan perkhidmatan pengangkutan awam di bahagian Pulau dan Seberang Perai telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bas henti-henti, sistem perkhidmatan zon telah dilaksanakan di mana syarikat-syarikat bas telah dibahagikan kawasan perkhidmatan mengikut zon-zon yang ditetapkan.

    Kerajaan juga telah memulakan pembinaan terminal-terminal bas baru dengan kemudahan-kemudahan tertentu seperti di Balik Pulau, Teluk Kumbar dan Pengkalan Weld. Bagi menyokong perkhidmatan bas ini, stesen dan perhentian bas baru akan diwujudkan dan perhentian sedia ada akan dinaiktaraf. Bagi memusatkan operasi perkhidmatan bas ekspres, Kerajaan Negeri telah membina sebuah terminal baru di Tapak Pesta, Sungai Nibong yang beroperasi pada April 2005. Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan shuttle bus dalam kawasan pusat bandar yang dilancarkan pada Ogos 2001 dan perkhidmatan park-n-ride yang diperkenalkan pada April 2001. Kajian mendapati perkhidmatan ini berkesan dan menyumbang kepada penggunaan sistem pengangkutan awam.

    Di samping itu, kerajaan juga akan mewujudkan satu sistem pengangkutan awam bersepadu yang lebih berkualiti, efisien, cepat dan mesra alam dengan perlaksanaan Sistem Transit Monorel Aliran Ringan (Light Monorail Transit-LMT). Projek monorel ini akan menghubungkan Pengkalan Feri ke Paya Terubong (jajaran timur barat) dan Tanjong - Tokong ke Bayan Lepas (jajaran utara selatan) dengan jarak keseluruhan 37 km dengan - penyediaan perkhidmatan bas pengantara di stesen stesen utama. Perkhidmatan teksi-air juga dicadangkan antara Pulau Pinang dengan Seberang Perai terutama ke destinasi pulau seperti Pulau Aman dan Pulau Gedong serta pulau-pulau buatan yang akan dibangunkan dengan jambatan kedua sebagai satu lagi pilihan pengangkutan awan yang dapat mengurangkan masalah kesesakan jalan raya.

  2. Jaringan Jalanraya Negeri Yang Menyeluruh dan Seimbang

    Peningkatan bilangan kenderaan ekoran pertambahan penduduk dan permintaan perjalanan, kepadatan pembangunan yang tinggi di pusat bandar, saiz jalan yang sempit dan hirarki jalan yang kurang jelas telah menyebabkan kesesakan lalulintas di kebanyakan jalan-jalan utama Negeri Pulau Pinang. Jalan-jalan yang terlibat ialah seperti Jalan Dato' Keramat, Jalan Air Itam, Jalan Masjid Negeri, Jalan Sultan Ahmad Shah dan Jalan Jelutong di bahagian Pulau manakala di Seberang Perai pula ialah Jalan Kulim, Jalan Arumugam Pillai dan Jalan Permatang Pauh yang telahpun dikenal pasti sebagai telah melebihi tahap kapasiti.

    Hala tuju yang diambil oleh Kerajaan Negeri adalah dengan meneruskan projek-projek pembinaan jalan dan lebuhraya yang telah dirancang serta menaiktaraf dan melebarkan jalan sedia ada bagi meningkatkan tahap khidmat jalan berkenaan. Kerajaan Negeri juga telah menggariskan serampang 5 mata di mana antaranya melibatkan perlaksanaan sistem jalan sehala dan Intelligent Transportation System serta mengadakan kawalan, larangan dan sekatan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian (traffic restraint measures) di kawasan yang mengalami kesesakan. Kerajaan telah lama merancang pembinaan jalan lingkaran (ring roads) dan jalan pintas (bypasses) bagi mengurangkan tekanan peningkatan kenderaan di rangkaian jalan-jalan empatan. Di antara projek-projek utama yang dalam perlaksanaan dan berada di peringkat akhir ialah :-

  3. Pulau Pinang Sebagai Hub Pengangkutan dan Perhubungan Antarabangsa

    1. Meningkatkan Keupayaan Pelabuhan Supaya Lebih Berdaya Saing

      Pertumbuhan pesat perindustrian dan perdagangan di kawasan hinterland pelabuhan Pulau Pinang telah mewujudkan pertambahan permintaan terhadap perkhidmatan kemudahan pelabuhan dan perkhidmatan maritim berkaitan. Selaras dengan perkembangan ini, pelabuhan Pulau Pinang yang mengamalkan polisi supply driven telah meningkatkan keupayaan kemudahan pengendalian di samping kecekapan dan produktiviti operasi pelabuhan. Pembangunan Pulau Pinang juga akan terus ditumpukan kepada usaha memperluas keupayaan, menaiktaraf, menambah peralatan dan kemudahan pelabuhan serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan pelabuhan dan perkhidmatan berkaitan.

      Bagi mengukuhkan lagi peranan pelabuhan ini, peningkatan kapasiti Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) telah dilaksanakan dalam tempoh 2001-2005 yang melibatkan Projek Pembesaran Pangkalan Kontena Utara (NBCT) Fasa 2B (I) dan Fasa 2B(II). Projek ini melibatkan tambahan dermaga kontena sepanjang 300meter dan pembinaan sebuah lagi titi penghubung. Untuk tempoh 2006-2010, Pelabuhan Pulau Pinang mensasarkan peningkatan kapasiti dan penyediaan kemudahan pengendalian kargo yang lebih efektif. Pelabuhan Pulau Pinang dijangka dapat mengendalikan kontena sebanyak 1.22 juta TEUs di mana anggaran keseluruhan pengendalian kargo ialah 32.51 juta tan metrik menjelang 2010.

    2. Peningkatan Keupayaan Lapangan Terbang Bayan Lepas

      Lapangan Terbang Bayan Lepas telah menunjukkan peningkatan dari segi pergerakan penumpang dan juga perkhidmatan kargo. Kepentingan Negeri Pulau Pinang dalam sektor pelancongan dan pusat kargo udara utama serantau memerlukan kepada perluasan rangkaian perkhidmatan terus (direct flight) bagi penerbangan penumpang dan kargo. Selaras dengan jangkaan peningkatan jumlah penumpang terutama pelancong dalam dan luar negeri serta meningkatnya pengendalian kargo, usaha untuk membesarkan terminal penumpang yang mampu mengendalikan 5 juta penumpang setahun telah dilaksanakan. Pembesaran terminal bagi pengendalian pengangkutan kargo udara juga perlu dilaksanakan kerana, keupayaan pengendalian kargo semasa pada tahap 360,000 tan metrik dijangka akan dicapai sebelum tahun 2015. Bagi memenuhi pengendalian penuh pesawat Boeing 747 400, pemanjangan landasan - dan pembesaran terminal serta menaiktaraf dan pembinaan kawasan pengendalian kargo yang khas akan dilaksanakan. Dijangkakan dengan pembinaan jambatan kedua, keperluan bagi pembesaran serta peningkatan kemudahan pengendalian penumpang dan kargo di lapangan terbang akanmenjadi lebih penting.

    3. Keretapi

      Pengangkutan barangan melalui perkhidmatan keretapi merupakan sokongan utama kepada perkhidmatan -perkhidmatan pelabuhan di Negeri Pulau Pinang. Melalui pengangkutan keretapi, barangan dari negeri-negeri berjiran hinggalah selatan Thailand menjadikan pelabuhan Negeri Pulau Pinang sebagai pusat pengendalian untuk tujuan import dan eksport. Peningkatan dalam pengendalian perkhidmatan kargo menjadikan pengangkutan keretapi penting. Bagi perkhidmatan penumpang, ia kurang mendapat sambutan bagi perjalanan ke Alor Setar dan Ipoh kesan dari pembukaan Lebuh Raya Utara-Selatan yang memberi kelebihan kepada pengangkutan lain. Selain pengendalian barangan, perkhidmatan pengangkutan penumpang juga dijangka akan mula meningkat selepas pembinaan landasan berkembar siap.

      Di dalam memperkukuhkan lagi perkhidmatan keretapi, beberapa projek kecil telah dilaksanakan sepanjang tahun 2001 hingga 2005 yang melibatkan peningkatan tahap landasan dan komponen yang berkaitan seperti pengukuhan landasan jalan ibu dan jalan gelong dari Ipoh ke Prai bagi tujuan larian Lokomotif 20 Tonne axle load. Di samping itu, peningkatan infrastruktur bagi pengangkutan kontena ke Pelabuhan Pulau Pinang melalui sambungan rel ke NBCT, Projek Pit Stop Operation juga telah diperkenalkan bagi mengurangkan kelewatan tren di kawasan terminal bagi meningkatkan kecekapan tren freight. Di antara projek-projek lain yang telah dilaksanakan ialah pembinaan landasan, jambatan, Yad dan Sistem Persemboyanan di North Butterworth Container Terminal (NBCT) di Butterworth, kerja pengukuhan landasan gelung dan sisian, kerja memasang Digital Transmission System di stesen-stesen, kerja pemasangan kabel kedua oleh Faberail, kerja-kerja penukaran kayu landasan kepada alas konkrit di antara Simpang Ampat - Bukit Merah dan di Yad Butterworth dan Perai. Kerja-kerja penukaran kayu juga dilaksanakan dari Butterworth ke Simpang Ampat dan dari Bukit Mertajam ke Pinang Tunggal.

2.5.13 Penyediaan Infrastruktur Bertaraf Negeri Maju

Umumnya, Negeri Pulau Pinangmempunyai kemudahan infrastruktur dan utiliti yang agak baik berbanding dengan negeri-negeri lain. Bagaimanapun, bagi memacukan lagi pembangunan Negeri ke arah sebuah negeri maju, kemudahan infrastruktur perlulah disediakan dengan kualiti kemudahan yang lebih baik.

  1. Bekalan Air

    Walaupun tahap penyediaan bekalan air telah mencapai liputan hampir 100% di kawasan bandar dan 99% di luar bandar, namun Negeri Pulau Pinangmasih berhadapan dengan masalah sumber air mentah yang terhad dan keupayaan empangan dan loji penapis yang hampir mencapai keupayaan maksimum. Dalam masa yang sama, pembangunan pesat di Negeri ini telah menyebabkan kawasan-kawasan tadahan air dicerobohi tanpa disedari dan mencemarkan sumber air sedia ada terutamanya kesan daripada penternakan dan aktiviti-aktiviti yang tidak terkawal. Justeru itu, usaha perlu ditumpukan untuk memastikan sumber bekalan air yang mencukupi melalui pembangunan sumber baru dan mempertingkatkan keupayaan loji rawatan sedia ada serta membaikpulih sistem pengagihan. Projek pembesaran Empangan Mengkuang akan dijadikan empangan simpanan strategik Negeri Pulau Pinang bagi menyimpan takungan air mentah yang disalurkan dari Sg. Muda dan Sg. Kulim dan mampu memenuhi permintaan sehingga tahun 2020.

  2. Bekalan Elektrik

    Keseluruhan penduduk di Negeri ini telah menerima sepenuhnya bekalan sedia ada dan menjadikannya setanding dengan negeri-negeri maju yang lain. Penggunaan elektrik terbanyak ialah pengguna industri iaitu 75% diikuti dengan perniagaan 20% dan 5% adalah kediaman. Walaupun telah mencapai tahap bekalan yang menyeluruh, usaha perlu dilakukan bagi mewujudkan sumber alternatif yang lain. Di samping itu, penyelarasan bekalan elektrik dengan perlaksanaan pembangunan adalah perlu bagi memastikan penyediaan bekalan elektrik yang komprehensif dan cepat. Dalam usaha meningkatkan keupayaan perkhidmatan bekalan elektrik secara berterusan dan berkualiti kepada pengguna, pembaikpulih stesen-stesen Janakuasa Perai sedia ada dengan jumlah kapasiti penjanaan yang dijangkakan dari stesen janakuasa yang berlokasi di Negeri Pulau Pinang akan mencapai 1,430 MW pada tahun 2010. Di samping itu, TNB juga akan meningkatkan prestasi sistem pembahagian secara khas ke kawasan Penang Cyber City bagi memenuhi kriteria perkhidmatan bekalan elektrik yang bersijil MSC.

  3. Saliran dan Perparitan

    Sistem saliran utama di Pulau Pinang terdiri daripada perparitan semulajadi dan anak sungai yang berpunca dari kawasan pertanian dan kawasan tadahan semulajadi. Sistem buangan terakhir (final discharged) saliran perparitan dan pembetungan yang terus ke laut menyebabkan kualiti air laut tercemar. Negeri Pulau Pinang juga menghadapi masalah banjir di beberapa kawasan yang berpunca daripada kapasiti sungai dan parit yang tidak mampu menampung aliran semasa, kawasan pembangunan terletak di dataran banjir dan kawasan penempatan terletak terlalu hampir dengan laut.

    Satu pelan induk untuk saliran hujan dan pengurusan rezab sungai yang lebih ketat hendaklah diadakan untuk setiap basin bandar supaya perancangan sistem saliran dan perparitan lebih teratur. Penaiktarafan sistem perparitan dan penyelenggaraan perlu dilaksanakan untuk memastikan sistem perparitan dalam keadaan yang lebih teratur. Bagi kawasan kawasan rendah, sistem pam dan kolam takungan perlu disediakan bagi menyimpan air semasa hujan lebat dan mengepamnya semula ke sungai setelah air sungai surut.

  4. Pembetungan

    Sehingga kini, sebanyak 80% daripada pembangunan sedia ada di Negeri Pulau Pinang adalah menggunakan kaedah sistem pembetungan yang disambung kepada Loji Pengolahan Kumbahan awam. Terdapat hampir 600 loji yang telah diambil alih oleh kerajaan pusat dengan sejumlah 1,800km panjang paip yang memberi perkhidmatan kepada hampir 1.3 juta orang penduduk. Sistem pembetungan di Negeri ini mempunyai loji rawatan yang terhad serta tiada tempat pelupusan enap cemar yang mencukupi.

    Justeru itu, peningkatan kepada rangkaian paip kumbahan baru, menyenggara paip kumbahan sedia ada serta menaiktaraf paip-paip kumbahan akan dilaksanakan selaras dengan pertambahan pembangunan di Negeri Pulau Pinang. Sistem kumbahan juga akan dipastikan berada dalam keadaan efisien dengan menaiktaraf loji-loji kumbahan dan membaikpulih loji- loji sedia ada yang bermasalah.

  5. Sisa Pepejal dan Sisa Berjadual

    Keadaan semasa di Negeri Pulau Pinang menunjukkan tidak terdapat tapak serta kemudahan yang dikhususkan bagi tujuan pelupusan sisa berjadual. Kedudukan tapak pelupusan sisa berjadual sedia ada yang jauh (Bukit Nenas, Negeri Sembilan) akan menambahkan risiko pencemaran semasa penghantaran. Cadangan pembinaan pusat pengumpulan untuk Negeri Pulau Pinang hendaklah dilaksanakan dengan segera.

    Tapak pelupusan sisa pepejal sedia ada akan menghampiri jangkamasa hayat dimana ia boleh digunakan untuk beberapa tahun sahaja. Tapak pelupusan sampah yang sesuai sukar diperolehi disebabkan kekurangan dan ketinggian harga tanah. Sehingga kini, tidak terdapat pusat pelupusan sampah yang baru di Negeri ini.

  6. Telekomunikasi dan Pembangunan ICT

    Umumnya, kawasan telekomunikasi di Negeri Pulau Pinang adalah mencukupi dan memenuhi piawaian dan kriteria negeri maju. Kajian mendapati terdapat peningkatan dalam penggunaan ICT di Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri akan menggalak dan melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan dan menggerakkan penggunaan ICT sebagai alat untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan dan daya saing sektor awam, perdagangan dan perniagaan, industri dan keperluan masyarakat. Terdapat peningkatan dalam penggunaan internet dial up dan broadband.

    Bagi menyokong Negeri Pulau Pinang sebagai negeri maju dan keberkesanan PCC, peningkatan kepada ilmu pengetahuan dan kecemerlangan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) adalah perlu. Rangkuman penyampaian akses (liputan) perlu diperluaskan ke kawasan kawasan terpencil. Kewujudan WiMAX dijangka akan dapat membantu Negeri Pulau Pinang mendapat liputan perkhidmatan yang meluas terutamanya di kawasan yang sukar untuk dicapai melalui kaedah capaian fizikal. Kerajaan Negeri dengan kerjasama pembekal perkhidmatan dan pengusaha pengusaha lain seperti restoran, hotel, pusat membeli belah dan kemudahan awam akan memastikan semua tempat tempat tumpuan orang ramai mendapat - perkhidmatan wireless, hotspot sejajar dengan pembangunan Penang Cyber City. Ujian - ujian mutu perkhidmatan seperti Endpoint Service Availablity Testing (ESAT) akan dijalankan setiap tahun untuk memastikan kualiti perkhidmatan berada di tahap yang memuaskan.